You are on page 1of 5

Hanya Mimpi.....

Bila sebut perkataan Legap, terlintas di dalam benak fikiranku perkataan gelap.

Permainan mindaku bermaksud gelaplah masa depanku. Namun itu hanyalah mimpi

ngeri bagi aku yang begitu mementingkan gaya dan keteramilan diriku. Kehidupan

diriku yang tinggal di kawasan bandar “ibarat langit dan bumi” yang asing bagiku. Mimpi

ngeri ini berlegar setiap kali perkataan Legap itu datang ke dalam benak fikiran daifku

itu.

Aku seriingkali menggambarkan dalam otakku ini masyarakat orang asli tidak

berpakaian dan tidak bertamadun. Apa yang diluahkan kepada rakan-rakanku adalah

sama dengan perkara yang terlintas di sudut hati mereka.

Apabila pacuan empat roda telah mengaum, maka berdebar jantungku ibarat

SK Pos Legap di huni dengan harimau dan pelbagai hidupan liar yang lain. Dan maka

tertutuplah talian handphoneku itu. Perasaan bosanku itu terasa tambahan daripada

tempoh program ini sangat panjang iaitu dua minggu. Perjalanan yang mengambil

masa satu setengah jam, akhirnya sampai jua di SK Pos Legap.

Pelbagai hujah yang baik dan ada yang buruk dilontar ke dalam dua belah

telingaku. Tak sabar rasanya untuk aku turun semula ke tempat permulaan itu tadi.

Malam pertama di tempat asing ini membuatkan kelopak mataku ditahan dengan kayu.

Berdebar-debar jantung ini kesan daripada hujang yang dilontarkan petang tadi.
Layanan fikiranku itu membawa aku terlena sehingga keesokan hari. Buaian mimpi itu

disekat oleh kawan-kawanku yang tidak sabar ke sekolah pagi ini.

Satu kejutan kepada kami ketika menghadiri perhimpunan pagi sekolah

dengan sambutan yang begitu gah. Kehadiran kami di sekolah amat dinantikan para

warga SK Pos Legap yang ingin melihat wajah ceria dan duka kami. Perasaan malu

mula timbul dihati dengan layanan mesra warga sekolah. Kemesraan yang dijalin dalam

masa singkat terbina hubungan keluarga telah menghilangkan perasaan rinduku di

kawasan bandar. Senyuman yang dilemparkan diriku yang menaan telah menarik minat

murid-murid orang asli mendekati diri ini.

Pergerakan dan gelagat yang ditunjukkan oleh murid-murid orang asli mula aku

perhatikan. Aku membayangkan jika pembangunan yang aku bawakan di kawasan ini

tentulah mereka lebih maju dengan segala kemudahan yang ada di bandar.

Kemunduran orang asli akan mula terhakis dari infrastruktur yang lengkap.

Sebaik aku melangkahkan kaki ke dalam kelas 5 Arif dan mula

memperkenalkan diri, aku berasa teruja dan terharu kerana mereka mampu mengingati

namaku yang hanya diperkenalkan sekali sahaja semasa perhimpunan pagi tadi.

Maklumlah nama aku sama seperti penyanyi. Jadi mereka lebih mudah mengingati

namaku. Pabila ditanya berkaitan dengan penyanyi yang mereka kenali, setiap pelajar

berjaya menjawabnya dengan betul. Aku mula tertanya-tanya bagaimana mereka

mengetahui nama penyanyi.

Murid-murid menjawab “rumah kami pun ada astro”. Aku mula bicara tentang

cerita yang biasa mereka tontoni. Suasana dalam bilik darjah semakin riuh dengan
karenah murid yang mahu berkongsi cerita bersama-sama. Perasaan bosan terhadap

persekitaran orang asli mula luntur sedikit-demi sedikit.

Nampaknya muird-muirid orang asli ini minat kepada hiburan dan permainan.

Mereka ini tidak berminat sepenuhnya pada pembelajaran sematamat. Sejak dari hari

pertama, fikiran aku mula bercambah dengan pelbagai idea dan kretiviti yang harus aku

lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran murid orang asli. fikiran aku terlintas

supaya semasa masuk ke kelas aku akan menyelitkan unsur nyanyian agar mereka

minat untuk belajar di dalam kelas aku pada masa akan datang. Terlintas di dalam

benak fikiranku, apabila cara pengajaran ini dilakukan para pelajar akan minat untuk

hadir ke kelas seterusnya lebih bermotivasi untuk mempertingkatkan diri untuk belajar.

