You are on page 1of 4

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang

di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang

bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar

kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah

mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.


Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.

Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,

wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau

lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan

yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah

wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat

pada kebiasaannya adalah menghiasi


Wau bulan
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan

berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi

pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai

hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan

kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka

buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan

menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan

lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,

lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu

bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga

pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan

dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi

rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya

mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari

daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering.

Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan

tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan

menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari

akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-

layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan

ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan

wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-

hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

You might also like