You are on page 1of 8

Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

TARIKH PERISTIWA
Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British
1948 di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini
telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.
British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu
1950
pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang.
Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu
1952
dan Pahang.
1953 Lebih banyak cawangan dibuka.
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di
Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross
1957
Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta
Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.
Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi
4 Julai 1963 daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai
pertubuhan nasional yang bebas.
Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah
24 Ogos 1963 diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red
Crescent Societies.
Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk
menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan
cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama
1965
Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui
peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta
47).
Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang
21 Ogos 1975 telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong
pada ketika itu.
Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah
4 September 1975 Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (PBSMM).
Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan
25 Mac 2007 penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi
27 Jun 2007
memaklumkan penukaran nama tersebut.

Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai
15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.

BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Lirik  : Dato’ Dol Ramli


Lagu : Dato’ Johari Salleh

Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalam satu majlis
sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross
Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).

Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-
116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semula dan dinamakan
sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya
disebut BSMM.

7 PRINSIP ASAS

Kemanusiaan
(Humanity)
Kesaksamaan
(Impartiality)
Berkecuali
(Neutrality)
Kebebasan
(Independence)
Sukarela
(Voluntary Service)
Bersatu
(Unity)
Kesejagatan
(Universality)

Teknik Ikatan Dan Simpulan

DIkirim oleh BSMMcUiTM di Selasa, 6 November 2007

Ikatan & Simpulan juga perlu dipelajari oleh anggota-anggota BSMM c UiTM. Selain
daripada mempelajari kaedah ikatan bagi kain anduh, jenis-jenis ikatan asas lain juga
perlu diketahui terutamanya apabila melibatkan latihan perkhemahan dan ikhtiar
hidup atau operasi menyelamat. Anda dinasihatkan menyediakan terlebih dahulu
sekurang-kurangnya 2 utas tali yang sesuai dengan panjangnya kira-kira 1 depa
sebelum melayari laman ini.

1. IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh; menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

2. IKATAN BUNGA KETI

Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

3. IKATAN BUNGA KETI BERGANDA

Ikatan Bunga Keti Berganda juga digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama
besar saiznya dan dapat digunakan dengan lebih selamat.

4. IKATAN SIMPUL PULIH

Ikatan Simpul Pulih digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa perlu
memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kukuh.

5. SIMPULAN PENGAIL (Fisherman’s Knot)

Simpulan pengail digunakan untuk menyambung dua utas tali yang licin atau menyambung
tali pada mata. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana
gegelung yang dibuat tidak mudah tergelongsor.

6. SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam
kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

7. IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat
pada kayu atau sebagainya

8. IKATAN SIMPUL BELIT / LILIT 2 SIMPUL

Ikatan Simpul Belit digunakan untuk mematikan ikatan ke pokok, tiang atau ke pacang
setelah mengikatnya. Kaedah ini memudahkan kepanjangan tali diubah-ubah, tali mudah
dibuka semula dan tidak mudah tanggal ikatannya.
9. IKATAN BUNGKUSAN

- Ada lagi 40 JENIS IKATAN

Teknik Menangani Mangsa Tercekik

1. Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Dewasa


2. Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Kanak-Kanak

Rawatan kecemasan bagi kanak-kanak yang tercekik (Umur 1 – 8 tahun):

 Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.


 Lakukan tujahan di perut dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti
video di atas berulang-kali sehingga bendasing itu terkeluar.

 Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar


sepertimana kaedah bagi perempuan yang mengandung.

 Jika kanak-kanak itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di


kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan
bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Teknik CPR Bagi Bayi & Kanak-Kanak

1. Teknik CPR Bagi Bayi

KETERANGAN CPR UNTUK BAYI (KURANG 1 TAHUN):

 Jerit dan tepuk bahu bayi dengan perlahan. Sekiranya tiada tindakbalas, pastikan posisi
bayi dalam keadaan terlentang.
 Buka salur pernafasan dengan teknik dongakkan kepala dan angkat dagunya. Jangan
dongakkan kepala terlalu jauh.

 Beri 2 hembusan sekiranya tiada pernafasan. Tutup mulut dan hidung bayi sekaligus
dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 hingga 2 saat pada setiap hembusan.

 Sentiasa periksa dada bayi untuk melihat sebarang pergerakan pada setiap bantuan
pernafasan yang diberikan.

 Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada dan ½ inci ke bawah putingnya. Kemudian, beri
30 tekanan sedalam antara ½ ke 1 inci pada kadar 100 kali seminit.

 Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan. Selepas 1 minit (ulangan 1


pusingan), hubungi ambulans (999 atau 991) dan teruskan dengan teknik hembusan
dan tekanan di dada.
2. Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Bayi

Rawatan kecemasan bagi bayi yang tercekik dan dalam keadaan sedar (Umur tidak lebih 1
tahun):

 Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.


 Jika tiada tindakbalas, beri 5 tepukan di belakang.

