You are on page 1of 26

KEPENTINGAN ILMU ALAT DALAM MENGUASAI ILMU HADITH

Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah merupakan semulia-mulia makhluk dan semulia-mulia Rasul
yang diutuskan Allah taala ke muka bumi ini. Antara sebab kemulian Nabi s.a.w. keatas sekalian
nabi serta rasul adalah kerana al-Quran yang diturunkan Allah taala kepadanya dan juga ilmu
hadith yang merupakan wahyu daripadaNya Yang Esa. Kerana itulah Allah taala memberikan
kemulian dan kebaikan yang banyak kepada umat Nabi s.a.w. berdasarkan kepada sejauh mana
mereka mendalami ilmu al-Quran dan hadith. Rasulullah s.a.w. bersabda,

‫ال َم ْن يُ ِر ْد اللَّهُ بِ ِه َخ ْي ًرا ُي َف ِّق ْههُ فِي الدِّي ِن‬


َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ َ ‫َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫اس أ‬
ٍ َّ‫َع ْن ابْ ِن َعب‬

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang Allah mahukan
kebaikan yang besar untuknya dia akan memberinya kefahaman yang mendalam di dalam
agama”1.

Di tempat yang lain Baginda s.a.w. bersabda,

‫َح ُد ُه َما َعابِ ٌد َواآْل َخ ُر َعالِ ٌم‬ ِ ِ


َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َر ُجاَل ن أ‬
ِ ِ ‫ال ذُكِر لِرس‬
َ ‫ول اللَّه‬
ِِ
ُ َ َ َ َ‫َع ْن أَبِي أ َُم َامةَ الْبَاهل ِّي ق‬

‫ضلِي َعلَى أَ ْدنَا ُك ْم‬


ْ ‫ض ُل ال َْعالِ ِم َعلَى ال َْعابِ ِد َك َف‬
ْ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ف‬ ِ ُ ‫ال رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ ‫َف َق‬

Daripada Abu Umamah al-Bahili katanya, disebutkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang dua
orang. Salah satunya adalah ahli ibadat dan seorang lagi adalah ahli ilmu lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Kelebihan ahli ilmu ke atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku keatas yang paling
rendah dari kalangan kamu”2.

Ini adalah dua contoh dari begitu banyak hadith Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan tentang
kelebihan ahli ilmu terutamanya ilmu agama. Untuk memahami ilmu yang ditinggalkan oleh
1
Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan lain-lain
2
Riwayat Termizi dan Ibnu Majah

1
Rasulullah s.a.w. tersebut maka semestinya mempunyai peralatan untuk menguasainya. Kerana
itulah setengah ulama membahagikan ilmu itu kepada dua bahagian. Pertama ilmul mabadi’
iaitu ilmu asas dan kedua ilmu maqasid iaitu ilmu yang dimaksudkan atau yang menjadi
matlamat daripada mempelajari ilmu yang pertama. Seseorang itu tidak akan dapat menguasai
ilmu yang kedua selagimana dia tidak menguasai ilmu pertama. Ini kerana ilmu pertama
terutamanya ilmu nahu adalah merupakan mukaddimah kepada suatu yang wajib sebagaimana
yang disebutkan oleh Ibnu Abdis Salam di akhir kitab Qawa’idnya iaitu, “sesungguhnya
menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dapat ditegakkan kalamullah dengannya dan kalam
Rasulnya s.a.w. adalah merupakan pendahuluan kepada suatu yang wajib, kerana memelihara
syariat itu adalah suatu yang wajib yang mana ianya tidak dapat dielakkan kecuali dengannya
(ilmu nahu)”3.

Ilmu pertama iaitu ilmu mabadi’ adalah ilmu-ilmu asas di dalam ilmu agama yang terdiri
daripada ilmu bahasa seperti nahu, saraf, I’rab, balaghah dan sebagainya, ilmu ‘aqli seperti
mantiq, ilmu usul seperti usul fiqh, usul tafsir, usul hadith dan sebagainya. Manakala ilmu kedua
pula iaitu ilmu maqasid adalah ilmu yang merupakan matlamat dari ilmu pertama iaitu ilmu-ilmu
yang terdiri dari ilmu tauhid, hukum-hukum, masalah-masalah yang disimpulkan dari al-Quran
dan hadith Rasul. Dan semuanya adalah merujuk kepada untuk memahami isi kandungan al-
Quran dan hadith. Namun begitu bagi orang yang hanyalah mahu menjadikan pembacaan
sunnah nabawiyyah, kehidupan bersama khabar-khabar nabawi sebagai pemenuh hari-harinya,
sudah menjadi suatu yang mulia dengan adat dan kebiasaan tersebut walaupun tanpa
menguasai kedua-dua ilmu tersebut. Tetapi bagi orang yang mahu mengkhususkan dirinya
untuk ilmu sunnah nabawiyyah ini, mengeluarkan kesimpulan ataupun fatwa daripada kalam
Allah serta Rasul kepada awam, mengajar dan sebagainya sangatlah tercela kalaulah tidak dapat
menguasai kedua-dua bidang ilmu tersebut.

1: Kepentingan ilmu alat dan kesan jika tidak menguasainya.

Sebagaimana yang telah dikemukakan di atas, untuk memahami hadith serta al-quran seseorang
itu mestilah mempelajari serta menguasai ilmu-ilmu asas terutamanya berkenaan kaedah
bahasa arab. Kerana itu ulama-ulama Islam selalu memperkatakan tentang keperluan dan

3
Al-Hadithul Nabawi fi Nahwi Al-‘Arabi, hal.47

2
kepentingan tersebut. Di sini akan dikemukakan sebahagian daripada kata-kata ulama
berkenaan kepentingan tersebut.

1.1: Imam Suyuthi di dalam mukaddimah syarahnya kepada taqrib an-Nawawi selepas memuji-
muji Allah taala beliau berkata,

Di samping Allah taala telah mengurniakan dengannya ilmu-ilmu kepadaku, seperti tafsir yang
dengannya dapat difahami kitab yang maha mulia, ilmu-ilmunya yang telah dibukukan dan aku
tidak mendahului dalam penulisannya, feqah yang mana orang yang jahil tentangnya bagaimana
dia akan memperolehi ketinggian dan daya membeza, bahasa yang merupakan paksi dalam
memahami sunnah dan quran, nahu di mana pecah rahsia orang yang tiada ilmu nahu dengan
banyak kegelinciran dan hadith tidak sesuai bagi orang yang banyak melakukan kesilapan (di
dalam nahu dan I’rob) serta ilmu-ilmu yang lain seperti ma’ani dan bayan yang merupakan
penjelas kepada ketinggian kitab dan hadith 4.

1.2: Jahiz menukilkan di dalam kitabnya bahawa Ayyub As-Sakhtiyani berkata,

َّ ‫ وتر ُك ه ُهجنة‬،‫جمال للوضيع‬


‫ وقال عمر‬،‫للش ريف‬ ٌ ‫ فإنه‬،‫ تعلّموا النّحو‬:‫السختياني يقول‬
ّ ‫كان أيوب‬
‫نن والفرائض‬ ُّ ‫ تعلّموا النّحو كما َت َعلَّمو َن‬:‫رضي اللَّه عنه‬
َ ‫الس‬

4
Mukaddimah Tadribu Ar Rawi

3
Ayyub As-Sakhtiyani berkata, “Belajarlah nahu kerana ia akan mencantikkan orang yang rendah,
meninggalkannya adalah keaiban kepada orang yang mulia”. Sayyidina Umar r.a. berkata,
“Belajarlah nahu sebagaimana kamu belajar sunnah dan faraidh” 5.

1.3: Di dalam Subhul A’sya pengarangnya menukilkan kata-kata imam Malik yang berbunyi,

.‫اإلعراب حلي اللسان فال تمنعوا ألسنتكم حليها‬


“I’rob adalah perhiasan lidah, janganlah kamu menghalang lidah daripada perhiasannya” 6.

1.4. Sayyidina Umar r.a. berkata,

‫تعلموا اللحن والفرائض والسنة كما تعلمون القرآن‬


Bermaksud, “Belajarlah bahasa, faraidh dan sunnah sebagaimana kamu mempelajari al-
Quran”7.
Abu ‘Ubaid berkata berkenaan kata-kata Sayyidina Umar r.a. ini, “Belajarlah “al-lahn” iaitu
kesilapan di dalam bahasa supaya kamu dapat memelihara diri daripadanya” 8.

1.5. Ulama telah membuat pelbagai perumpamaan terhadap orang yang mempelajari hadith
tetapi tidak mempunyai asas di dalam bahasa arab. Antaranya adalah seperti berikut,

."‫عن شعبة قال "من طلب الحديث ولم يبصر العربية فمثله مثل رجل عليه برنس ليس له رأس‬

‫وعن حماد بن سلمة قال "مثل الذى يطلب الحديث وال يعرف النحو مثل الحمار عليه مخالة ال‬

."‫شعير فيها‬

Syu’bah berkata, “Sesiapa yang belajar hadith tetapi tidak belajar bahasa arab, maka
perumpamaannya adalah seperti seorang yang memakai topi tetapi tidak mempunyai kepada”.

