Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
15Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kitar semula

kitar semula

Ratings: (0)|Views: 1,994 |Likes:
Published by cikaffani

More info:

Published by: cikaffani on May 15, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/04/2012

pdf

text

original

 
Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semulabahan buangan untuk lain-lain kegunaan. Misalnya, menggunakanplastik bungkus barang yang kita peroleh dari kedai untukmembungkus sesuatu.Atau, menggunakan balang-balang biskut Hari Raya untuk menyimpanbenda-benda lain. Boleh dikatakan hampir semua orang mengitarsemula. Bezanya, sejauh mana kesungguhan mereka dalam usaha ini.Dengan mengitar semula, kita sebenarnya menggunakan sesuatubarangan itu dengan sepenuhnya. Amalan ini amat digalakkan olehagama Islam kerana ia mengelakkan pembaziran.Saidatina Aishah pernah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w.menjahit dan menampal baju serta kasut Baginda (Riwayat Bukhari).Ini menunjukkan bahawa Baginda tidak terus membuang baju ataukasut yang koyak, sebaliknya membaikinya agar jangka hayatbarangan itu dapat dipanjangkan. Inilah teladan penggunaan sumbersecara penuh atau menyeluruh daripada junjungan kita, Rasulullahs.a.w.Saidina Abu Bakar pula dilaporkan pernah berpesan kepadakeluarganya agar membersihkan salah satu pakaian yang dimilikinyauntuk dijadikan sebahagian daripada kain kafan beliau. Bagi AbuBakar, tidak perlu membeli kain kafan yang baru hanya untukdikebumikan bersama beliau bila kain baru itu akan memberi lebihbanyak manfaat kepada orang yang masih hidup. Kita lihat betapasahabat Rasulullah ini juga menunjukkan sikap tidak membazir dalampenggunaan sesuatu barang. Perbuatan inilah yang perlu kita contohisepanjang zaman.Selain penggunaan sumber yang cekap atau menyeluruh, kegiatankitar semula ini, jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, bolehmenjana pendapatan untuk kita.Ada dua cara untuk menjana pendapatan daripada kegiatan kitarsemula ini.Pertama, dengan menjadi “orang tengahâ€
antara bahan buangandengan industri yang menggunakan bahan buangan tersebut sebagaibahan mentahnya.Contoh, pembeli dan penjual surat khabar lama. Kedua, kita boleh
 
menjana pendapatan melalui kegiatan kitar semula ini denganmenukar bentuk bahan buangan itu menjadi sesuatu yang berharga.Contoh yang boleh dilihat di negara kita ini ialah kraf tangan,khususnya bakul, yang dibuat daripada surat khabar mahupun kertasmajalah. Begitu juga, kita biasa melihat bunga hiasan yang diperbuatdaripada daun getah. Kedua-dua kerja tangan ini dihasilkan daripadabahan buangan dengan menggunakan daya reka cipta dan kehalusanseni tangan wanita.Barangan ini pula kemudiannya dijual dengan harga yang agak tinggi.Misalnya, sebuah bakul daripada kertas itu dijual pada harga RM30 -RM50. Jika kita melayari Internet, banyak lagi contoh bagaimana wanita-wanita di luar negara menukarkan bahan buangan menjadi baranganlain yang tinggi harganya.Misalnya, ada wanita yang membuat anting-anting dan perhiasanwanita daripada ‘key’ mesin taip dan komputer; ada wanitayang memotong beg plastik bungkusan dan mengaitnya menjadi begtangan yang cantik; ada juga wanita yang memberi nafas baru kepadapakaian dengan menampal pakaian itu dengan kain atau denim yangterpakai; ada juga yang membuat barang perhiasan wanita daripadabeg plastik yang dimampatkan; dan ada yang membuat beg tangandan beg galas daripada perca kain atau kain terbuang.Dengan daya reka cipta mereka, wanita-wanita ini berjaya memberinilai tambah kepada barang buangan dan menjadikannya barangberharga yang boleh menjana pendapatan untuk mereka. Jelas bahawaaktiviti kitar semula boleh menjana pendapatan untuk wanita.Apa yang penting, wanita tersebut perlu memiliki pertamanya, rasacintakan alam sekitar dan mahu menyumbang kepada pengurangan jumlah sampah dengan mengitar semula barang buangan yang ada.Keduanya, daya reka cipta untuk mengubah bahan buangan menjadisesuatu yang berharga. Seterusnya, kemahiran untuk mengubahbentuk bahan buangan tersebut seperti kemahiran menjahit, mengaitdan lain-lain.Minat minat untuk menceburi bidang ini juga penting dan akhirnyapengetahuan untuk memasarkan hasil kerja tangan mereka itu.Menyedari kemampuan kegiatan kitar semula ini untuk menjanapendapatan bagi wanita, IKIM dan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar,
 
akan menganjurkan Seminar “Penjanaan Pendapatan Untuk WanitaMelalui Aktiviti Kitar Semulaâ€
pada 12 - 13 Jun 2007 ini.Seminar ini berhasrat membincangkan peranan wanita dalampemuliharaan alam sekitar; amalan kitar semula di kalangan wanita;peluang menjana pendapatan daripada kegiatan kitar semula danperkongsian pengalaman dengan mereka yang terlibat dalampenjanaan pendapatan melalui kegiatan kitar semula.Adalah diharapkan melalui seminar ini, kaum wanita akan lebihmaklum mengenai peluang yang terbuka untuk mereka melaluikegiatan kitar semula dan merebut peluang tersebut.Sekiranya ini berlaku, mereka bukan sahaja akan menjana pendapatanuntuk diri dan keluarga, tetapi juga akan menyumbang kepada alamsekitar dengan mengurangkan jumlah bahan buangan yang ada dinegara ini.SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN ialah Fellow Kanan di Institut KefahamanIslam Malaysia (IKIM).
http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay
Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nurafzi liked this
faustina88 liked this
Nazierah Zierah liked this
Syira_87 liked this
Nurhisyam Adrian liked this
Asyraff Mahdzir liked this
Kang Ker Soon liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->