You are on page 1of 4

Motivasi Kepada Ibu Bapa dan Pelajar UPSR

1. Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada Yang dimuliakan tuan


pengerusi majlis, Yang Dihormati tuan Guru Besar, yang bersusaha
Pengerusi PIBG, Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru ,Ibubapa , anak – anak
dan sidang hadirin sekelian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana
kita dapat bersama-sama pada petang ini. Terimakasih kerana telah memberi
peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman mengasuh anak-anak
saya sehingga mereka berjaya. Rasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah,
bukan sahaja usaha tapi ia adalah ketentuan Allah jua.

2. Perkara Yang Pertama: Saya ingin bermula dengan makan dan minum.
Yang paling apdal sekali ialah makan dan minum yang cukup. Masa pagi,
tengah hari dan malam. Kalau tidak ada tenaga macam mana hendak belajar.
Pastikan anak-anak belajar dengan perut yang berisi bukannya kenyang
sangat. Makan dan minum bukan mestinya ayam ke milo tiap-tiap hari. yang
penting ia berkhasiat. Badan yang sihat akan menyebabkan otak anak-anak
dapat menerima pelajaran yang baik. masa makan biar tetap dan halal.
Eloklah makan bersama-sama, boleh bertanya khabar. Tak semestinya duduk
dekat-dekat tetapi yang penting ada peluang untuk berbual-bual dengan
anak-anak. Masa makan jangan marah-marah...kalau nak tegur pun biar
perut dah kenyang...hati dah senang... Buah-buahan juga baik untuk anak
anak sebab banyak vitamin, tak payah epal, betik sudah mencukupi....

3. Perkara kedua ialah Kemahuan Untuk Berjaya. Ini resepi yang penting
sebab kalau ada kemahuan di situ ada jalan. Dua-dua pihak mesti sama
kehendak ...Ibu Bapa dan Anak-anak mesti ada kemahuan untuk berjaya.
Kalau anak sahaja yang mau tetapi tidak ada sokongan pun tak jadi..Kalau
ibu bapa yang bersungguh tetapi anak-anak main, lari sana, lari sini pun tak
jadi..Dua-dua perlu sedar bahawa pelajaran itu penting...Nak jadi apa pun
mesti ada ilmu...nak berniaga...ada ilmu berniaga, nak jadi usahawan perlu
ada ilmu, nak jadi orang berjaya pun ada ilmu...ilmu hari ini dilihat dari segi
ijazah, sijil...kalau tak ada payah. Siapa nak terima kerja. Nak pinjam bank
pun perlu ada sijil...nak kerja perlu ada sijil..... Saya selalu ingatkan anak
saya tak ada harta yang emak dan bapa nak beri, pelajaran sahaja boleh
dapatkan perkara itu semua dimasa akan datang. Selalu saya bandingkan
kalau kita ada pelajaran, faedah apa yang kita dapat kepada anak-anak.
Kadangkala kita perlu beri tahu mereka bagaimana kita susah bersusah
payah untuk mendapat wang dan ingatkan mereka untuk menjadi lebih baik
daripada kita.

4. Isi 3 Beza mana penting.

Ibu bapa perlu dapat bezakan mana lebih penting untuk anak-
anak...motorsikal atau buku tambahan, anak-anak memang nak motorsikal, .
masa belum beli janji memang nak belajar tapi kalau dah dapat motorsikal
semua lupa.
Anak-anak pun begitu juga perlu tahu yang mana penting...rihat, jalan-jalan
ataupun belajar. Kalau rasa ilmu penting, pandai itu penting.... utamakan
pelajaran. Kalau kita menangis sekarang kerana tak lulus ujian, kita ada
masa untuk berusaha lagi , tapi kalau kita menangis lepas keluar keputusan
UPSR , kita tak boleh ulang lagi.. Orang kata sesal dulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna. Sebab kalau dah terlambatkita juga yang rugi.
...orang dah sampai KL, kita baru hendak bertolak...dah tentu ketinggalan.
Kena pilih kawan juga sebab kawan main memang ramai tetapi kawan nak
sama-sama belajar ..kurang.. sebab kalau banyak main akan melekakan kita.