5
Al-Bayan wat-Tabyiin j.1 hal 185

6
Subhul A’sya j.1 hal. 66
7
Musannaf Ibnu Abi Syaibah j.7 hal. 325
8
Lisanul ‘Arab j13 hal 139

4
Hammaad bin Salamah berkata, “Perbandingan orang yang belajar hadith tetapi tidak mengerti
nahu adalah seperti himar yang digantungkan padanya guni makanan tetapi tiada barli (atau
sebarang makanan) di dalamnya”9.

1.6. Imam Syathibi ketika membincangkan tentang maksud syaari’ menetapkan syariat adalah
untuk memberikan kefahaman kepada mukallaf dan ianya mengandungi beberapa masalah. Lalu
Ia menyebutkan masalah pertama dengan katanya:

‫المس ألة األولى إن ه ذه الش ريعة المبارك ة عربي ة ال م دخل فيه ا لأللس ن العجمي ة وأن‬

‫القرآن ليس فيه كلمة أعجمية عند جماعة من األصوليين أو فيه ألفاظ أعجمية تكلمت‬

‫بها العرب وجاء القرآن على وفق ذلك فوقع فيه المعرب الذي ليس من أصل كالمها‬

‫فإن هذا البحث على هذا الوجه غير مقصود هنا وإنما البحث المقصود هنا أن القرآن‬

‫ن زل بلس ان الع رب على الجمل ة فطلب فهم ه إنما يك ون من ه ذا الطري ق خاص ة ألن اهلل‬

‫تعالى يقول إنا أنزلناه قرآنا عربيا وقال بلسان عربي مبين وقال لسان الذي يلحدون إليه‬

‫أعجمي وهذا لسان عربي مبين وقال ولو جعلناه قرآنا أعجميا لقالوا لوال فصلت آياته‬

‫أأعجمي وعربي إلى غير ذلك مما يدل على أنه عربي وبلسان العرب ال أنه أعجمي وال‬

‫بلسان العجم فمن أراد تفهمه فمن جهة لسان العرب يفهم وال سبيل إلى تطلب فهمه من‬

‫غير هذه الجهة‬


Masalah pertama, sesungguhnya syariat yang penuh keberkatan ini adalah dalam bahasa arab
serta tiada ruang untuk lidah-lidah ‘ajam. Sesungguhnya al-Quran tiada di dalam satupun
kalimah ‘ajam di sisi satu golongan ulama usul atau di dalamnya terdapat lafaz-lafaz ‘ajam yang
9
Bughyatul Wu’aat j.1 hal.529, Tadribu Ar Rawi j.2 hal. 106

5
digunakan oleh orang arab dan al-Quran menepatinya maka terdapatlah di dalamnya perkataan
yang dijadikan sebagai arab yang bukan berasal dari kalamnya. Perbahasan dari sudut ini
bukanlah maksud untuk dibincangkan di sini. Perbahasan yang dimaksudkan di sini adalah
sesungguhnya al-Quran turun dengan lidah arab secara keseluruhannya. Maka tuntutan untuk
memahaminya hanyalah melalui jalan ini sahaja (bahasa arab) kerana Allah taala berfirman
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab”,
firmannya lagi “(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata” firmannya
lagi “(Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing,
sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata” dan firmannya “Dan kalaulah Al-Quran itu
Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak
dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing
sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” serta ayat-ayat yang lain yang menunjukkan
bahawa al-Quran itu adalah berbahasa arab dan dengan lidah arab serta bukan ‘ajam dan bukan
dengan lidah ‘ajam. Maka sesiapa yang mahu memahaminya maka mestilah difahami melalui
lidah arab dan tiada ruang untuk memahaminya selain daripada jalan ini 10.
Untuk memahami syariat bukan hanya melalui al-Quran tetapi juga hadith Nabi s.a.w. . kerana
itu tidak dapat tidak penguasaan terhadap bahasa arab dengan segala kaedahnya adalah mesti
untuk memahami segala syariat ini.

1.7. Di dalam Kasyfu Az-Zunun pengarangnya menukilkan kata-kata Ibnul Athir berkenaan
kepentingan mempunyai pengetahuan berkenaan bahasa arab serta I’rab seperti berikut,

‫ إلى‬: ‫ إلى ف رض ونف ل والفرض ينقس م‬: ‫ عل وم الش ريعة تنقس م‬: ‫ق ال ابن األث ير في ج امع األص ول‬

‫عين وفرض كفاية ومن أصول فروض الكفايات علم أحاديث رسول اهلل صلى اهلل تعالى عليه وسلم‬

‫وآثار أصحابه التي هي ثاني أدلة األحكام وله أصول وأحكام وقواعد واصطالحات ذكرها العلماء‬

10
al-Muawafaqat j.2 hal. 64

6
‫وش رحها المح دثون والفقه اء يحت اج طالب ه إلى معرفته ا والوق وف عليه ا بع د تق ديم معرف ة اللغ ة‬

‫واإلعراب اللذين هما أصل لمعرفة الحديث وغيره لورود الشريعة المطهرة على لسان العرب‬

Ibnul Athir berkata di dalam Jami’ul Usul, ilmu syariat terbahagi kepada fardhu dan sunat.
Fardhu pula terbahagi kepada ‘ain dan kifayah. Di antara usul fardhu kifayah adalah ilmu
tentang hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan athar-athar sahabat r.a. yang merupakan dalil-dalil
hukum yang kedua. Ia mempunyai usul-usul, hukum-hukum, kaedah-kaedah serta istilah-istilah
yang disebutkan dan dihuraikan oleh ulama-ulama, ahli-ahli hadith dan fuqaha’. Penuntut (ilmu
hadith) perlu mengetahui kesemuanya dan pengetahuan tentangnya adalah selepas menguasai
pengetahuan bahasa dan I’rab yang merupakan asas untuk mengetahui hadith dan lainnya
kerana syariat yang suci ini datang dengan lidah arab 11.

1.8. Di dalam Taudhihu Al-Afkar pengarangnya Muhammad bin Ismail as-San’ani


mengemukakan kata-kata seorang imam bahasa dan syair iaitu Abu Sa’id al-Asmu’ie tentang
kebimbangannya terhadap penuntut ilmu hadith yang tidak mempunyai pengetahuan I’rab.
Beliau menukilkan sebagaimana berikut:

‫فقد روين ا عن األص معي ق ال إن أخ وف م ا أخاف على طالب العلم أي علم الح ديث إذا لم يعرف‬

‫النحو أن يدخل في جملة قول النبي صلى اهلل عليه وسلم من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من‬

‫النار زاد زين الدين ألنه لم يكن يلحن فمهما رويت عنه ولحنت فقد كذبت عليه صلى اهلل عليه‬

‫وسلم‬

Sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Al-Asmu’ie bahawa Ia berkata, “Sesungguhnya


perkara yang paling saya bimbangkan terhadap penuntut ilmu iaitu ilmu hadith bila dia tidak
mengerti ilmu nahu dia akan termasuk dari kalangan golongan yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w.

11
Kasyfu Az-Zunun Haji Khalifah j.1 hal. 635

7
iaitu “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan
tempatnya di dalam neraka”. Zainuddin menambah, “Kerana Nabi s.a.w. bukanlah orang yang
melakukan kesilapan di dalam ilmu nahu, bilamana engkau meriwayatkan daripadanya dan
engkau melakukan kesalahan di dalam nahu dan I’rob maka sesungguhnya engkau telah
berdusta atas nama Nabi s.a.w.”12.

Kesimpulannya adalah di antara faktor yang boleh menyelamatkan seseorang itu daripada
kesilapan di dalam meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w. adalah dengan mempelajari ilmu nahu
sehingga memampukannya untuk menguasai I’rob. Bahkan menguasai I’rob adalah merupakan
antara ciri khusus umat Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dinukilkan oleh imam
Suyuthi di dalam Tadribu Ar Rawi bahawa Hafidz Abu Ali Al Jayyaani berkata yang bermaksud,
“Allah SWT telah memberikan keistimewaan kepada ummat Muhammad s.a.w. ini dengan tiga
perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan I’rab” 13.

2. Contoh-contoh kepentingan ilmu alat untuk memahami hadith dengan


mendalam.

Tidak menguasai ilmu alat adalah merupakan antara faktor yang menyebabkan seseorang tidak
dapat menguasai pemahaman terhadap sesuatu hadith dengan mendalam. Di sini akan
dikemukakan sebahagian daripadanya. Antaranya:

2.1: Masalah yang timbul disebabkan kurang kemampuan dalam menguasai kaedah bahasa
arab. Kesilapan di dalam menentukan kedudukan sesuatu kalimah di dalam struktur ayat dari
segi I’rabnya akan membawa kepada salah cara bacaan serta terjemahannya dan seterusnya
membawa kepada pemahaman yang salah terhadap sesuatu hadith. Begitu juga seperti tidak
dapat membezakan antara “khobar” atau “badal”, antara perkataan yang berada selepas “waw
‘athaf” atau “waw hal” atau “waw isti’naf”, tidak dapat membezakan perbezaan makna-makna
huruf jar, perbezaan penggunaan perkataan “nakirah atau ma’rifah” dan sebagainya akan
menyebabkan kesilapan di dalam memberikan makna kepada sesuatu hadith. Di sini akan
dikemukakan beberapa contoh berkenaan nahu dan I’rob.

