/  17
 
1.Nama PermainanWau merupakan salah satu permainan tradisional yang agak popular pada masa kiniterutamanya di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung Malaysia. Wau dijadikan permainan untuk mengisi masa lapang tidak kira generasi muda mahupun generasi tua.Terdapat beberapa jenis atau nama lain bagi wau. Antaranya ialah wau burung, wau pari,wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,wau sewah, wau barat dan yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.Terdapat berbeza-beza nama bagi wau mengikut negara iaitu rakyat Jepun menyebutTako, Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger),Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea (Youn),Mexico (Papalote), Norway (Drage), Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia(Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap sama iaitulayang-layang atau wau.2.Latar Belakang2.1 Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi olehSang Jaya. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara.Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengancara menerbangkan wau ke langit. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakanwau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit ataugunung semasa banjir.Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa padazaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak.Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira,mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi tersebutmenjadi seorang gadis yang amat cantik.Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaangadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahlinujum, ahli nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulanuntuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman merekakembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.
 
2.2 Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempopularkan wau ialah Kelantan,Terengganu, Perlis dan Kedah. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih terkenaldan mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik. Selain daripada membuat wauuntuk dimain,negeri-negeri ini juga membuat wau untuk hiasan dinding dan kraftangan.2.3 Terdapat dua golongan yang kerap bermain wau pada zaman dahulu iaitu golonganistana dan rakyat biasa. Pada masa kini, biasanya kaum melayu yang selalu bermain wau,namun begitu, terdapat juga segelintir kaum india atau cina yang bermain wau untuk mengisi masa lapang mereka.3.Tujuan DimainkanTujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi masa lapang kepada pelbagai peringkat umur atau golangan. Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam pelbagai jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun bertaraf kebangsaan.Pertandingan-pertandingan ini melihat pada kecantikannya, bentuknya, corak ciptaannya,warnanya dan keasliannya.4.Cara BermainPada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegangwau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akanmenambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
 
Objektif Kajiani. Mengetahui secara mendalam tentang permainan tradisional di negara kita terutamasekali mengenai permainan wau.ii. Mengetahui unsur-unsur seni dan kebudayaan yang diterapkan di dalam permainantradisional ini.iii. Menambah pengetahuan tentang asal-usul permainan tradisional dan cara-cara iadimainkan.iv. Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan kebudayaan serta warisan tanah air.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

Ikin_Imanina_9015left a comment

thanx

vinnishaleft a comment

thanks

sammelialeft a comment

yahooooooooo

HARI 08left a comment

THANKS BROW.........{0H}

tingkangningleft a comment

tak ada lain punya saya nakkan "picture" lax