Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TALBINAH - Pemakanan Sunnah Untuk Kesihatan Fizikal Dan Spiritual

TALBINAH - Pemakanan Sunnah Untuk Kesihatan Fizikal Dan Spiritual

Ratings: (0)|Views: 133 |Likes:
Published by Sham Get Slim
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis...
Berminat, tel : 013 - 865 5684 @ layari http://talbinahsabah.blogspot.com/
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis...
Berminat, tel : 013 - 865 5684 @ layari http://talbinahsabah.blogspot.com/

More info:

Published by: Sham Get Slim on Jun 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/02/2010

pdf

text

original

 
PENGERTIAN TALBINAH
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersamakulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis.Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu .Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kiniyang sukar dirawati melalui kaedah moden.
KANDUNGAN TALBINAH
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesiskolesterol , mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungiMelatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubatiParkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser danmengubati kemurungan. Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatantubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistemketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia jugamengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lainyang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
FAEDAH DAN KHASIAT BERDASARKAN RUJUKANHADIS NABI S.A.W
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan,diantaranya ialah :
1) Menenangkan Hati Pesakit
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakityang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantarasakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud :Aisyah RA telah berkata "Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorangtelah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW "Hendaklah kamumenyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh ImamAhmad )Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnyaditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuatuntuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh )
2- Membantu Menghilangkan Kesedihan danKemurungan ( Depression )
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagimereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematiandikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudiandisediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar 
 
Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya : Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapatmeringankan kesedihan (riwayat Bukhari dan Muslim )Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan danmembersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanyaDiantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapatdidalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.
3- Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam sertamenghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah,Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pastimenyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya (riwayatIbn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukaikerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinahdapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yanglama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yangmenghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak,vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan sertamerawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.
4- Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah
Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein- protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalamsaluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapiapabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahatkerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenalisebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yangterlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula.Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkankadar kolesterol jahat didalam darah manusia.
5- Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasiumyang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsimelancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.
6- Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (SolubleFibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula danlemak dalam darah.
 
7- Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan MelambatkanPenuaan (Awet Muda)
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia bolehmengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah jugamembantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.
8- Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur(Insomnia)
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungihormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi.Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaranhormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.
9- Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh :
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna padadinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar  pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan. Bahan anti-oksidan yang terdapatdalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dindingsel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingantersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darahdan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat danmewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkandaya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandunganvitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.
CARA PENYEDIAAN TALBINAH
Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makanmalam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->