You are on page 1of 14

4.1.

MONITOR

Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya


memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh
komputer dan diproseskan oleh kad grafik.

Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna,


Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap
Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.

Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah


bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih
tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.

Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama
seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin
digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih
menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT

66
67
Rajah 4.1.1
Monitor Warna

Rajah 4.1.2
Monitor LCD

68
4.2. UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Ia merupakan pusat kawalan pada sistem komputer. Ia bertanggungjawab


untuk menukar data dari satu bahagian ke bahagian yang lain dengan memproses
isyarat kawalan data.

Fungsi utama CPU adalah menjalankan program-program yang disimpan di


memori utama. Hal ini dilakukan dengan cara mengambil instruksi-instruksi dari
memori utama dan mengeksekusinya satu persatu sesuai dengan alur perintah.
Pekerjaan ini dilakukan dalam dua tahapan yaitu membaca instruksi (fetch) dan
melaksanakan instruksi tersebut (execute). Proses membaca dan melaksankan ini
dilakukan berulang-ulang sampai semua instraksi yang terdapat di memori utama
dijalankan atau komputer dimatikan. Proses ini dikenal juga sebagai siklus fetch-
eksekusi.

Siklus fetch-eksekusi bisa dijelaskan sebagai


berikut:
a) Di awal setiap siklus, CPU akan membaca
dari memori utama.
b) Sebuah register, yang disebut Program
Counter (PC), akan mengawasi dan
menghitung instruksi selanjutnya.
c) Ketika CPU membaca sebuah instruksi,
Program Counter akan menambah satu
hitungannya.
d) Lalu instruksi-instruksi yang dibaca tersebut
akan dimuat dalam suatu register yang
disebut register instruksi (IR), dan akhirnya.
e) CPU akan melakukan interpretasi terhadap Rajah 4.2.1 CPU
instruksi yang disimpan dalam bentuk kode binari, dan melakukan aksi yang
sesuai dengan instruksi tersebut.

69
4.3. PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk
memasukkan data ke dalam komputer.

Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan
empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
 Menentukan gabungan 1 dan 0, iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU
bergantung kepada kekunci yang ditekan.
 Bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
 Mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
 Menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip
terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang


memberikan piawaian kepada
kebanyakan papan kekunci adalah
penyusunan QWERTY, yang
diberi nama mengikut huruf
pertama pada baris atas di sebelah
kiri. Ia biasanya mempunyai 101
kekunci.

Penyusunan ini dibuat bertujuan Rajah 4.2.1 Papan kekunci


untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan
merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip,
huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci,
menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan
papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci.


Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol
disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah
menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.

70
4.4. TETIKUS (MOUSE)

Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang


berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan
peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini
terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan
ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-
 Tetikus bebola dengan wayar.
 Tetikus bebola tanpa wayar.
 Tetikus optik dengan wayar.
 Tetikus optik tanpa wayar.

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya


sekali apabila menggunakan sistem
pengoperasi tetingkap (Window) seperti Rajah 4.4.1
Microsoft Windows, Linux dan lain-lain.
Tetikus Bebola dengan Wayar
Tetikus memudahkan seseorang pengguna
untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing.
Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah
yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap


bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal
oleh Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih =>
Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan
tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk,
ciri-ciri tetikus dan lain-lain.

Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4
aktiviti utama iaitu: -
1. Klik atau klik tunggal (Click atau single click) – untuk membuat pilihan yang
tertentu pada skrin papar.
2. Dwiklik (Double click) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
3. Klik kanan (Right click) – untuk memaparkan senarai arah/program pada skrin
komputer.

71
4. Heret dan lepas (Drag and Drop) – untuk proses pemindahan ikon/item pada
skrin.

72
4.5. PENCETAK (PRINTER)

Printer berfungsi membuat salinan berupa cetakan (hard copy) dari file
dokumen atau gambar.

Kualiti printer dinilai dari tingkat resolusi yang diukur dalam dpi (dot per
inch), iaitu jumlah titik yang mampu dibuat dalam satu inci garis lurus. Umumnya
printer memiliki tingkat resolusi yang sama pada arah mendatar dan menegak, contoh
300x300 dpi.

Jenis printer terdiri daripada:


 Laser
 Inject
 Dot matrix

1. Laser

Berfungsi seperti mesin fotostet dengan membuat versi


elektrostatik dari objek pada drum peka cahaya yang Rajah 4.5.1
kemudian disemprot dengan toner. Polatoner pada
drum dipindahkan ke kertas. Pencetak Leser

2. Inject

Menggunakan dakwat yang Rajah 4.5.2 disemprot dari muncung


(nozzle) berukuran halus.
Pencetak Inject

3. Dot matrix

Memakai pin yang ditekan pada pita bertinta untuk


membuat pola cetakan pada kertas. Rajah 4.5.3
Pencetak Dot Matrix
73
4.6. PENGIMBAS (SCANNER)

Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua


teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem
pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic
document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital
dan lain-lain.

Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu sama ada Charge-
Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi
lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin fotokopi
manakala CIS adalah teknologi baru yang
menggunakan penderia sebagai perantara
tangkapan imej.

