You are on page 1of 15

Tugasan 2 : Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan : Meningkatkan

Kemahiran Membina Ayat Tunggal di Kalangan Murid Tahun 4


Melalui Tapak Video Interaktif

1.0 Pendahuluan

Sebagai seorang guru pelatih yang sedang mengikuti latihan di bawah


Program Ijazah Sarjana Muda – Institut Pendidikan Guru, saya harus menerima
hakikat bahawa banyak perkara baru yang akan saya tempuhi sepanjang saya
menjalani sesi praktikum. Persekitaran semasa berada di institut dengan
persekitaran semasa menjalani sesi praktikum adalah sesuatu yang amat
berbeza sekali. Semasa di institut ataupun di bilik kuliah, saya hanya didedahkan
dengan pelbagai teori-teori yang berkaitan manakala apabila saya menjalani sesi
praktikum saya banyak didedahkan dengan pelbagai isu-isu dan juga masalah
yang berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran serta masalah
berkaitan disiplin murid. Sudah semestinya saya perlu bijak untuk mengambil
peluang daripada masalah yang timbul semasa sesi praktikum untuk dijadikan
sebagai alat atau medium untuk membuat penambahbaikan terhadap mutu
pengajaran dan pembelajaran saya semasa di dalam kelas.
Kita sedia maklum bahawa sebarang masalah yang wujud terhadap
murid-murid kita, perlu diselesaikan dengan secepat mungkin melalui langkah
penyelesaian yang paling efisien. Bagi sesi praktikum pada kali ini, saya
menghadapi masalah untuk memberikan pendedahan terhadap proses membina
ayat berdasarkan gambar atau bahan rangsangan yang lain. Masalah ini
dihadapi oleh murid-murid tahun 4 yang sedang menjalani proses transformasi
daripada tahap satu kepada tahap dua. Saya berpendapat bahawa semasa sesi
transfomasi atau perubahan inilah masa yang paling sesuai sekali untuk
memberikan pendedahan kepada proses pembinaan ayat yang merupakan
sebahagaian kemahiran yang perlu ada pada setiap murid bagi membolehkan
mereka merancang dan seterusnya menulis sebuah karangan.

9
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya telah memberikan
pelbagai pendedahan tentang struktur ayat dan juga jenis-jenis ayat bersesuaian
dengan aras pembelajaran murid tahun empat. Walau bagaimanapun, saya
mendapati bahawa murid-murid saya masih lagi menghadapi kesukaran untuk
membina ayat yang ringkas dan gramatis. Ini sudah semestinya akan
menjejaskan mutu penulisan yang akan dihasilkan oleh murid-murid saya kelak.
Sebagai seorang guru, saya terpanggil untuk menganalisis dan seterusnya
menyelesaikan masalah yang timbul ini. Pada peringkat permulaan, saya
merasakan bahawa melalui latihan secara berulang-kali ataupun latih tubi dalam
membina ayat sudah memadai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun saya
mendapati bahawa masalah ini masih lagi wujud di kalangan murid-murid saya.
Berdasarkan situasi ini, saya berpendapat bahawa saya perlu membuat
penambahbaikan terhadap cara saya mengendalikan sesi pengajaran dan
pembelajaran terutama sekali dalam sesi pengajaran yang bertumpu kepada
proses pembinaan ayat. Hasil pemerhatian saya terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya jalankan sepanjang dua kali menjalani sesi
praktikum saya mendapati bahawa murid-murid terutamanya murid tahap satu
mudah untuk melakukan sesuatu sekiranya pemikiran mereka dirangsang oleh
sesuatu bahan bantu mengajar. Bagi tujuan kajian tindakan yang bakal saya
laksanakan ini juga saya berkemungkinan akan menggunakan rangsangan
sebagai pemangkin kepada murid-murid tahun empat dalam membina ayat.
Hal ini adalah berdasarkan kepada persoalan yang bermain di dalam
pemikiran saya. Antara persoalan tersebut ialah “Apakah yang menjadi
penghalang kepada murid-murid saya untuk membina ayat walaupun sudah
terdapat gambar tunggal yang diberikan?” “Adakah saya perlu memberikan
rangsangan yang lebih lagi terhadap murid-murid saya bagi membolehkan
mereka membina ayat?” “Apakah bentuk rangsangan yang boleh saya berikan
kepada murid-murid saya?”. Saya juga merasakan saya perlu untuk menjalankan
satu ujian khas bagi membolehkan saya untuk membuat analisis terhadap
masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya dalam proses membina ayat.

