Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
12Activity
P. 1
17131211-Mutiara-Syahadah

17131211-Mutiara-Syahadah

Ratings: (0)|Views: 75 |Likes:
Published by aurasakti

More info:

Published by: aurasakti on May 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2011

pdf

text

original

 
MUTIARA SYAHADAH
SYAHADATAIN
侚Z uÂ"e ¬¿©› wZ ¬Á&Z y 侚Z êZ äšZ êZ¬Á&Z
ASHHADUALLAILAHAILLALLAHWA ASHHAANNAMUHAMMADURRASULULLAHSyahadatain adalah merupakan asas yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islamsecara menyeluruh pada diri setiap manusia. Islam tidak akan tertegak jika tidak ditegakkanempat rukun yang lain (
 solat, puasa, zakat dan haji
) dan empat rukun tidak akan tertegak jikatidak sempurna syahadatainnya bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadatain.Islam bermula dengan syahadatain diikuti dengan syariat yang sahih, iktiqad yangtepat dan ubudiyyah kepada Allah s.w.t.. Syahadatain melambangkan jiwa islam yang syumul,seumpama nyawa nadi kepada badan seluruhnya. Setiap anggota daripada badan tiada berperanan lagi sebagai seorang manusia yang hidup jika tiada nyawa. Begitulah kalimahLailahaillallah Muhammadurrasulullah, merupakan nyawa bagi setiap aspek atau bahagiandari Islam. Setiap ibadat atau amalan orang Islam yang tidak keranaNya, diibaratkan sepertimenanam benih yang mati. Oleh itu, sebarang amalan oleh orang-orang yang tidak mempedulikan # pemilikan pengetahuan serta pengalaman dan pemeliharaan akansyahadatain tidak ada harga di sisi Allah s.w.t. kerana ia dianggap sebagai bangkai sepertifirman Allah:Maksudnya:
 Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan (yang baik-baik) lalukami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.
(Al-Furqan:23)Begitulah juga dengan amalan-amalan kebajikan yang dikerjakan oleh kebanyakanorang Islam, sekiranya tidak disertakan dengan ruh syahadatain adalah tidak diterima samasekali oleh Allah. Rugilah tempoh hidup yang diberikan oleh Allah kerana manusia tidak menggunakannya sebagaimana yang telah ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w..Islam yang diajarkan oleh Rasulullah bukanlah sebagaimana yang difahami olehsesetengah orang iaitu terletak pada hati, kerana jikalau demikian semua orang kafir menjadiMuslim. Sebenarnya Islam terletak pada syahadatain. Menerima syahadatain adalah denganserentak melalui lidah, hati dan anggota. Maknanya dilafazkan dengan lidah # ditasyhidkandengan hati dan diamalkan dengan anggota serta dipelihara akan apa yang diucapkan itu padasetiap masa, waktu dan keadaan walau di mana jua berada. Keingkaran salah satu dari ketiga-tiga perkara itu atau meninggalkan satu daripadanya maka batallah syahadah tersebut.
Kalimah Taqwa
Firman Allah:Maksudnya:
Sesungguhnya amalan yang diterima oleh Allah ialah amalan orang-orang taqwa
.(Al-Maidah:27)1
 
Makna taqwa itu ialah memelihara diri yakni memelihara diri dari jatuh ke dalam perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Makna orang yang taqwa ialah orang yang sentiasamemelihara diri dari perkara-perkara yang dilarang Allah dan sentiasa pula berada di dalamkeredhaan Allah. Di antara sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah:-1.Ia suka membelanjakan (menderma) hartanya untuk fakir miskin dan kemaslahatanumum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit, rumah anak yatim, masjid, jihadfisabilillah dan sebagainya. Bukan sahaja ia menderma di waktu lapang malahan jugadi waktu kesempitan.2.Ia boleh menahan amarahnya kepada sesama manusia, serta memaafkan kesalahannya.Jika ia marah kepada seseorang, tiadalah ia terburu nafsu melepaskan amarahnya,melainkan difikirkan terlebih dahulu serta ditimbangkannya dengan fikiran yangwaras.3.Jika ia berbuat kejahatan (yang haram), lekas ia ingat akan Allah serta minta ampunkepadaNya. Sekali-kali ia tiada terus-menerus berada di dalam kejahatan itu.4.Ia takut kepada siksaan TuhanNya, sedangkan TuhanNya itu tidak kelihatan olehnya.5.Ia penuh ketakutan kepada saat (kiamat) dan juga kepada segala macam siksaan sertakegemparan yang berlaku pada hari kiamat tersebut.6.Ia datang kepada TuhanNya dengan membawa hati yang bertaubat.7.Jika mereka di timpa musibah (bala) mereka terima dengan hati yang sabar dan imanyang teguh, sehingga kedukaannya itu lenyap dari hatinya dalam masa yang singkat.Taqwa merupakan perkara paling utama yang mesti diperolehi oleh setiap orangMuslim lagi Mukmin dengan cita-cita dan usaha yang gigih bagi mendapatkannya. Maka berusaha bagi mendapatkan ‘
ruh taqwa
’ itu adalah suatu hal yang amat sulit lagi sukar umpama mendaki gunung yang curam. Dengan yang demikian itu menghadapkan diri kepada
ilmu
’ yang dengannya itu dapat memberikan jalan petunjuk kepada Taqwa adalah amat perlusekali. Di dalam usaha mendapatkan sifat-sifat taqwa, Allah memerintahkan di dalamfirmanNya:-Maksudnya:
 Ketahuilah kamu bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah .
Maka yang lebih utama di sini bagi mendapatkan jalan taqwa iaitu mengetahui,mengenal dan meyakini akan Ketuhanan Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh. Peganganyang kejap terhadap Ketuhanan Allah di atas iman dan Amal akan membuahkan hasil yang baik iaitu taqwa. Maka jalan untuk mendapatkan buah yang baik hendaklah dengan melaluisyahadah.“Apakah yang dimaksudkan dengan kalimat ‘taqwa’?”Firman Allah:Maksudnya:
 Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (syahadah); sedang mereka lebih berhak dengan taqwa itu dan menjadi ahlinya
.(Al-Fath:26)2
 
