You are on page 1of 5

Nama : Yuvarani a/p Selvam

Kump : KPLI/BI

Perubahan ... (dimanakah engkau?)

Apakah yang yang ku sedang buat di sini? Air mataku mengalir membasahi

pipiku lagi. Aku dah penat memikirkan soalan yang sama setiap malam. Soalan ini

yang menghantui diriku hampir setiap malam sehingga aku takut melelapkan

mataku. Aku? Mengapa aku? Bukankah ada orang lain yang lebih sesuai? Aku

sebenarnya hendak menjadi sesorang pendidik bukanya menjadi pengasuh untuk

budak-budak di kawasan pedalaman. Aku teringat kembali masa itu dimana aku

diterima masuk menjadi seorang bakal cikgu. Aku menerima tawaran dan menyahut

cabaran yang bakal ditempuhi dengan mendukung seribu harapan di dada. Untuk

berada di sinikah aku melangkah masuk ke medan perguruan ini? Tidakkah cukup

segala kesusahan yang telah ku lalui sebelum ini sehingga tercapainya cita-cita

yang kumimpi-mimpikan sejak kecil lagi ini.

Aku teringat balik masaku menjadi seorang guru sandaran di sebuah sekolah

kluster. Namanya pun sudah membawa seribu maksud mengenai sekolah ku yang

terdahulu. Aku berasa sungguh bangga diterima masuk walaupun hanya sebagai

guru sandaran. Banyak ilmu yang ku pelajari di situ. Setiap hari persekolahan

meninggalkan seribu satu pengalaman dan kenangan. Kenangan ini bukanlah

sentiasa menjadi yang manis. Yang pahit pun aku pernah merasa. Sebagai guru

sandaran walaupun kerja yang dibuat sempurna dan boleh dikatakan 1 dalam satu

yang terbaik tetapi penghargaannnya tetap tidak setimpal dengan usaha melipat
ganda yang diberikan. Walaupun persekitaran sekolah, murid-muridnya yang boleh

dikatakan “Terre” dan dikelilingi guru2yang mantap dalam pengajaran tetapi jiwaku

bagaikan terluka menanti penyembuh yang dapat megubati penghinaan dan

kekesalan dalam hatiku. Setiap hari aku menempuh pelbagai cabaran tetapi sabar

menanti penyembuh luka hatiku.

Masa itulah doa aku bagaikan termakmul apabila aku diterima masuk sebagai

pelatih di maktab perguruan perlis. Kini aku sedar bahawa ku bukan lagi guru

sandaran tetapi bakal guru. Oh tuhan kini aku percaya bahawa aku dilahirkan

menjadi guru. GURU... itukah penyembuh hati yang ku tercari-cari selama ini? Ya,

kini aku dapat bermegah dengan gelaran baru ini.

Fikiran aku kembali di bilik kecil yang hanya diterarangi cahaya lilin yang

menunggu masa untuk padam. Inikah balasan untuk penantianku yang begitu lama.

Apakah yang ada di sini? Elektrik? Air?Teknologi?Arus pemodenan? Dimanakah

semua ini? Mengapakah ada juga manusia yang sanggup hidup dalam kawasan

hutan rimba yang hanya dikelilingi hutan rimba dan gunung-ganang. Adakah

manusia di sini sedar akar wujudnya sebuah dunia canggih di luar sana bagaikan

syurga yang dililit ict? Tidakkah mereka mendahagakan pembahuruan atau

perubahan?

Sedangku menyelami diriku yang bagaikan tenggelam di sebuah kawasan

yang terpencil bagaikan hutan Amazon yang belum diusik arus pemodenan dan

sedangku memikirkan segala persoalan yang melemahkan semangatku, aku

teringat wajah budak di kelas pemulihan di sekolah. ‘Malok...Malok...’ itulah satu-

satunya perkataan yang sering diucapkannya dari pagi hinggalah loceng terakhir

sekolah kedengan. Aku sering juga tertanya mengapakah budak ini tidak henti dari
menyebut perkaatan yang sepatah itu seperti membaca mantera di kuil.

Walaupuntak faham maksudnya tetapi aku teruja juga sebab pertama kali

mendengar perkataan bahasa Termiar orang asli tempatan.

Budak ini Nampak biasa sahaja. Tiada apa yang berbeza daripada budak dari

bandar. Nampak tampan, kurang bercakap bersopan semasa menghadap cikgu dan

mempunyai senyuman yang manis. Aku jamin tiada saipa yang boleh meneka dia

ialah anak pribumi asli jika terjumpanya di bandar atau baru terserempak dengannya

untuk kali pertama. Apa yang membuatkan ku tertarik hati dengannya ialah apabila

berjumpa cikgu wataknya berubah menjadi senyap. Jikalau bersama kawan-kawan

dia nampak ceria dan kadang-kadang membuat bising jugak. Masa mengajar dia

memang menumpukan perhatian tetapi jika ditanya balik apa yang diajar, dia selalu

lupa.

