Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kematian untuk renungan kita bersama

kematian untuk renungan kita bersama

Ratings: (0)|Views: 569 |Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on May 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

RENUNGAN KEMATIAN
Untuk renungan kita bersama?.
Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang
bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh
tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal
dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan.
Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah
berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di
Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat
saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika
berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham
bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan
pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di
rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu
doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham
habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-
tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-
liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-
celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama
makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu
pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke
rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak
Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya

meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"
Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"
"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz

dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak
ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan
apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke
tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah
penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk.
Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan
hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh
mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam
keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur
di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham
ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia
meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan
beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak
berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan
kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes
hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah.
Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi
tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam
cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama
bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan
di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia
lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada
semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti
kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada
dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya
menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak
Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa
mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan
menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham
dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah
kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi
dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.
Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah
Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan
spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan
dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu
kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat
mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-
putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.
Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab
sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.
Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan
mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar
menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya
nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin
merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak
nampak sangat. Kalau siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup
dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup.
selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya
dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke
rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang
bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang
tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah
balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak
mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi
bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku
pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata
mungkin...bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang. Membunuh pula
banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi
perlu diingat darah itu mahal harganya.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hadi Saputra liked this
emo22naz liked this
emo22naz liked this
fauziaha liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->