Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

Ratings: (0)|Views: 896 |Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on May 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/02/2013

pdf

text

original

 
1
Definisi, Pengertian & Takrifan Motivasi
 
 
"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan.
Motivasi
menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukanbagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz
Perkataan MOTIVASI sejak akhir kurun kedua puluh sudah menjadi sesuatu yang lumrah.Namun kini, masih ramai yang kurang faham tentang apa yang dimaksudkan denganperkataan MOTIVASI.Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebihmudah difahami.
 
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
 
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION".Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / BahasaMalaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberitamenulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebabatau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan ataupendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utamabaginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama adasecara negatif atau positif.
 
Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalamtindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.
 
2. Motivasi Sebagai Pendorong
 
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat ataucita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malahbagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usahabersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius danlebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negarauntuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atauhasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorangitu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
 
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
 
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa jugayang diinginkan.
 
(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).
 
 
2
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
 
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahapkesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jikaapa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan ataukesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
 
Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
 
3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.
4. Motivasi Sebagai Stimulator
 
Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
 
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telahberjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadisuami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulahsebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila adahalangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negaraatas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu
"Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih
."Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:
4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahanterhadap sesuatu yang benar-benar diingini.
 
Taidin Suhaimin sedang mengendalikan Program Motivasi untuk DewanBandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 2-3 Jun 2009.
5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian
 
Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya semasakanak-kanak dahulu. Semasa saya baru berusia kira-kira 10 tahun, saya amat takut beradadi tempat gelap, sebab takut akan "terjumpa hantu". Amalan di kampung saya terutamanyapada tahun-tahun 60an dan 70an ialah apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia,
 
3
pada rumah orang yang meninggal dunia itu hendaklah ada orang yang tidak tidur atauberjaga sampai pagi, selama tujuh hari. Amalan ini dipanggil
"modtudau".
 
Suatu hari, ada kematian di kampung saya. Masa itu, banyak cerita tentang "
hantu bangkit 
"di tempat kelahiran saya (
Kundasang, Ranau, Sabah - Kini Kundasang adalah sebuah pusat  peranginan yang terkenal di rantau ini 
). Kerana minat
"modtudau" 
, saya tidak melepaskanpeluang untuk
"modtudau" 
bersama.Rumah kami jaraknya lebih kurang 500 meter darirumah jiran kami itu yang ada kematian. Apabilamalam semakin larut, saya mula rasa mengantuk.Tiba-tiba saya rasa nak balik rumah sangat.Waktu itu bekalan elektrik belum ada. Keranatakut terjumpa
hantu
, saya telah cuba mencari jika ada sesiapa yang nak balik rumah merekaagar dapat menemani saya pulang, tetapi,nampaknya tak ada seorangpun yang nak balik.
(Kundasang - Terletak Di Bawah Kaki GunungKinabalu - Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara -13,455 Kaki)
Yang nak balik, sudah balik awal. Yang tak nak balik rumah, ada yang sudah tidur ataslantai. Pada masa yang sama, saya juga malu minta tolong hantar pulang kerana saya pergike rumah jiran itupun sebenarnya tidak ada sesiapa yang menjemput. Ibu bapa saya puntak tahu. Ingatkan nak pergi sekejap sahaja.Oleh kerana rasa tak selesa tidur di rumah oranglain, dan takut pula dimarahi ibu bapa, saya terusmemberanikan diri balik seorang diri. Mula-mula jalan, OK - (takut juga tetapi masih terkawal).Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba saya terasamacam ada sesuatu di sebelah kiri saya - sepertilembaga hitam besar.
Kinabalu Pine Resort, Kg. Sinisian, Kundasang,Ranau, Sabah, Malaysia
Saya terus sangat terkejut dan takut. Apa lagi….. sayapun memecut lari seperti lipaskudung - sekuat-kuatnya
menyelamatkan diri 
... badan dan mukapun rasa amat pucat dansejuk, bulu romapun naik!
Taaakut 
sangat! Sampai rumah - dalam keadaan amat seram,saya berteriak.. A
MAAAAAAAK IWANGAII ILO NONGOBOOONNN (Bahasa Ibunda saya) atauMAAAK BUKA PINTUUUUU!!!.
Terdengar suara ketakutan dari saya, mak saya cepat-cepatbuka pintu! Mungkin masih berjaga - dan tak dapat tidur kerana risau tentang diri saya.Oleh kerana terlalu takut dan tercungap-cungap, ibu saya yang mungkin tadinya risau danmarah, cepat-cepat mententeramkan saya.Itulah salah satu daripada pengalaman-pengalaman saya semasa kanak-kanak yang sayatak dapat lupakan; kerana teringin sangat nak balik rumah, dalam keadaan takut-takut puntetap nak pulang rumah, akhirnya memberanikan juga balik seorang diri walaupun dalamkeadaan gelap.Apa yang boleh saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu ialah;
apabila kitabetul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadiperkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian,kerajinan dan ketekunan akan timbul.
 

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Iska Twueenty liked this
Aina Besa liked this
Hayu Zakaria liked this
nabihah_mohd liked this
Alin Lin liked this
Vasant Sriudom liked this
faemah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->