10
Bertitik tolak kepada persoalan inilah saya akan cuba untuk merangka
satu pelan penyelesaian masalah bagi membolehkan saya membuat
penambahbaikan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran saya dan
seterusnya saya akan dapat untuk membantu murid-murid saya membina ayat
dengan baik dan gramatis. Saya akan cuba untuk mengaplikasikan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyelesaikan masalah yang sedang
saya hadapi ini. Ini adalah bertepatan dengan saranan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia yang menggalakkan para guru untuk menggunakan segala
kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

11
2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan

Bagi sesi praktikum Fasa Ketiga ini saya telah ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan Kuala Pari. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas
tahun 4 Cemerlang. Berpandukan refleksi bagi setiap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya tulis, saya telah menjalankan satu proses tinjauan
awal terhadap masalah murid-murid Tahun 4 Cemerlang bagi menganalisis
masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Tinjauan awal yang telah saya
jalankan ialah melalui proses pengumpulan data melalui dua kaedah iaitu
analisis dokumen dan juga pemerhatian. Pemerhatian yang dijalankan bertumpu
kepada minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran membina
ayat tunggal di dalam kelas. Analisis dokumen yang saya jalankan ialah terhadap
keputusan ujian bulanan bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan.
Pemerhatian yang saya jalankan adalah pemerhatian yang bertumpu
kepada minat yang ditunjukkan oleh murid semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pemerhatian yang saya jalankan ialah semasa aktiviti
pengajaran yang memberi fokus kepada cara-cara membina ayat berdasarkan
gambar tunggal dan juga bahan rangsangan yang lain. Saya telah menjalankan
pemerhatian sebanyak tiga kali terhadap murid-murid. Pemerhatian yang telah
saya laksanakan adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria umum yang telah
saya tetapkan.
Kriteria-kriteria (Rujuk Lampiran B) yang menjadi panduan saya semasa
menjalankan pemerhatian ialah aspek minat murid semasa saya sedang
memberikan arahan untuk menjalankan proses membina ayat. Melalui
pemerhatian yang telah saya jalankan hampir separuh daripada murid-murid
saya menunjukkan mimik muka yang menggambarkan mereka tidak minat untuk
membina ayat. Kriteria yang kedua ialah aspek penglibatan murid apabila
mereka diminta berbincang di dalam kumpulan untuk membina ayat. Saya dapat
perhatikan apabila berada di dalam kumpulan ada di kalangan murid-murid saya
yang cuba untuk mengelakan diri di dalam aktiviti membina ayat berkenaan.

12
Hasil yang saya perolehi mengejutkan saya kerana hampir keseluruhan
murid-murid saya kurang berminat dengan aktiviti pembelajaran yang
memberikan fokus kepada pembinaan ayat. Murid-murid saya bukan sahaja
tidak berminat untuk membina ayat yang sukar malahan mereka juga tidak
berminat untuk membina ayat yang mudah seperti ayat tunggal. Hasil
pemerhatian ini jelaslah menunjukkan bahawa murid-murid ini sedang
berhadapan dengan masalah untuk membina ayat atau dalam erti kata yang lain,
murid-murid saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dalam proses
membina ayat.
Selain itu, saya juga menggunakan kaedah analisis dokumen dalam
menjalankan proses tinjauan awal saya berhubung dengan masalah yang
dihadapi oleh murid saya. Dokumen yang terlibat adalah kertas jawapan Bahasa
Melayu Penulisan bagi Ujian Bulan Mac dan juga lembaran kerja yang berfokus
kepada proses membina ayat. Analisis yang saya jalankan terhadap kertas
jawapan Bahasa Melayu Penulisan bertumpu kepada soalan bahagian A yang
memerlukan murid untuk membina 5 ayat berdasarkan gambar tunggal yang
diberikan ( rujuk Lampiran A ). Melalui analisis yang telah saya jalankan terhadap
skor atau markah yang diperolehi oleh setiap orang murid saya yang berjumlah
28 orang, markah purata yang diperolehi oleh murid-murid saya ialah sebanyak
empat markah. Markah penuh bagi bahagian A ialah sebanyak 10 markah. Hasil
daripada analisis berkenaan juga saya mendapati bahawa kebanyakan ayat
yang dibina oleh murid-murid saya adalah ayat yang tergantung ataupun ayat
yang tidak lengkap binaannya. Ada juga juga murid yang membina ayat yang
tidak mempunyai kaitan langsung dengan gambar tunggal yang diberikan.
Keputusan yang saya perolehi daripada analisis ini menunjukkan bahawa murid-
murid saya sedang berhadapan dengan masalah yang boleh dianggap serius.
Jika masalah ini tidak tidak diatasi dengan segera, murid-murid saya akan
berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan satu karangan yang baik
kelak.

