Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penangan Bukit Galok

Penangan Bukit Galok

Ratings: (0)|Views: 17 |Likes:
Published by power5293
ABDUL MUNIR ISHAK
ABDUL MUNIR ISHAK

More info:

Published by: power5293 on May 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/25/2010

pdf

text

original

 
Biodata
Nama Sebenar: Abdul Munir Bin IshakNama Pena: TIADATempat Lahir: Pulau PinangTarikh Lahir: 11 Disember 1977No. I/C: 771211-07-6255Alamat semasa: 1151, Bumbung Lima, 13200 Kepala Batas,Pulau Pinang.Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Sains Komputer) dengan Kepujian,Universiti Malaysia Sabah.Pengalaman Kerja: GSTT di Seberang Perai (U/T) Pulau Pinang.Pengalaman Penulisan: TIADASekolah Pedalaman: SK Pos Kuala Mu, Lasah, Sg. Siput (U), Perak.Anugerah: TIADA
1
 
Penangan Bukit Galok
Oleh : Abdul Munir Bin Ishak KPLI SR Amb. Khas (Bahasa Inggeris)Dari belakang tempat duduk dalam kenderaan pacuan empat roda yangkunaiki, aku sempat menoleh ke arah jam di bahagian depan kenderaan. Sudahhampir pukul 12.00 tengah hari nampaknya. Matahari semakin terik memancanamun belum ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa kami akan tiba kedestinasi dalam masa yang terdekat. Badanku sudah mula terasa lenguh-lenguh dansengal-sengal di sana-sini. Kepalaku juga turut terasa sedikit pening-pening dekkerana perjalanan yang telah kulalui sejak lebih kurang tiga jam yang lalumenempuhi jalan tanah merah yang berliku-liku menaiki dan menuruni kawasanbukit.Sekali-sekala, kenderaan yang dinaiki merempuh lubang-lubang jalansehingga menyebabkan semua penumpang terlambung-lambung dari tempat dudukmasing-masing. Entah sudah berapa kali kepalaku terhantuk ke sana-sini di dalamkenderaan itu. Keadaan yang cukup tidak menyelesakan itu menyebabkan akusering menoleh ke kiri dan ke kanan tanpa sebatang tujuan. Keadaan yang samaturut dirasai oleh penumpang-penumpang lain dalam kenderaan itu, Berbeza pulahalnya dengan pemandu kenderaan itu yang nampaknya cukup selesa menempuh jalan bukit yang berliku-liku dan berlubang-lubang sedemikian rupa. Bagaikanseorang pemandu pelancong yang berpengalaman, beliau akan menjelaskandengan terperinci tentang kawasan-kawasan hutan yang sedang dilalui, sambilmerujuk kepada sebuah peta elektronik yang boleh memberikan dengan tepatkedudukan semasa dan keadaan topografi di sekeliling kenderaan melalui capaiansatelit. Bagiku, pemandangan sekeliling yang pada awalnya amat indah itu sudah
2
 
tidak penting lagi. Apa yang penting sekarang hanyalah harapanku untuk cepat-cepat sampai ke destinasi.Tiba-tiba, sebuah motorsikal jenis
scrambler 
berwarna kuning melintasikenderaan yang kunaiki lalu berhenti di kawasan lapang lebih kurang sepuluh meter di hadapan. Pemandunya, seorang lelaki Melayu separuh umur yang lengkapberpakaian keselamatan bagai seorang pelumba profesional, melambaikantangannya ke arah kami. Encik Aziz, pemandu kenderaan yang sedang sibukberceloteh sejak dari tadi terdiam sejenak. Beliau memerhatikan penunggangmotorsikal itu lalu terus memberhentikan kenderaannya dengan gembira.“Itulah Haji Mat! Guru Besar kamuujarnya penuh hormat. Aku danpenumpang lain turut merasa teruja melihat Tn. Haji Mat. Hampir saja kami tidakdapat mengenalinya kerana penampilan Tn. Hj. Mat sekarang yang jauh berbezasekali berbanding ketika kami mula-mula berkenalan dengannya kerana ketika itubeliau berpakaian formal. Beliau kini nampak lebih muda dan perkasa berbandingusianya yang sebenar.Hati-hati di depan ada lubang besar, Bukit Galok!Tn. Hj. Matmenyampaikan pesannya kepada En. Aziz. Kami kemudiannya meneruskanperjalanan sementara Tn. Hj. Mat pula menunggu di situ untuk memberikan amaranberjaga-jaga kepada kenderaan-kenderaan lain yang berada di belakang kami. Akusendiri tidak tahu jumlah kenderaan yang berada di belakangku secara tepat keranakonvoi kami yang pada mulanya hanya empat buah kenderaan sahaja, kini telahdisertai pula oleh beberapa buah kenderaan milik Kementerian Kesihatan yangkebetulan turut akan menuju ke destinasi yang sama iaitu Pos Kuala Mu, untukmemberikan perkhidmatan kesihatan di sana selama beberapa hari.
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->