Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi
1.
(a)Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem?[5]Istilah ekosistem merujuk kepada gabungan interaksi komponen-komponen biotik dan abiotik di sesuatu kawasan. Komponen biotik merujuk kepada organisma hidup seperti tumbuhan,haiwan dan bakteria. Manakala komponen abiotik merujuk kepada benda bukan hidup sepertitanah, suhu, hujan, hujan, kelembapan udara, keamatan cahaya matahari dan sebagainya.Terdapat ekosistem daratan dan akuatik.(b)Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana pemindahan tenaga berlaku dalammana-mana satu ekosistem tanah bencah yang anda telah kaji.[10]Dalam ekosistem tanah bencah iaitu hutan paya bakau, pemindahan tenaga berlakumelalui proses berikut;
•
Pengeluar –Tumbuhan melakukan proses fotosintesis –Membuat makanan seperti glukosa dan kanji –Ia disimpan dalam buah, biji, daun, madu dan akar pokok
•
Pengguna primer –Kumpulan haiwan herbivor memakan pengeluar –Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan –90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk pembiakan
•
Pengguna sekunder –Kumpulan haiwan karnivor memakan pengguna primer –Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan –90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk pembiakan
•
Pengguna tertier –Umumnya terdiri daripada kumpulan haiwan omnivor memakan penggunasekunder –Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan –90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk pembiakan
•
Pengurai –Terdiri daripada bakteria dan kulat yang mengurai bahan-bahan organik yangmati –Tenaga haba dibebaskan
©
Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010
1