You are on page 1of 15

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKAL

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR


DI PUSAT PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH,
LANCANG, PAHANG.

AHLI-AHLI KUMPULAN : 5

1. NUR KHAIRULNISAH BINTI ZULKIFLI


2. NUR AQILA BINTI RAZALI
3. NUR HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM
4. NUR HAFIZAH BINTI MD.NOR
5. NANTHENE A/P NARAYANASAMY

TINGKATAN : 6AA/2010

GURU PENASIHAT : NIK SUHAIMI NIK JAAFAR


2
ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S
PENGHARGAAN ……………………………………………. 2
RINGKASAN EKSEKUTIF…………………………………… 3
PENGENALAN ……………………………………………….. 4-5
OBJEKTIF KAJIAN …………………………………………… 5
KAWASAN KAJIAN…………………………………………... 5
KAEDAH KAJIAN …………………………………………….. 6
HASIL KAJIAN DAN………………………………………….. 7-9
PERBINCANGAN
5.1 Jenis aktiviti
5.2 Sumbangan
5.3 Kesan
5.4 Langkah-langkah
KESIMPULAN …………………………………………………. 10
RUJUKAN ……………………………………………………… 10
LAMPIRAN …………………………………………………….. 11-14

3
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya kami telah dapat menyiapkan
kajian lapangan ini dengan sempurna. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru penasihat kami En. Nik Suhaimi Nik Jaafar yang telah
banyak membantu kami sepanjang proses kajian lapangan ini dilakukan melalui
pendapat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Ucapan terima kasih ini juga kami ucapkan kepada ahli keluarga kami terutama
kepada ibu bapa kami yang banyak membantu dari segi kewangan dan tidak lupa
juga kepada guru-guru serta pihak sekolah.

Terima kasih juga diucapkan kepada para responden di Kuala Gandah yang turut
membantu memberikan maklumat yang diperlukan secara terperinci melalui
kaedah soal selidik.

4
RINGKASAN EKSEKUTIF

Kajian lapangan ini menjalankan penyelidikan mengenai kegiatan ekonomi pelancongan.


Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, Pahang iaitu merupakan salah satu tempat
perlindungan bagi gajah ini telah dipilih sebagai lokasi kajian kunpulan kami. Selain daripada
memelihara gajah, pusat ini juga menggalakan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik
pemindahan semula dan konservasi gajah serta terdapat kegiatan aktiviti ekopelancongan yang
berlaku di sekitarnya.

Oleh itu, terdapat beberapa objektif kajian dibuat untuk kajian lapangan ini termasuk
mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan dan mengenal pasti kesan terhadap alam sekitar
fizikal setempat daripada kegiatan aktiviti pelancongan di pusat tersebut melalui beberapa
kaedah. Kaedah yang digunakan digunakan dalam penyelidikan ini adalah seperti melalui
pemerhatian, soal selidik iaitu temu bual daripada para responden di Kuala Gandah yang telah
memberikan kerjasama, rujukan bahan-bahan bacaan yang disediakan seperti risalah serta laman
sesawang digunakan untuk membantu mencapai objektif kajian ini.

Penyelidikan ini juga mempunyai hasil kajian dan perbincangan yang berkaitan dengan
aktiviti ekonomi pelancongan di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, Pahang, termasuklah
sumbangan kegiatan ekopelancongan terhadap sosioekonomi penduduk sekitar. Hasil daripada
dapatan kajian ini juga beberapa langkah atau cadangan dikemukakan bagi mencegah masalah
kegiatan ekopelancongan fizikal yang berlaku untuk memastikan aktiviti kegiatan
ekopelancongan tersebut tidak memberikan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.

5
Tajuk Kajian
Mengkaji kegiatan ekonomi pelancongan di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah,
Lancang, Pahang.

1.0 Pengenalan

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat
ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak
tahun 1974.

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit
ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih
oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan
perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya
terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah
liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan
yang berterusan.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan
tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah
Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di
kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di
Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan
berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada
Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan

6
gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung
Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya
untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN
Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk
mempertingkatkan kemudahan sedia ada sama ada untuk penyelidikan dan pembangunan
atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di
rantau ini.

2.0 Objektif Kajian:


Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemeliharaan Gajah,
Kuala Gandah.
2. Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi
penduduk sekitar.
3. Mengenalpasti kesan aktiviti pelancongan di Pusat Pemiliharaan Gajah terhadap
alam sekitar fizikal setempat.
4. Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi
pelancongan fizikal yang berlaku.

3.0 Kawasan Kajian


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lancang, Pahang
telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) pada tahun 1989. Jarak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala
Gandah dengan pusat bandar Kuala Lumpur dianggarkan 160 km dan pusat ini
merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun
1974. Aktiviti pemerhatian gajah dilakukan di kawasan seluas 1.5 hektar.

