Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
19Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sitokin

Sitokin

Ratings: (0)|Views: 2,002|Likes:
Published by bijigoreng

More info:

Published by: bijigoreng on May 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/06/2013

pdf

text

original

 
Sitokin
(cytokine) adalah protein dibuat oleh sel darah putih yang bertindak sebagai pembawa pesan antarsel.
Sitokin
dapat merangsang atau menghambat pertumbuhan ataukegiatan sel kekebalan dan adalah penting untuk tanggapan kekebalan yangterkoordinasi.
Sitokin
termasuk interleukin dan interferon.
Objektif pembelajaran:
 
Mengenal beberapa jenis
sitokin
 
Memahami tindakan
sitokin
dalam gerak balas imunLeukosit dan sel-sel lain menghasilkan protein larut atau glikoprotein yang dipanggil
sitokin
 
(cytokines)
yang berfungsi sebagai pengutus kimia
(chemical messengers)
antarasel. Fungsi utama
sitokin
ialah terlibat dalam kawalaturan perkembangan dan kelakuansel-sel yang terlibat dalam gerak balas imun. Lazimnya
sitokin
dirembeskan tetapi ada juga yang diekspres pada permukaan sel atau tersimpan dalam matriks luar sel.
 
Sitokin
 bergabung dengan sel sasaran melalui reseptor permukaan yang berhubung dengan tapak  jalan transduksi isyarat intrasel. Kesan
sitokin
mungkin
autokrin
(bertindak ke atas selyang menghasilkannya),
parakrin
(bertindak ke atas sel lain yang berhampiran) ataukadang-kala
endokrin
(bertindak ke atas sasaran jauh). Kebanyakan
sitokin
berupaya bertindak bersama antara satu dengan lain untuk menghasilkan kesan sinergistik, tetapiada juga yang menjadi antagonis kepada kesan
 
sitokin
lain. Interaksi antara pelbagai
sitokin
semasa gerak balas imun menentukan sama ada gerak balas terhasil didominasioleh keimunan humor (serta kelas antibodi yang terhasil) atau perantaraan sel.
Sitokin
merupakan protein sistem imun yang bertindak sebagai pengubahsuai respons biologi
(biological response modifiers)
. Protein-protein ini mengkoordinasi interaksiantara sel-sel dalam sistem imun.
Sitokin
termasuk 
monokin
(dihasilkan oleh makrofaj,seperti interleukin-1, faktor nekrosis tumor, interferon
α
dan
β
) dan
limfokin
(dihasilkan oleh sel T teraktif dan sel NK, seperti interleukin 2-6, interferon
γ 
,limfotoksin). Sel-sel endotelium dan fibroblas serta beberapa jenis lain juga mungkinmenghasilkan
sitokin
.
 
Satu ciri penting
sitokin
ialah kesannya adalah pleiotropik dan berlebihan
(redundant)
.
Sitokin
tidak memberikan kesan spesifik ke atas hanya satu jenis sel sasaran.Kebanyakannya mempunyai kesan biologi banjaran luas ke atas lebih dari satu jenis selatau tisu. Berbagai-bagai
sitokin
pula boleh berinteraksi dengan jenis sel yang samauntuk menghasilkan kesan-kesan yang sama (iaitu fungsi bertindih).Penamaan
sitokin
adalah berdasarkan sel yang menghasilkannya atau bioasai yangdigunakan untuk mentakrifkannya. Limfokin ialah bahan polipeptid bukan imunoglobulinyang bertindak ke atas fungsi sel lain. Sebahagian besar darinya dihasilkan oleh limfositT. Ia mungkin menekan atau merangsang sesuatu gerak balas imun. Limfokin mungkinmemudahkan proliferasi, pertumbuhan atau pembezaan sel, serta mungkin bertindak keatas transkripsi gen untuk mengawal fungsi sel. Limfokin mungkin mempunyai kesanautokrin atau parakrin. Monokin pula ialah
sitokin
yang dihasilkan oleh monosit (danmakrofaj).
A. Interleukin (IL)
 Interleukin ialah sekumpulan
sitokin
yang disintesis oleh limfosit, monosit dan beberapa jenis sel lain yang meningkatkan pertumbuhan sel T, sel B, sel pokok hematopoietik sertamempunyai beberapa fungsi biologi lain. Ciri-ciri dan aktiviti beberapa interleukinditerangkan di bawah:
 
