Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
29Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PTPTN- panduan lengkap

PTPTN- panduan lengkap

Ratings: (0)|Views: 7,041|Likes:
Published by meow2mlke
segalanya mengenai ptptn.bagi sape2 yang ssh now nak download kat web dy or nak bukak web ptptn un xdpt.
segalanya mengenai ptptn.bagi sape2 yang ssh now nak download kat web dy or nak bukak web ptptn un xdpt.

More info:

Published by: meow2mlke on Jun 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

 
 PANDUAN DAN PERATURAN AM MENGISI SURAT TAWARAN PINJAMAN, DOKUMENPERJANJIAN, LAMPIRAN PERJANJIAN DAN DOKUMEN JAMINAN PINJAMANPENDIDIKAN PTPTN
1. Sila pastikan satu set dokumen tawaran yang dicetak daripadalaman webmengandungidokumen-dokumen berikut :-a) Maklumat Permohonan Pinjaman. (
Boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan `Online` yang didaftar oleh pemohon 
).b) Senarai Semak Dokumenc) Surat Tawaran Pinjaman Pendidikani. Akuan Penerimaanii. Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4d) Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikane) Dokumen Lampiran Pinjaman Pendidikanf) Dokumen Jaminang) Surat Kebenaran Penjaminh) Akuan Penjamin
Pelajar perlu menyediakan DUA (2) set dokumen yang merangkumi perkara c),d),e),f), g) dan h) di atas. Bagi perkara a) dan b), hanya satu set.
1 set salinan perlu dicetak terus daripada komputer manakala set salinan keduaboleh dibuat salinan pendua (fotostat) sebelum pengisian dilakukan. Kedua-dua settersebut perlu diisi dan ditandatangani oleh PEMOHON, PENJAMIN dan SAKSI.2. Tuan/puan perlu menyediakan Setem Hasil berharga RM10.00 setiap satu untuk setiapset dokumen tawaran.3. Setiap cetakan dokumen tawaran mestilah menggunakan kertas putih bersaiz A4 (80gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu (cetakan tidak dilakukanpada muka hadapan dan belakang pada helaian yang sama. Dakwat cetakan hendaklahberwarna hitam.4. Disyaratkan supaya setiap dokumen tawaran yang dicetak atau difotokopi mempunyai
watermark 
(logo) PTPTN seperti yang dipaparkan di dalamlaman webkecuali padaSurat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4.5. Sila gunakan pen/pen mata bulat (
ball point 
)
BERDAKWAT HITAM
atau
BIRU
sahaja.6. Hendaklah
DITULIS TANGAN
dan
BERHURUF BESAR
.7. Jika berlaku
KESILAPAN
semasa
MENGISI DOKUMEN TAWARAN
, gariskan satugarisan lurus dan turunkan tandatangan ringkas di hujung sebelah kanan tempat yangsalah
(dilarang sama sekali menggunakan sebarang getah atau cecair pemadam(
liquid paper 
))
.8. Cara-cara mengisi
SURAT TAWARAN PINJAMAN:
i) Sila semak butir-butir diri serta maklumat pengajian dan pinjaman seperti yangterdapat di dalam DokumenTawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN.
 
