You are on page 1of 3

Pengenalan

Tanaman hiasan adalah didalam keluarga ‘hortikultur’ yang melibatkan tanaman


perkebunan dan hiasan antaranya tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-
tumbuhan hiasan dan rumput turf.

Tumbuhan hiasan tergolong dalam cabang Hortikultur Lanskap yang berkaitan dengan
pengeluaran dan penggunaan tanaman untuk tujuan hiasan atau mencantikkan
persekitaran rumah, bangunan dan juga taman-taman. Contohnya penggunaan tumbuhan
hiasan dari jenis renek seperti pokok puding, pokok dewasa seperti pinang raja dan
tanaman untuk hiasan jenis penutup bumi seperti kekacang Arachid pintoi dan Ros Jepun.

Terdapat pelbagai tanaman hiasan bermuda dari jenis yang mudah berbunga tanpa henti
ingá jenis anggerik yang tergolong sukar berbunga ditanam. Tanaman hiasan berperanan
untuk menghijaukan dan mengindahkan taman mahupun sebagai pokok hiasan di dalam
pasu yang ditempatkan disudut meja ataupun digantung di cucur atap, ruang pejabat atau
tempat kediaman. Tanaman hiasan ini akan menjadikan suasana persekitaran rumah
menjadi lebih hijau, mencantikkan komposisi warna sekitar dan semestinya menjadikan
halaman rumah menjadi lebih menarik.

Modul tanaman hiasan ini memberikan pendedahan tentang


i. cara pemilihan pokok hiasan yang bersesuaian dengan kawasan dimana pokok
itu ditanam.
ii. Jenis-jenis tumbuhan hiasan
iii. Cara-cara penjagaan tanaman bermuda dari penyiraman, sungkupan,
pembajaan, pemagkasan dan perlindungan tanaman.

Modul ini diharap dapat dijadikan panduan, bahan rujukan dan seterusnya dapat
dipraktikkan oleh pengguna dengan mudah dan berkesan.
Tajuk Modul : Tumbuhan Hiasan

Modul ini membolehkan pengguna mengenali jenis tumbuhan hiasan , sebagai panduan
bagaimana cara untuk memilih pokok hiasan yang sesuai dengan kawasan dan cara-cara
penjagaan tanaman hiasan yang betul .

Objektif :

Selepas mengikuti modul ini pengguna diharap dapat :

1. Mengenalpasti beberapa jenis tumbuhan hiasan.


2. Menyatakan dan mengenalpasti ciri-ciri beberapa tumbuhan hiasan.
3. Menamakan beberapa jenis tumbuhan dengan nama sintifik dan nama biasa.
4. Memilih pokok hiasan yang sesuai dengan kawasan dimana pokok itu mahu di
tanam.
5. Menjaga tanaman hiasan dengan cara yang betul dan berkesan
6. Mempraktikan cara penjagaan tanaman hiasan dengan cara yang betul.
7.

2.0 Jenis - jenis tumbuhan hiasan.


Tumbuhan hiasan terbahagi kepada empat iaitu :

2.1 Tumbuh Hiasan Penutup Bumi


Tumbuhan hiasan yang biasa digunakan sebagai penutup bumi antaranya ialah
rumput turf seperti rumput bermuda, rumput tikar dan rumput zoysia, tumbuhan
menjalar seperti kekacang pinto dan ros Jepun.

You might also like