Namun begitu teknologi CIS tidak


mampu menghasilkan gambar yang baik
walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas
yang nipis dan ringan. Manakala teknologi
CCD pula membolehkan gambar diimbas
dengan baik dan cantik walaupun ia berat dan
agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga
pula CIS adalah mahal berbanding dengan Rajah 4.6.1 Pengimbas
CCD.

Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam penggunaannya


iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia memberikan
kemudahan sebuah mesin fotokopi kepada pengimbas dan pengguna hanya perlu
meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan butang pada pengimbas,
seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada PC.

74
4.7. DISKET

Disket diperbuat daripada plastic mylar, berbentuk cakera liut dan


permukaannya diselaputi oleh magnetic oksida. Data yang disimpan di dalamnya
diwakili oleh titik-titik magnet. Ia memerlukan pemacu disket yang mempunyai

kepala baca/tulis. Disket boleh didapati dalam dua bentuk saiz iaitu inci (jarang

digunakan) dan inci.

Kelebihan disket:
1. Mudah alih – ia boleh dikeluarkan dan boleh dibawa dari satu komputer ke
komputer yang lain.
2. Back-up – sesuai untuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk
simpanan sekiranya fail didalam cakera keras hilang atau rosak.
3. Bekalan perisian baru – salinan asal perisian yang disediakan dalam disket
boleh dibeli atau disalin dan pengguna dengan mudah dapat memindahkannya
ke dalam cakera keras.

Rajah 4.7.1 Rajah 4.7.2

Disket inci Disket inci

75
4.8. CAKERA PADAT (CD)

CD-ROM atau nama penuhnya


compact disk read-only memory (ingatan
baca sahaja cakera padat) ialah sejenis cakera
padat yang menyimpan data yang boleh
dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu
cakera padat boleh membaca data yang
terkandung di dalam sesebuah cakera padat.
Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera
padat bukan sahaja boleh membaca malah ia
juga boleh merekodkan data ke dalam cakera
padat melalui teknologi laser.
Rajah 4.8.1
Ingatan Baca Sahaja Cakera
Data boleh disimpan melalui 2
Padat
kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan
kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan sesuatu data
direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan data tersebut tidak boleh
dipadamkan langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan
dipadam mengikut kepada keperluan pengguna.

Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis:


1. Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM),
2. Cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan
3. Cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali
mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW).

76
4.9. MODEM

Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang


menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat
berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga
sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat
gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang
merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan
penyahmodulat.

Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang
diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri
matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi
angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan
sebagainya.

Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk


gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan
berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem
berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk
gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.

Jenis Modem

Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman (internal
modem), modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card). Daripada ketiga
jenis modem ini, jenis modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran
perkomputeran peribadi. Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan
bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.

Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar. Ia
disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi
menerusi slot penambah. Apa yang kelihatan untuk penglihatan anda cumalah
bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.

77
Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman
ialah ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber
sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi. Ia sekaligus menyelesaikan
masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah seperti sering terlupa
menutup suisnya. Ia juga membolehkan penjimatan ruang pada meja komputer anda
berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerukan sedikit ruang pada
meja perkomputeran anda. Lazimnya jenis modem dalaman dari segi kos serta
harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.

Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta


terasing daripada komputer peribadi anda. Ini sekaligus membolehkan anda
menguruskannya secara berasingan. Antaranya termasuk kemampuan memutuskan
capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun
berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi anda.

Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana
ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna
mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.

Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan


bersama komputer jenis mudah-alih dan buku. Saiz kad ini adalah sama dengan saiz
kad kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2.
Dengan menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke internet dengan
kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat anda
seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.

Namun, jika anda berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian
telefon tetap serta kovensional, jangan bimbang, ini adalah kerana dengan
menambahkan kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit anda. Capaian
internet akan dapat dibuat. Mungkin masalah yang akan timbul ialah dari segi kualiti
serta kemampuannya. Namun, kini sudah terdapat jenis-jenis modem yang
menyokong persekitaraan seumpama ini. Ini adalah jenis-jenis modem yang dikenali
sebagai modem yang menyokong rangkaian Paket Data Selular Digital. Dengan
meluasnya penggunaan modem sedemikian, ia pastinya memberikan upaya
mobilisasi yang besar kepada para pengguna.

78
Apabila memilih modem samada jenis dalaman, luaran dan kad PC yang
kebiasaannya ditentukan mengikut keperluan, kehendak serta jenis komputer yang
dimiliki, turut merupakan faktor penting serta kriteria utama apabila memilih modem
ialah kelajuaannya. Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat (1 kilobit bersamaan
dengan 1000 bit).

Kelajuan sesebuah modem adalah amat penting kerana ia akan menjadi antara
faktor utama yang menentukan kelajuaan anda memindah-terima laman-laman web,
menghantar e-mel dan sebagainya. Lebih laju jenis modem anda, lebih lajulah kerja
anda dapat dilaksanakan. Tetapi, haruslah diingati bahawa turut terdapat faktor-
daktor lain yang mampu melambatkan ataupun mempercepatkan kerja anda.
Antaranya ialah jenis talian komunikasi serta trafiknya ataupun kemampuan
komputer induk yang menempatkan laman web tersebut.

Rajah 4.9.1
Rajah 4.9.2
Modem port bersiri 28.8K daripada
Modem DSL.
Motorola

79

You might also like