Sebagai seorang pelatih yang baru mengikuti program pengalaman

berasaskan sekolah, pada awalnya aku ingat, lupa akan apa yang diajar adalah

perkara yang normal dan aku ingat cara pengajaran ku ada masalah. Akan tetapi

sudah 4 hari aku sabar mengajarnya. Namun keputusannya sama saja. Tidak ada

perubahan. Tiada perkembangan. Walau apa cara atau strategi yang digunakan,

apa yang diajar mesti dilupakannya. Aduh..... geramnya aku memikirkan

mengapakah budak ‘seekor’ ini tidak mahu belajar. Apakah dia telah dipinggirkan

oleh guru di kelas? Tidak juga. Semua guru di sini baik-baik belaka. Sentiasa

bersedia memikul dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. “Khamarudin,

apa masalah engkau? Kenapa tidak mahu belajar? Bukankah kau hendak menjadi

seorang yang berjaya kelak, macam cikgu-cikgu di sini? Sekarang sebut apa huruf

ini” saya meninggikan suara buat kali pertamanya sambil menunjukkan huruf “R”

dengan harapan dia akan mengikat kembali apa yang telah diajar. Belum mula
membaca, aku terdengan dia menyebut perkataan itu lagi... Malok’.......’malok”.....

kini kesabaran ku telah melangkaui batasnya. Aku dah tak boleh tahan lagi. Pernah

juga aku terasa seperti memberinya satu penampar yang memboleh

membuatkannya melupakan langsung perkataan termiar itu . “Khamarudin sila

bangun. Sekarang cikgu nak kamu memberitahu apa maksud perkataan “malok” “.

Dia menundukkan kepalanya. Air matanya mula membasahi pipinya. Aku terasa

bersalah tetapi tidak menunjukkanya di luar. Murid-murid lain mula

mentertawakannya. Aku pandang ke arah mereka. Mereka bagaikan memamahami

maksud yang hendak kusampaikan. Keadaan menjadi sunyi seketika. Kedengaran

bunyi jarum jam dinding bergerak. Secara perlahan khamaruddin mendonggakkan

kepalanya memandang tepat ke dalam mataku. “A.... B.... C”....... dia mula

membaca.... tidak sampai separuh jalan dia terhenti. “cikgu saya tak dapat ingat

semua huruf itu. Saya orang susah cikgu. Tolong saya cikgu”. Kemudian dia terus

menangis memandang mataku sambil mendepakan tangannya. Aku terus

mendakapnya dan aku jugak tidak dapat menahan air mataku. Aku terasa seperti

badanku dihiris. Oh Tuhanku....... apakan daya saya? Bagaimanakah aku dapat

membantu Khamarudin? Ilmu keguruan aku sememangnya tidak mencukupi.

Bagaimanapula budak-budak seperti Khamarudin yang sedang menunggu masa

diselamatkan oleh seorang GURU di kawasan pedalaman yang lain. Mungkin ada

ramai nun di sana yang bagaikan seorang kudung yang bermimpi menjadi seorang

penulis .

Masa itulah aku tersedar bahawa tugas seorang guru bukan setakat mengajar

tetapi kejayaan yang sebenarnya ialah dengan merealisasikan impian orang kudung

menjadi kenyataan. Saya kembali dalam bilik yang hanya diterangi cahaya lilin tadi.

Cahaya di bilik ku telah terpadam tetapi saya dapat melihat satu cahaya yang baru
menerangi jiwa saya. Segala soalan yang menghantui jiwaku kini sudah terjawab.

Segala kekurangan yang ku anggap sebagai satu kekangan bukan lagi satu

halangan dalam hidupku untuk memikul cabaran sebagai seorang guru yang bakal

ke kawasan pedalaman. Inilah cabaran yang bakal aku menempuh untuk membela

nasib budak-budak pribumi ini. Kawasan pedalaman....di sinilah tempat aku hendak

mencatat sejarah. Perubahahan......... dimanakah engkau? Kau telah ku jumpa!

dalam DIRIKU. Ya, aku sedar kau telah terikat oleh kejahilanku selama ini dan kini

kau bebas dari diriku. Tetapi kesan yang kau tinggalkan sungguh mendalam. Kau

telah menyedarkanku bahawa tempatku kini di sini................di kawasan

pedalaman............SEBAGAI AGEN PENGUBAH sebab saya ialah yang terpilih

(THE CHOSEN ONE).

You might also like