Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
174Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Kepelbagaian Budaya

Konsep Kepelbagaian Budaya

Ratings: (0)|Views: 17,352|Likes:
Published by lontong

More info:

Published by: lontong on May 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/01/2013

pdf

text

original

 
1.0 Kepelbagaian BudayaMenurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102,
kepelbagaian ialahperihal berbagai-bagai jenis
. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama adaabstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar.
Perkataan budayaberasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhidan“daya”
 
(Shamsul Amri Baharuddin,2007:13).
Perkataan “budhi” yang dipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan “daya” pulaialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13).Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta iniadalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awalpenghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.
Mohd Taib Osman (1988)
memperkatakan budaya sebagai satu himpunankelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
 
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
E.B. Tylor 
pula menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adatdan sebarang bentuk kebiasaan. Manakala
L.A. White
memperlihatkan bahawabudaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin SyedMustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5).Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yangmempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis danbersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.
Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitubudaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (ShamsulAmri Baharuddin,2007:14).
Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit.
Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).
Masyarakat yang yakin kepadabudayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakattersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dankekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.
Ciri-ciri budaya
ialah seperti berikut:
 
a.Boleh dipelajarib.Boleh dikongsic.Bersifat sejagatd.Boleh ddiwarisie.Sentiasa berubahf.Simbolikg.Pandangan semestaBudaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatumasyarakat.
Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imejnegara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).
Negara yang mempunyaikepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkaumanyang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. KerajaanMalaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagaikaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwaberdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapatnegatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniandalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlahbudaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negaradi mata dunia.

Activity (174)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
AiRa Nna liked this
azrinne liked this
Nur Sha liked this
Sakinah Haris liked this
Sakirah Aziz liked this
Lai Weiyi liked this
HAZIQ AZREE liked this
nazri71 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->