5. Isi 4: Pembahagian Masa:

Anak-anak perlu faham kalau nak belajar mesti ada masa untuk belajar.
Jangan tengok tv, main, jalan-jalan aje...kalau ada masa nak main bola,...
mesti ada masa untuk belajar. Sekarang perlu fikir mana yang utama ada
masa belajar dan ada masa main bola...dah belajar baru main..bukan main
dulu ...penat-penat baru belajar....nanti baca sekejap sudah letih...tidor...
Anak-anak kita perlu selalu diingatkan, ingatan, teguran, panggilan yang
baik itu juga doa, kalau kita panggil anak kita bertuah, mudah-mudahan
bertuahlah dia, tapi kalau kita panggil dengan perkataan yang kurang baik
seperti bodoh mungkin akan begitulah anak kita.

Masa cuti perlu lebih banyak baca buku, belajar dengan kawan...kalau jalan-
jalan, borak-borak boleh tapi mesti kawal masa. tunggulah lepas
periksa....cuti panjang lepas UPSR boleh cerita lagi banyak...Lagi satu perlu
pakat dengan kawan jam 5.30 baru kumpul dan main bola...bukan jam 4.00
dah tunggu depan rumah, ajak pergi kedai, ...itu membazir masa,
rugi....dalam hal ini ibu bapa boleh cuba nasihat anak-anak, kawal sikit
pergerakan mereka...kalau tak boleh belajar masa petang, kurang-kurang
boleh buat kerja rumah, buat latihan.

6. isi 5: Ibu , Bapa dan Anak mesti ada kesefahaman. Faham bahawa kalau
nak pandai kena korban masa, korban wang dan tenaga. Ibu bapa tanya dan
ambil tahu pelajaran anak-anak, dapat nombor berapa, apa buku yang tak
ada, kalau dulu tak ada tuisen sekarang dah ada tempat dimana boleh ambil
tuisen. Di bandar-bandar besar hampir semua orang pergi tuisyen sebab nak
dapat lebih lagi pengetahun. Tuhan itu adil. Siapa usaha lebih dia dapat
lebih. Kalau hendak ilmu kena korban duit ..beli buku, bayar tuisyen, beli
buku tambahan..Anak-anak juga perlu faham bahawa kalau nak pandai perlu
cakap dengan bapa, ibu apa yang tak tahu, macam mana nak buat...kalau
dua-dua diam.tahu-tahu dah dekat periksa....dah terlambat...nasi dah jadi
bubur...

7. Anak sulung saya pernah bercerita , satu ketika dulu semasa dia tengah
menyidai baju masa itu umurnya 10 tahun dan saya pergi menoreh getah ,
dia terdengar orang yang lalu depan rumah , rumah ni bersih ya tapi macam
rumah nelayan , kami dulu memang susah, tapi alhamdullah masih cukup
makan dan pakai, rasa sedih juga tapi itu jadi cabaran pada diri dia , satu
ketika nanti kita akan berubah....insyallah kita akan berubah. Ahamdullillah
ada rezeki dan kekuatan . walaupun sekarang telah memiliki anak 8 orang
tapi masih mahu belajar lagi di UPM untuk meningkatkan ilmu yang ada,
sebab untuk mendapat pengetahun tidak mengira berapa umur kita.
Jadi pada-pada anak-anak tak payah nak tunggu tua, peluang yang ada
gunakan sekarang.. dan dapatkan untuk lebih baik lagi.

7. Penutup

Tuan-tuan dan sidang hadirin sekelian. Itulah sahaja yang dapat saya
kongsikan bersama pada hari ini. Kejayaan tidak datang menggolek .
Kejayaan perlu dicari, diusaha dan tidak datang mudah. Kalau hendak sagu
kena pecah ruyungnya...Kena tahu mana pokok sagu, kena ada
parang/gergaji, kapak yang tajam, kena tahu cara tebang, cara kukur dan
cara masak..... Pendek kata setiap benda nak dibuat ada syaratnya. Setiap ibu
dan bapa ada peranan, Ada tugas. Anak-anak pula tugasnya belajar dengan
betul. Akhir sekali baru tawakal. Kita jangan berserah sahaja tanpa berusaha
terlebih dahulu. Doa seorang ibu untuk anak-anak , bantu anak kita mana
yang termampu, ketika mereka menghadapi peperiksaan, kalau kita boleh
berpuasa waktu kita lakukan , Lepaskan mereka dengan keikhlasan mudah-
mudahan mereka , hati mereka terang dan tenang untuk menghadapi
peperiksaan.

Sekian, minta maaf kalau terkasar bahasa sebab bercakap memang mudah,
kekuatan dan azam yang tinggi sangat perlu untuk melaksanakan . Moga-
moga kita dapat berusaha bersama-sama menuju kejayaan. Kejayaan anak-
anak adalah kejayaan ibu bapa. Sekian terima kasih.

You might also like