Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
Pengenalan
Program Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan telah bermula sejak tahun 1961 melalui program-program vertikal Kawalan Penyakit seperti Program Kawalan Penyakit Batuk Kering Kebangsaan (1961),Program Membasmi Malaria (1967) dan Program Kawalan Kusta Kebangsaan (1969). Pada tahun 1971Unit Kawalan Penyakit Berjangkit telah ditubuhkan dibawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan. UnitKawalan Penyakit Berjangkit JKNK memberi tumpuan kepada kepada Program Kawalan PenyakitBerjangkit berdasarkan corak epidemiologi penyakit berjangkit semasa.
Objektif
•
Menjalankan tinjauan Epidemiologi serta membuat pengawasan terhadap pengesanan, rawatan pesakitserta diagnosa komuniti penyakit berjangkit dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahandan kawalan yang sesuai dan segera.
•
Menjalankan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta/ peraturan kawalan penyakit berjangkit.
•
Melaksanakan promosi dan pendidikan kesihatan.
•
Mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit berjangkit.
Objektif Kualiti
Memastikan 80 % wabak dapat dikawal dalam jangkamasa yang di tetapkan mengikut jenis penyakit.
i.
Wabak Typhoid
-
Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 42 hari dari tarikh onset kes terakhir.
ii.
Wabak Kolera - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 10 hari dari tarikh onset kes terakhir.
iii.
Wabak Difteria
-
Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 10 hari dari tarikh onset kes terakhir.
iv.
Wabak Disentri - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 14 hari dari tarikh onset kes terakhir.
v.
Wabak Measles - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 28 hari dari tarikh onset kes terakhir.
vi.
Wabak HFMD - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 10 hari dari tarikh onset kes terakhir.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji;
•
Memastikan perkhidmatan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dilaksanakan dengan cepatdan berkesan.
•
Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit berjangkit kepada masyarakat danlain-lain agensi melalui promosi kesihatan berterusan.
•
Memastikan semua penyakit berjangkit yang dinotifikasikan dan kejadian wabak disiasat dengan segeradan menyeluruh.