Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
50Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Karangan50 Bm Pmr

Karangan50 Bm Pmr

Ratings: (0)|Views: 5,481|Likes:
Published by nusaibah5982

More info:

Published by: nusaibah5982 on May 26, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/28/2012

pdf

text

original

 
Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk“Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.Tulis rencana itu selengkapnya.Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan NegaraOleh: Mohd Shahir Mohd ShahKekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia(AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baruini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagimengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya.Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantaumahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminatsukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehinggamewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaingpada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkritdan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduksama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasainduk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan sepertiPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan PersatuanBadminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini,sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh danmeneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkanprogram pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmutentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkanketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri AbdulahAhmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalampersatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yangberkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnyamemberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan sertaberiltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yangmengenal manikam”.Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas barudalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negarapada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakanperuntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan dinegara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan,pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan,Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepakkebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaiandengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebihmenggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program
 
berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan paraatlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, PersatuanBadminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampumemecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya“gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalamKejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segalakelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usahadan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkatkembali martabat sukan negara kita.Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsasecara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkanpersembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukanbola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkanmenjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyailatar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusandalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnyamampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann Davidsehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia,adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkatantarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan denganusaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizamdan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, danmalahan peminat sukan tanah air.Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutankerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajardengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnyaia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kitabelajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjayamelayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkanatlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihatkelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akanmenjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada ditangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulahsukan untuk negara!”
 
Karangan 35Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita?Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini.Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dankepentingannya.Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiranbersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan inisemakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi,ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan keranamemang ada kepentingannya.Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasanperumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasanperumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpamengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagiperhubungan antara jiran.Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercoraksetempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semulasemangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lainmelalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan suburberdasarkan majlis sebegini.Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangatkejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pastiberupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoaltahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkansemangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalammemulakan usaha memupuk semangat mulia ini.Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklahmemandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupanbermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingindilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangatkejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalammasyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amatstrategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang salingberjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolakpembentukan konsep perpaduan nasional.

Activity (50)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
zmanr70 liked this
nurul aqilah liked this
moonxxzz liked this
matderaman liked this
matderaman liked this
lim_man liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->