You are on page 1of 6

Komponen-komponen Komputer

 Komputer dibahagikan kepada dua komponen asas iaitu perkakasan atau hadwer
dan perisian atau sofwer.
o Perkakasan adalah bahagian yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Ia
merupakan gabungan sirkit dan chip silikon, peranti-peranti seperti cekera
keras dan cekera liut yang menyimpan data, memori yang menyimpan
maklumat untuk diproses oleh pemproses utama.
o Perisian pula merupakan arahan-arahan yang digunakan oleh komputer
untuk memproses maklumat. Perisian mempunyai beberapa jenis seperti
perisian sistem pengendalian, perisian sistem aplikasi dan lain-lain.
 Bagaimana Komputer Beroperasi.
o Komputer memproses data menggunakan pemproses pusat dengan arahan
yang dibacanya dari memori komputer tersebut. Data yang di simpan
dalam cekera keras atau cekera liut juga perlu di alihkan ke dalam memori
sebelum dapat dibaca oleh pemproses.
o Setiap cekera dibahagikan kepada sektor-sektor. Pada sektor awal terdapat
maklumat pembahagian cekera dan saiznya serta maklumat direktori yang
mengesan kedudukan fail.
o Semasa komputer baru dibuka ia selalunya akan menyemak sama ada
terdapat cekera liut didalam pemacu cekera. Jika ada ia akan membaca
sektor pertama dari cekera tersebut yang dikenali dengan 'boot record'.
Maklumat ini akan diletakkan kedalam memori komputer dan diproses.
Jika tiada cekera liut barulah komputer cuba membaca 'master boot
record' yaang terdapat pada sektor pertama di dalam cekera keras.
o Dengan memproses arahan pada 'boot record' barulah komputer dapat
membaca fail kernel bagi sistem pengendalian DOS iaitu fail io.sys dan
kemudiannya msdos.sys. Kedua-dua fail ini adalah tersorok iaitu tidak
dapat dilihat dengan menggunakan arahan file manager atau dir.
Kemudian komputer membaca fail config.sys dan seterusnya membaca
fail shell untuk sistem DOS iaitu command.com. Modul command.com
kemudiannya digunakan untuk memproses fail-fail lain dengan didahului
dengan fail autoexec.bat.
 Apa itu Virus

 Virus adalah sejenis aturcara dibawah golongan perisian penyangak. Di bawah


disenaraikan perisian-perisian penyangak yang dikenali umum.
 Perisian Berpepijat(Bug-Ware) Aturcara ini merupakan aturcara komputer
biasa yang bertujuan untuk kegunaan baik tetapi mempunyai ralat yang tidak
dikesan oleh pengaturcara. Ia mungkin disebabkan kesuntukan masa atau
sememangnya pengaturcara itu bebal atau malas. Aturcara ini akan
mengakibatkan kerosakan pada data pengguna.
  Kuda Kayu(Trojan Horse) Dinamakan sempena hikayat kuda kayu dalam
peperangan pihak Greek dan Trojan pada zaman dahulu, aturcara ini nampak dari
segi luarannya seperti aturcara biasa yang digunakan  untuk tujuan baik tetapi
mempunyai agenda tersembunyi didalamnya. Kebanyakkan aturcara penyangak
di serahkan kepada pengguna sebagai Trojan Horse. Ini termasuk aturcara virus.
  Sumpah-Sumpah(Chameleon) Aturcara ini menyamar seperti aturcara biasa
yang dikenali umum tetapi sebenarnya merupakan aturcara jahat. Contoh aturcara
ini adalah aturcara yang meminta pengguna memasukkan kata laluan mereka.
Kata laluan tersebut kemudiannya digunakan oleh penyangak yang membuat
aturcara ini.
  Bom Perisian(Software Bombs) Aturcara ini paling senang dibangunkan. Ia
bertindak merosakkan data sebaik sahaja ia diproses.
  Bom Logik (Logic Bombs) Aturcara ini selalunya menyemak sesuatu
peristiwa dan melancarnya jika ia menepatinya. Sebagai contoh seorang
pengaturcara menyemak maklumat gajinya. Apabila maklumat gajinya dibuang,
yang bermakna ia telah dibuang kerja maka aturcara bom logiknya itu akan
merosakkan semua maklumat didalam komputer.
  Bom Masa (Time Bombs) Aturcara ini akan bertindak apabila menepati masa 
yang ditunggu atau nilai iterasi nya.
  Pereplika (Replicators) Dikenali juga sebagai arnab. Ia mereplikakan dirinya
sehingga memenuhi memori dan/atau cekera. Ia dicipta supaya sistem
menghadapi masalah sumber sistem yang mengakibatkan sistem komputer
menjadi perlahan dan kemudiannya tidak dapat beroperasi.
  Cacing (Worms) Aturcara cacing ini selalunya berjangkit dari satu komputer
ke satu komputer lain dalam rangkaian. Ia mereplikasikan dirinya semata-mata
untuk menjangkiti komputer lain. Selalunya aturcara ini memasuki komputer
dengan senyap dan setelah mendapat apa yang dikehendaki ia akan
menghapuskan segala tanda tentang kehadirannya.
  Virus Merupakan aturcara penyangak yang paling diketahui umum. Ia
merubah aturcara lain supaya ia dapat menyeludup masuk kedalam komputer.
Aturcara ini berupaya mereplikasikan dirinya. Jika ianya dibina dengan teliti ia
tidak menukar atribut masa dan saiz atau pun 'checksum' aturcara yang
ditumpangnya. Jenis-jenis Virus Terdapat beberapa jenis Virus yang sering
menjangkiti komputer.