13
Selain daripada menjalankan pemerhatian dan analisis dokumen, saya
juga akan menjalankan satu sesi perbincangan yang tidak rasmi terhadap guru
Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid-murid tahun 4 Cemerlang. Guru
berkenaan ialah Cik Nurul Azimah Binti Abdull Halim. Hasil daripada
perbincangan tersebut saya mendapat maklumat yang telah mengukuhkan lagi
hasil pemerhatian dan juga analisis dokumen yang telah saya jalankan. Guru
berkenaan menyatakan, murid-murid kelas ini kurang mahir dalam membina ayat
dengan cara yang betul. Punca kepada masalah ini secara umumnya menurut
beliau lagi adalah berkait rapat dengan tahap pengetahuan sedia ada mereka
yang kurang. Pada pendapat saya, masalah ini juga dapat dikaitkan dengan
budaya membaca yang kurang di kalangan murid-murid saya. Selain itu, guru
berkenaan juga sering berhadapan dengan masalah yang sama dengan
masalah yang sedang dihadapi oleh saya.
Hasil daripada pemerhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang menunjukkan bahawa murid-murid tahun 4 Cemerlang
kurang berminat untuk menjalankan aktiviti membina ayat dan analisis dokumen
yang dilaksanakan terhadap kertas jawapan Bahagian A ujian Bulan Mac bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan serta perbincangan dengan guru yang
pernah mengajar murid-murid berkenaan dapat membuktikan bahawa murid-
murid tahun 4 Cemerlang sedang menghadapi masalah dalam membina ayat.
Dalam erti kata yang lain, murid-murid ini sedang berdepan dengan situasi yang
telah menyebabkan mereka sukar untuk membina ayat. Dengan ini, saya
merasakan wajarlah bagi saya sebagai seorang guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas berkenaan untuk mengambil satu langkah
tindakan bagi mengatasi masalah membina ayat di kalangan murid-murid tahun
4 Cemerlang. Ini adalah sebagai satu persediaan kepada murid-murid berkenaan
untuk menjawab soalan Bahagian A di dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan
dan untuk memastikan murid-murid saya kembali menunjukkan minat terhadap
aktiviti membina ayat.

14
3.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian

3.1 Objektif Umum :


Secara umum, kajian tindakan yang akan dijalankan ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal Bahasa Melayu melalui
tapak pembelajaran video interaktif.

3.2 Objektif Khusus


Secara khusus pula, kajian yang dirancangkan ini adalah bertujuan untuk ;
(i). Mengenal pasti cara yang terbaik dan berkesan untuk
memberikan rangsangan kepada murid semasa aktiviti
membina ayat tunggal dijalankan.
(ii). Membolehkan murid membina lima ayat tunggal bagi soalan
Bahagian A dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu
Penulisan.
(iii). Merangka satu pelan penggunaan video secara interaktif untuk
digunakan semasa aktiviti membina ayat tunggal dijalankan.

3.3 Soalan Kajian


(i). Apakah cara yang boleh digunapakai untuk merangsang minat
dan pemikiran murid semasa aktiviti membina ayat tunggal
dijalankan?
(ii). Apakah matlamat menggunakan tapak pembelajaran video
interaktif dalam aktiviti membina ayat tunggal
(iii). Bagaimanakah tapak pembelajaran video interaktif dapat
berfungsi untuk merangsang murid semasa aktiviti membina
ayat tunggal dijalankan.

15
4.0 Kumpulan Sasaran
Responden atau murid yang akan terlibat di dalam kajian yang akan
dilaksanakan ini adalah murid-murid dari tahun 4 Cemerlang, Sekolah
Kebangsaan Kuala Pari. Jumlah murid di dalam kelas ini ialah seramai 28 orang
dengan jumlah pelajar lelaki sebanyak 14 orang manakala jumlah murid
perempuan pula ialah sebanyak 14 orang . Kelas 4 Cemerlang ini adalah kelas
yang pertama bagi keseluruhan tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari.
Prestasi murid-murid di dalam kelas ini bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di
dalam ujian Bulan Mac secara keseluruhannya berada pada tahap yang
sederhana secara puratanya. Walau bagaimanapun di dalam kelas ini juga
terdapat murid yang cemerlang tahap pencapaiannya dan di dalam kelas ini juga
terdapat beberapa orang murid yang pencapaiannya kurang memuaskan.