 Kemudian beri 5 tekanan di dada.

 Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada.

 Jika bayi itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong
atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya
sekiranya kelihatan.

Teknik CPR Bagi Kanak-Kanak

KETERANGAN CPR BAGI KANAK-KANAK (1 – 8 TAHUN):

CPR untuk kanak-kanak adalah sama seperti melakukan CPR bagi orang dewasa. Walau
bagaimanapun, terdapat 3 perbezaan dalam langkah melakukannya:

 Jika hanya anda berdua dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR terlebih dahulu
selama 2 minit sebelum menghubungi ambulans.
 Gunakan tumit salah satu tapak tangan untuk melakukan tekanan di dadanya.

 Berikan tekanan sedalam 1 hingga 1½ inci.

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak (Umur 1 – 8 tahun):

 Pastikan tindakbalas pesakit.


 Dongakkan kepalanya. Kemudian lihat, dengar dan rasai pernafasannya. Jika tidak
bernafas, beri bantuan pernafasan sebanyak 2 hembusan.

 Jika tiada tanda-tanda pesakit mula bernafas, batuk atau bergerak, mulakan tekanan di
dada sedalam 1½ hingga 2 inci sebanyak 30 kali di antara 2 puting dadanya. Tekan
pada kadar 100 kali seminit.

 Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 30 kali tekanan di dada sehingga


bantuan tiba.
Manual Pengurusan Bencana

DIkirim oleh BSMMcUiTM di Khamis, 18 Oktober 2007

Pengurusan Bencana adalah siri aktiviti yang kompleks melibatkan penilaian tahap risiko,
langkah pencegahan, persediaan dalam menangani situasi bencana pada masa akan datang,
tindakbalas kecemasan, penambahbaikan, pemerolehan, penyembuhan dan pemulihan.

Menitikberatkan persediaan bencana dalam pembangunan komuniti boleh


mengurangkan impak terhadap bencana yang akan dialami terutamanya kepada mereka yang
tinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa bencana di samping purata sara hidup keluarga
yang rendah.

Tindakbalas terhadap kecemasan sewaktu bencana secara amnya adalah seperti berikut:

 Operasi Mencari dan Menyelamat – mencari dan menyelamat mangsa bencana


 Penilaian Tahap Keperluan – memastikan apa yang diperlukan, berapa kuantitinya
dan kepada siapa perlu diberikan

 Kesihatan – menyediakan keperluan perubatan, mencegah dari wabak penyakit,


menyediakan air dan makanan yang bersih dan selamat, pelupusan sampah dan
pengebumian mangsa-mangsa yang meninggal dunia.

 Keperluan Asas – mendapatkan dan mengagihkan makanan, khemah dan pakaian

 Jantina – memahami peranan lelaki dan wanita dalam keluarga dan komuniti untuk
mengenalpasti keperluan dan memastikan pengagihan sumber yang lebih adil

 Sara Hidup dan Ekonomi – membantu mangsa dalam membaikpulih kehidupan


mereka

 Sokongan Emosi – Kaunseling dan menyatukan keluarga yang terpisah semasa


bencana

 Logistik – pengangkutan awam dan peralatan

 Kewangan – mendapatkan dan mengagihkan sumber kewangan

 Komunikasi – liputan media, maklumat kepada keluarga mangsa dan pengumpulan


dana atau bekalan

 Infrastruktur – membaikpulih jalan, bekalan elektrik, sambungan telefon,


sambungan paip-paip air dan sistem pelupusan sampah
Berikut adalah Manual Latihan Persediaan Bencana. Manual ini mengandungi kaedah atau
tatacara dalam pengurusan pasukan, pengendalian kerja, penyediaan tempat, peralatan dan
tenaga sokongan serta persiapan diri sewaktu menghadapi bencana.

Manual ini adalah manual am bagi menghadapi bencana antarabangsa. Walaubagaimana pun,
ia boleh diadaptasikan bagi menangani bencana dalam negara seperti banjir, ribut, kebakaran,
tanah atau bangunan runtuh ataupun tsunami.

Manual ini dirangka dalam 9 modul latihan:

1. Modul 1 – Pengenalan Kepada Persediaan Bencana


2. Modul 2 – Rancangan Persediaan

3. Modul 3 – Rancangan Projek

4. Modul 4 – Pengurangan Risiko

5. Modul 5 – Meningkatkan Kesedaran Bencana Dalam Komuniti

6. Modul 6 – Penilaian Terhadap Keperluan Kecemasan Bencana

7. Modul 7 – Maklumat Dan Laporan Program Bencana

8. Modul 8 – Kemajuan Koordinasi

9. Modul 9 – Kemajuan Latihan Kemahiran Asas

Selain daripada itu, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia juga
menyediakan manual Pelan Tindakan Menghadapi Banjir dan Pendidikan Kesihatan Semasa
Banjir sebagai garis panduan dalam menghadapi bencana banjir negara.

You might also like