You are on page 1of 25

SRI GARDEN

KUALA LUMPUR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

2010

MENGKAJI AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN MALURI KUALA LUMPUR

NAMA : LIM YAU HUI

KELAS : 3G

NAMA GURU : PUAN JAYA

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

——————————– –––—————————
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan

2) Pendahuluan

3) Objektif Kajian

4) Kawasan Kajian

5) Kaedah Kajian

6) Hasil Kajian

7) Rumusan

8) Rujukan

9) Lampiran

2
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sri Garden, Encik Peter Wells,

kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa

juga kepada guru Geografi saya, iaitu Puan Jaya, yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan

nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan

dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak masa yang telah mereka

habiskan dan nasihat diberikan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar

dan sempurna.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ang Karl Jin, Wong Keng Fai dan Ng Jia Yong

yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Maluri yang telah sudi

memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

3
PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian

Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu,

saya telah diwajibkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan

kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai pusat kitar semula

dan aktiviti kitar semular giat dijalankan oleh penduduk kawasan ini. Saya mendapati amalan

kitar semula di kawasan kajian ini amat menarik dan saya ingin mengetahui dengan lebih

terperinci tentang amalan kitar semula tersebut.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga

bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu melengkapkan satu laporan tentang kajian

yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya

kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN
4
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

1) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas

2) Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula

3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula

4) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula di Taman Maluri, Kuala

Lumpur.

5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar

semula.

6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di Taman Maluri

tentang kepentingan amalan kitar semula.

KAWASAN KAJIAN

5
Kajian ini telah dijalankan di Taman Maluri, Cheras. Kawasan ini di bawah pentadbiran Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan Taman Maluri adalah kira-kira 1214625.85 meter persegi

(sumber: Google Maps). Kawasan ini merupakan antara kawasan perumahan utama di pinggir

Kuala Lumpur, dan berkembang maju sejak penubuhan pusat beli belah Jusco Maluri.

Kawasan perumahan ini terletak di sebelah tenggara pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Kedudukannya ialah kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar. Biasanya tambang bas yang

dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM2 untuk perjalanan pergi dan balik yang

mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah.

Di kawasan kajian saya, terletak sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Sri Garden yang

mempunyai pelajar seramai 750 orang. Kawasan kajian saya juga mudah untuk dikunjungi

kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.

Taman Maluri berkembang maju setelah dibangunkan sebagai kawasan bekas perlombongan

bijih timah yang kini telah ditebus guna dengan tanah pamah yang rata. Bentuk muka bumi di

Taman Maluri adalah jenis tanah pamah yang sesuai untuk petempatan, perniagaan dan

pembangunan strategik.

PETA KAJIAN

6
Peta lakar 1 Kedudukan Cheras di negeri WP Kuala Lumpur

7
Peta lakar 2 Kedudukan kawasan kajian, Taman Maluri, di kawasan Cheras

Kawasan Taman Maluri adalah rata dan amat sesuai untuk petempatan. Terdapat juga kawasan

yang dijadikan taman rekreasi. Di kawasan Taman Maluri terdapat banyak rumah setingkat.

Berhampiran dengan sekolah terdapat kedai, balai polis, taman permainan dan klinik kerajaan.

KAEDAH KAJIAN

8
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan

untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya

telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah

yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian – Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar

semula serta kesan buruk akibat tidak mengambil berat amalan kitar semula yang terdapat

di kawasan kajian saya.

2) Temu Bual – Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan Taman Maluri secara lisan

dengan menemu bual 20 orang responden yang merupakan penduduk tempatan. Selain

itu, saya juga mendapat maklumat tentang amalan kitar semula oleh responden.

3) Soal Selidik – Saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh

penduduk kawasan kajian yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan

dilakukan.

4) Rujukan – Saya membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula

DAPATAN KAJIAN

9
8.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan

terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang

terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan

sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan

pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh

dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca

boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan buangan yang kerap dikitar semula oleh penduduk di kawasan kajian saya ialah kertas,

plastik dan aluminium. Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kawasan kajian

ialah menjual bahan-bahan kitar semula ini di pusat-pusat kitar semula, seperti Pusat Kitar

Semula Tesco Ampang.

Terdapat juga penduduk kampung yang menggunakan semula bahan kitar semula ini untuk

menjimatkan perbelanjaan. Contohnya menggunakan kedua-dua helaian kertas, membuat

perhiasan rumah seperti bunga kertas, dan menjadikan botol kaca yang telah dibersihkan sebagai

pasu bunga.

Selain itu, terdapat penduduk yang sudi bekerjasama memberi sumbangan bahan-bahan kitar

semula mereka kepada pihak sekolah untuk menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru

(PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar

semula seperti aluminium mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.


10
Di samping itu juga, saya dapat perhatikan penduduk yang cuba untuk mengurangkan

penggunaan bahan plastik. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan

bungkusan plastik dan polisterin ketika membungkus barangan atau makanan. Kertas juga

dijimatkan secara proaktif, seperti membayar bil melalui internet, supaya tidak membazir begitu

sahaja.

Amalan kitar semula akan dapat menjimatkan penggunaan bahan dan sumber semulajadi.

Jumlah Penduduk Melaksanakan Amalan Kitar Semula Di Taman Maluri

Menjual bahan di pusat kitar semula 7


Mengguna semula bahan 5
Memberi sumbangan kepada sekolah 3
Mengurangkan penggunaan bahan 3
Tidak mengitar semula 2

Jumlah 20

Jadual 1 Statistik amalan mengitar semula penduduk di Taman Maluri (sumber: soal selidik)

8.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

11
Kini terdapat sebanyak 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan

antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik

sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun,

tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Akhirnya, kita

akan kehilangan ruang hidup yang selesa.

