Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Tidakada jangkitan ( yang berlaku tanpa izin Allah ), tidak ada buruksangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantudan tidak ada bala pada bulan Safar ( seperti yang dipercayai ).”Perkataan khurafat membawa maksud sesuatu yang dipetik, ataucerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidakmasuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarikLebih jelas lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapankata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangantertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yangdipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai bolehmendatangkan kebahagiaan/manfaat ataupun penderitaan/mudaratkepada seseorang, sedangkan semuanya itu merupakan sesuatu yangtidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islamyang maha suci, serta pada waktu yang sama bertentangan puladengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti,kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil, yang langsung tidakmengandungi sebarang unsur kebenaran.Amalan khurafat yang telah berlaku sejak zaman jahiliyyahsehinggalah kini. Pada zaman Jahiliyah, mereka yang hendakbermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung ituterbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa alamat baik,tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, maka mereka akanmenangguhkan pemergian, kerana di takuti bala akan turun. Padazaman kita ini, ada juga bermacam khurafat antara amalan memujadan meminta sesuatu dari kuburan atau keramat (amalan ini berlakudengan hebatnya di sebuah pulau di Melaka), percaya kepada batu,