Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bilakah bermulanya penapisan hadith al-

Bilakah bermulanya penapisan hadith al-

Ratings: (0)|Views: 88|Likes:
Published by abuqudamah
al ahkam
al ahkam

More info:

Published by: abuqudamah on Jun 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/06/2014

pdf

text

original

JH-SEJARAH-003- Bilakah Bermulanya Penapisan Hadith? :: ::al-ahkam... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...
1 of 4
08/06/2008 01:46 PM
::al-ahkam.net::
Siber Feqh Anda
JH-SEJARAH-003- Bilakah Bermulanya Penapisan Hadith?
Posted by : alitantawi on Tuesday, April 22, 2008 - 09:00 AM CCT

Terdapat beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran seseorang apabila dirinya ingin mendekati Sunnah atau Hadith. Mungkin di antara persoalan itu ialah apa yang ingin disentuh secara ringkas di dalam artikel ini iaitu : \u2018Sejak bila sunnah mula dipelihara dan ditapis?\u2019. Terdapat beberapa sangkaan yang pernah saya temui sepanjang membaca dan berbual dengan sebahagian peminat sunnah. Di antaranya ialah:

\u2026.ada yang menganggap bahawa penapisan hadith dan pemeliharaannya bermula sejak
kewafatan Rasulullah SAW.
\u2026.ada juga yang menganggap bahawa ia mula berlaku pada zaman Tabi\u2019in (generasi murid
para sahabat) atau Tabi\u2019i al-Tabi\u2019in.
....ada pula yang menyangka bahawa ia baru bermula di zaman al-Bukhari, Muslim,
al-Tirmidzi dan lain-lain lagi.

....bahkan ada yang menyangka bahawa ia baru bermula di zaman selepas itu seperti di kurun kesembilan Hijrah. Malah ada yang hanya mengetahui bahawa proses penapisan dan pemeliharaan hadith mula berlaku di zaman moden di tangan pengkaji moden seperti Ahmad Syakir (meninggal pada 1958M) dan al-Albani (meninggal pada 1999M).

HAKIKAT SEBENAR

Cara untuk mendapatkan jawapan sebenar terhadap persoalan ini ialah dengan melihat kembali kepada sejarah perkembangan Islam sejak zaman Rasulullah SAW untuk kita mendapat petunjuk dan fakta penting yang berkaitan.

Secara ringkasnya saya ingin menyatakan (seperti mana yang dinyatakan oleh ulama hadith zaman berzaman) bahawa proses pemeliharaan hadith dan penapisannya telah pun bermula sejak Rasulullah SAW masih hidup lagi. Dan ia berterusan sehingga diwarisi oleh para sahabat, Tabi\u2019in dan seterusnya umat Islam sepanjang zaman. Inilah jawapan yang disokong oleh fakta sejarah dan ia amat logik serta munasabah jika difikirkan secara mendalam.

AL-QURAN DAN HADITH MEMBERIKAN PANDUAN PEMELIHARAAN DAN PENAPISAN.

Al-Quran telah pun memerintahkan umat Islam sejak ia mula diturunkan agar mempunyai sifat-sifat positif yang menjurus ke arah ketelitian dan penapisan maklumat dengan berhati-hati. Ayat-ayat Al-Quran jelas memerintahkan umat Islam termasuk Rasulullah SAW dan para sahabat agar berhati-hati dalam menerima maklumat dan juga menyampaikannya. Ini jelas melibatkan hadith atau sunnah.

JH-SEJARAH-003- Bilakah Bermulanya Penapisan Hadith? :: ::al-ahkam... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...
2 of 4
08/06/2008 01:46 PM

Begitu juga Rasulullah SAW dalam banyak ucapan Baginda telah memberikan panduan jelas bahawa kesilapan dalam menyatakan sesuatu yang bukan hadith sebagai hadith boleh menjerumuskan seseorang itu (termasuk para sahabat) ke dalam neraka. Ia bukan perkara kecil dan remeh. Dosa menambah atau mengurangkan hadith Rasulullah SAW adalah satu jenayah yang layak dibalas dengan siksaan neraka.

Ini termasuk arahan Al-Quran dan Rasulullah SAW yang memerintahkan umat Islam (bermula daripada para sahabat) agar menyampaikan ajaran Islam (Al-Quran dan Hadith) dengan penuh amanah kepada umat Islam selepas mereka tanpa sebarang pengurangan atau penambahan. Ini jelas memberikan kita gambaran tentang sikap seorang sahabat ketika ingin menyebutkan sesuatu tentang Islam termasuk berkaitan hadith Rasulullah SAW.

Kedua-dua perkara ini (arahan menyampaikan ajaran Islam dan amaran agar tidak menokok-nambah) jelas merupakan antara sikap yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ke dalam jiwa para sahabat sepanjang Baginda bersama mereka. Inilah permulaan proses pemeliharaan sunnah dan penapisannya. Jika tiada pemeliharaan dan tiada penapisan, maka sahabat telah dianggap melanggar perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW!

