Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perlaksanaan Penggunaan Taksonomi Bloom Bagi Mengukur Kesesuaian Tahap

Perlaksanaan Penggunaan Taksonomi Bloom Bagi Mengukur Kesesuaian Tahap

Ratings: (0)|Views: 328|Likes:
Published by power5293

More info:

Published by: power5293 on May 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/29/2012

pdf

text

original

 
 1
PERLAKSANAAN PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM BAGIMENGUKUR KESESUAIAN TAHAP DAN MENJAMINKEBERKESANAN
OUTCOME
KURSUS
Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini HussainHafizah Husain, Nor Fadzilah AbdullahJabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem,Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Selangor, Malaysia{aqilah, hafizah or aini}@vlsi.eng.ukm.my
 
ABSTRAKKeberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sesuatuprogram akademik adalah bergantung kepada pengukuran pencapaian
outcome
 kursus (COs) ditawarkan. Bagi mencapai pengiktirafan
Washington Accord 
,keberkesanan COs harus memenuhi matrik spesifikasi profil graduan seperti yangterkandung dalam panduan
Washington Accord 
. Justeru, penilaian COs secaraberkesan dapat disokong dengan penggunaan Taksonomi Bloom berdasarkandomain kognitif yang merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti sertaaras soalan peperiksaan akhir yang merupakan salah satu komponen penilaianutama untuk menilai pencapaian pelajar dalam kursus yang diambil. Kertas kerjaini membentangkan kaedah penggunaan Taksonomi Bloom untuk mengukurkesesuaian tahap kursus yang sekaligus dapat menjamin keberkesanan COs.Kursus KL3193 Mikroprosesor dan Mikrokomputer telah dijadikan contoh kajianyang mana kertas soalannya telah direkabentuk menepati matrik spesifikasi yangditetapkan untuk kursus tahun 3 iaitu Tahap 1: Pengetahuan dan Pemahaman (<20%), Tahap 2: Aplikasi dan Analisis (antara 30-40%) dan Tahap 3: Sintesis danPenilaian (anatara 40-60%). Penggunaan Borang Taksir Soalan BerdasarkanBloom dalam mesyuarat jawatankuasa Penaksiran Soalan juga telahmemudahkan pelaksanaan penggubalan soalan yang memenuhi spesifikasi.Dapatan kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai pembuktian untuk menyokong tindakan JKEES dalam mewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedahTaksonomi Bloom bagi penggubalan soalan peperiksaan.Kata kunci: Taksonomi Bloom, Objektif Pembelajaran Kursus,
Outcome
KursusPENGENALANPendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) dalam semua programprasiswazah telah diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, perlaksanaansecara menyeluruh dan holistik hanya bermula pada sesi 2007/2008. Antara
 
 2
langkah-langkah yang diambil ialah memperkenalkan penggunaan TaksonomiBloom untuk tujuan pengukuran dan penilaian COs dan CLOs, kaedahpengajaran berpasukan (
team teaching
), kaedah pembelajaran berpasukan (
co-operative learning
) dan sebagainya. Ini adalah sebagai langkah untuk mencapaitaraf yang diiktiraf badan
Washington Accord 
. Justeru, kertas kerja ini bertujuanmembincang serta membentangkan pengalaman melaksanakan penggunaanTaksonomi Bloom untuk tujuan pengukuran COs dan sekaligus PO. Selain itu,perlaksanaan kaedah ini dapat membantu memberi gambaran tentang kualiti sertatahap hirarki kesukaran kandungan kursus yang diikuti oleh para pelajar sesuaidengan tahap pengajian yang diikuti.Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingindicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko.Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakaladomain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telahditerapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuandan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursusrekabentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuanmengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melaluiproses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.Walau bagaimanapun, peperiksaan merupakan komponen pengukuran utamayang digunakan oleh setiap institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menilaipencapaian COs mahu CLOs untuk program pengajian masing-masing. Justeru,kemahiran menggubal soalan adalah penting dan perlu diberi perhatian.Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusundari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras
 pengetahuan, pemahaman,aplikasi, analisis, sintesis
dan
 penilaian,
seperti diringkaskan dalam Jadual 1
.
Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikankepada enam aras seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Namun, sekitar tahun1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat.Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi yangdigunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai contoh, termapengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkankepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.
 
 3
 
RAJAH 1 Perubahan Temologi dalam Domain Kognitif Taksonomi BloomTerdapat juga pelbagai pecahan dalam domain kognitif taksonomi Bloom.Antaranya matriks spesifikasi yang digunakan dalam pecahan domain kognitif adalah dengan menyusun setiap aras secara bertingkat atau menggabungkan 3aras tertinggi dalam satu tingkat, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.RAJAH 2 Pecahan Domain Kognitif Taksonomi Bloom(Sumber: Anderson & Krathwohl, 2001)JADUAL 1 Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom
Hirarki Kognitif KataKunci
1.
 
Pengetahuan (
Knowledge
)
 
 Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori,hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas
.
Nyatakan,terangkan,namakan,labelkan.2. Pemahaman
 
(
Comprehension
)
 
 Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satubentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,menterjemah draf.
Pilih, terangkan,tulis semula.

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Peace Seong Teng liked this
FAZIL liked this
A Chah liked this
Makayiez Pakcuez liked this
Shahrizul Hasmi liked this
Suriati Ku Ishak liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->