Virus Sektor Boot (Boot Sector Virus)

Virus ini menjangkiti sektor boot atau rekod boot utama (master boot rekod). Ia
selalunya mengalihkan aturcara asal kesektor lain dan menandakan sektor tersebut
sebagai rosak. Ia kemudiannya mengisi sektor boot terbabit dengan aturcara penyangak.
Kebanyakan virus adalah dari jenis ini. Ia sangat popular kerana kerana ia agak susah
dikenali kerana ia dibaca pada awal-awal lagi semasa komputer baru dibuka. Ia juga
dapat mengawal komputer sebelum aturcara lain dapat diproses. Virus jenis ini
menjangkiti komputer dengan satu cara sahaja iaitu apabila pengguna memulakan
komputer dengan disket yang telah dijangkiti beraada dalam pemacu disket. Ia selalunya
akan tinggal dalam memori supaya dapat menjangkiti disket lain
  Virus Yang Menjangkiti Fail Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu
fail yang mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl. Banyak
juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan mempastikan apabila file ini
dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini
kemudianya akan kekal didalam memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan
virus yang bijak selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa
sangsi akan aturcara berkenaan Virus Polymorphic Virus jenis ini adalah diantara
virus yang susah hendak dikesan kerana ia sentiasa berubah wajah. Ini dilakukan supaya
perisian anti virus tidak mudah mengesannya berdasarkan sesuatu bentuk atau corak.
Aturcara virus jenis ini sebenarnya mempunyai kebolehan merubah kodnya dengan
menggunakan kod rahsia yang sering berubah algorithmanya. Virus Stealth Virus jenis
ini cuba mengelak dari dikesan oleh sistem pengendalian dan juga perisian anti-virus.
Virus jenis ini akan sentiaasa berada dalam memori dan memintas sebarang cubaan untuk
mengesannya dengan memberikan maklumat palsu. Ia akan menyorok segala perubahan
pada saiz fail, struktur direktori dan lain-lain aspek sistem pengendalian. Oleh kerana ia
sentiasa berada dalam memori ini bermakna ruang memori tambahan telah digunakan.
Bagaimana pun virus ini akan menyorok maklumat ini dari sistem pengendalian dan
perisian anti-virus. Virus Multi-partite Virus jenis ini selalunya menjangkiti sektor
boot dan juga fail yang boleh dilaksanakan. Mereka adalah perian virus yang paling
sukar hendak dikesani kerana ia menggunakan teknik pelbagai seperti teknik stealth dan
juga polymorphic. Virus Macro Virus Macro menjangkiti fail dokumen Microsoft
word. Macro merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya
kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit jika sebuah
fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro merebak apabila
dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia senang merebak kerana
dokumen Words digunakan hampir seluruh pengguna komputer dan sentiasa dikongsi.
Makro yang digunakan oleh pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global
iaitu Normal.dot yang digunakan oleh semua dokumen Words.

Artikel Macro Virus FAQ menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan virus ini.
Microsoft ada mengeluarkan aturcara yang dapat membantu pengguna dalam mengesan
virus ini. Fail readme disediakan sebagai penerangan.

Cara Virus Berjangkit


Seperti yang diperkatakan diatas, virus akan berjangkit apabila seseorang
menggunakan perisian yang sudah dijangkiti. Perisian ini selalunya diedar
melalui diskette atau pun melalui rangkaian komputer. Sebagai contoh, senario
dibawah sering berlaku;
o Pembuat virus akan mengedar virus ini dengan bersama dengan sebuah
perisian permainan yang menarik. Perisian ini diletakkan dalam internet
dan diedarkan secara percuma.
o Seorang pelajar telah memunggah perisian ini kedalam komputer di
makmal dan bermain dengan permainan ini. Komputer dalam makmal ini
telah dijangkiti.
o Seorang teman berminat dengan permainan ini menyalinnya kedalam
disket dan bermain di komputer dirumahnya dan menjangkit komputer
dirumahnya..
o Seorang lagi pelajar menggunakan komputer yang telah dijangkiti tadi
untuk membuat kerja kursus dan menyimpan hasil kerjanya kedalam
disket. Semasa menyalin kerja kursusnya, aturcara virus yang ada dalam
memori telah menyelinap masuk kedalam sektor boot disket ini.
Keesokkanya pelajar ini ingin memperkemaskan lagi kerja kursusnya
telah dapat menggunakan sebuah kemputer lain yang tidak digunakan.
Semasa mengguna komputer telah berlaku ralat pada komputer dan
pelajar tersebut terpaksa memulakan semula komputer tanpa menyedari
yang disketnya masih dalam pemacu cekera. Terdapat ralat yang
mengatakan disket tadi bukanya disket sistem yang boleh digunakan
untuk memulakan komputer. Virus telah pun masuk kedalam komputer
ini. Pelajar mengeluarkan disket dan tekan sebarang kekunci dan
komputer kembali beroperasi bersama virus ini yang telah pun
menjangkiti rekod boot utama komputer ini.
o Seorang bapa telah menggunakan komputer untuk membuat kertas kerja
menggunakan komputer dirumahnya yang telah dijangkiti virus dan
kemudian memperkemaskan kertas kerjanya dengan komputer dipejabat
dan menjangkiti komputer tersebut. Komputer ini akan menjangkiti disket
lain dan begitulah seterusnya.
o Sebagai rumusan, komputer berjangkit melalui disket atau rangkaian. Ia
menjangkiti disket yang boleh ditulis dan fail yang boleh dilaksanakan.
Aturcara yang telah dijangkiti akan berjangkit pada cekera atau aturcara
lain apabila dilaksanakan.