12
Taudhihu Al-Afkar j2 hal 393
13
Tadribu Ar Rawi, j. 2 hal. 160

8
2.1.1: Di antara contoh “waw hal” dan “ta’kid” dengan penggunaan “lam” pada “khobar inna”
yang terdapat di dalam hadith:

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم إِ َّن ال َْع ْب َد لَيَ ْع َم ُل َع َم َل أ َْه ِل النَّا ِر َوإِنَّهُ ِم ْن أ َْه ِل‬
َ ‫ال النَّبِ ُّي‬ َ َ‫َع ْن َس ْه ِل بْ ِن َس ْع ٍد ق‬
َ َ‫ال ق‬

‫ْجن َِّة َوإِنَُّه ِم ْن أ َْه ِل النَّا ِر‬ ِ ‫ال‬


َ ‫ْجنَّة َو َي ْع َم ُل َع َم َل أ َْه ِل ال‬
َ

Bermaksud: Daripada Sahal bin Sa’ad r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya
seseorang hamba itu benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka sedangkan dia adalah ahli
syurga dan seseorang itu beramal dengan amalan ahli syurga sedangkan dia adalah ahli neraka”.
14

Tidak dapat membezakan di antara fi’il mudhori’ yang dita’kidkan dan tidak dita’kidkan akan
menyebabkan salah di dalam memahami hadith ini. Begitu juga perbezaan makna antara waw
hal dan waw ‘athof dan sebagainya.

2.1.2: Di antara contoh masalah tersebut lalu menyebabkan seseorang tidak dapat memahami
perselisihan pendapat yang timbul di kalangan ulama kerana tidak memahami kaedah bahasa
arab adalah seperti yang terdapat di dalam hadith ini:

ُ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َي ُق‬


‫ول إِ َّن أ ََّو َل َما َخلَ َق اللَّهُ الْ َقلَ َم‬ ِ َ ‫ت رس‬ ِ ‫الص ِام‬
ِ َ َ‫ت ق‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ ُ ‫ال َسم ْع‬ َّ ‫ادةَ بْ ِن‬
َ َ‫عن عُب‬

‫ب‬
ْ ُ‫ال لَهُ ا ْكت‬
َ ‫َف َق‬

Bermaksud: Daripada ‘Ubadah bin As-Samit katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sesungguhnya permulaan ketika Allah menciptakan qalam Allah memerintahkan kepadanya
dengan berkata, tulislah!”15.

14
Riwayat Bukhari, Muslim
15
Riwayat Abu Daud, Termizi

9
Dari segi kaedah bahasa arab hadith ini memberikan beberapa makna. Andaikata dibaca “al-
qalamu” dengan marfu’ iaitu dengan mengatakan “al-qalam” menjadi “khobar” kepada “inna”
dan “awwala” menjadi isimnya maka dia akan memberikan makna bahawa perkara yang mula-
mula sekali Allah ciptakan adalah qalam tetapi kalau dibaca dengan mansub iaitu sebagai maf’ul
kepada “khalaqa” ia akan memberi makna “permulaan ketikamana Allah menjadikan qalam
maka Allah memerintahkannya dengan berkata” dan bukan nak menceritakan perkara yang
mula-mula Allah taala ciptakan tetapi nak menceritakan yang mula-mula Allah perintahkan
qalam bila ia menciptakannya. Kemudian mungkin timbul pula kenapa “awwala” dibaca dengan
mansub juga bukannya marfu’ sedangkan ia adalah khobar kepada “inna”. Maka jawapannya
adalah “awwala” dibacakan dengan mansub sebagai dhorfiyyah tetapi ianya berada di tempat
rofo’ sebagai “khobar inna” dan isimnya adalah “dhomir syaan” yang ditaqdir pada “inna”.

2.1.3: Begitu juga tidak dapat memahami perselisihan feqah di antara ulama disebabkan kerana
tidak memahami tarkib idhofi (satu bentuk sandaran sesuatu isim kepada isim selepasnya)
seperti di dalam contoh yang terdapat di dalam hadith-hadith di bawah ini:

‫اب ِم ْن‬
ٍ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّم َن َهى َع ْن أَ ْك ِل ُك ِّل ِذي ن‬
َ
ِ َ ‫َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬
ِ
ُ َ َّ ‫َع ْن أَبِي َث ْعلَبَةَ َرض َي اللَّهُ َع ْنهُ أ‬

‫اع‬
ِ َ‫السب‬
ِّ
Bermaksud: Daripada Abi Tha’labah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang daripada
memakan akan setiap yang bertaring atau daripada apa yang dimakan oleh setiap yang
bertaring.16

‫اع َح َر ٌام‬ ِّ ‫اب ِم ْن‬


ِ َ‫السب‬ ٍ َ‫ال أَ ْكل ُك ِّل ِذي ن‬ َّ ِ َّ َّ َ ‫ول اللَّ ِه‬
ُ َ َ‫صلى اللهُ َعلَْيه َو َسل َم ق‬ َّ ‫َع ْن أَبِي َث ْعلَبَةَ الْ ُخ َشنِ ِّي أ‬
َ ‫َن َر ُس‬

Bermaksud: Daripada Abi Tha’labah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Memakan
setiap yang bertaring atau suatu yang dimakan oleh setiap yang bertaring adalah haram”. 17

16
Riwayat Bukhari
17
Riwayat Malik di dalam Muwattho’

10
Di dalam dua hadith di atas terdapat tarkib idhofi iaitu penyandaran perkataan “aklu” iaitu
masdar dengan makna “makan” kepada “zi naabin” iaitu isim lima yang bermakna “yang
mempunyai taring”. Idhofat yang terdapat di dalam hadith tersebut mempunyai makna berbeza
bilamana berbeza cara idhofat atau penyandaran tersebut. Makna pertama kalaulah idhofat
“aklu” kepada “zi naabin” dengan makna “idhofat masdar kepada maf’ul” dengan takdir ‫هنى ان يأكل‬

‫ ذا ن اب‬iaitu “melarang daripada memakan suatu yang bertaring” maka ia akan memberi makna

larangan Nabi s.a.w. adalah kepada umatnya memakan binatang yang bertaring. Inilah pendapat
jumhur yang berpegang kepada cara idhofat yang pertama. Kedua iaitu pendapat Imam Malik
r.h. yang mengatakan idhofat yang terdapat di dalam hadith ini adalah idhofat masdar kepada

fa’il dengan takdir ‫ نهى عن الشئ الذى يأكله ذو ناب‬iaitu “melarang daripada memakan suatu
yang dimakan oleh binatang yang bertaring” maka ia bermakna Nabi s.a.w. melarang umatnya
daripada memakan sesuatu yang dimakan oleh binatang yang bertaring. Pendapat ini
sebenarnya lebih hampir kepada makna yang terdapat di dalam al-Quran iaitu firman Allah taala
yang berbunyi:

ُ‫ْخ ْن ِزي ِر َو َم ا أ ُِه َّل لِغَْي ِر اللَّ ِه بِ ِه َوال ُْم ْن َخنِ َق ةُ َوال َْم ْوقُ وذَةُ َوال ُْمَت َردِّيَ ة‬
ِ ‫ت َعلَي ُكم الْميتَ ةُ وال دَّم ولَحم ال‬
ُ ْ َ ُ َ ْ َ ُ ْ ْ ‫ُح ِّر َم‬
‫السبُ ُع إِاَّل َما ذَ َّك ْيتُ ْم‬
َّ ‫يحةُ َو َما أَ َك َل‬ ِ
َ ‫َوالنَّط‬
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang
keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih
kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh
dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas 18.

Di dalam ayat ini Allah taala menerangkan bahawa di antara yang diharamkan memakannya
adalah binatang yang dimakan oleh binatang buas (yang tidak diajar memburu) serta tidak
sempat disembelih.

Di dalam riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. tidak menyebutkan perkataan masdar iaitu “akl”
sebagaimana sabda Baginda s.a.w.:

18
al-Maidah 3

11
‫اع‬ ِّ ‫اب ِم ْن‬
ِ َ‫السب‬ ٍ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّم َع ْن ُك ِّل ِذي ن‬
َ
ِ ُ ‫ال َنهى رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ٍ َّ‫َع ْن ابْ ِن َعب‬
ُ َ َ َ َ‫اس ق‬

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. melarang daripada setiap binatang buas
yang bertaring”19.

