You are on page 1of 16

SAMSU BAHRI BIN MUHAMAD@HUSAIN

KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2010


IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
PENDEKATAN MENGAJAR
BACAAN
 Pada amnya terdapat dua pendekatan yang boleh
digunakan untuk menyampaikan pelajaran membaca :
(i)-Pendekatan Membina (Sintesis)
(ii)-Pendekatan Cerakinan (Analisis)
(i)Pendekatan Membina
 Cara yang bersandarkan prinsip sintesis atau membina
atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian
yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Contoh ayat: Nina ada baju merah.
Langkah-langkah yang digunakan:
Perkenalkan huruf (a, b ,d ,I ,j ,h ,r , u , m ,n )
Perkenalkan suku kata (ba , ni , na , ju, rah, me, da)
Perkenalkan perkataan (baju, Nina, ada, merah)
Perkenalkan rangkai kata (baju merah, Nina ada
Perkenalkan ayat ( Nina ada baju merah)
• Pada keseluruhannya, kaedah ini menggunakan kaedah
huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata
(ii) Pendekatan cerakinan
 Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara
sintesis
 Menggunakan prinsip analisa atau mencerakin atau
dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu
bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang
lebih kecil.
 Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘ Nina ada baju
baru’
 Langkah-langkah yang digunakan :
 Perkenalkan ayat (Nina ada baju baru)
 Perkenalkan rangkai kata ( Nina ada, baju baru)
 Perkenalkan perkataan ( Nina, ada, baju, baru)
 Perkenalkan suku kata (ni, na, da, ba, ju, ru, a)
 Perkenalkan huruf (n, I, a, d, j, r, u)
Pada keseluruhanya, cara ini menggunakan kaedah
perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang
digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Namun begitu, telah terbit satu cara yang lain yang
dipercayai dapat mengurangkan masalah yang
dihadapi.
Caraa ini ialah cara elektrik atau lebih dikenali
dengan nama cara campuran
o Pendekatan elektrik
• Cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah
campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu cara
membina dan cara cerakinan
• Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah
huruf dan kaedah suku kata.
• Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan,
kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah
ini disebut kaedah pandang dengar.
 Kelebihan
 Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca
 Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-
murid dalam pelajaran membaca dan mengikut
situasi
 Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai
dengan fonem bahasa Malaysia
 Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah
yang baru supaya dapat menghapuskan konflik
pendapat.
 Cara mengajar
o Tujuannya ialah untuk membolehkan muri-murid membaca
ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan
memehami isinya.
o Bentuk huruf : huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja.
Misalnya :
-a-ayam p-payung i-ikan
o Bentuk bahasa
- Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya:
- Ba-bakul, bawang, barang
- Menggunakan gambar
o Alat mengajar : kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad
rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya boleh digunakan.
Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh
semua murid.
PENDEKATAN BERFORMATKAN
KBSR
• Ada 4 pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan
dalam pengajaran mengikut Kurikulum Baru Sekolah
Rendah
1. Pendekatan A
-kaedah campuran yang memberatkan bentuk
Cerakinan
-kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada
peringkat awal
-dalam pengenalan huruf, penekanan adalah pada
bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan
secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya
dikuasai.
-Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut
langkah-langkah yang berikut :
a)Tunjukkan gambar : gambar baju
b)Tunjukkan kad perkataan :baju
c) Tunjukkan kad suku kata : ba ju
d)Gandingkan kad suku kata : ba ju
e)Bunyi huruf : b (beh) a (a) j (jeh) u(u)
f) Bunyi suku kata : ba ba
ju ju
g) Membaca perkataan : baju
2) Pendekatan B
-berasakan kepada kaedah fonik (bunyi),
digabungkan dengan kaedah suku kata serta
dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.
-peringkat permulaan, dua bunyi huruf
diperkenalkan, iaitu /m/ dan /s/.
-tujuannya adalah untuk menarik minat murid
murid dan memahamkan konsep bunyi huruf.
-pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut
langkah-langkah berikut:
i. Perkenalkan huruf fonik : k
ii. Sebut bunyi huruf : k k k k k
iii. Gabungkan bunyi konsonan dengan
bunyi vokal untuk membentuk suku kata :ka ka ka
iv. Suku kata tertutup : kak kak kak
v. Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka..kak
vi. Membaca perkataan : kakak
vii. Membaca ayat : ini kakak
3) Pendekatan C
-biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi
kata.
-ia berdasarkan perkara-perkara berikut:
a)Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan
fonemik
b)Suku katanya adalah jelas dan mudah
c) Perkataan yang digunakan pada permulaan
pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh
kebanyakan murid
-pendekatan C boleh dilaksanaka mengikut
langkah-langkah yang berikut :
1) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
2) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k, m
3) Mengabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki,
ku
4) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka +
ki = kaki, ku +ku =kuku
5) Membaca ayat : kaki ku, kuku kaki, kuku kakiku
4) Pendekatan D
-berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu
menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi
Besar.
-menggunakan kaedah abjad atau kaedah
mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah su
Kata.
-boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah
berikut:
1) Tunjukkan gambar :
2) Namakan huruf tunggal : b a j u
3) Perkenalkan kad suku kata : ba ju
4) Perkenalkan kad perkataan : baju
5) Membaca ayat : itu baju
ini baju

You might also like