CONTOH DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
Di antara contoh yang boleh dinyatakan di sini berkaitan proses pemeliharaan dan
penapisan hadith pada zaman Rasulullah SAW adalah peristiwa berikut:
-

Sikap salah seorang penduduk badwi yang telah pun sampai kepadanya utusan dakwah daripada Rasulullah SAW. Namun begitu, dia inginkan keyakinan dan kepastian lantas pergi bertemu Rasulullah SAW sendiri dan mendapat kepastian. Kisah ini boleh dilihat dalam Sahih Muslim, bab Iman. Kisah ini menunjukkan bagaimana sikap salah seorang sahabat yang mementingkan ketelitian kerana maklumat yang sampai kepadanya adalah maklumat berkaitan Islam.

-

Umar Ibn al-Khattab ketika mendengar khabar angin tentang Rasulullah SAW yang dikatakan menceraikan isteri-isterinya, telah pergi bertemu sendiri dengan Rasulullah SAW untuk mendapatkan kepastian. Akhirnya ternyata khabar angin itu tidak tepat. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Ia memberikan gambaran jelas bahawa Umar telah melakukan proses kajian, pemeliharaan dan juga penapisan agar maklumat yang beliau terima itu benar-benar ada kaitannya dengan Rasulullah SAW.

-

Abu Hurairah telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kelemahan ingatan beliau dalam menghafaz ucapan-ucapan Baginda. Ini menunjukkan betapa Abu Hurairah ingin mengelakkan penambahan atau pengurangan di dalam hadith yang beliau dapat daripada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau dan masalah itu dapat diatasi. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

-

Umar Ibn al-Khattab telah membuat persepakatan dengan seorang lagi sahabat agar mereka bergilir bertemu Rasulullah SAW dan mendengar ajaran Baginda kerana mereka bekerja serta berniaga. Kebimbangan Umar kalau-kalau beliau terlepas sebarang hadith daripara Rasulullah SAW telah beliau atasi dengan persepakatan bijak tersebut. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

JH-SEJARAH-003- Bilakah Bermulanya Penapisan Hadith? :: ::al-ahkam... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=a...
3 of 4
08/06/2008 01:46 PM
-

Para sahabat sentiasa bertemu dengan Rasulullah SAW untuk mendapat kepastian tentang sesuatu maklumat tentang Al-Quran dan hadith. Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa mengamalkan proses pemeliharaan dan penapisan maklumat dengan merujuk kepada sumbernya yang asal iaitu Rasulullah SAW.

-

Sikap sebahagian sahabat yang mencatat sebahagian hadith secara peribadi juga menunjukkan bahawa mereka menggunakan teknik bantuan kerana mereka kebanyakannya menghafaz hadith-hadith Rasulullah SAW. Di antara sahabat yang mempunyai catatan peribadi adalah Ali Ibn Abi Tolib dan Abdullah Ibn Amru.

-

Sahabat-sahabat kerap kali berbincang sesama mereka untuk mendapatkan hadith-hadith yang terlepas daripada mereka disebabkan mereka sibuk dengan urusan pekerjaan masing-masing. Mereka juga memilih sahabat-sahabat yang benar-benar diyakini tidak melakukan kesilapan agar tidak berlaku sebarang kekurangan atau penambahan pada hadith tersebut.

KEPENTINGAN MENGETAHUI SEJARAH PERKEMBANGAN HADITH

Sikap para sahabat ini jelas menunjukkan bahawa ajaran Islam telah meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka telah berubah menjadi insan yang mementingkan kesahihan maklumat terutama berkaitan dengan diri Rasulullah SAW. Proses pemeliharaan hadith dan penapisan yang telah mereka lakukan adalah langkah-langkah yang paling sesuai dengan keadaan yang berlaku pada zaman mereka. Walaupun pada waktu itu masih belum timbul masalah pencipta hadith palsu, namun begitu masih ada bahaya lain yang mengancam kesahihan hadith Rasulullah SAW seperti \u2013 sifat manusia yang terlupa atau tersilap. Maka bahaya ini ditangani dengan amat baik oleh para sahabat terutama ketika Rasulullah SAW masih hidup.

Proses pemeliharaan hadith ini telah berterusan selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan cara yang sedikit berbeza berdasarkan masalah yang mengancam pemeliharaan hadith pada zaman itu pula. Begitulah seterusnya pemeliharaan ini dilakukan oleh umat Islam dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan keadaan zaman masing-masing.

Namun begitu, permulaan proses pemeliharaan ini telah nyata berlaku sejak Rasulullah SAW hidup dan ia dilakukan oleh para sahabat dengan sebaik-baiknya sehingga mereka dapat memelihara hadith untuk diwariskan kepada generasi selepas mereka.

Insya Allah, dengan penjelasan ringkas ini, kita akan mendapat gambaran sebenar tentang permulaan proses pemeliharaan hadith atau sunnah. Proses pemeliharaan sejak zaman berzaman ini telah cuba ditutup oleh para orientalis dan murid-murid mereka dalam cubaan mereka untuk meragui kesahihan hadith-hadith Rasulullah SAW. Namun ingin saya nyatakan di sini bahawa mereka hanya boleh menipu orang-orang yang tidak kenal sejarah Islam, tidak mengkaji sejarah hidup para salaf bermula daripada para sahabat dan tidak mahu mengambil tahu bagaimana umat memelihara sunnah daripada sebarang penambahan atau pengurangan. Tetapi mereka sama sekali tidak dapat menipu orang-orang yang peka dan celik sejarah. Wallahu a\u2019lam.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
masironkassiran liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->