ii) Hanya pindaan pada ejaan
Nama
,
Alamat
,
Nama Bank
dan
Nombor Akaun Bank
sahaja yang dibenarkan.
Pindaan hendaklah dibuat pada Surat TawaranPinjaman serta mengisi Borang Pindaan Maklumat
(boleh diperolehi dalamlaman web PTPTN – www.ptptn.gov.my). Setiap pindaan mestilah disertakandengan
salinan dokumen sokongan
yang telah disahkan.iii)
Akuan Penerimaan
– Sila tulis TARIKH SURAT dan turunkan TANDATANGANserta TARIKH (Tarikh perjanjian ditandatangani).iv)
Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4 -
Sila turunkan TANDATANGAN dan TARIKH(Tarikh perjanjian ditandatangani).9. Cara-cara mengisi
DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN:
i) Sila semak maklumat pada
Jadual Pinjaman
. Sila isi
TARIKH PERJANJIANDIMATIKAN SETEM
pada ruangan di
Bahagian I
.ii) Sila turunkan TANDATANGAN PELAJARiii) Sila pastikan butir-butir maklumat saksi dilengkapkan oleh saksi.10. Cara-cara mengisi
LAMPIRAN PERJANJIAN PINJAMAN:
Sila turunkan tandatangan ringkas pelajar dan penjamin pada
setiap muka surat
padaruangan yang disediakan di bahagian bawah lampiran.11. Cara-cara mengisi
DOKUMEN JAMINAN:
i) Penjamin mestilah terdiri daripada ibu kandung dan bapa kandung pelajar tanpamengambilkira jumlah pendapatan. Sekiranya salah seorang atau kedua-duanyatelah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, maka salinan sijil kematian atausurat akuan sumpah hendaklah disertakan.ii) Sila semak maklumat pelajar dan penjamin di
Jadual I
dan
Jadual II
.12.
CUKAI SETEM/SETEM HASIL:
a. Dokumen perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah dilekatkan
SETEM HASIL
 berharga RM10.00 pada setiap dokumen
PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN
sahaja.b. Setem Hasil tersebut hendaklah dilekatkan di sudut kanan atas di muka hadapanpada kedua-dua set Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan (sila rujuk contohyang disertakan).c. Kaedah mematikan
Setem Hasil
:i) Mematikan sendiri Setem Hasil tersebut adalah dengan membuat dua garis lurusatas Setem Hasil berkenaan dan garisan tersebut mestilah kena pada dokumenperjanjian serta menulis tarikh setem itu dibatalkan di antara dua garisantersebut (sila rujuk contoh yang disertakan;
ATAU
 ii) Membayar cukai setem sebanyak RM10.00 setiap satu dokumen di Pejabat DutiSetem dengan membawa bersama-sama kesemua set dokumen perjanjian yangtelah lengkap diisi.d. Tarikh mati setem hasil mestilah sama bagi kedua-dua set dokumen perjanjian.13. Dokumen yang telah dilengkapkan dan perlu dikembalikan segera kepada PTPTN ialah:
 
 
a) Maklumat Permohonan Pinjaman. (
Boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan `online` yang didaftarkan oleh pemohon 
) – 1 set.b) Senarai Semak Dokumen -1 setc) 2 set bagi setiap dokumen berikut:*i. Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan ;ii. Akuan Penerimaan;iii. Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4;iv. Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan yang telah ditampal dandibatalkan dengan Setem Hasil;v. Dokumen Lampiran Pinjaman Pendidikan;vi. Dokumen Jaminan.*[Setiap satu set adalah untuk
Pemohon dan PTPTN
. Bagi Lampiran Perjanjian,pemohon dan kedua-dua penjamin dikehendaki untuk menurunkan tandatanganringkas pada setiap helaian muka surat.]d) Dokumen sokongan.
Di antara
dokumen sokongan
yang telah ditetapkan untuk diserahkanadalah seperti berikut:-
 
i. Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di Butang CETAKMAKLUMAT di laman
web 
Permohonan Online yang didaftar olehpelajar) – dokumen ini tidak perlu disahkan.ii. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuatsalinan pada muka surat yang sama );iii.
Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) (bagi yang mengemukakansalinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihitempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai) / Salinanlaporan Polis dengan disertakan slip bagi yang kehilangan Sijil PelajaranMalaysia ( SPM/SPMV )
;iv. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakanlaman
web 
IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawaidi IPT terbabit sahaja);v. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirianmengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama,nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (dokumen inidiperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaranpelajar salah)vi. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER) (Sila sertakan surat pengesahan tamatpengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jikapemohon belum menerima sijil dan transkip peperiksaan juga tidakdinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layakdianugerahkan sijil);vii. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan BorangCukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan PenyataPencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan TidakBekerja – PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON.viii. Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandungsebagai penjamin;

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Dixon Lim liked this
CHan YeAp Lim liked this
CHan YeAp Lim liked this
Yuhanes Haslan liked this
Nor Solehah liked this
mohdfitri88 liked this
Nor ÀZiera liked this
Aisyah MUs liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->