7
4.0 Kaedah Kajian
Kajian luar ini dilaksanakan melalui empat kaedah berikut:
1. Pemerhatian.
Pemerhatian di lapangan dijalankan bagi mengenal pasti jenis-jenis aktiviti serta
kesannya terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut. Antara kesan yang
diperhatikan adalah seperti perubahan landskap, pencemaran dan hakisan.
2. Temu bual.
Temu bual telah dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terdiri
daripada pekerja di Pusat Pemeliharaan Gajah, peniaga dan penduduk sekitar.
Soalan temu bual berkisar kepada kepentingan sektor pelancongan penduduk, dan
kesan yang timbul akibat kegiatan pelancongan yang dijalankan.
3. Rujukan laman sesawang.
Melalui kaedah ini maklumat tentang latar belakang kawasan tersebut dapat
diperoleh iaitu merangkumi keluasan kawasan, tarikh kawasan tersebut
ditubuhkan dan fungsi serta sejarah kawasan tersebut.
4. Rujukan bahan-bahan yang disediakan.
Rujukan melalui bahan-bahan yang tersedia seperti risalah serta pamplet yang
diberikan kepada setiap pelawat dan maklumat yang terdapat di bilik pameran.
Kaedah ini memberikan maklumat yang lebih terperinci yang menerangkan jenis-
jenis masyarakat yang menetap dikawasan tersebut seperti masyarakat Che Mok,
masyarakat Samud dan masyarakat Jah Hut.
5. Rujukan bahan-bahan bacaan.
Melalui kaedah ini, sumber seperti buku teks Geografi Fizikal, Hj Rusly Musa
dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2008 dan Geografi Manusia, Hj Rusly Musa dan
Hjh Nurashikin Abdullah, 2009 dapat memberi beberapa input untuk dijadikan
sebagai maklumat dan panduan.
8
5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan.

5.1 Jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.

1. Berdasarkan kaedah pemerhatian yang dilakukan masyarakat setempat yang terdiri


daripada masyarakat Orang Asli menjalankan aktiviti seperti pertanian, penternakan,
memburu dan berniaga.
2. Pertanian.
Masyarakat Orang Asli menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam getah yang
dijadikan tanaman utama di kawasan tersebut. Terdapat banyak kawasan tanaman
getah di sepanjang jalan menuju ke pusat pemuliharaan gajah tersebut dan aktiviti ini
dilakukan pada skala kebun kecil oleh masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan
tersebut kerana mereka mengamalkan konsep tanaman sara diri.
3. Penternakan ikan.
Selain itu, masyarakat Orang Asli di sana turut menjalankan aktiviti penternakan
ikan. Mereka menternak ikan seperti ikan tilapia dan keli. Aktiviti ternakan ini
dijalankan secara kecil-kecilan.
4. Memburu.
Masyarakat Orang Asli juga menjalankan aktiviti memburu di kawasan-kawasan
hutan bagi dijadikan punca makanan dalam kehidupan seharian.
5. Perniagaan.
Selain itu, masyarakat Orang Asli turut menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka
lebih tertumpu terhadap perniagaan kraf tangan, cenderamata dan makanan.
Masyarakat ini menjual kraf tangan buatan sendiri seperti ukiran kayu berbentuk
haiwan, bakul rotan, anyaman tikar rotan, dan lain-lain. Manakala mereka juga
menjual cenderamata seperti baju, keychain dan membuka gerai makanan.
Lokasi aktiviti perniagaan ini terletak berhampiran dengan kawasan pusat tersebut
yang menjadi tumpuan para pelancong ini, dapat meningkatkan pendapatan sara diri
penduduk setempat.

9
5.2 Sumbangan kegiatan ekopelancongan terhadap sosioekonomi penduduk
sekitar.

1. Kegiatan eko pelancongan yang dijalankan di Kuala Gandar ini telah menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Peluang pekerjaan ini secara tidak
langsung telah mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan kadar
pendapatan dan taraf hidup penduduk. Peluang-peluang ekopelacongan ini seperti
pegawai pentadbiran, pemandu pelancong, penjaga haiwan dan sebagainya.
Keterlibatan ini membolehkan pendapatan perkapita penduduk setempat dan taraf
hidup mereka meningkat.
2. Kegiatan ekopelancongan yang wujud di Kuala Gandah ini juga didapati telah
menggalakkan lagi pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti
industri kraf tangan , perniagaan makanan pertanian dan penternakan.
3. Selain itu, kegiatan ekopelancongan ini juga turut menyebabkan kawasan mundur dan
sumber alam yang terdapat di kawasan tersebut dibangunkan dengan lebih cepat.
Perkara ini dapat dilihat melalui pembinaan kawasan perumahan batu dan resort serta
jaringan pengangkutan seperti jalan raya diperlebarkan yang dapat merubah keadaan
hidup penduduk setempat yang tinggal di rumah yang diperbuat daripada kayu.

