Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Usahawan Merupakan Peneraju Ekonomi Negara

Usahawan Merupakan Peneraju Ekonomi Negara

Ratings: (0)|Views: 1,474 |Likes:
Published by Tien Nazirul

More info:

Published by: Tien Nazirul on May 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

 
“Usahawan merupakan peneraju ekonomi Negara. Mereka memainkan perananyang sangat penting terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Sumbanganusahawan amat penting dalam usaha wewujudkan masyarakat yang makmur.”Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan sumbangan usahawan dari sudut mikrodan makro
Usahawan merupakan peneraju ekonomi negara. Usahawan yang inovatif dan sanggupmengambil risiko akan menggabungkan faktor – faktor pengeluaran seperti tanah, buruhdan modal dengan berkesan untuk menghasilkan barang dan perkhidamatan. Manakala,keusahawanan pula ialah suatu proses tindakan kreatif manusia untuk membangunkansesuatu yang baru. Kerajaan telah menekankan pembangunan keusahawanan keranadapat memberi sumbangan ke arah usaha Kerajaan Malaysia untuk menyusun semulamasyarakat. Tokoh usahawan Malaysia seperti Tan Sri Rozali Ismail dan Datuk T.Ananda Krishnan telah memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkanmasyarakat dan negara yang makmur. Oleh itu, sumbangan usahawan boleh dilihat darisudut mikro dan makro.Terdapat beberapa sumbangan usahawan dalam sudut mikro. Sumbangan usahawandalam aspek ini ialah mereka dianggap sebagai sumber atau pencetus idea baru dalam pra-penubuhan, semasa dan selepas penubuhan firma. Idea yang dijana tidak semestinyaasli, namun dapat menggalakkan penghasilan produk atau perkhidmatan yang baru.Penghasilan produk atau perkhidmatan baru ini dapat menambahkan nilai barangan atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, telefon bimbit berjenama Nokia hanya bolehmembuat panggilan pada tahun 80-an. Apabila penyelidikan dan pembaharuan berlaku,telefon bimbit mempunyai fungsi yang berbagai seperti perkhidmatan pesanan ringkas(SMS), mendengar lagu, mengambil gambar dan sebagainya. Dengan ini, telefon bimbitmempunyai kegunaan baru dan bertambah nilai. Oleh hal yang demikian, sumbanganusahawan dalam menjana idea baru adalah sangat penting.Selain itu, usahawan yang melihatkan masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan juga mempunyai sumbangan. Dengan wujudnya peluang dan idea baru,usahawan akan melaksanakan perancangan. Perancangan mengenai struktur perniagaan, penyelidikan dan penghasilan produk atau perkhidmatan baru akan dijalankan. Misalnya,apabila berlaku jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan sistem pernafasan, usahawanakan menyelidik dan menghasilkan topeng mulut bagi masyarakat. Dengan ini, topengmulut merupakan produk baru hasil daripada masalah yang wujud di persekitaran selarasdengan perancangan yang teliti sebelum penghasilan produk baru. Oleh hal yangdemikian, sumbangan usahawan mewujudkan peluang perniagaan baru dari sudut mikrotidak boleh dinafikan.Sumbangan usahawan juga terdapat dalam bidang yang lebih luas iaitu dalam aspek makro. Usahawan telah memberikan sumbangan yang amat besar dan penting kepadamasyarakat dan negara kita. Antara sumbangan usahawan ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Usahawan biasanya terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Dengan ini, banyak peluang pekerjaan disediakan untuk masyarakat tempatan. Sebagai contoh, penubuhan HICOM dan syarikat penerbangan Air 
 
Asia telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dan mencukupi akan mengurangkan masalah pengangguran. Mengikut statistik,kadar pengangguran telah menurun dari 3.6% pada tahun 2000 kepada 3.4% pada tahun2005. Secara tidak langsung juga, masalah sosial juga dapat dibanteras kerana merekamempunyai pekerjaan dan kurang melakukan kegiatan yang tidak sihat.Di samping itu, usahawan juga dapat menyumbang terhadap pembangunan ekonominegara. Usahawan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan apabila sektor – sektor seperti perlombongan, pertanian dan perindustrian diaktifkan, ekonomi negara akanmenjadi lebih mantap. Hal ini kerana sumber – sumber alam semula jadi akan diusahakandan dapat merangsang ekonomi negara. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jugaakan mengalami pertumbuhan. Buktinya, kadar pertumbuhan KDNK telah melonjak dari4.1% pada tahun 2002 kepada 7.1% pada tahun 2004. Dengan pertumbuhan yangmemberangsangkan, kerajaan berupaya menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya bertar, klinik kesihatan dan lain – lain. Usahawan bukan sahaja dapatmenyumbang dalam pembangunan negara, malah dapat membantu kerajaan dalammelaksanakan tanggungjawab sosialnya.Sumbangan usahawan dari sudut makro yang lain ialah memenuhi keperluan danmenambahkan pilihan barangan dalam pasaran. Masyarakat kita mempunyai keperluandan kehendak yang perlu dipenuhi. Usahawan akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawantelah menghasilkan pelbagai jenis barang keperluan asas seperti makanan, rumah, pakaian dan sebagainya dengan banyak variasi. Masyarakat akan mempunyai lebih banyak pilihan terhadap barangan asas. Barang mewah yang berteknologi tinggi dan berinovasi seperti kereta, komputer, televisyen dan kamera turut dihasilkan olehusahawan yang kreatif. Oleh itu, usahawan dapat memenuhi keperluan dan juga memberikepuasan yang maksimum kepada masyarakat.Kesimpulannya, usahawan sememnagnya memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan dan kemajuan negara. Usahawan dari sudut mikro, telah menekankanhubungan antara usahawan dan penubuhan syarikat serta penghasilan produk. Dari aspek makro pula, sumbangan usahawan kepada kemajuan ekonomi dan negara adalah sangat besar. Usahawan yang berjaya seperti Dato Robert Kuok turut memberi inspirasi kepadausahawan muda yang lain untuk terus memberi sumbangan terhadap masyarakat dannegara serta menjadi peneraju ekonomi Malaysia pada masa depan.

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Tan Bpeng liked this
lazyworm82 liked this
Wah Yan liked this
Tan Swee Hooi liked this
nzswani liked this
Nurul 'ain liked this
mizicebol added this note
nice
Nuk Nilrat liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->