Maka di dalam riwayat ini mestilah ditakdirkan “akl” atau “ma’kul” sebagaimana perlu
ditakdirkan perkataan “akl” di dalam ayat surah maidah di atas.

2.1.4: Tidak memahami kepelbagaian makna pada sesuatu huruf jar seperti di dalam hadith ini:

‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِستَّةٌ ل ََع ْنُت ُه ْم َول ََعَن ُه ْم اللَّهُ َو ُك ُّل نَبِ ٍّي َك ا َن يجاب‬ ِ ُ ‫ال رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ْ ‫َع ْن َعائِ َشةَ قَال‬
ُ َ َ َ‫َت ق‬

َ ِ‫وت لِيُ ِع َّز بِ َذل‬


‫ك َم ْن أَ َذ َّل اللَّهُ َويُ ِذ َّل َم ْن‬ ِ ‫ط بِ الْجبر‬ِّ ِ َّ
ُ َ َ ُ ‫ب ب َق َد ِر الله َوال ُْمتَ َس ل‬ ُ َ ِ َ‫الزائِ ُد فِي كِت‬
ِ ُ ‫اب اللَّ ِه والْم َك ِّذ‬ َّ

‫سنَّتِي‬ ِ َّ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ ِ َّ َ ‫أ‬
ُ ‫َع َّز اللهُ َوال ُْم ْستَح ُّل ل ُح ُرم الله َوال ُْم ْستَح ُّل م ْن ع ْت َرتي َما َح َّر َم اللهُ َوالتَّا ِر ُك ل‬

Bermaksud: Daripada ‘Aaisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tujuh golongan yang
aku melaknatnya dan Allah juga melaknatnya (setiap nabi diterima doa mereka), orang yang
menambah pada kitab Allah, orang yang mendustakan ketentuan Allah, orang yang menguasai
dengan penuh kesombongan untuk memuliakan orang yang dihina oleh Allah dan menghina
orang yang dihina oleh Allah, orang yang menganggap halal kawasan larangan Allah, orang yang
menghalalkan terhadap keturunanku apa yang diharamkan oleh Allah dan orang yang
meninggalkan sunnahku”20.

“Min” iaitu huruf jar yang terdapat pada “ ‫ِع ْترتِي‬ ِ ِ


َ ‫ ” َوال ُْم ْستَح ُّل م ْن‬memberikan dua makna kepada
hadith ini. Pertama jika “min” tersebut adalah “min ibtidaiyyah” dengan makna “’itrati” itu
adalah suatu yang lain dari “al-mustahillu” dan kedua “min” tersebut adalah “min bayaniyyah”

19
Riwayat Muslim
20
Riwayat Termizi

12
dengan makna “min” tersebut menerangkan bahawa orang yang menganggap halal itu adalah
dari keturunanku iaitu min tersebut adalah daripada “mustahillu”.

2.1.5: Begitu juga untuk memahami makna ‘illah yang terdapat pada huruf ‘athaf dengan “fa”
seterusnya memahami bagaimana ulama mengeluarkan kesimpulan hukum dari huruf tersebut
sebagaimana yang terdapat dalam hadith berikut,

‫ال { اَل يَ ْج ِزي َولَ ٌد َوالِ َدهُ إاَّل أَ ْن يَ ِج َدهُ َم ْملُو ًك ا‬


َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ َ ‫َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن أَبِي ُه َر ْي َرةَ أ‬
ُ‫َفيَ ْشتَ ِريَهُ َفُي ْعتِ َقه‬
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “seseorang anak tidak akan
dapat membalas jasa ayahnya kecuali ia mendapati ayahnya itu dimiliki (seorang hamba) lalu ia
membelinya untuk memerdekakannya”21.

Di dalam hadith ini digunakan haraf ‘athaf dengan “fa sababiyyah” lalu ia memberikan makna
‘illah iaitu memerdekakan ayahnya adalah merupakan sebab kepada membeli. Penggunaan
‘athaf seperti ini adalah termasuk di dalam ‘athaf hukum kepada ‘illah. Daripada hadith ini
setengah ulama menjadikan pembelian kaum keluarga adalah merupakan sebab kepada
memerdekakan22.

Begitu jugalah makna-makna yang terdapat pada sesuatu haraf ‘athaf adakalanya memberikan
maksud serta kesimpulan yang berlainan berdasarkan kepada makna haraf-haraf tersebut.

2.1.6: Tidak dapat memahami hadith kerana tidak memahami sesuatu yang dimahzufkan
(buang) bilamana terdapat qarinah (samaada ma’nawi atau lafzi) yang mengharuskannya seperti
yang terdapat di dalam hadith di bawah:

21
Musykilul Aathar j.1 hal.406

22
Al-Madakhilul Usuliyyah hal. 165

13
َ ‫َح َد ُك ْم إِذَا َم‬ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬ ِ َ ‫َن رس‬ ِ ِ ِ
‫ات‬ َ ‫ال إِ َّن أ‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن َع ْبد اللَّه بْ ِن عُ َم َر َرض َي اللَّهُ َع ْن ُه َما أ‬

‫ْجن َِّة َوإِ ْن َك ا َن ِم ْن أ َْه ِل النَّا ِر‬ ِ ِ ‫ض َعلَْي ِه م ْق َع ُدهُ بِالْغَ َد ِاة وال َْع ِش ِّي إِ ْن َك ا َن ِمن أ َْه ِل ال‬
َ ‫ْجنَّة فَم ْن أ َْه ِل ال‬
َ ْ َ َ َ ‫عُ ِر‬

‫ك اللَّهُ َي ْو َم ال ِْقيَ َام ِة‬ ُ ‫فَ ِم ْن أ َْه ِل النَّا ِر َفُي َق‬


َ َ‫ال َه َذا َم ْق َع ُد َك َحتَّى َي ْب َعث‬

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya
seseorang kamu bila ia meninggal dunia dibentangkan kepadanya tempat tinggalnya pagi dan
petang. Jikalau dia adalah ahli syurga maka (yang dibentangkan kepadanya) adalah (tempat
tinggal) ahli syurga, jikalau dia adalah ahli neraka maka (yang dibentangkan kepadanya) adalah
(tempat tinggal) ahli neraka”23.

Di dalam hadith ini dibuangkan mubtada’ yang terletak selepas fa jawab syarat dan qarinah

untuk mengetahui sesuatu yang dibuang tersebut adalah jumlah “ ‫علَ ْي ِه‬
َ َ ‫“ عُ ِر‬
‫ض‬ dan “‫ده‬
ُ ‫” َم ْق َع‬.
Begitu juga dibuangkan mudhof yang terletak selepas haraf jar lalu diletakkan mudhofun ilaih

ditempatnya. Dan taqdir untuk kedua-dua yang dibuang tersebut adalah “ ‫مقاعد‬ ‫”فالمعروض‬.

2.2: Penguasaan terhadap ilmu balaghah supaya seseorang itu dapat memahami hadith dengan
lebih mendalam. Di sini akan dikemukakan beberapa contoh daripadanya.

2.2.1: Memahami ketinggian bahasa yang digunakan oleh Nabi s.a.w. seperti yang terdapat di
dalam hadith di bawah,

ِ ِ ِ ِ ‫ال ُكنَّا ِع ْن َد رس‬


َ َ‫َع ْن ال ُْم ْن ِذ ِر بْ ِن َج ِري ٍر َع ْن أَبِي ِه ق‬
َ َ‫َّه ا ِر ق‬
‫ال‬ َ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم في‬
َ ‫ص ْد ِر الن‬ َ ‫ول اللَّه‬ َُ

َ ‫ض َر بَ ْل ُكلُّ ُه ْم ِم ْن ُم‬
َ ‫وف َع َّامُت ُه ْم ِم ْن ُم‬
ِ ‫السي‬ ِ ِ ِ
‫ض َر‬ ُ ُّ ‫ِّما ِر أ َْو ال َْعبَاء ُمَت َقلِّدي‬
َ ‫اءهُ َق ْو ٌم ُح َفاةٌ عُ َراةٌ ُم ْجتَابي الن‬
َ ‫فَ َج‬
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم لِ َما َرأَى بِ ِه ْم ِم ْن الْ َفاقَ ِة فَ َد َخ َل ثُ َّم َخ َر َج فَ أ ََم َر بِاَل اًل فَ أَذَّ َن‬ ِ ِ ‫َفتَم َّعر وجهُ رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ َْ َ َ

23
Riwayat Bukhari dan Muslim

14
ِ ‫اح َد ٍة إِلَى‬
ِ ‫سو‬ ِ ِ َّ
‫آخ ِر‬ َ ٍ ‫َّاس َّات ُق وا َربَّ ُك ْم الذي َخلَ َق ُك ْم م ْن َن ْف‬
ُ ‫ال { يَ ا أ َُّي َه ا الن‬ َ َ‫ص لَّى ثُ َّم َخط‬
َ ‫ب َف َق‬ َ َ‫َوأَق‬
َ َ‫ام ف‬

