KO-AKADEMIK DAN RIADAHPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK.Pendahuluan
Program Integrasi Pendidikan Khas SK Matang, telah merancang pelbagai aktiviti dan program pada tahun 2010. Antaranya ialah program lawatan, pengajaran dan pembelajaran serta riadah dan mobiliti. Salah satu aktiviti yang telah berjayadilaksanakan seperti yang telah dirancang ialah Program Ko-Akademik dan Riadah kePusat Ko Pelajaran Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang. Program ini telah dilaksanakan pada 24 Mac 2010 bersamaan hari Rabu dan seramai 53 orang murid, 14 orang gurudan 4 orang PPM yang terlibat.Matlamat yang cuba dicapai oleh program ini ialah untuk mewujudkan proses sosialisasi di antara semua murid dan guru. Program ini jugamerupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar dan eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan aktiviti berfaedah.Murid-murid akan mendapat pengalaman yang menarik dan sesuai untuk proses pembelajaran mereka.Program ini juga diharapkan dapat memenuhi kehendak Falsafah PendidikanKebangsaan yang mensasarkan perkembangan individu secara menyeluruh baik dari segirohani dan jasmani.
Rasional
Program yang dirangka ini dilihat mampu meningkatkan perkembangan murid dari segiemosi, sosial, fizikal dan jasmani serta pengurusan tingkah laku bagi murid-murid berkeperluan khas ini. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran turut dapatditerapkan dalam kehidupan murid-murid terutamanya sewaktu menggunakan kenderaanawam seperti bas dan juga pentingnya menjaga keselamatan diri sepanjang program ini berlansung. Di samping itu, program ini juga dapat mendedahkan murid-murid berkeperluan khas dengan masyarakat sekitar serta dapat berinteraksi dan bersosialisasiantara murid-murid berkeperluan khas dengan semua pihak.
Objektif
Tujuan program ini dijalankan ialah untuk :-
•
memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk bersama-sama beriadah di tempat-tempat riadah.
•
Menggalakkan interaksi dan sosialisasi antara murid berkeperluan khas denganmasyarakat sekeliling.
•
Menambah pengalaman dan pengetahuan tentang tempat-tempat lawatan danriadah kepada murid-murid berkeperluan khas.
Add a Comment