Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pekerja_asing_soijah

pekerja_asing_soijah

Ratings: (0)|Views: 208|Likes:
Published by azizahohamzah

More info:

Published by: azizahohamzah on Jun 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2011

pdf

text

original

 
 1
Pekerja asing di Malaysia – keperluan atau pembaziran modal insan tempatanSoijah Binti Likin
Antropologi/SosiologiPusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Pulau Pinang
soijah@usm.my
Migrasi pekerja antarabangsa bukan sahaja fenomena bagi negara penerima tetapi jugamenjadi industri baru bagi negara pengeksport tenaga kerja untuk menambahkanpendapatan negara. Pengeksportan pekerja menjadi sumber pendapatan yang pentingbagi negara-negara yang miskin seperti kerajaan Indonesia yang melakukan programpengeksportan tenaga kerja untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan.Pengiriman pekerja Indonesia ke luar negara telah ditetapkan dalam
Garis-Garis Besar  Haluan Negara (GBHN)
1993 – 1998 dan 1999 – 2004 sebagai kebijakan eksport selainminyak. Malahan kerajaan Indonesia menyatakan bahawa penghijrahan merupakan salahsatu alternatif kebijakan ekonomi bagi pembangunan ekonomi Indonesia pada masasekarang mahu pun akan datang (Carunia Mulya Firdausy, 2000).Salah satu daripada negara di dunia yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah Malaysia.Malaysia dianggap sebagai “lubuk emas: oleh rakyat negara jiran yang miskin. Meskipunbekerja di luar negara mendatangkan berbagai masalah tetapi ianya semakin berkembangdan diakui sebagai satu pilihan untuk mengubah nasib mereka (Soijah Likin, 2004:21).Mereka pulang dan berhijrah semula sehingga membentuk suatu sistem penghijrahanyang berkesinambungan dan mengalirkan pekerja, gagasan, dan wang kepada dan daridaerah asal (M. Lala Kolopaking, 1999:312).Sistem penghijrahan yang berkesinambungan hanya menguntungkan negara pengeksporttenaga pekerja. Manakala negara penerima pula mengalami kebanjiran pekerja asingsamada secara sah ataupun tidak sah. Negara penerima juga menanggung berbagai kesansosial yang negatif akibat kebanjiran pelbagai bangsa pekerja asing.
 
 2Keberadaan pekerja asing di Malaysia telah sampai ke tahap berlebihan berbandingkeperluan. Dua dekad yang lalu, pekerja asing hanya bekerja di sektor pembinaan danperladangan. Pada hari ini pekerja asing terdapat di pelbagai sektor yang sepatutnya diisioleh warga tempatan. Ia memberi gambaran bahawa kerja-kerja kolar biru hanya bolehdilakukan oleh pekerja asing.Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor perladangan dan pembinaan memangsukar dielakkan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yanglumayan, selesa dan tidak bahaya.Namun yang sukar untuk diterima ialah majikan di sektor lain yang sengaja mengambilpekerja asing untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Pekerja asing dibayar upahyang murah berbanding orang tempatan (Utusan Malaysia, 21 Oktober 2007).Sikap sedemikian yang telah menyebabkan seramai 2.5 juta pekerja asing yang sahbekerja di Malaysia. Jumlah tersebut lebih besar jika dicampur dengan pendatang tanpaizin yang dipekerjakan oleh majikan-majikan yang tidak patriotik. Jika majikan menolak pendatang tanpa izin bekerja sudah pasti mereka tidak akan berada di Malaysia.Fenomena pekerja asing yang tidak sah tidak akan pernah ada atau sangat kecil jumlahnya, jika tidak ada penggunanya (
Suara Pembaruan
, 16 Februari 2005). Tindakanundang-undang yang tegas harus dikenakan bukan sahaja terhadap pekerja asing tidak sah tetapi terhadap majikan yang mempekerjakan mereka.Tidak mengejutkan apabila dikatakan jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor dinegara ini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia.Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen danBahagian Perangkaan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja asingmencecah 1.91 juta, manakala masyarakat India 1.88 juta (
 Berita Harian
, 12 Ogos 2007)
 
 3
 Masalah Sosial 
Pelbagai masalah sosial terjadi akibat kebanjiran pekerja asing. Keadaan ini disebabkantingkah laku, nilai, norma, budaya dan sikap mereka yang bertentangan dengan tingkahlaku nilai, norma, budaya tuan rumah. Walaupun sering disebut “kita serumpun” tetapiantara Malaysia dan Indonesia sangat berbeza. Begitu juga dengan negara-negara lainseperti Bangladesh, Pakistan walaupun majoritinya beragama Islam tetapi berbagaimasalah sosial tetap wujud. Pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pernahdibekukan pada 6 Februari 2002 kerana menimbulkan masalah moral. Mereka seringmenganggu isteri atau anak gadis di khalayak ramai tanpa segan silu. Perangai yangtidak bermoral itu telah membawa pergaduhan dengan penduduk tempatan (
Fokus
, Julai2002).Kebanjiran pekerja asing menjadikan rakyat Malaysia semakin tidak selesa dan selamat.Sepatutnya sebagai tetamu haruslah bersikap menghormati tuan rumah. Di mana-manasaja negara di dunia ini yang menjadi tumpuan pekerja asing menuntut hal yang sama.Mereka harus menyesuaikan diri dengan masyarakat tuan rumah. Apa yang terjadi diMalaysia adalah sebaliknya. Tuan rumah pula yang mengalah dan menyesuaikan diridengan mereka. Sebelum kebanjiran pekerja asing kita rasa selamat untuk berada dimana saja tetapi kini ada tempat-tempat tertentu yang kita terpaksa hindari keranadimonopoli pekerja asing.Pekerja asing di Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dari negara kurang membangundan mundur. Budaya, nilai, norma, watak yang dibawa ke negara ini adalah ciri-cirimental kelas ketiga. Secara tidak langsung persekitaran yang wujud adalah persekitarannegara kurang membangun dan mundur seperti pengotor, bising, kencing dan membuangsampah sesuka hati, serta tidak menggunakan kemudahan awam dengan betul. Di KualaLumpur pada Aidilfitri telah diserbu pendatang asing dan apabila mereka beredar makalautan sampah yang ditinggalkan (
Utusan Malaysia
, 23 Oktober 2007). Kesannya kepadanilai, norma, sikap, budaya masyarakat Malaysia ialah kemuduran nilai, norma, sikap,budaya. Apakah persekitaran ini sihat untuk generasi muda membesar?

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Lily Megat Ahmad liked this
Soijah Likin liked this
Soijah Likin liked this
Sufiza Ishak liked this
karisma33 liked this
karisma33 liked this
Emy Eliza liked this
suechik@gmail liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->