‫ت لِغَ ٍد‬
ْ ‫َّم‬
َ ‫س َم ا قَ د‬ َّ َّ ‫ْح ْش ِر‬
ٌ ‫{ات ُق وا اللهَ َولَْت ْنظُ ْر َن ْف‬
ِ ِ ِ ِ
َ ‫اآْل يَ ة إِ َّن اللَّهَ َك ا َن َعلَْي ُك ْم َرقيبً ا } َواآْل يَ ةَ الَّتي في ال‬

َ َ‫اع تَ ْم ِر ِه َحتَّى ق‬
‫ال َول َْو‬ ِ ‫ص‬ ِ ِ ِ ‫و َّات ُقوا اللَّه}تَص َّد َق رج ل ِمن ِدين ا ِر ِه ِمن ِدره ِم ِه ِمن َثوبِ ِه ِمن ص‬
َ ‫اع ُب ِّره م ْن‬ َ ْ ْ ْ َْ ْ َ ْ ٌ َُ َ َ َ
24
‫بِ ِش ِّق تَ ْم َر ٍة‬

Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menggunakan bahasa yang cukup mendalam pengertiannya
dan ianya dapat difahami bilamana seseorang itu memahami istilah-istilah yang terdapat di
dalam ilmu balaghah. Antaranya adalah:
i. Bara’atulistihlal iaitu permulaan percakapan yang begitu mendalam dan tinggi
pengertiannya serta “husnulibtidaaat” iaitu permulaan yang cantik di mana permulaan
atau mukaddimah yang diberikan cukup bersesuaian serta isyarat kepada maksud yang
ingin disampaikan25. Umpamanya di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. mengemukakan
dua ayat al-Quran sebagai mukaddimahnya adalah dengan maksud untuk memberi
peringatan kepada orang-orang di hadapannya (sahabat-sahabat) tentang kemanusian
sejagat yang sepatutnya dikongsi di antara sekalian individu manusia. Bermula dengan
peringatan supaya bertaqwa kepada Allah taala yang telah memberikan ni’mat kepada
mereka serta mengingatkan kepada mereka tentang asal kejadian mereka yang sama,
persaudaraan sesama manusia dan kewajipan menghubungkan hubungan rahim. Semua
itu adalah sebagai pendorong supaya mereka bersedia untuk mencurahkan bantuan
serta bermurah hati kepada orang-orang miskin dari qabilah Mudhor tersebut sebagai
persaudaraan sesama manusia yang berasal dari datuk yang sama.
ii. Penggunaan jumlah “khobariyyah lafzan insyaaiyyah ma’nan” iaitu walaupun ungkapan
yang bergaris dari segi zohir lafaznya memberikan makna cerita (khobar) tetapi pada
hakikatnya ianya memberikan makna perintah (insya’) 26. Tidak memahami pengertian
istilah tersebut menyebabkan seseorang itu tidak dapat memahami hadith itu dengan
mendalam. Penggunaan uslub “khobar” bukannya “insya’” iaitu perintah oleh Rasulullah
s.a.w. di dalam hadith ini adalah merupakan suatu ungkapan yang cukup mendalam dari
24
Riwayat Muslim
25
Lihat Tariqul Wusul ila Ulumil Balaghah Maulana Anwar Badakhsyani hal. 176.
26
Ibid hal. 58

15
seorang yang bijaksana di mana ia merupakan satu tuntutan yang cukup lembut serta
orang yang mendengarnya akan memberikan sumbangan dengan penuh keikhlasan dan
bukannya dengan perasaan terpaksa.
iii. Nabi s.a.w. menggunakan perkataan “nakirah” iaitu “rojulun” dan bukannya “khitob”
serta “mubham” bukannya “ta’yin” dengan tidak menggunakan perkataan seperti
antum umpamanya supaya permintaan itu meresap masuk ke dalam jiwa mereka
dengan tenang tanpa sebarang paksaan dan mereka pula saling berlumba-lumba tanpa
penentuan sesiapa untuk mendapat kelebihan bersedekah. Ungkapan yang seperti ini di
dalam ilmu balaghah dikenali dengan istilah “iltifaat minal khitab ilal ghaibah”. 27
2.2.2. Penggunaan isti’aarah28 di dalam hadith Nabi s.a.w. seperti hadith di bawah,

ٌ ‫َّاس ل َُه ْم َر ُج ٌل ُم ْم ِس‬


‫ك‬ ِ ‫اش الن‬ ِ ‫ال ِم ْن َخ ْي ِر َم َع‬َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم أَنَّهُ ق‬ ِ ِ ‫َعن أَبِي ُهريرةَ َعن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ ْ َْ َ ْ
ِ ِ‫ِعنَا َن َف َر ِس ِه فِي َسب‬
‫يل اللَّ ِه يَ ِط ُير َعلَى َم ْتنِ ِه ُكلَّ َما َس ِم َع َه ْي َعةً أ َْو َف ْز َعةً طَ َار َعلَْي ِه‬

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya baginda bersabda, “sebaik-
baik keadaan hidup bagi manusia adalah seorang yang memegang kekang kudanya, ia terbang di
atas belakangnya (bersegera). Bilamana ia mendengar teriakan(seruan jihad) ia terbang
(bersegera) kearahnya”.29

Nabi s.a.w. menyerupakan larian kuda di dalam hadith ini dengan terbang burung dengan
meminjamkan perkataan terbang untuk larian kuda. Di dalam hadith ini “musta’ar lahu” atau
“musyabbah” (yang dipinjam atau yang diserupakan) adalah larian kuda. “Musta’ar minhu” atau
“musyabbah bih” (yang diserupakan dengannya) 30 adalah penerbangan burung. Perkara yang
menghimpunkan kedua-duanya iaitu “merentasi jarak dengan cepat” di ambil dari makna
“berlari” dan “terbang” (yang difaham daripada hadith) cuma (perkara yang menghimpunkan
kedua-duanya) yang terdapat pada terbang adalah lebih kuat daripada yang terdapat pada
berlari.31

27
Ibid hal. 29
28
Iaitu suatu lafaz yang digunakan pada satu makna yang diserupakan dengan maknanya yang asal (hakiki)
kerana hubungan keserupaan. Contoh seperti lafaz “singa” pada kata-kata “aku melihat singa memanah”.
Maka lafaz singa digunakan pada seorang yang diserupakan dengan binatang buas yang khusus dengan
keberanian dan qarinah di sini adalah lafaz “memanah”.
29
Sahih Muslim bab kelebihan jihad.
30
Di dalam isti’arah biasanya dibuang kedua rukun tersebut.
31
Tariqul Wusul ila Ulumil Balaghah Maulana Anwar Badakhsyani hal. 106

16
2.2.3. Dan banyak lagi penggunaan balaghah di dalam hadith seperti kinayah 32, majaz33 dan
sebagainya.

2.3: Istilah mantiq yang terdapat di dalam hadith Rasulullah s.a.w. Penguasaan terhadap istilah-
istilah mantiq akan membawa kepada pemahaman yang lebih tepat. Antaranya:

2.3.1: Penggunaan istilah “umum dan khusus” di antara dua nisbah sebagaimana yang terdapat
di dalam hadith-hadith seperti di bawah,

2.3.1.1: Hadith yang dikemukakan oleh Imam Bukhari di dalam bab Takhfifu al wudhu’

ِ ِ ِ
ُ‫ص لَّى اللَّه‬ ٌ ْ‫َخَب َريِن ُك َري‬
ٍ َّ‫ب َع ْن ابْ ِن َعب‬
َّ ‫اس أ‬
َ َّ ‫َن النَّيِب‬ ْ ‫َح َّدثَنَا َعل ُّي بْ ُن َعْبد اللَّه قَ َال َح َّدثَنَا ُس ْفيَا ُن َع ْن َع ْم ٍرو قَ َال أ‬
‫صلَّى‬ ْ ‫صلَّى َو ُرمَّبَا قَ َال‬ ِ
َ َ‫اضطَ َج َع َحىَّت َن َف َخ مُثَّ قَ َام ف‬ َ َّ‫َعلَْيه َو َسلَّ َم نَ َام َحىَّت َن َف َخ مُث‬

Hafidz Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadith tersebut mengemukakan di dalam kitabnya
sebagaimana berikut:

ِ
ْ ‫ ( َو ُرمَّبَا قَ َال ا‬. ‫َق ْوله‬
) ‫ضطَ َج َع‬

‫ص وص ِم ْن َو ْجه ؛‬ ِ ِ ِ
ُ ‫نهم ا عُ ُم وم َو ُخ‬
َ ‫ َولَْي َسا ُمَت َراد َفنْي بَ ْل َبْي‬، ‫ضطَ َج َع‬
ْ ‫ َكا َن ُس ْفيَان َي ُقول تَ َارة نَ َام َوتَ َارة ا‬: ‫َي‬
ْ‫أ‬
ِ
ْ ‫ بَ ْل َك ا َن إِ َذا َر َوى احْلَ ِديث ُمطَ َّواًل قَ َال ا‬، ‫َحدمهَا َم َق ام اآْل َخ ر‬
، ‫ض طَ َج َع َفنَ َام َك َم ا َس يَأْيِت‬ ِ ِ
َ ‫لَكنَّهُ مَلْ يُِر ْد إقَ َامة أ‬
ِ ِ
. ‫َي نَائِ ًما‬ ْ ‫ضطَ ِج ًعا أ َْو ا‬
ْ ‫ضطَ َج َع أ‬ ْ ‫ ُم‬: ‫َي‬
ْ ‫قال نَ َام أ‬ َ َ‫َوإِذَا ا ْخت‬
َ ُ‫صَره‬

Bermaksud: Katanya (Bukhari), dan kadang-kadang ia berkata “mengiring”


32
Suatu lafaz yang dimaksudkan dengannya kepada suatu yang mesti dengan makna yang ditentukan
untuknya di samping harus memaksudkan makna asalnya.
33
Sesuatu lafaz yang digunakan kepada selain daripada maknanya asal yang ditentukan untuknya kerana
sesuatu sebab.