5.3 Kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar.


Perubahan landskap
1. Kuala Gandah sebelum mengalami perubahan dipenuhi dengan hutan pokok dan
kawasan penempatan masyarakat Orang Asli. Namun begitu, akibat perkembangan
dalam industri pelancongan di kawasan tersebut menyebabkan pola guna tanah dan
landskap semula jadi Kuala Gandah telah berubah. (Rujuk lampiran 1.5 )
2. Hutan pokok yang telah ditebang dan penempatan masyarakat Orang Asli telah
ditebus guna untuk pembinaan tempat penginapan, jalan raya dan penempatan baru
penduduk setempat.(Rujuk lampiran 1.5 )

10
Pencemaran
1. Pencemaran air.
Pencemaran air di sungai-sungai berdekatan yang berpunca daripada najis haiwan dan
tanah yang terhakis hasil daripada pembinaan yang dilakukan telah menyebabkan air
sungai menjadi kotor dan berkeladak. Malah sungai-sungai itu juga menjadi busuk.
(Rujuk lampiran 1.2 )
2. Kawasan persekitaran.
Pencemaran kawasan persekitaran terjadi akibat daripada sikap segelintir pelancong
yang suka membuang sampah mereka di merata-rata tempat contohya palstik
makanan, bekas minuman dan sebagainya. Selain itu, sampah-sampah ini juga
berpunca daripada projek pembinaaan. Bahan-bahan pembinaan yang telah digunakan
seperti batu-bata, bungkusan simen, kayu-kayu dan besi dilonggokkan di bahu-bahu
jalan dan dibiarkan dalam jangka masa yang lama.

5.4 Langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekopelancongan fizikal yang


berlaku.
Pengurusan sisa yang cekap
1. Sisa najis haiwan perlulah diuruskan secara teratur dengan memastikan najis yang
dibuang tersebut dapat diuruskan dengan mudah. Aliran sungai yang ada juga perlu
mengalir dengan deras supaya najis tersebut dapat diuruskan dengan mudah.
2. Selain itu, pihak bertanggungjawab juga haruslah meletakkan tempat pembuangan
sampah-sampah pembinaan dan sampah pelancong disetiap tempat. Malahan pihak
Alam Flora juga perlulah dipanggil setiap minggu untuk mengangkut sampah-sampah
pembinaan agar tidak dibiarkan dalam tempoh yang lama.

11
6.0 Kesimpulan
Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kesan daripada aktiviti pelancongan di
Kuala Gandah, dapat membantu dari segi ekonomi penduduk setempat iaitu orang asli
kerana mereka dapat menjual pelbagai produk dan hasil kraftangan yang membantu
meningkatkan ekonomi penduduk sekitar.
Selain itu, infrasruktur kawasan setempat juga akan bertambah maju kerana terdapat
pelbagai aktiviti pelancongan yang menarik yang telah dilaksanakan di kawasan
sekitarnya.
Selain itu, aktiviti yang telah dijalankan di kawasan sekitar, telah membuka peluang
pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat terutama orang asli. Antara
peluang pekarjaan yang ada ialah seperti pegawai pentadbiran, pemandu pelancong,
penjaga haiwan dan sebagainya. Ini dapat meningkatka taraf pendapatan penduduk asli
di kawasan tersebut.

12
7.0 Rujukan
Portal Rasmi Jabatan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara)
http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/385

Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia


http://www.nre.gov.my/BM/ekopelanconganNRE/Pages/KualaGandah.aspx

Miss Ayu , 17 Jan 2009


http://www.gua.com.my/Lifestyle/Jalan-Jalan-Detail.aspx?ArticleID=2931

http://www.myelephants.org/

Buku teks Tingkatan 6


(Geografi Fizikal, Haji Rusly Musa dan Hjh, Nurashikin Abdullah, 2008.)
(Geografi Manusia, Hj Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2009.)
8.0 Lampiran 1

1.1 Pusat Pemuliharaan dan Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah.

13
1.2 Antara aktiviti yang dilakukan bersama gajah.

1.3 Ahli kumpulan bergambar ketika sampai di Pusat Pemuliharan Gajah, Kuala Gandah.

1.4 Pelawat melakukan aktiviti menunggang gajah.

14
1.5 Kawasan hutan ditebang untuk membuat pembangunan di kawasan sekitar.

15
Lampiran 2
Peta kawasan kajian iaitu Pusat pemeliharan Gajah Kuala Gandah yang terletak di
Pahang.

16

You might also like