You are on page 1of 71

Folio Geografi 2010

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK


DI TAMAN SRI SINAR
KUALA LUMPUR
NAMA : SYAHMIE FAYYADH BIN JAAFAR

KELAS : 3 JUJUR

SEKOLAH : SMK SINAR BINTANG, KUALA LUMPUR

NAMA GURU : PN ROSNAH SAMLEE

TAHUN : 2010
TANDATANGAN PELAJAR
TANDATANGAN GURU
I SI K A N D U N G
TAJUK

1. Bismillah
2. Penghargaan
3. Pendahuluan
4. Objektif Kajian
5. Kawasan Kajian
6. Kaedah Kajian
7. Hasil Kajian
8. Rumusan
9. Rujukan
Lampiran
10.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH


LAGI MAHA PENYAYANG
APK TEAM
KUALA LUMPUR
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua
SMK Sinar Bintang, Pn. Sumarni b. Junin kerana telah memberikan
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Rosnah Samlee yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini
dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Adib Akmal dan Mohd.
Azwandy yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik
dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan
wang ringgit kepada saya.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman
Sri Sinar yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya
semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat
untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah
diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua
telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di taman
perumahan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang
- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan peluang pekerjaan telah bertambah
disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan sektor
industri.
B ( KESAN NEGATIF )
3) Masalah Sosial
- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh
pekerja asing yang di bawa oleh penduduk bandar untuk bekerja dalam
sektor industri dan pembinaan. Keadaan ini telah menyebabkan
penduduk asing semakin bertambah di kawasan perumahan saya.
Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes
pecah rumah dan rogol.
4) Struktur Penduduk Berubah
- migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di kawasan kampung saya
telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan
penduduk yang berhijrah ialah golongan tua. Keadaan ini telah
menyebabkan golongan tua semakin berkurangan dan golongan kanak-
kanak serta belia terus bertambah.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap penduduk bandar berusaha untuk meningkatkan taraf
hidup, kemakmuran bandar juga perlu dipelihara. Penduduk bandar
perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan bandar sentiasa
selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga
keselamatan bandar daripada sebarang masalah sosial daripada terus
berlaku.
Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi
aman dan selamat untuk dihuni.
Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang
masalah beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah :-
Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di taman perumahan saya untuk
memastikan kawasan bandar sentiasa selamat daripada masalah sosial
seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan
oleh penduduk bandar bagi memastikan keadaan bandar sentiasa
terkawal terutamanya pada waktu malam.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-
langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat
dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa bandar ini merupakan tempat
tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk menjaga kawasan bandar ini daripada sebarang masalah yang dihadapi.
Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk
bandar saya ini.
RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat
dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak
menimbulkan masalah kepada penduduk bandar. Sebagai contoh,
kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan
berlakunya masalah sosial kepada penduduk bandar.
RUJUKAN
Segala penulisan telah dilakukan mengguna Google Documents.

o
Google
Maps
o

Image
o

Documents

Dromoz.com

Blog SMK Penghulu Saat


Papagomo.com
• Rakan-rakan Sekalian

You might also like