17
Iaitu: Sufyan sering berkata, “Kadang-kadang ia tidur dan kadang-kadang ia mengiring”
sedangkan keduanya bukanlah perkataan yang mempunyai makna yang sama bahkan di antara
keduanya adalah ‘umum khusus min wajhin’ akan tetapi dia tidak maksudkan untuk meletakkan
salah satu (perkataan) di tempat yang satu lagi, bahkan bilamana dia meriwayatkan hadith
dengan panjang dia berkata ‘mengiring lalu dia tidur’ sebagaimana hadith seterusnya dan bila
dia meringkaskan hadith dia berkata ‘tidur’ iaitu dalam keadaan mengiring atau ‘mengiring’
dalam keadaan tidur34.

Di dalam syarah kepada hadith tersebut Hafidz Ibnu Hajar telah menggunakan istilah mantiq di
dalam memberikan nisbah kepada dua perkataan iaitu “naama dan idhtoja’a” untuk lebih
mudah difahami. Yang dimaksudkan dengan istilah “umum wa khusus min wajhin” di dalam
istilah mantiq adalah “berhimpun masing-masing daripada dua kulli di dalam satu perkara dan
berasingan masing-masing daripada keduanya di dalam perkara yang lain”. Ianya memberikan
maksud bahawa tidur dan mengiring adalah tepat kepada orang yang tidur dalam keadaan
mengiring di samping itu tidur adalah suatu yang berasingan daripada mengiring begitu juga
mengiring adalah suatu yang lain daripada tidur.

3. Keperluan kepada ilmu-ilmu usul yang lain di dalam memahami hadith.

Di antara ilmu yang diperlukan untuk memahami sesetengah hadith adalah ilmu-ilmu usul yang
lain seperti uloomul Quran merangkumi usul tafsir, usul fiqh dan lain-lain.

3.1. Keperluan kepada uloomul Quran termasuk usul tafsir untuk memahami hadith.
3.1.1. Memahami istilah nuzul yang digunakan di dalam hadith-hadith berkenaan ayat-ayat al-
Quran di dalam bab tafsir. Antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Termizi
berkenaan ayat mengadap kemana-mana arah di dalam bersembahyang:

ُ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم يِف َس َف ٍر يِف لَْيلَ ٍة ُمظْلِ َم ٍة َفلَ ْم نَ ْد ِر أَيْ َن الْ ِقْبلَ ة‬ ِ
َ ِّ ‫َع ْن َع ام ِر بْ ِن َربِ َيع ةَ قَ َال ُكنَّا َم َع النَّيِب‬
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َفَن َز َل { فَأ َْينَ َم ا تُ َولُّوا‬ ِ ِ‫فَصلَّى ُك ُّل رج ٍل ِمنَّا علَى ِحيالِِه َفلَ َّما أَصبحنا ذَ َكرنَا ذَل‬
َ ِّ ‫ك للنَّيِب‬َ ْ َ ْ َْ َ َ َُ َ
} ‫َفثَ َّم َو ْجهُ اللَّ ِه‬

34
Fathul bari bab takhfif fil wudhu

18
Daripada ‘Amir bin Rabi’ah katanya, “kami bersama Nabi s.a.w. di dalam perjalanan di tengah
malam yang gelap. Kami tidak mengetahui kemana arah kiblat lalu masing-masing dari kami
bersembahyang mengadap kearah masing-masing. Bila kami tiba pada waktu pagi kami
menyebutkan perkara tersebut kepada Nabi s.a.w. lalu turunlah ayat “Dan kepunyaan Allah-lah
timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah” 35 .

Di dalam riwayat yang seterusnya berbunyi:

ِ ‫ال َكا َن النَّبِ ُّي صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم يصلِّي علَى ر‬
‫احلَتِ ِه تَطَُّو ًعا‬ ُ ‫َس ِعي َد بْ َن ُجَب ْي ٍر يُ َحد‬
َ َ‫ِّث َع ْن ابْ ِن ُع َم َر ق‬
َ َ ََُ ََ َْ ُ َ
ِِ ِِ ِ ِ ٍِ ِ ْ ‫أَينَما َتو َّجه‬
ُ ‫ت بِه َو ُه َو َجاء م ْن َم َّكةَ إِلَى ال َْمدينَة ثُ َّم َق َرأَ ابْ ُن ُع َم َر َهذه اآْل يَةَ { َوللَّه ال َْم ْش ِر ُق َوال َْم ْغ ِر‬
‫ب‬ َ َ َْ
ُ‫َت َه ِذ ِه اآْل يَة‬
ْ ‫ال ابْ ُن عُ َم َر فَِفي َه َذا أُنْ ِزل‬
َ ‫} اآْل يَةَ َف َق‬

Sa’id bin Jubair menceritakan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, “Nabi s.a.w. bersembahyang
sunat di atas kenderaannya kearah mana binatangnya mengadap ketika mana ia datang dari
Mekah ke Madinah”. Kemudian Ibnu Umar membaca ayat ini ‘Dan kepunyaan Allahlah timur
dan barat’ –sehingga akhir ayat- lalu Ibnu Umar berkata, “kerana inilah ayat ini turun” 36.

Begitu juga hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan ayat 113 surah at-Taubah:

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ِ


َ ‫ض َرتْهُ ال َْوفَ اةُ َد َخ َل َعلَْي ه النَّبِ ُّي‬ َ ‫ب ل ََّما َح‬ ٍ ِ‫َن أَبَ ا طَ ال‬
َّ ‫ب َع ْن أَبِي ِه أ‬ ِ َّ‫َع ْن ابْ ِن ال ُْم َس ي‬
‫ال أَبُو َج ْه ٍل َو َع ْب ُد‬ َ ‫َك بِ َه ا ِع ْن َد اللَّ ِه َف َق‬َ ‫اج ل‬ُّ ‫ُح‬ ِ
َ ‫َي َع ِّم قُ ْل اَل إِلَهَ إِاَّل اللَّهُ َكل َم ةً أ‬ ْ ‫ال أ‬ َ ‫َو ِع ْن َدهُ أَبُو َج ْه ٍل َف َق‬
‫آخ َر َش ْي ٍء‬ ِ ‫ال‬ َ َ‫ب َفلَ ْم َي َزااَل يُ َكلِّ َمانِ ِه َحتَّى ق‬ ِ ِ‫ب َع ْن ِملَّ ِة َع ْب ِد ال ُْمطَّل‬ُ َ‫ب َت ْرغ‬ ٍ ِ‫اللَّ ِه بْ ُن أَبِي أ َُميَّةَ يَ ا أَبَ ا طَ ال‬
ُ‫َم أُنْ هَ َع ْن ه‬
ْ ‫ك َم ا ل‬ َ َ‫َس َت ْغ ِف َر َّن ل‬ ِ
ْ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم أَل‬َ ‫ال النَّبِ ُّي‬ َ ‫ب َف َق‬ِ ِ‫َكلَّ َم ُه ْم بِ ِه َعلَى ِملَّ ِة َع ْب ِد ال ُْمطَّل‬
‫ين َول َْو َكانُوا أُولِي ُق ْربَى ِم ْن َب ْع ِد َم ا َتَبيَّ َن‬ ِ
َ ‫ْم ْش ِرك‬
ِ ِ
ُ ‫آمنُوا أَ ْن يَ ْسَت ْغف ُروا لل‬ َ ‫ين‬
ِ َّ ِ ِ
َ ‫َت { َما َكا َن للنَّب ِّي َوالذ‬ ْ ‫َفَن َزل‬
ِ َ َّ‫َت { إِن‬ ْ ‫ْج ِح ِيم } َو َن َزل‬ ْ ‫ل َُه ْم أ ََّن ُه ْم أ‬
37
}‫ت‬ َ ‫َحبَْب‬
ْ ‫ك اَل َت ْهدي َم ْن أ‬ َ ‫اب ال‬ُ ‫َص َح‬
Di dalam riwayat Termizi berbunyi:

35
Riwayat Termizi bab orang yang sembahyang selain arah kiblat.
36
Riwayat Termizi bab daripada surah al-Baqarah
37
Al-Bukhari kitabul Manaqib Bab Qissati Abi Talib

19
ِ ‫ك و ُهم ا م ْش ِر َك‬ ‫ِ أِل‬ ِ ‫ت رجاًل يسَتغْ ِفر أِل َبويْ ِه و ُهما م ْش ِر َك‬ ِ َ َ‫َعن َعلِ ٍّي ق‬
‫ان‬ ُ َ َ َ ْ‫ْت لَهُ أَتَ ْس َتغْف ُر ََب َوي‬ ُ ‫ان َف ُقل‬ ُ َ َ َ َ ُ ْ َ ُ َ ُ ‫ال َسم ْع‬ ْ
ْ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َفَن َزل‬ ِ َ ِ‫ت ذَل‬ ِ ِ‫ال أَولَيس اس َتغْ َفر إِب ر ِاهيم أِل َب‬
‫َت‬ َ ‫ك للنَّبِ ِّي‬ ُ ‫يه َو ُه َو ُم ْش ِر ٌك فَ َذ َك ْر‬ ُ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ‫َف َق‬
‫ال َوفِي‬ ٌ ‫يسى َه َذا َح ِد‬ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ
َ َ‫يث َح َس ٌن ق‬ َ ‫ال أَبُو ع‬ َ َ‫ين } ق‬ َ ‫ْم ْش ِرك‬ ُ ‫آمنُوا أَ ْن يَ ْسَتغْف ُروا لل‬
َ ‫ين‬ َ ‫{ َما َكا َن للنَّب ِّي َوالذ‬
38 ِ ِ
‫ب َع ْن أَبيه‬ ِ ‫الْباب َعن س ِع‬
ِ َّ‫يد بْ ِن ال ُْم َسي‬ َ ْ َ

Di dalam riwayat pertama yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya ayat 113
surah at-Taubah turun berkenaan bapa saudara Nabi s.a.w. iaitu Abu Talib sedangkan riwayat
kedua yang dikeluarkan oleh Imam Termizi pula turun berkenaan peristiwa yang lain. Bahkan di
dalam riwayat yang lain pula seperti di dalam Mustadrak Hakim 39, Tafsir Ibnu Kathir40 dan lain-
lain menunjukkan ianya turun berkenaan permohonan Nabi s.a.w. untuk memohon keampunan
kepada ibunya yang mati dalam keadaan musyrik. Kemudian kalau diperhatikan pula kepada
riwayat yang pertama terdapat percanggahan di dalamnya kerana surah Taubah adalah
merupakan surah Madaniyyah sedangkan surah Qasas adalah merupakan surah Makkiyyah.
Bagaimana kedua-dua surah boleh turun di dalam satu peristiwa? Jawapannya adalah dengan
merujuk kepada kitab-kitab uloomul Quran. Antaranya:

‫وقد عرف من عادة الصحابة والتابعين أن أحدهم إذا قال نزلت هذه اآلية في كذا فإنه يريد بذلك‬
‫أن هذه اآلية تتضمن هذا الحكم ال أن هذا كان السبب في نزولها‬
Sesungguhnya sudah diketahui di antara kebiasaan sahabat dan tabi’ien adalah bila seseorang
dari mereka berkata “ayat ini turun berkenaan ini” sesungguhnya dia maksudkan dengan
demikian (turun) itu bahawasanya ayat ini mengandungi hukum tersebut bukannya ia adalah
41
sebab kepada penurunannya.

Syah Waliyullah ad-Dehlawi menyebutkan dengan lebih terperinci lagi ketika membincangkan
perkara tersebut di dalam “fasal di dalam mengetahui asbabunnuzul” dengan katanya yang
bermaksud, “di antara tempat yang rumit perbahasannya adalah mengetahui asbabunnuzul dan
sudut kerumitannya adalah perselisihan istilah di antara mutaqaddimin dan mutaakkhirin. Apa
yang jelas berdasarkan kepada penyelidikan terhadap kalam sahabat dan tabi’ien ialah mereka

38
At-Termizi Kitabul Tafsir Bab Daripada Surah al-Taubah
39
Bab tafsir surah at-Taubah
40
Juz 4 hal. 221
41
Al-Burhan liz-Zarkasyi j.1 hal. 32

20
tidak menggunakan istilah “turun berkenaan ini” untuk semata-mata kisah yang berlaku di
zaman Nabi s.a.w. yang merupakan sebab kepada penurunan ayat tersebut. Sebaliknya kadang-
kadang mereka menyebutkannya kepada sebahagian perkara atau peristiwa yang tepat
dengannya ayat tersebut samaada yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. atau selepas Nabi s.a.w.
lalu mereka berkata “ia turun berkenaan ini”. Maka kerana itu tidak semestinya perlu untuk
disesuaikan semua quyud42 sebaliknya memadai dengan menyesuaikan ayat dengan hukum itu
sahaja.43 Selepas itu beliau mengemukakan beberapa lagi maksud daripada kata-kata
mutaqaddimin “nazalat fi kaza” atau “fa unzilat” dan sebagainya.

3.2. Keperluan kepada usul fiqh untuk memahami hadith.


3.2.1. Menentukan makna perintah yang terdapat di dalam hadith samaada wajib, mubah
ataupun harus. Antaranya perbezaan hukum daripada hadith-hadith di bawah:
3.2.1.1. Hadith pertama,

‫مالك بن الحويرث رضى اهلل عنه قال قال لنا رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم صلوا كما رأيتموني‬

‫اصلى‬
Daripada Malik bin al-Huwairith r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami,
“sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang”. 44

Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya bersembahyang sebagaimana


Baginda sembahyang. Perintah di sini memberikan makna wajib berdasarkan kepada kaedah
usul fiqh yang berbunyi,

‫إذا تجردت صيغة األمر اقتضت الوجوب في قول أكثر أصحابنا‬


Bila lafaz amar (perintah) datang secara mutlaq (tanpa sebarang qaid) maka ia menghendaki
makna wajib pada pendapat kebanyakan ashab kita (ulama-ulama di dalam mazhab Syafi’ie). 45
Dan juga berdasarkan kaedah usul fiqh,

42
Ikatan ayat dengan peristiwa atau perkara
43
Al-Fauzul Kabir fi Usul at-Tafsir bersama syarah al-‘Aunul Kabir hal. 190-193
44
Sunan Baihaqi j.2 hal. 345, Sahih Bukhari kitabul azan bab azan bagi musafir (ringkasan dari hadith
panjang)

45
Al-Luma’ fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi hal 46

21
‫امر الوجوب نهي عن ضده‬
“Perintah yang memberikan makna wajib adalah merupakan larangan terhadap lawannya” 46
seperti di dalam hadith di atas perintah supaya sembahyang mengikut cara Rasulullah s.a.w.
adalah merupakan lawan kepada sembahyang tidak mengikut cara Baginda s.a.w.
Di antara dalil yang menunjukkan bahawa amar menunjukkan wajib adalah hadith Nabi s.a.w. :

َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬


‫ال ل َْواَل أَ ْن أَ ُش َّق َعلَى أ َُّمتِي أ َْو‬ ِ َ ‫َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬
ِ
ُ َ َّ ‫َع ْن أَبِي ُه َر ْي َرةَ َرض َي اللَّهُ َع ْنهُ أ‬
‫صاَل ٍة‬ ِ ِّ ِ‫َّاس أَل َمر ُتهم ب‬
َ ‫الس َواك َم َع ُك ِّل‬ ْ ُ ْ َ ِ ‫َعلَى الن‬
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “kalaulah tidak kerana aku akan
menyusahkan umatku atau manusia pasti aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap
kali sembahyang”.47
Hadith ini menunjukkan bahawasanya kalaulah Nabi s.a.w. memerintahkan nescaya ia akan
menjadi wajib dan bila ia menjadi wajib pasti akan menyusahkan umat ini. 48

3.2.1.2. Hadith kedua:

ِ‫ض‬
‫اح ِّي َف ْو َق ثَاَل ثَِة أَيَّ ٍام‬ ِ ‫ال ُكنت نهيت ُكم عن ل‬ ِ ِ َ ‫َن رس‬
ُ ْ َ ْ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ق‬
َ َ ‫ُحوم اأْل‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن نَُب ْي َشةَ أ‬
ِ ‫فَ ُكلُوا واد‬
‫َّخ ُروا‬ َ
Daripada Nubaisyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “dulu aku melarang kamu daripada
daripada (menyimpan) daging-daging korban melebihi tiga hari, maka (sekarang) makanlah dan
simpanlah”.49

Dan hadith ketiga:

46
Ta’liq kepada al-Luma’ oleh Mohd. Yasin al-Fadani hal. 41. Lihat juga at-Talwih syarah al-Tawdhih juz 2
hal. 342 bab mereka berselisih pendapat tentang perintah dan larangan. Lihat juga at-Taqrir wat-Tahbir j.
2 hal. 360.
47
Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain.
48
Al-Luma’ fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi hal 46. Lihat juga al-Ahkam karangan al-Aamidi juz 2 hal. 147-
151, al-Bahrul Muhith liz-Zarkasyi j.1 hal. 352 dan lain-lain.