1.
Interleukin-1:
dihasilkan oleh fagosit mononukleus teraktif yang distimulasi olehlipopolisakarida atau interaksi dengan sel T CD4
+
. Ia adalah sejenis monokin dan bahantara keradangan serta berkongsi banyak ciri-ciri dengan faktor nekrosistumor (TNF). Ia terdiri dari 2 rantai polipeptid (17 kD setiap satu), yang dipanggilIL-1
α
dan IL-1
β
, kedua-duanya mempunyai aktiviti yang serupa dan bergabungdengan reseptor yang sama. IL-1
α
adalah tergabung kepada membran tetapi IL-1
β
terdapat bebas dalam peredaran. Reseptor IL-1 terdapat pada banyak jenis sel.IL-1 bertindak sama ada mengaktifkan adenilat siklase dan meningkatkan arascAMP, atau mengaruh faktor-faktor nukleus yang bertindak sebagai pengaktif transkripsi gen. Kesan tindakannya bergantung kepada kepekatan. Pada kepekatanrendah sebahagian besar kesannya adalah imunokawalan dan membantu proliferasi sel T CD4
+
dan pertumbuhan serta pembezaan sel B. Pada aras yangtinggi ia terdapat dalam peredaran darah periferi dan menyebabkan kenaikan suhu(demam) dan meningkatkan pembentukan protein fasa akut oleh hepar. Ia jugamengaruh
cachexia
.Reseptor IL-1 (IL-1R) terdiri dari satu rantai 80 kD yang terdapat pada limfosit Tdan fibroblas. Sel T CD4
+
mempunyai lebih banyak reseptor berbanding sel TCD8
+
. Terdapat individu yang tidak mengekspres reseptor IL-1. Sel-sel merekatidak boleh menjalani mitosis apabila distimulasi dan gagal menghasilkan IL-2.Ini menyebabkan ketiadaan gerak balas imun dan dikelaskan sebagai sejeniskekurangan imun gabungan.Mereka amat rentan kepada infeksi oportunis.Penyakit ini diwarisi sebagai satu trait resesif autosom.2.
Interleukin-2:
terdiri dari satu glikoprotein 15.5 kD yang disintesis sebahagian besar oleh sel T CD4
+
dan sedikit oleh sel T CD8
+
. Ia mempunyai kesan autokrindan bertindak ke atas sel yang menghasilkannya. Pada aras fisiologi ia tidak mempunyai kesan endokrin. Kesan utamanya ialah ke atas limfosit. Kuantiti IL-2yang disintesis oleh limfosit T ialah satu faktor penting yang menentukankekuatan sesuatu gerak balas imun. IL-2 juga membantu pembentukan
 
sitokin
lain oleh sel T termasuk interferon
γ 
dan limfotoksin. IL-2 berinteraksi denganlimfosit T melalui reseptor IL-2. IL-2 juga meningkatkan pertumbuhan sel NK dan aktiviti sitolisis sel NK melalui pembentukan sel LAK 
(lymphokine activated killer cells)
. Untuk sel B pula, IL-2 bertindak sebagai faktor pertumbuhan sertameningkatkan sintesis antibodi. Walau bagaimanapun, IL-2 tidak mengaruh pertukaran kelas antibodi.Reseptor IL-2 (IL-2R) terdapat pada permukaan sel T, sel NK dan sel B. Iadikenali juga sebagai CD25 dan terdiri dari 2 rantai iaitu p55 (55 kD) dan p70 (70kD).3.
Interleukin-3:
sejenis limfokin 20 kD yang disintesis oleh sel T CD4
+
dan bertindak sebagai faktor stimulasi koloni
(colony stimulating factor)
yangmembantu proliferasi sesetengah sel hematopoietik dan pembezaan limfosit. Ia bertindak dengan bergabung kepada reseptor dan mengaruh fosforilasi tirosin,serta mengaruh pembentukan koloni-koloni sel eritroid, mieloid, megakariosit dan

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
hendrik121212 liked this
amiuzuki liked this
Suhaimi Fauzan liked this
Anna Hidayati liked this
noorman perkasa liked this
Riani Desky liked this
noorman perkasa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->