Tengahari menghilang lalu petang pun datang. Aku berjalan menuju kepadang

untuk mendekati dan bermain bersama-sama murid orang asli. Permaslahana

pertuturan mulanya menyukarkan komunikasi antara kami. Namun dapat diatasi

dengan bantuan Cikgu Mizi yang fasih bertutur bahasa temiar hasil pengalaman beliau

selalam 14 tahun di kawasan sebegini. Cikgu Mizi banyak berkongsi pengalaman

mengajar masyarakat orang asli. Cikgu Mizi memberitahu aku bahawa murid orang asli

tidaklah malu sangat cuma mereka segan tidak tahu apa yang kita perkatakan.

Lantas aku menjawab “Betul jugak. Tengoklah cikgu bila mereka berbual

sesama mereka, meraka boleh je bercakap”. Jawab aku kepada Cikgu Mizi. Cikgu Mizi

turut berkongsi cerita hantu yang dia alami sepanjang mengajar di SK Pos Legap.

Hatiku mula berdebar-debar menunggu malam. Perasaan takut menyelubungi

perasaanku. Matahari yang ada mula tenggelam maka malam menjelma. Perasaan
semakin takut dan ku mula berkongsi cerita petang itu kepada rakan-rakanku. Darah

dalam badan mula mengalir dengan laju. Mereka mula menjadi gusar dan bimbang.

Pada malam itu juga, Cikgu Zaki memberitahu “line handphone ada dekat bukit

itu tapi kenalah gantung handphone tu”.

Secara tak langsung kami dan Ciku Azmi turut pergi ke bukit berdekatan

dengan sekolah untuk mencari “line handphone”. Apabila dgantung handphone mulalah

line handphone itu datang.

Tapi macam biskutlah. “Kejap ada kejap tak ada” jawab cikgu Zaki lagi.

Mimpi itu tidak menjadi nyata kerana handphone yang disangka tidak boleh

digunakan akhirnya dapat digunakan untuk menghubungi insan tersayang.

Hati aku mula luntur perkataan gelap dalam fikiranku. Kehidupan yang gelap itu

berubah secara tiba-tiba. Aku turut diberitahu oleh Cikgu Zaki bahawa sekolah ini

terdapat juga kemudahan internet untuk memudahkan komunikasi dengan orang luar

sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Sebaliknya ia disinari dengan cahaya

yang akan digunakan untuk mengajar murid-murid orang asli pada keesokan dan hari-

hari mendatang. Perasaan tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan semakin

membuak. Aku tidak sabar untuk menceritakan kepada mereka tentang kemudahan

komunikasi yang ada di SK Pos Legap. ini untuk menggambarkan suasana

persekotaran Pos Legap adalah tidak gelap seperti yang dimimpikan oleh semua orang.

Tambahan pula apabila aku melihat perubahan positif yang ditonjolkan oleh

murid-muridku. Tanggapan diriku terhadap masyarakat orang asli begitu meleset sama
sekali. Aku berasa malu dengan mereka kerana aku menilai sesuatu terlebih dahulu

berbanding dengan mengalami keadaan sebenar. Mereka tidak sama seperti dalam

fikiranku. Walaupun mereka ada yang tidak menggunakan kasut, tetapi mereka masih

berpakaian. Jelas menunjukkan mereka tidak lapuk ketinggalan zaman. Mereka ini lebih

bagus daripada murid yang tinggal dan belajar di bandar. Pemikiran murid orang asli

masih bersih berbanding murid di bandar.

Terpinggir daripada arus kemodenan dan infrastruktur yang hebat, tetapi

mereka tidak terpinggir daripada nilai kemasyarakatan orang asli yang semakin

mencabar. Namun mereka juga menunjukkan kehausan kemudahan dan pembangunan

yang diimpikan. Pengalaman di tempatkan di kawasan orang asli memberikan seribu

mimpi dan pengalaman yang kosong dalam benak fikiranku.

Pengalaman ini mula merasuk fikiranku agar untuk mengajar dan menjalankan

kehidupan di kawasan orang asli ini. Namun usahaku tidak akan terhenti begitu sahaja.

Aku akan terus berusaha untuk menjadi guru yang cemerlang dan mempunyai daya

tahan yang tinggi. Kesungguhan mereka dalam mengejar apa yang diajar oleh guru,

aku merasakan mereka akan terus membangun dan maju berbanding dengan murid di

bandar. Tidak mustahil mereka lebih maju berbanding dengan suku kaum di Malaysia

yang lain.

You might also like