Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
39Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
b bm4 f4 03

b bm4 f4 03

Ratings: (0)|Views: 3,898|Likes:
Published by khalidkr

More info:

Published by: khalidkr on May 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUNJUNG09000 KULIM, KEDAH.PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010TINGKATAN 4
BAHASA MELAYU
Kertas 2Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1
.Kertas soalan ini mengandungi
empat
soalan
.2.
 Jawab
semua
soalan
.3.
 Jawapan bagi
Soalan 2 (b)
 ,
Soalan 2 (c)
 , dan
Soalan 2 (d)
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.
 
Soalan 1: Rumusan
[30
markah
]
 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang 
 
langkah-langkah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu
dan
kekangan yang dihadapi
.
 Panjang rumusanhendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan
.
Tanggal 31 Ogos, setiap tahun Malaysia meraikan kemerdekaan daripada penjajahan British.Dalam tempoh tersebut pelbagai kemajuan dan pembangunan yang membanggakan mampu dicapaioleh negara kita. Pascamerdeka, Malaysia berhadapan dengan cabaran baru untuk membina identiti bahasa Melayu agar setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat tersebut.Antara langkah utama yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Walaupun agenda ini sudah lama diperjuangkan, matlamattersebut masih belum tercapai. Namun, usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh dapat meningkatkan jati diri rakyat. Hal ini perlu diberikan perhatian yangserius kerana kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda telah meminggirkankedaulatan bahasa kebangsaan. Negara yang mempunyai sejarah yang panjang seperti Jepun danPerancis bangga akan bahasa ibunda masing-masing. Mereka meremehkan bahasa asing dan cubamewujudkan peraturan agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan kepentingan bahasakebangsaan.Mereka yang bertanggungjawab mempamerkan bahasa kebangsaan pada papan tanda tanpamemasukkan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Jika berkunjung ke luar negara,sedikit banyak pengunjung perlu memahami bahasa kebangsaan mereka untuk memudahkankomunikasi. Rakyat negara tersebut berasa bangga menggunakan bahasa kebangsaan walaupunkemahiran menguasai bahasa kedua dianggap penting dan digalakkan untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan orang asing. Oleh sebab itu, sekolah memainkan peranan utama dalam penggunaan bahasa yang tepat dan betulRakyat di negara ini tidak mencapai kemajuan sebenar sebagai bangsa merdeka sekiranya bahasa ibunda tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Matlamat ini tidak mampu dicapai dengansegera kerana memerlukan kesedaran dan pendidikan dalam tempoh yang panjang. Bagi mencapaimatlamat itu, kerajaan wajar mengadakan kempen yang berkesan.Bahasa merupakan identiti sesebuah negara. Satu cara untuk menyamatarafkan bahasa Melayuagar setanding dengan bahasa di negara maju adalah dengan mengukuhkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan semua kaum yang mampu
memberikan imej yang  positif 
kepada Malaysia. Selain memperkasakan bahasa, peningkatan kualiti wacana nasional perludilestarikan. Pakar-pakar bahasa dan pihak media perlu mengambil tanggungjawab masing-masinguntuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Ahli akademik disarankantidak terlalu leka di menara gading sahaja sehingga buah fikiran mereka tidak sampai kepada rakyat.Mereka digalakkan lebih banyak menulis dan diberi ruang untuk memberikan pendapat di media.Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan penyebaran luas idea yang kritis dan progresif mampu menyumbang kepada pembinaan negara. Kemajuan intelektual perlu seiring dengankemajuan fizikal agar pembangunan negara ini berjalan dengan lancar.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Membina Identiti Malaysia oleh Haris Zalkapli,
Dewan Masyarakat Jun 2007)
 
Soalan 2: Pemahaman
[35
markah
]Jawab
semua
soalan
Soalan 2(
a
) Petikan Umum
 Berdasarkan petikan
Soalan 1
di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i ) Berikan maksud rangkai kata
memberikan imej yang positif 
.[2
markah
](i)Nyatakan sebab-sebab bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara kita.[3
markah
](ii)Pada pendapat anda , apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah dalammemartabatkan penggunaan bahasa Melayu?[4
markah
]
Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden
 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.
“Abang tak mahu pergi kebun?” Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” rayuMikraj.“Tak perlu!” Israk mengayun kata-kata.“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abangterlalu berlagak akhir-akhir ini?” Suara Mikraj makin lama makin meninggi.Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”“Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiriturut berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”“Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!”“Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yangmembela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah
benar-benar 
terhiris sewaktu atuk 
“Perth”
bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar ertikepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya ...,” butir bicara Mikrajdiiringi mutiara mata.“Sudah hujan,” perli Israk.“Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuat abang menangis nanti!”Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula bersarang dalam kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, pasti terjolok sarang itu. Bahaya.
m/s 136-138
(Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Activity (39)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Suziana Nia liked this
Avie Heartfilla added this note
yala skema jawapan dya mana?
Aeida Kewcik liked this
idrulhisham liked this
Noor Syakirah liked this
masniu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->