kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh gurudalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan.1.4Soalan kajian
1.4.1
Sejauhmanakah keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am?
1.4.2
Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasaitajuk kenegaraan?
1.4.3
Apakah teknik dan strategi yang sesuai dan berkesan yang diambil oleh gurudalam penyampaian P&P untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahagian Kenegaraan?1.5Hipotesis1.5.1Hipotesis kajian
1)
Pelajar akan dapat menguasai bahagian Kenegaraan dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat mengingati fakta-fakta penting.
2)
Guru akan dapat mencari kaedah-kaedah yang berkesan danmengadaptasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sertamembantu neningkatkan pengetahuan dan kefahamam tentang mata pelajaranPengajian Am terutamanya bahagian Kenegaraan.1.2.1Definisi istilah
1)
Pelajar Tingkatan EnamTingkatan Enam merupakan satu peringkat yang menjadi laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Mengikut perangkaan, bilangan pelajar Tingkatan Enam meningkat setiap tahun (MajlisPeperiksaan Malaysia, 2006). Pada tahun 2008, seramai 180,630 orang pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2007 telah didaftarkanmemasuki Tingkatan Enam di 765 buah sekolah menengah harian dan teknik di seluruh negara (Syuhada Choo, 2007). Tempoh pengajian di TingkatanEnam adalah selama dua tahun dan perlu melalui satu peperiksaan iaitu Sijil