Cara Menghindar Dari Dijangkiti Virus


 Semua disket perlu diperlindung supaya tidak dapat ditulis melainkan jika perlu
sahaja.
 Semak disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya
 Disket yang telah digunakan ditempat lain termasuk dirumah perlu disemak
 Laporkan sebarang peristiwa yang mencurigakan. Semak kehadiran virus jika
gerak kerja biasa mendatangkan keputusan yang tidak dijangka
 perhatikan jumlah ruang cekera yang masih kosong
 perhatikan fail yang bertukar dengan melihat mengikut turutan tarikh
 semak sektor yang rosak
 Semak semua fail yang didapati dari komputer lain
 Pastikan pemacu cekera liut terbuka semasa memulakan komputer
 Tukarkan turutan mulakan komputer menggunakan cekera keras C dahulu
sebelum cekera A
 Gunakan perisian antivirus untuk menyemak fail sekurang-kurangnya seminggu
sekali dengan memulakan komputer menggunakan disket antivirus selepas
menutup komputer sekurang-kurangnya seminit.
 Sebaiknya pasangkan perisian antivirus jenis TSR yang dilaksanakan semasa
memulakan komputer dan sentiasa berada dalam memori untuk menyemak
aturcara atau disket.
 Buat salinan semua data dan fail sistem penting iaitu:
o Sektor boot, Partition Table dan maklumat CMOS
o Arahan DOS utama iaitu command.com, fdisk, mirror, format, fail MSAV
dan debug
o Fail autoexec.bat dan config.sys

Apakah tanda-tanda komputer anda dijangkiti


 komputer menjadi perlahan
 aturcara biasa mengambil masa untuk dimulakan
 aturcara mencapai beberapa cekera walaupun sebelumnya tidak begitu
 aturcara membuat capaian cekera dengan kerap walau sebelumnya tidak begitu
 ruang cekera berkurang dengan cepat
 jumlah sektor yang rosak bertambah
 ruang memori berkurang dengan cepat
 terdapat aturcara dalam memori yang tidak dikenali sebelumnya (guna arahan
MEM)
 aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak
 mesej pelik dipaparkan
 perkara pelik atau lawak berlaku pada komputer anda
 fail-fail tiba-tiba hilang
 fail-fail digantikan dengan kandungan aneh>
 atribut fail bertukar
 semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus

Apakah Yang Perlu Dilakukan Setelah Dijangkiti Virus


 bertenang
 catitkan mesej di layar paparan, jenis virus jika diketahui, fail yang dijangkiti
 imbas balik apa yang dilakukan sebelum dijangkiti
 kumpulkan disket yang berdekatan dan dari pemacu untuk disemak
 semak senarai virus dari intranet atau internet dan bandingkan mesej atau
peristiwa yang berlaku
 tutup komputer
 mulakan komputer menggunakan disket anti-virus yang suci dan tidak boleh
ditulis
 catit mesej tentang fail yang dijangkiti dan cuba mencucinya dari virus
 mulakan semula komputer menggunakan cekera keras
 semak semua cekera liut yang disyaki
 jika cekera liut tidak boleh dibersihkan formatkannya(fail akan hilang)
 untuk memulihkan fail cuba salin ke tempat lain menggunakan pelbagai cara
 untuk pulih dari cluster hilang laksanakan arahan chkdsk /f dan periksa fail
file#### .chk
 untuk memulihkan FAT, salin FAT yang tidak rosak ke salinan utama
(memerlukan utiliti Norton)
 untuk memulihkan dari kerosakan rekod boot utama MBR laksanakan arahan
fdisk /mbr dan masukkan maklumat partition table secara manual.
 untuk memulihkan sektor boot dan fail io.sys serta msdos.sys, laksanakan arahan
sys [d:]

 gantikan fail command.com dengan yang bersih

You might also like