Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
29Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAKWIL AL-MUTASYABIHAT BAGI MENOLAK IKTIKAD SESAT DI SISI AHLI TANZIH

TAKWIL AL-MUTASYABIHAT BAGI MENOLAK IKTIKAD SESAT DI SISI AHLI TANZIH

Ratings: (0)|Views: 365 |Likes:
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Wal Mathuridhiah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Wal Mathuridhiah

More info:

Published by: Shamsul Kamal Hj Maamor on Jun 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/04/2014

pdf

text

original

 
TakwilAl-MutasyabihatBagi Menolak Iktikad SesatDi SisiAhli Tanzih
USTAZ MOHD RIDZUAN BIN IBRAHIM
1
 
 
PENGANTAR 
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, selawat dan salamke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, keluarga sertasahabat-sahabat baginda. Semoga Allah merahmati mereka semua waba’du.Sesungguhnya di akhir zaman ini, telah muncul pelbagai golongan yangmemberikan komentar, menyebarkan fahaman serta iktikad yang menyalahi akidah AhliSunnah Wal Jamaah. Kesemua ini merupakan kesinambungan dari kesesatan yangtelahpun berlaku pada zaman salafus soleh, dan ianya telah pun didebatkan sertadibongkarkan iktikad-iktikad kafir tersebut oleh ulama Ahli Sunnah. Cuma, cara dan pendekatan golongan tersebut di zaman ini berbeza di mana mereka bertopengkansebagai Ahli Sunnah ataupun mereka mengaku sebagai penganut fahaman salaf yangsebenar. Di samping itu mereka juga menggelar orang-orang yang tidak serasi dan tidak sefahaman dengan mereka sebagai bukan tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman berzaman telah mengarang puluhankitab yang menerangkan akidah Ahli Sunnah sendiri. Oleh itu lahirlah karangan seperti
 Akidah al-Tahawiyyah
oleh Imam al-Tahawi,
al-Ibanah
oleh Imam al-Asy’ari,
al-Tauhid 
oleh Imam al-Maturidi,
 Akidah al-Nasafiyyah
oleh Imam al-Nasafi,
 Akidah al-Sanusiyyah
oleh Imam al-Sanusi,
 Akidah Ibn Asakir 
oleh Ibn A’sakir dan pelbagai lagi.Di samping itu mereka juga menerangkan akidah pelbagai golongan sesat yang tidak tergolong dalam kumpulan Ahli Sunnah.Jika dikaji, apa yang telah disebutkan oleh ulama silam di zaman mereka masihwujud pada zaman kita sekarang. Cuma bezanya ianya muncul dalam kelompok yangkecil atas nama yang lain tetapi pada dasarnya ianya sama, bertepatan dengan apa yangtelah disebutkan oleh ulama dahulu. Antara ulama yang mengarang mengenai kumpulan-kumpulan (
 firoq
) yang mengaku islam secara zahirnya di samping kumpulan lain yangmemang jelas terkeluar dari islam ialah seperti Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya
al-Farqu Baina al-Firaq
, al-Syahrustani dalam
al-Milal Wa al-Nihal 
, Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dalam
Maqalat al-Islamiyyin
dan banyak lagi.2
 
Dalam karya-karya ulama ini menyebutkan bahawa golongan yang kafir kepadaAllah Taala antaranya ialah golongan yang beriktikad bahawa Allah menyerupai makhluk ciptaanNya sendiri seperti bertempat, berjisim dan sebagainya. Golongan ini dilabelkanoleh Ahli Sunnah dengan nama
al-musyabbihah
dan
al-mujassimah
. Ahli Sunnah pulamerupakan golongan yang menyucikan Allah Taala dari yang demikian, lalu merekadisebut sebagai
Ahli Tanzih
.Golongan-golongan
al-musyabbihah
dan
al-mujassimah
tersebut secara dasarnya berdalilkan juga dengan sumber asal yang utama dalam islam iaitu al-Quran dan juga al-Sunnah seperti umat islam yang lain, tetapi malangnya mereka tidak beriktikad sepertimana yang diiktikadkan oleh Nabi Muhammad, sahabat-sahabat, al-tabi’in dan golonganselepas mereka dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.Jika diselami, kefahaman serta iktikad golongan
al-musyabbihah
dan
al-mujassimah
tersebut kesemuanya lahir dari kefahaman yang tidak berasas dan dangkalmelalui ayat-ayat al-Quran serta al-Sunnah yang berada dalam kategori
al-mutasyabihat.
Kedua-dua sumber yang berada dalam kategori ini disebut sebagai
nusus mutasyabihat 
yang berkaitan sifat-sifat bagi Allah Taala. Untuk menguatkan kepercayaan ini, golongan
al-musyabbihah
melemparkan kepada Ahli Sunnah terutamanya ulama khalaf sebagaitidak beriman dengan
nusus mutasyabihat 
dengan istilah
mua’ttilah
.
Oleh itu,masyhurlah istilah di sisi mereka bahawa takwil adalah
ta’til 
yang bermakna takwilmerupakan penafian sifat bagi Allah. Oleh itu mereka menghukum Ahli Sunnah sebagaikafir kepada Allah, wal i’yazubillah.Bagaimanakah ini berlaku? Ianya berlaku di sebabkan majoriti ulama khalaf menggunakan metod takwil secara tafsili seperti mana yang akan dihuraikan nanti.Golongan sesat tersebut sedaya upaya menyembunyikan fakta yang sebenar denganmelaungkan slogan bahawa ulama salaf tidak menggunakan metod takwil, takwil adalahharam kerana ianya menafikan sifat Allah, hanya golongan Jahmiyyah serta Muktazilahsahaja yang menggunakan metod ini.3

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
sufismahdi liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Rohani Rajab liked this
rizal liked this
Wan Waheeda liked this
Alif Farhan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->