Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Memori

Memori

Ratings: (0)|Views: 45|Likes:
Published by power5293
NURUL ASHIKIN BINTI CHE HASHIM
NURUL ASHIKIN BINTI CHE HASHIM

More info:

Published by: power5293 on May 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/25/2010

pdf

text

original

 
MEMORIOLEH:NURUL ASHIKIN BINTI CHE HASHIM
Sesuatu yang amat asing dan baru buat diri aku apabila menjejakkan kaki pertama kalidi kawasan pedalaman. Tidak dapat aku bayangkan apakah yang akan aku lalui dalamtempoh lebih kurang 10 hari aku berada di kawasan ini. Perasaan gementar, gembira,malu, tertekan dan berbagai-bagai lagi menyelubungi hati dan perasaan aku.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam lebih untuk ke destinasi SK PosPerwor membuatkan diri aku benar-benar penat. Kereta pacuan empat roda yang akudan rakan-rakan naiki terasa bagaikan menunggang seekor kuda. Peluh membasahibaju kurung yang aku pakai.“Aduh! Sakitnya pinggang aku nie, nak muntah pun ada, rungut aku kepada Azila”.Jalan yang bengkang-bengkok membuatkan kepala aku semakin pening. Setelahberhempas pulas menahan sengsara di dalam kenderaan pacuan empat roda, akhirnyaaku tiba juga di perkarangan kawasan SK Pos Perwor.“Cantik jugak sekolah pedalaman nie..! “Ish…Ish…cuba hang pikiaq dalam hutanmacam nie pun boleh ada sekolah kan…tak sangka betul lah”..? kata aku kepada Eijat.
 
“Hurm, tuh lah..aku pun pelik gak”, kata Eijat sekaligus membuatkan kepala aku mulaberfikir benda-benda yang tidak masuk dek akal.Tiba-tiba aku ternampak beberapa orang pelajar terjenguk-jenguk di luar pintu kelas.Aku pun melambai-lambaikan tangan, menunjukkan salam perkenalan aku. Tetapimaklumbalas yang ditunjukkan oleh mereka benar-benar membuatkan diri akutersentap. Aku lihat mereka merenung aku bagaikan hendak menelan.Aduh..Aduh..! Seram sejuk aku dibuatnya. Ya-Allah, kau lindungilah hambamu inisepanjang berada di sini. Amin….!!!!Sesi pertemuan bersama Guru Kanan Kokurikulum, Encik Azizul Azam bin Jazuliberjalan dengan lancar. Setelah diberikan sedikit taklimat oleh Cikgu Azizul, perasaanyang bermain di hati semakin berkurangan. Sebelum bersurai, setiap kami diberikanseorang mentor yang akan memantau dan membimbing sepanjang SBE dijalankan.Aku dan Idah diletakkan di bawah bimbingan Cikgu Nasron, seorang guru KPLI Januari2008. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan nasihat kepada kami. Akudiberi peluang oleh Cikgu Nasron untuk mengikuti Kelas Matematik yang dikendalikanoleh beliau. Aku hanya menjadi pemerhati. Di sini, aku melihat Cikgu Nasron mengajar menggunakan kaedah pendekatan bahan semulajadi. Beliau menggunakan daun-daunkecil sebagai duit dalam Matapelajaran Matematik. Pelajar-pelajar memberikanmaklumbalas yang menggalakkan. Pelajar lelaki lebih bersifat agresif berbandingpelajar perempuan yang kelihatan pasif dan malu-malu. Rupa-rupanya, sekolah ini tidakmempunyai guru perempuan. Mungkin kehadiran aku di dalam kelas sedikit sebanyak
 
mengganggu tumpuan mereka. Sekali-sekala aku lihat beberapa pelajar menoleh-nolehke belakang sambil berbisik sesama sendiri. Mungkinkah mereka berbisik tentang diriaku…? Aku pun tidak tahu……….Pengalaman di sini banyak mengajar aku erti kesabaran dalam melaksanakan segalaaktiviti. Contohnya, dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar ini amatsensitif dan emosional. Mereka ini juga perlu dirangsang, dibimbing, dilatih, dipuji dandibelai. Ganjaran dan galakan perlu diberikan untuk setiap perkara yang dilakukan olehmereka. Hanya segelintir guru sahaja yang mengamalkan kaedah ini. Banyak aktivitiyang aku lakukan bersama pelajar-pelajar. Antaranya mandi sungai, mencari udang dicelah-celah batu, menangkap ikan menggunakan tangan, bermain bola sepak bola jaring, tarian poco-poco dan bermacam-macam lagi aktiviti. Aktiviti-aktiviti inimerapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru pelatih, guru-guru SK PosPerwor dan juga pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sekolah. Masyarakat di sini tidaklokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Aku juga belajar mengopek buah kelapadengan menggunakan gigi. Agak pelik bunyinya tetapi aktiviti ini memang menarik.Pada hari ini, aku begitu teruja kerana berpeluang mengikuti Kelas KAP (Kurikulum AsliPeribumi) bersama pelajar tahun 3. Semuanya comel dan mempunyai rambut yangkerinting. Memang suatu keunikan kerana hampir keseluruhan kelas mempunyai sifatyang sama. Selesai memperkenalkan diri, aku terus menuju ke belakang kelas. Akuhanya menjadi pemerhati suasana pengajaran dan pembelajaran kelas. Di sini, aku

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->