16
5.0 Tindakan Yang Dicadangkan
Bagi melaksanakan kajian tindakan berhubung dengan cara-cara
meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat tunggal, saya merancang
untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bagi
menyelesaikan masalah ini. Hal ini bertepatan dengan saranan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggalakkan para guru untuk
memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang telah
disediakan di setiap sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
akan menggunakan perisian asas dalam Microsoft Office iaitu Microsoft
Powerpoint sebagai asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang
akan saya rancangkan. Seterusnya saya mengintergrasikan penggunaan video
di dalam perisian berkenaan sebagai bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, saya juga telah merancang untuk mengumpul data
dengan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dan juga kaedah analisis dokumen terhadap hasil kerja semasa
proses perlaksanaan kajian tindakan dijalankan. Bagi memastikan proses
perlaksaan kajian tindakan saya berjalan dengan lancar, saya juga telah
membina jadual perlaksaan kajian tindakan berserta dengan anggaran kos kajian
yang perlu saya peruntukkan bagi melaksanakan kajian ini.

5.1 Perancangan Tindakan


Bagi melaksanakan kajian tindakan berhubung dengan masalah membina
ayat tunggal di kalangan murid Tahun 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kuala
Pari ini, saya merancang untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi yang telah sedia ada di sekolah. Kemudahan yang akan saya
gunakan bagi melaksanakan kajian ini ialah kemudahan komputer riba, dan
kemudahan ‘Liquid Crystal Display’. Kedua-dua kemudahan ini akan
diintergrasikan dengan video yang berkaitan dengan tajuk pelajaran pada hari
berkenaan. Video tersebut akan disediakan dengan cara menyediakan tapak
pembelajaran interaktif menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Saya
memilih untuk menggunakan segala kemudahan ini kerana saya beranggapan

17
bahawa murid-murid akan lebih mudah terangsang untuk mencari maklumat di
samping saya dapat memanfaatkan kemudahan yang telah tersedia ini.
Langkah perlaksanaan kajian tindakan saya adalah seperti langkah-langkah
berikut ;
(i) Langkah Pertama
Dalam langkah yang pertama saya akan memaparkan tapak
pembelajaran yang telah saya sediakan menggunakan perisian Microsoft
Powerpoint. Murid-murid akan dibekalkan dengan satu borang pengurusan grafik
bagi membolehkan mereka mencatatkan semua perkara yang disenaraikan oleh
guru.Saya akan meminta murid untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya 5
watak manusia yang terdapat di dalam video yang akan mereka tonton.

(ii) Langkah Kedua


Bagi langkah yang kedua, saya akan memaparkan video melalui tapak
pembelajaran yang telah disediakan. Semasa menonton video ini, murid akan
menggunakan borang pengurusan grafik yang telah dibekalkan bagi mengumpul
data atau maklumat yang berkaitan. Setelah video tamat, saya akan meminta
murid untuk mencatatkan maklumat yang telah diperolehi ke dalam borang
pengurusan grafik.

(iii) Langkah Ketiga


Seterusnya saya akan murid untuk melihat kepada slaid Powerpoint bagi
mendapatkan arahan yang seterusnya. Murid akan diminta untuk mengenal pasti
sekurang-kurangnya 5 perbuatan yang terdapat di dalam video yang akan
diulang tayang atau dalam erti kata yang lain murid perlu mengenal pasti
perbuatan yang sedang dilakukan oleh watak yang telah disenaraikan sebelum
ini.

18
(iv) Langkah Keempat
Bagi langkah keempat ini, saya akan menggunakan langkah yang sama
seperti langkah yang kedua, Cuma bagi langkah ini murid perlu mengenal pasti
dan mencatatkan perbuatan atau kata kerja yang berkaitan dengan watak yang
telah disenaraikan terlebih dahulu pada ruangan yang telah ditetapkan pada
borang pengurusan grafik.

(v) Langkah Kelima


Bagi langkah yang kelima, saya akan meminta murid untuk mengenal
pasti sekurang-kurangnya 5 latar tempat yang berkaitan dengan watak dan juga
perbuatan watak yang telah disenaraikan. Latar tempat yang akan dikenal pasti
perlu dicatat di dalam ruang yang selari dengan ruangan watak dan perbuatan
watak.

(vi) Langkah Keenam


Saya mengulang tayang video yang sama sekali lagi kepada murid. Murid
perlu meneliti video yang ditonton bagi mendapatkan maklumat berhubung
dengan latar tempat di dalam video berkenaan.

