You are on page 1of 31

Kata Jamak

DISEDIAKAN OLEH

SITI NURLELA MOHD TERMIZI


NURUL IZZATY ZULKIFLI
RUJUKAN
• http://bm.cemerlangbm.com/index.php?option=com_content&view=
article&id=116:kesalahan-umum-frasa-nama&catid=55:tatabahasa&It
emid=56

• http://seva-yangindahitubahasa.blogspot.com/2009/04/pertindihan-
maksud-dalam-bahasa-melayu.html

• http://tatabahasabm.tripod.com/tata/salahtata.htm
Kata jamak merujuk maksud
bilangan
Senarai kesalahan yang sering
dilakukan dalam pembentukan
kata jamak ialah apabila kata nama
selepas kata jamak digandakan dan
merujuk maksud bilangan.
Peringatan!
Terdapat kata ganda yang tidak
merujuk maksud bilangan,
misalnya kura-kura, jentik-jentik,
kanak-kanak, biri-biri.
Bagi kata ganda yang tidak

merujuk maksud bilangan kata

jamak perlu digunakan untuk

menunjukkan maksud bilangan.


Misalnya ‘semua kanak-kanak’,

‘kebanyakan biri-biri’ ataupun

‘semua rama-rama’.
Kata bilangan seperti setengah-setengah,

tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua

tidak boleh disingkatkan.


Salah

a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul

      a. setengah-setengah orang


      b. tiap-tiap murid
      c. berbagai-bagai warna
      d. kedua-dua mempelai
Kata para tidak boleh diulang.
Para-para penduduk perlu bekerjasama.
( salah )

Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )


Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga

dan seterusnya tidak boleh didekatkan

dengan kata bilangan pecahan seperti suku

dan setengah untuk penghitungan.


• dua setengah meter ( salah )
• dua suku jam ( salah )
• tiga setengah ringgit ( salah )

• dua meter setengah ( betul )


• dua jam suku ( betul )
• tiga ringgit setengah ( betul )
Kesalahan dari segi bentuk
jamak;
Kata nama/frasa nama tidak boleh

mengikut kata bilangan yang membawa

maksud banyak
 Beberapa masalah-masalah berkaitan
remaja perlu ditangani segera. ( salah )

    Beberapa masalah berkaitan remaja perlu


ditangani segera. ( betul )
 
Kata nama/frasa nama tidak perlu
digandakan menjadi
penggandaan berentak/kata
nama ganda berentak
      yang membawa maksud jamak
tidak boleh hadir selepas kata
bilangan tak tentu.
Di daerah ini banyak bukit-bukau. ( salah )

 Di daerah ini banyak bukit . ( betul )


Kata nama am/frasa nama am
yang mendukung maksud jamak
tidak perlu diulang.
Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah
keimanannya. ( salah )

Generasi muda hari ini semakin goyah


keimanannya. ( betul )
•  
Kaum petani-petani itu sedang
mengerjakan tanah. ( salah )

Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah.


( betul )
Kata nama majmuk yang membawa
maksud jamak tidak perlu diulang
sama ada sebahagian atau
keseluruhannya.
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim
ulama. ( salah )

Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama. (


betul )
Kata nama/frasa nama yang
didahului oleh kata bilangan yang
membawa makna/kumpulan tidak
perlu diulang atau digandakan.
Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh
diulang kerana sudah membawa maksud jamak.
 
Mereka-mereka itu ialah kawan saya.
( salah )

Mereka itu ialah kawan saya. ( betul )


 
Kata nama di bahagian subjek tidak
perlu diulang jika unsur predikatnya
terbina daripada kata adjektif yang
      digandakan atau sebaliknya.
Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( salah )

Baju-baju itu cantik belaka. ( betul )

Baju itu cantik-cantik belaka. ( betul )


 

You might also like