Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Geomorfologi
1.
(a)Jelaskan secara ringkas perbezaan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik.[5]
•
Tenaga eksogenik berpunca dari luar sistem bumi terutama dari sumber mataharimanakala tenaga endogenik berpunca dari dalam bumi
•
Tenaga eksogenik menghasilkan agen-agen geomorfologi dan bertanggungjawabterhadap proses penggondolan seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan
•
Tenaga endogenik pula melalui gangguan-gangguan tektonik seperti gempa bumi, letusangunung berapi, gelinciran dan lipatan membentuk pelbagai bentuk muka bumi.(b)Huraikan bagaimana tenaga endogenik mempengaruhi pelbagai jenis bentuk muka bumi.[10]Tenaga endogenik membentuk pelbagai bentuk muka bumi melalui gerakan-gerakan bumi seperti;
•
Letusan gunung berapi. –Bentuk muka bumi jalar dalam seperti daik, sil, lakolit, pakolit, lapolit dan batolit. –Bentuk muka bumi jalar luar seperti kubah, kun perisai, kun abu, kun komposit,kaldera, geisar dan sebagainya.
•
Lipatan gunung lipat, banjaran pergunungan dan gelinciran membantuk gunung bongkah,dataran tanah tinggi, lurah dan tasik.(c)Terangkan mengapa terdapat perbezaan terhadap tenaga di dalam sesebuah alur atausungai.[10]Faktor-faktor yang membezakan tenaga di dalam sesebuah alur atau sungai;
•
Kecerunan sungai. Pada peringkat muda, dasar sungai sangat curam. Halaju arus sungaitinggi dan mempunyai banyak tenaga kinetik berbanding peringkat hilir sungai yanglandai.
•
Isipadu air. semakin banyak isipadu air, semakin banyak tenaga kinetik dalam sesuatualur atau sungai. Di peringkat pertengahan, berlaku gabungan beberapa cawangan sungaiyang menjadikan isipadu air sungai bertambah.
•
Iklim. Jumlah isipadu air juga berbeza-beza mengikut musim. Pada musim tengkujuh,lebih banyak isipadu air dalam sesuatu alur atau sungai berbanding musim kemarau. Darisegi tenaga pula lebih tinggi ketika musim tengkujuh berbanding musim kemarau
•
Halangan semula jadi. Kehadiran pulau, beting pasir dan tasik menghalang pergerakanair. aliran air yang perlahan bermakna tenaga dalam alur atau sungai kurang.
•
Aktiviti manusia. Pembinaan jambatan atau empangan merentasi sesuatu alur atau sungaiakan mengurangkan tenaga sesuatu alur atau sungai.
•
Litupan bumi. Akar-akar pokok dan dahan-dahan pokok yang terdapat di sungai atautumbang ke dalam sungai akan menghalang pergerakan aliran sungai daripada bergerak laju. Aliran air yang perlahan mempengaruhi tenaga sesuatu alur atau sungai.
©
Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010
1