You are on page 1of 7

CARA FORMAT KOMPUTER DAN INSTALL

WINDOWS VISTA
----USTAZ MUSA PTP2 PKG----

langkah-langkah untuk memasang Windows Vista ke dalam komputer anda. Sebelum


membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu FAIL dokumen yang penting ke dalam
partition (D: ,E: atau PENDRIVE atau lebih baik lagi ke dalam hard disk EXTERNEL yang
lain.

Pengenalan Windows Vista

Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia
dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP yang telah berada selama 7 tahun di pasaran.
Windows Vista kemudiannya diganti pula oleh Windows 7 yang dijangka keluar pada tahun
Oktober 2009.

Sekiranya anda ada membeli desktop berjenama ataupun laptop sekitar tahun 2007 hingga
2009, biasanya ia disertakan sekali bersama Windows Vista (lihat pelekat Windows Vista
pada komputer anda). Sesetengah pengeluar komputer juga turut membekalkan CD Windows
Vista sekiranya anda perlu memasang kembali OS tersebut.

Jika anda mempunyai CD pemasangan Windows Vista ini, anda bolehlah mengikuti langkah-
langkah ini untuk install Windows Vista ke dalam komputer anda:

Langkah-langkah Install Windows Vista


1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence ,boleh rujuk menual cara format computer
dan install windows XP,ada dlm tu……supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer
berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”

3. Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.


4. Klik pada “Install Now”.

5. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat
ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.
6. Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.

7. Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik
pada butang Next.
8. Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.

9. Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata
nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.
10. Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.

11. Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan
secara automatik.
12. Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah
tepat. Klik pada butang Next.

13. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan
Windows Vista.

You might also like