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih bersih dan sihat

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan, ia

boleh menyebabkan bau yang tidak selesa dan menyebabkan penyakit. Melalui amalan kitar

semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit

daripada merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan

antara punca pencemaran udara dan air. Amalan mengitar semula dapat mengelakkan

pencemaran alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

12
Satu tin aluminium yang dikitar semula bagaikan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik

televisyen selama 3 jam. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat

mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula

kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan

kerana ia merupakan paru-paru semulajadi yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

Satu botol kaca yang dikitar semula bagaikan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol

lampu 100 watt selama 4 jam. Suhu proses lebur untuk mengitar semula kaca berbanding dengan

suhu lebur untuk kaca baru menjimatkan sebanyak 32% tenaga yang diperlukan untuk

pengeluaran kaca.

Dengan amalan kitar semula ini, kita akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan

sayangkan kepada negara serta alam sekitar, seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula

13
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.

1. Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mengambil peduli amalan kitar semula ini. Kebanyakan

plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya

dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Penduduk mengitar semula

Penduduk tidak mengitar


semula

Rajah 4 Hanya 10% penduduk tidak memupuk amalan kitar semula (sumber: temu bual)

2. Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan yang boleh

dikitar semula ini adalah disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang kepentingan amalan

kitar semula. Mereka berasa membuang bahan tersebut lebih senang daripada mengitar semula.

Mereka mendapati amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan

manfaat.

3. Insentif Terlalu Rendah

14
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah.

Kertas dibeli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk 1 kilogram. Insentif yang kurang

menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana

harga yang rendah dan tidak mendatangkan untung.

4. Kurang Pusat Pengumpulan

Di kawasan kajian hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula yang

berdekatan. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk mengitar semula barangan,

memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh bagi penduduk yang tinggal di kawasan hujung

kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh

penduduk. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengutip barangan kitar semula dari rumah

penduduk kampung.

5. Kurang Kerjasama

Terdapat juga segelintir penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar

semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat amalan kitar

semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak

tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan

kitar semula ini berjaya dan disemai dalam gaya hidup mereka.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula


15
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau

tindakan dapat dilakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Antara langkah yang dicadangkan :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam

Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk

meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin,

peka dan bekerjasama memainkan peranan untuk mengamalkan mengitar semula. Kempen dan

program yang dilaksanakan ini dapat menginsafkan rakyat supaya menyelamatkan alam sekitar

daripada mengalami kemerosotan dan kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah harus memberi galakan kepada pelajar supaya melaksanakan amalan kitar

semula. Guru perlu menyebarkan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula. Guru juga

dapat mengadakan pertandingan dan kempen di sekolah untuk menarik minat pelajar supaya

mengamalkan kitar semula dalam gaya hidup seharian.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan kitar

semula bagi menarik penduduk untuk mengitar semula. Hal ini amat penting supaya penduduk

16
lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula secara sesuka hati. Ini dapat

mengelakkan pembaziran bahan.

Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula di lokasi-lokasi yang strategik

bagi memudahkan pelajar membuang bahan kitar semula.

4. Kegiatan Gotong Royong

Penduduk boleh juga bergotong royong bersama-sama untuk membersihkan kawasan kajian,

serta mengumpulkan bahan kitar semula. Ketua kampung memainkan peranan yang penting

supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula

ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap peringkat umur harus mempunyai sikap

bertanggungjawab supaya menjaga tanah air kita.

RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat

Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada

17
ditebang. Alam sekitar, flora dan fauna pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan

bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat

Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan

daripada segenap lapisan masyarakat.

LAMPIRAN

18
19
20
Borang Soal Selidik

Nama: __|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__

__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__

Umur: __|__

Jantina: Lelaki / Perempuan

Bangsa: __|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__

Alamat: __|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__

__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__

__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__|__

Amalan kitar semula:

|__| Menjual bahan di pusat kitar semula

|__| Mengguna semula bahan

|__| Memberi sumbangan kepada sekolah

|__| Mengurangkan penggunaan bahan

|__| Tidak mengitar semula

21
Gambar yang berkaitan

Pusat Kitar Semula Tesco Ampang yang kerap dikunjungi penduduk Taman Maluri

Tapak perlupusan sampah yang berkembang mendekati jalan raya menyebabkan pandang darat

dan pengeluaran bau yang tidak selesa

Bahan buangan yang tidak dikitar semula akan menyebabkan pencemaran udara dan air

22
Kempen yang dilaksanakan di sekolah dapat memupuk amalan kitar semula

Pembakaran sampah menyebabkan pencemaran udara

Pekerja sedang mengasingkan bahan buangan di pusat pemprosesan bahan kitar semula

23
RUJUKAN

Buku Ilmiah

 Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn Bhd

 Chong Mui Seng dan rakan, 2003 Geografi Tingkatan 2

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn Bhd

 Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn Bhd

Buku Rujukan

 Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

 Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

 Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet

 smkpenghulusaad.wordpress.com

 srigarden.edu.my

 ms.wikipedia.org

 google.com.my

24
Orang Sumber

 Alizah Mohd Noor

 Mohd Khamsuldin Abdul Wahab

 Lee Hui Sin

25

You might also like