Dimaksudkan dengan kalimat taqwa di sini ialah syahadatain. Dan orang yang bertaqwa iaitu orang yang dirinya zahir dan batin diresapi dengan syahadatain; dalam erti katalain orang yang bertaqwa ialah orang yang menerima akan dia dua kalimah syahadah,memiliki pengetahuan yang berhubung dengan syahadatain seta beramal akan segala tuntutan- Nya sepenuh dirinya rohani dan jasmani pada setiap masa, waktu dan ketika tidak kira walaudi mana berada.Lambang keagungan syahadatain ini dijelmakan melalui insanNya yang tersangatmulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. diikuti oleh para Rasul dan para Nabi, para sahabat,Tabiin, Tabiin Ittabiin dan para solehin (sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quranterdiri dari empat golongan iaitu para Anbia’, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin) dalammelaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Khalifah Allah di atas muka bumi ini,memerintah dan mentadbir amanah Allah yang lahir dari jiwa taqwa yang murni berlandaskankalimat taqwa yang agung iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.Justeru itu, orang-orang yang mengikuti akan Sunnatullah dan Sunnah Rasulullahyang menerima kembali akan kalimah yang agung itu rohani dan jasmani serta memeliharaakan dia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis) akan terzahir pada dirinya ‘
RuhSyahadah
’ yang nurani yang dibangsakan kepada Rasulullah s.a.w.. Barang mana manusiayang mendapat seperti tersebut di atas itu jadilah ia seorang ‘
Khalifah
’ menggantikan Allahmentadbir bumi ini bagi menyatakan
Ad-Din
pada dirinya serta mentarbiah mengikut panduan Ad-Din seperti Allah tetapkan dan luluskan di atas makna sekeliannya dan juzuk- juzuknya mengikut kemampuan dan ketinggian pangkat masing-masing di sisi Allah.Penggantian ini masyhur dengan nama “
Khalifah
” seperti mafhum firman-Nya:
ä¹Ã¾‹ keêZ ç• ç¾“ £‰ çœZ
Maka mereka-mereka yang menerima serta menunaikan sepenuh tenaga di diri sepertiAllah kehendaki dikenal dengan nama ‘
Ahlillah
’ atau orang-orang rohani, iaitu mereka-mereka yang telah dikhotobkan oleh Allah melalui firman-Nya:
äÀ“ZÂFey âÁÀ“ 侚Z çFe
Maksudnya:
 Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya
.Demikianlah mereka yang benar-benar mentahqiqkan akan dua kalimah syahadah ini pada dirinya dengan bersungguh-sungguh melalui Iman dan Amal akan memberikan pulanghasil yang baik seperti firman Allah:Maksudnya:
Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Allah mengumpamakan kalimat yang baik, seperti sebatang pohon yang baik, pokoknya tetap (di bumi), sedang cabangnya (menjulang) ke langit 
.(Ibrahim:24)Maka yang dikehendaki dengan pohon yang baik iaitu kalimah taqwa yakni kalimah‘Lailahaillallah’ (Syahadah Tauhid) yang diikrarkan dengan lidah; dan yang dikehendakidengan pohon kayu itu tetap di bumi iaitu menyungguhkan dengan penuh keikhlasan akan #mentasdikkan Maknanya yang benar iaitu; “Zat yang Maha Kaya daripada tiap-tiap barangyang lain daripadaNya dan berkehendak tiap-tiap barang lain daripadaNya itu kepadaNya”.Sekiranya diikrarkan dengan lidah semata-mata tanpa # ditashdidkan di dalam hati jadilah pohon kayu itu nyata pada zahirnya nampak indah dan baik, tetapi apabila ditiup anginkencang dengan mudah sahaja ia akan tumbang oleh kerana pokok itu tidak tetap berada di bumi.3

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
rodzul87 liked this
rodzul87 liked this
rodzul87 liked this
Feby Polymorpa liked this
Azizi Alias liked this
Azmil Borhan liked this
Azmil Borhan liked this
Eddy Edrose liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->