49
Sunan Ibnu Majah, Muwattha’ Malik bab menyimpan daging korban.

22
‫وه ا فَ ِإ َّن فِي‬ ِ ِ ِ ُ ‫ال رس‬
ُ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم َن َه ْيتُ ُك ْم َع ْن ِزيَ َارة الْ ُقبُ و ِر َف ُز‬
َ ‫ور‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ‫ال ق‬
َ َ‫َع ْن ُب َريْ َدةَ ق‬
ً‫ِزيَ َارتِ َها تَذْكِ َرة‬
Daripada Buraidah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “aku (dulu) melarang kamu daripada
menziarahi kubur maka ziarahlah sekarang kerana pada menziarahinya ada peringatan”. 50

Di dalam kedua hadith ini terdapat perintah daripada Rasulullah s.a.w. supaya menyimpan
daging korban, menziarahi kubur dan meminum nabiz (Riwayat Muslim) tetapi perintah ini tidak
memberi makna wajib tetapi sebaliknya memberi makna harus. Pemahaman seperti ini adalah
berdasarkan kepada kaedah usul fiqh berikut,

‫قال بعض أصحابنا إذا وردت بعد الحظر اقتضت اإلباحة‬


Berkata sebahagian daripada ashab kita (ulama syafi’iyyah) bilamana amar datang selepas
larang maka ia memberi makna harus.51
Di antara hujah ulama yang berpegang kepada kaedah tersebut adalah berdasarkan beberapa
ayat al-Quran. Antaranya ayat pertama:

‫ادوا‬ ْ َ‫َوإِ َذا َحلَلْتُ ْم ف‬


ُ َ‫اصط‬
dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu.52
Perintah supaya berburu di dalam ayat ini tidak menunjukkan makna wajib tetapi sebaliknya
memberi makna harus. Ini adalah kerana perintah tersebut datangnya selepas Allah
melarangnya di dalam ayat sebelumnya iaitu, 53

‫الص ْي ِد َوأَْنتُ ْم ُح ُر ٌم‬


َّ ‫يمةُ اأْل َْن َع ِام إِاَّل َما ُي ْتلَى َعلَْي ُك ْم غَْي َر ُم ِحلِّي‬ ِ‫أ‬
ْ َّ‫ُحل‬
َ ‫ت لَ ُك ْم بَ ِه‬
Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang
akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan

50
Sunan Abi Daud kitabul janaiz, Sahih Muslim bab Nabi s.a.w. meminta keizinan dari Tuhannya s.w.t.
untuk menziarahi kubur ibunya dengan lafaz yang lebih panjang.
51
Ulama usul berselisih pendapat berkenaan kaedah ini di antara yang tetap mengatakan wajib atau
harus. Lihat perbahasan lanjut di dalam al-Luma’ fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi dengan hasyiah
Muhammad Yasin al-Fadani hal 42-47, Bahrul Muhith j. 3 hal. 170-176, Hasyiah syarah Jalaluddin al-
Mahalli kepada Jam’ul Jawami’ j. 3 hal. 198-203 dan lain-lain.
52
Al-Maidah ayat 2.
53
al-Luma’ fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi dengan hasyiah Muhammad Yasin al-Fadani hal 42 dan lain-
lain.

23
sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam
keadaan berihram.54

Dan ayat kedua,

ْ َ‫ض َو ْابَتغُوا ِم ْن ف‬
‫ض ِل اللَّ ِه َواذْ ُك ُروا اللَّهَ َكثِ ًيرا ل ََعلَّ ُك ْم ُت ْفلِ ُحو َن‬ ِ ‫الصاَل ةُ فَا ْنتَ ِش ُروا فِي اأْل َْر‬
َّ ‫ت‬ ِ
ِ ‫ضي‬
َ ُ‫فَِإذَا ق‬
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia
dan di akhirat).55
Di dalam ayat ini juga perintah tidak menunjukkan makna wajib kerana ia datang selepas
larangan berjual beli di dalam ayat sebelumnya,

‫اس َع ْوا إِلَى ِذ ْك ِر اللَّ ِه َو َذ ُروا الَْب ْي َع َذلِ ُك ْم َخ ْي ٌر‬ ِ ‫لص اَل ِة ِمن ي وِم ال‬
َّ ِ‫ي ل‬ ِ ِ َّ
ْ َ‫ْج ُم َع ة ف‬
ُ َْ ْ َ ‫ين آ ََمنُ وا إِ َذا نُود‬
َ ‫يَا أ َُّي َه ا الذ‬
‫لَ ُك ْم إِ ْن ُك ْنتُ ْم َت ْعلَ ُمو َن‬
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui 56

Serta beberapa ayat yang lain lagi.57

Penutup.
Sebenarnya keperluan kepada ilmu-ilmu asas ini adalah tersangat luas lagi. Banyak lagi contoh-
contoh yang menunjukkan kepada betapa perlunya seseorang itu untuk menguasai ilmu hadith
menguasai segala ilmu-ilmu yang merupakan alat kepadanya. Isyarat keperluan tersebut sangat
banyak bilamana kita banyak meneliti kitab-kitab syarah hadith serta kitab-kitab usul serta ilmu
alat. Kerana itu sangatlah perlu kepada kita untuk menguasai ilmu hadith turut sama menguasai
ilmu-ilmu tersebut. Dan kelebihan di dalam menguasai ilmu-ilmu tersebut amatlah besar bahkan
54
Al-Maidah ayat 1.
55
Al-Jumu’ah ayat 10
56
Al-Jumu’ah ayat 9
57
Sila lihat rujukan kitab-kitab usul fiqh yang diberikan sebelum ini dan lain-lain.

24
ianya memberikan kesan kepada ilmu-ilmu yang lain pula. Sebagai contoh saya kemukakan
sebelum mengakhiri tulisan ini kata-kata Imam Syatibhi yang dinukilkan dari kitabnya al-
Muawafaqat.

Kelebihan menguasai sesuatu ilmu membawa penguasaan ilmu yang lain

‫والتاسع حمل بعض العلوم على بعض في بعض قواعده حتى تحصل الفتيا في أحدها بقاعدة اآلخر‬

‫من غير أن تجتمع القاعدتان في أصل واحد حقيقي كما يحكى عن الفراء النحوي أنه قال من برع‬

‫في علم واحد سهل عليه كل علم فقال له محمد بن الحسن القاضي وكان حاضرا في مجلسه ذلك‬

‫وكان ابن خالة الفراء فأنت قد برعت في علمك فخذ مسألة أسألك عنها من غير علمك ما تقول‬

‫فيمن سها في صالته ثم سجد لسهوه فسها في سجوده أيضا قال الفراء ال شىء عليه قال وكيف‬

‫قال ألن التصغير عندنا ال يصغر فكذلك السهو في سجود السهو ال يسجد له ألنه بمنزلة تصغير‬

‫التصغير فالسجود للسهو هو جبر للصالة والجبر ال يجبر كما أن التصغير ال يصغر‬
Perkara kesembilan, sebahagian ilmu boleh menanggung ilmu yang lain di dalam sebahagian
kaedahnya sehingga menghasilkan fatwa kepada salah satu ilmu dengan kaedah yang satu lagi
walaupun kedua-dua kaedah itu langsung tidak boleh berhimpun di dalam satu usul
sebagaimana yang dihikayatkan tentang al-Farra’ seorang ahli nahu bahawa ia berkata, “sesiapa
yang menguasai di dalam satu ilmu akan mudah kepadanya setiap ilmu”. Lalu Muhammad bin
Hasan al-Qadhi berkata kepadanya dan ia turut sama hadir di dalam majlis tersebut dan ia
adalah sepupu kepada al-farra’, “engkau menguasai di dalam ilmumu maka ambillah satu
masalah yang aku ingin bertanya kepadamu tentangnya yang bukan bidang ilmumu. Apa katamu
tentang orang yang lupa di dalam sembahyangnya kemudian ia sujud kerana lupanya lalu dia
terlupa juga di dalam sujud tersebut. Lalu Farra’ menjawab, “tidak mengapa”. Muhammad
bertanya, “kenapa”? Dia menjawab, “kerana tasghir (isim tasghir) di sisi kami tidak boleh
ditasghirkan lagi. Begitu juga lupa di dalam sujud sahwi tidak boleh disujud lagi kerananya

25
kerana ia sama mentasghirkan suatu yang telah ditasghirkan. Sujud sahwi adalah untuk
menampung sembahyang maka penampung tidak boleh lagi ditampung sebagaimana tasghir
tidak boleh ditasghirkan lagi.58

‫واهلل اعلم‬

Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

Pusat Pengajian al-Quran Darul Kautsar.

58
Al-Muawafaqat, j.1 hal 84

26

You might also like