(vii) Langkah Ketujuh


Setelah murid berjaya mengisi borang pengurusan grafik yang telah
dibekalkan kepada mereka. Murid diminta untuk membina 5 ayat tunggal dengan
cara menggabungkan maklumat di dalam ruangan watak, maklumat pada
ruangan perbuatan atau kata kerja dan maklumat di dalam ruangan latar tempat.

(viii) Langkah Kelapan


Langkah yang terakhir yang akan saya lakukan ialah mengumpul semula
borang pengurusan grafik yang saya telah berikan kepada murid-murid saya
pada langkah yang pertama. Saya menggunakan borang tersebut sebagai bahan
yanga akan dianalisis bagi mendapatkan data melalui analisis dokumen.

19
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Bagi proses tinjauan awal berhubung dengan masalah ini, saya
merancang untuk mengumpul data dengan menggunakan dua kaedah iaitu
melalui pemerhatian terhadap minat murid dalam aktiviti membina ayat dan juga
melalui analisis dokumen terhadap jawapan murid bagi soalan bahagian A di
dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan.
Pemerhatian yang akan saya jalankan ini ialah pemerhatian terhadap
minat apabila aktiviti membina ayat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana minat
murid-murid Tahun 4 Cemerlang terhadap aktiviti membina ayat. Saya telah
menetapkan beberapa kriteria asas semasa menjalankan pemerhatian bagi
mengelakan saya daripada tersasar semasa menjalankan pemerhatian.
Antaranya ialah saya akan membuat pemerhatian terhadap minat melalui mimik
muka yang dipamerkan oleh murid. Selain itu saya juga akan membuat
pemerhatian terhadap respon yang diberikan oleh murid semasa guru meminta
murid untuk membacakan ayat yang dihasilkan oleh mereka. Ini adalah bertujuan
untuk melihat tahap komitmen murid terhadap aktiviti membina ayat tunggal.
Analisis dokumen yang saya jalankan pula untuk ialah untuk
membolehkan saya mengenal pasti bahagian yang bermasalah terhadap ayat
yang dibina semasa ujian Bulan Mac dikendalikan. Melalui analisis yang akan
dijalankan saya akan dapat menentukan sama ada murid saya menghadapi
masalah dalam membina ayat tunggal atau tidak. Selain itu melalui analisis
dokumen ini juga saya akan melihat skor markah yang diperolehi oleh murid
saya bagi soalan bahagian A tersebut.

20
5.3 Cara Menganalisis Data
Bagi menganalisis data yang saya perolehi melalui analisis dokumen,
saya merancang untuk menjalankan proses analisis secara manual, iaitu melalui
jadual kekerapan skor. Markah yang diperolehi oleh murid akan dimasukkan ke
dalam satu jadual dan seterusnya melalui jadual tersebut saya akan melihat
kepada skor yang kerap diperolehi oleh murid saya. Seterusnya saya akan
menilai sama ada murid saya menghadapi masalah dalam membina ayat atau
tidak.
Dalam menganalisis data yang akan diperolehi melalui pemerhatian pula,
saya akan membuat catatan bagi setiap pemerhatian yang saya jalankan.
Catatan yang akan dihasilkan oleh saya akan bertumpu kepada perasaan murid
dan juga komitmen murid semasa menjalankan aktiviti membina ayat. Melalui
catatan ini saya akan dapat membuat perbandingan dan juga penilaian terhadap
minat murid berhubung dengan aktiviti membina ayat tunggal.

21
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
Mengenal pasti masalah dan
1
pengumpulan data awal 9 – 15 Februari 2010
16 – 19 Februari
2 Menulis proposal kajian
2010
Merancang tindakan – individu /
3
kumpulan 21 Februari 2010
4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 27 Februari 2010
Membincangkan masalah yang timbul
5
dalam tindakan 1 2 Mac 2010
6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 5 Mac 2010
Membincangkan masalah yang timbul
7
dalam tindakan 2 8 Mac 2010
8 Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 10 Mac 2010
Membincangkan masalah yang timbul
9
dalam tindakan 3 12 Mac 2010
10 Ujian untuk mengesan perubahan klien 19 Mac 2010
11 Refleksi kajian 20 Mac 2010
12 Menulis laporan kajian (proposal) 21 Mac 2010
Pembentangan dapatan kajian untuk
13
makluman JPM / R&I. 31 Mac 2010

5.4.2 Kos Kajian


Bil Perkara Kuantiti X Harga Seunit Jumlah
1. Kertas A4 3 x RM 8.00 RM 24.00
2. Catridge Printer 1 X RM 45.00 RM 45.00
3. Fotostat bahan edaran RM 30.00
Jumlah RM 99.00

22
23

You might also like