Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Karangan Pelajar

Contoh Karangan Pelajar

Ratings:

1.5

(1)
|Views: 4,245 |Likes:
Published by azizahohamzah

More info:

Published by: azizahohamzah on Jun 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

 
Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbitdi Sekolah..
Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negarakita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidaktermampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dansebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefonbimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu,pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengantelefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkanmasa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan jugamenggunakan perkhidmatan 3G.Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihatbanyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit,mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit,mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolahwalaupun tidak dibenarkan.Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajarmembawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkantelefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu.Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yangmempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbitorang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaranterganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecuriantelefon bimbit?Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengantelefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalamigangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepadarakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yangcanggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku disesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atauklip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akanmudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahanpula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusiamuda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itulebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudahdiingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnyamerupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yangcanggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajarmenggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi
 
Kemelesetan Ekonomi yang berpunca dari keruntuhan sistem Kewangan di Negara-negara maju sepertiAmerika Syarikat dan Britain telah memberi kesan yang ketara kepada ekonomi dan seterusnya peluangpekerjaan kepada penduduk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di negara maju tersebut bererti penurunan kuasabeli rakyat mereka, dan keadaan ini berlarutan kepada penurunan permintaan terhadap barangan yangdiimport dari luar negeri. Seterusnya permintaan eksport keatas barangan keluaran di sektor pertanian danperindustrian dari Malaysia telah terjejas. Ianya menjejaskan prestasi syarikat-syarikat yang mengeluarkanbarangan pertanian dan perindustrian yang bergantung kepada pasaran eksport tersebut. Prestasi syarikat-syarikat di Malaysia akan terjejas. Penurunan prestasi, bererti pengurangan pekerja di dalam syarikat terpaksadilakukan. Begitu juga tidak akan berlaku pengambilan pekerja baru. Kedudukan buruh tempatan yangterpaksa bersaing dengan buruh asing di dalam pekerjaan pula boleh membawa kepada satu elemen 'krisismodal insan'.Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George berkata, dasar yang semakin liberalterhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi, yangsebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan industrialisasi di negara ini. Kalau dahulu, pekerja asing hanyadibenarkan bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pembantu rumah, kini telah dibenarkan pula bekerjadisektor perkhidmatan seperti peruncitan, restoran dan industri kecil dan sederhana. Kedai gunting rambut juga telah kedapatan ramai pekerja asing pada masa kini. Dengan membenarkan hampir semua sektor dalamekonomi menggaji buruh asing, kesatuan sekerja tempatan seperti Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)merasakan akan kurang kuasa tawar menawar dalam menjaga kebajikan pekerja apabila membuatperbincangan berkaitan isu-isu kebajikan pekerja. Syarikat-syarikat yang ingin mengurangkan kos operasiberkemungkinan besar akan menggunakan buruh asing berbanding dengan buruh tempatan.Berucap merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersamakementerian Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Datuk Thomas Georgeberkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah wargaasing. Untuk mengurangkan kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagimelindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkansecara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 jutamenjelang 2015 (Utusan Malaysia 20 Oktober 2009).Jika dilihat pekerjaan buruh asing mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalamsektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain. Sementara itu, seorang pegawai kananKementerian Sumber Manusia, Puan Azizah Ariffin berkata, warga asing mengambil kira-kira 45 peratuspeluang pekerjaan baru yang diwujudkan setiap tahun di negara ini. Puan Azizah juga merasakan penggunaanpekerja asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah, termasuk penurunan purataproduktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan imbanganpembayaran, dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan. Hampir keseluruhan buruh asing di sektorperindustrian dan pembinaan itu pula kebanyakannya terdiri dari buruh tidak mahir atau separa mahir. Dengan
 
buruh asing mahir tidak melebihi lima peratus dari keseluruhan buruh asing, tentulah ianya tidak membantudalam persediaan Malaysia menghadapi persaingan kompetitif dalam perkembangan ekonomi di peringkatglobal. Dari segi pengaliran keluar matawang, pada tahun 2007, wang yang buruh asing hantar pulang kenegara asal masing-masing berjumlah kira-kira RM3.43 bilion.Memang diakui juga buruh asing ada sumbangannya kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Mereka sanggupbekerja dengan kadar upah yang rendah dan bekerja di sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerjaseperti di sektor pembinaan dan perladangan. Mereka sanggup bekerja di sektor yang berbahaya, kotor dansukar. Mereka juga sebenarnya telah menyumbang kepada penurunan kadar inflasi kerana kadar upah yangrendah, yang mana dalam ekonomi dipanggil inflasi tolakan kos. Walau bagaimanapun apabila majikan dalamsektor perkhidmatan seperti restoran dan peruncitan, dan sektor perindustrian turut sama mengambilkesempatan mengutamakan pengambilan buruh asing berbanding buruh Malaysia maka timbul persoalankesesuaian polisi buruh asing yang diamalkan di Malaysia. Apabila berlaku rungutan ketara dari rakyat Malaysiaseperti di waktu pilihanraya atau tekanan dari kemelesetan ekonomi, maka dasar buruh asing yang lebihmenjurus kepada kawalan dan pengurangan pengambilan buruh asing diperkenalkan. Walau bagaimanapunselepas waktu pilihanraya atau apabila ada rayuan dari majikan, dasar ketat yang diperkenalkan itudilonggarkan semula. Yang terbaru apabila kerajaan menaikkan levi kepada buruh asing yang bekerja di sektorperkhidmatan seperti di restoran dan membekukan pengeluaran permit baru kepada agensi pengambilan buruhasing. Tetapi apabila ada bantahan dan ugutan dari pengusaha restoran seperti akan menaikkan hargamakanan yang dijual, maka terdapat ura-ura untuk mengkaji semula levi yang dikenakan.Dengan objektif untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, dasar yang perlu digalakkan ialahdasar yang menjurus kepada kemasukan buruh mahir, dan bukan hanya buruh tidak mahir sahaja. Malaysiamemerlukan dasar buruh asing yang jelas dan menyeluruh. Dasar tersebut perlu mengambilkira strategi jangkapendek, sederhana dan jangka panjang. Ianya bersesuaian dengan dasar Malaysia untuk beralih kepadaperkembangan industri berteknologi tinggi yang memerlukan buruh mahir. Sektor-sektor yang diketahui adaminat yang tinggi oleh pekerja Malaysia untuk bekerja, seperti di sector peruncitan dan restoran, dasarmenghalang pengambilan terus buruh asing untuk bekerja di sektor ini perlu dikuatkuasakan. Kita tidak mahusatu masa nanti pekerja dari Malaysia terpaksa bertukar memiliki passport Indonesia, Bangladesh atauMyanmar untuk bekerja di sektor pekerjaan di Malaysia. Ini kerana majikan lebih bersedia mengambil pekerjadari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar. Lebih terasa lagi apabila rakyatMalaysia terpaksa bertukar bahasa loghat Indonesia untuk bekerja di kilang, restoran atau pasaraya diMalaysia.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satukeperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit,tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongandewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja danmurid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hasz Mumtaz liked this
Lilian Lind liked this
Syazwani Yusuf liked this
Johnny 宜祥 liked this
Rimba Malati liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->