Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sistem Beraja

Sistem Beraja

Ratings: (0)|Views: 1,549 |Likes:
Published by thilaggagul

More info:

Published by: thilaggagul on May 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/15/2013

pdf

text

original

 
Sistem Beraja
Pengenalan
Institusi beraja di Tanah Melayu di kesan seawall abad ke-15 iaitu semasa pemerintahanKerajaan Melayu Melaka. Pada masa ini, mereka mengamalkan sistem pemerintahan beraja.Sistem ini menerima pengaruh yang amat kuat dari India dan agama Hindu-Buddha. Mengikutsistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar.Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeriMalayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.
Konsep Raja Melayu
1. Dewa raja
Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagaiseorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, rajadianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-rajaMelayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai “Khalifah Allah di Dunia”.Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyatdan Tuhan. Kepercayaan ini menyebabkan raja itu wajib disembah.
2. Mulia
Raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran.Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perludisahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budibicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soalekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat danmenjadi undang-undang. Di sini dapat kita membuat kesimpulan bahawa raja sebagaiseorang ketua kerajaan, merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.
3. Kuasa mutlak
Dalam pemerintahan, raja itu berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak bermakna bahawasemua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya, rakyattidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda juga berkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatanpenting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapasahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi bagindamasih tidak boleh memerintah sesuka hati. Dalam Sejarah Melayu menasihatkan : “Raja-rajaitu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakatdengan segala pegawai, tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api,segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api itu tidak akan nyala, jikaalau tiada kayu…”
4. Daulat
Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “daulah” yang bermaksud “negeri”.Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi masyarakatmelayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini jugamerupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan seseorang raja dan kerajaannya. DiTanah Melayu, telah banyak berlaku kes yang membabitkan persoalan daulat ini.
5. Derhaka
Konsep derhaka ini seiring dengan konsep daulat. Dalam konsep ini, seseorang yangmelanggar konsep daulat didapati menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa
 
tulah. Kepercayaan yang begini terus diperturun sejak zaman berzaman. Sebenarnya, konsepini dibiuat semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akandipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sakral.
All The Best™6. Hak istimewa
Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan olehrakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan olehraja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepitabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untukbaju dan destar. Selain itu, paying putih adalah khas untuk sultan yang memerintah danpaying kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap,gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahajaberhak menggunakannya.
7. Lambang kebesaran
Sejak dahulukala, sultan adalah lambang kebesaran tetapi baginda merasakan kedudukansultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya.Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya.Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakandalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripadakerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini,baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.
Struktur sultan dan raja
1. Perak
Di negeri Perak, raja yang memerintah dipanggil sultan. Pengganti yang akan menaiki takhtaadalah secara bergilir-gilir di antara 3 ketua keluarga iaitu apabila sultan mangkat, RajaMuda menjadi Sultan, Raja Bendahara pula menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi RajaBendahara dan putera sulung sultan menjadi Raja Dihilir.
2. Negeri Sembilan
Di Negeri Sembilan, raja yang memerintah dipanggil Yang Dipertuan Besar. Sistem politik yangdiamalkan dipengaruhi oleh adat perpatih. Baginda dilantik oleh 4 orang Undang atau Penghulu yangmenjadi ketua Luak, iaitu Undang Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.
3. Negeri-negeri Melayu yang lain
Sistem pemerintahan yang diamalkan dipengaruhi oleh adat temegung. Raja yangmemerintah digelar sultan kecuali negeri Perlis dimana dikenali sebagai Raja. Apabila sultanyang memerintah mangkat, baginda akan diganti oleh putera baginda yang sulung yangmasih hidup.
Peranan sultan dan raja
1.Sebelum kehadiran British, Sultan bertanggungjawab sebagai :
a. Ketua kerajaan dan bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran.b. Wajib mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah.c. Merupakan seorang ketua tentera danpenjaga undang-undang dalam negeri.d. Mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang banyak.e. Melantik sesiapa sahaja untuk menyandang jawatan Bendahara, Menteri atau Orang-
orang Besar.
 
f.Menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang-orang yang didapati menderhaka.g. Melantik penggantinya sendiri iaitu di kalangan putera-putera.2.Selepas kehadiran British, kuasa seseorang sultan dikurangkan. Peranan baginda diambilalih oleh Residen.
a. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa tertinggi dalam pemerintahan. Sultan kehilangankuasa pentadbirannya. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri tetapi semua keputusan dalam majlisitu dibuat oleh Residen.
All The Best™
b. Menjadi ketua agama Islam atau mengenai adat-istiadat orang Melayu.c. Melantik waris-waris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja.d. Membuat peraturan mengenai balai diraja dan istana.e. Merupakan pihak yang penting bagi menyatupadukan rakyat.
Sistem Pembesar
Pengenalan
Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu padaabad ke-19. Seperti juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar KesultananMelayu Melaka. Pembesar Empat Lipatan yang terdapat di Kesultanan Melayu Melakadiamalkan di hampir semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan, tetapi gelaran pembesarnyaberbeza-beza di antara satu sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar inimengalami penjejasan.
Struktur sistem pembesar
Pada dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti berikut :Bendahara ® Laksamana ® Temanggung ® Penghulu Bendahari. Walau bagaimanapun, terdapat juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiransesebuah negeri itu luas.Seseorang pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang mungkin terdiridaripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuksurat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalahbertanggungjawab kepada pembesar itu.
1. Kedah
Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi tarafnyadaripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja Sura. MenteriBerempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desadan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolongdalam pembesar enam belas.
2. Pahang
Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya InderaSegara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Orang Besar Berempat inidiberikan kawasan tertentu untuk ditadbir. Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesarkedua di Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar.
3. Perak
Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara,Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rijal Rahim liked this
Syameffa liked this
Syameffa liked this
Lehskss Bestari liked this
Norshiela Ismail liked this
qusyairikahar liked this
qusyairikahar liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->