You are on page 1of 23

E5122/U5/ 1

SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Memahami sistem gentian optik dari sudut rajah blok dan jenis-jenis mod yang
lazimnya digunakan.

Objektif Khusus :

 Melukis serta melabelkan rajah blok bagi sistem gentian optik.


 Menerangkan fungsi setiap blok dalam gentian optik.
 Mengenalpasti jenis-jenis mod gentain optik.
 Melakar dan membezakan kriteria bagi mod Indeks Langkah Pelbagai-Mod,
Indeks Gred Pelbagai-Mod dan Mod Tunggal.
 Membandingkan persamaan dan perbezaan antara jenis-jenis mod gentian optik.
 Menyatakan jenis-jenis penyambungan dan penggandingan.
E5122/U5/ 2
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

5.0 Sejarah dan Pengenalan Gentian Optik

Sebelum kita mempelajari tentang gentian optik, mari kita melihat sejarah gentia
optik. Pada 1870 John Tyndall, seorang ahli falsafah peribumi yang tinggal di England
telah pun membuktikan Sistem Cahaya yang pertama kepada ‘Royal Society
Experiment’. Ujikajinya telah menggunakan air sebagai suatu medium dan
membuktikan sinaran cahaya dalam air adalah melengkung.

Semasa awal 1950s, seorang penyelidik menggunakan kajian rod kaca boleh dilentur
untuk memeriksa organ-organ di dalam tubuh manusia. Pada tahun 1958, Charles
Townes dan Arthur Schawlow dari ‘Bell Laboratories’ telah membuat teori
penggunaan ‘Laser’ sebagai keamatan punca cahaya. Pada 1960, Theodore Maiman
dari ‘Hughes Research Laboratory’ telah membuat eksperimen yang pertama tentang
laser. Pada 1962, semikonduktor laser yang pertama wujud sebagai tunas permulaan.

Pada tahun 1973, ‘Airbone Light Optical Fiber Technology’ (ALOFT) telah
melaksanakan program penggantian 302 kabel yang beratnya 40 kg dengan gentian
fiber yang beratnya hanya 1.7kg. Di akhir 1970 dan awal 1980, hampir kesemua
syarikat telekomunikasi telah menggunakan sistem gentian optik yang mempunyai
kecekapan yang lebih tinggi.

Gentian optik, apa tu ?

Untuk pengetahuan anda, era pembangunan gentian optik telahpun bermula pada awal
60-an dan menjadi semakin pesat kini. Kini, gentian optik digunakan sebagai medium
penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang cahaya melalui gentian kaca atau
plastik. Gelombang cahaya yang bergerak dalam gentian optik mematuhi Prinsip
Hukum Snell’s iaitu pada kelajuan cahaya iaitu 3 x 108 m/s.

Di Malaysia, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah menggunakan gentian


optik sebagai litar sambungan jarak jauh dan juga sebagai sistem penghantaran data.
E5122/U5/ 3
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Ini kerana, gentian optik mempunyai kehilangan kuasa yang kurang, kos yang murah
dan senang diselenggarakan.

Terdapat 3 elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optik iaitu sumber cahaya
(Pemancar), gentian optik dan pengesan cahaya (Penerima). Rajah 5.1 dibawah
menunjukkan elemen asas bagi sistem gentian optik.

Sumber Pengesan
Cahaya Cahaya

Pemancar Gentian Optik Penerima

Rajah 5.1. Elemen asas bagi sistem gentian optik

Dalam pemancar gentian optik, punca-punca cahaya boleh dihasilkan melalui LED
(Light Emitting Diode) atau ILD (Injection Laser Diode). Manakala, di bahagian
penerima, pengesan cahaya digunakan untuk mengesan cahaya yang dipancarkan oleh
punca cahaya. Pengesan cahaya yang biasa digunakan adalah Pin Diod, Avalanche
Photo Diode (APD) atau Photo Transistor.

Pernahkah anda melihat tali tangsi (tali


yang digunakan untuk memancing) ?

5.1. Talian Gentian Optik

Untuk pengetahuan anda, rupabentuk dan warna gentian optik adalah hampir serupa
dengan tali tangsi. Manakala, saiz diameter gentian optik adalah lebih halus daripada
sehelai rambut, kebiasaanya lebihkurang 120 m.
E5122/U5/ 4
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Struktur binaan gentian optik terdiri daripada teras kaca (core) yang dilindungi
oleh lapisan salutan (cladding). Teras kaca berfungsi sebagai media yang
merambatkan gelombang cahaya. Manakala, lapisan salutan pula menghalang
cahaya menebus keluar daripada teras kaca. Ini disebabkan oleh indeks
pembiasan bagi lapisan teras dan salutan berbeza (Rajah 5.2). Untuk
meningkatkan kecekapan pergerakkan cahaya dalam gentian, teras kaca
mestilah tulen atau tiada bendasing semasa penghasilan gentian tersebut.
Kebiasaanya, bahan yang digunakan untuk pembuatan gentian ialah:

i. Kaca berasaskan silika


ii. Silika berbagai campuran dan plastik berkualiti tinggi.

Jaket Pelindung
Salutan (Cladding)

Teras (Core)

Tahukah Anda?

Kabel gentian optik jenis


a) Teras Tunggal (Single Core) plastik adalah lebih
murah dan fleksibel
berbanding dengan
kaca.

Salut Politin
Gentian optik
Dawai Besi
Salut
Aluminium

b) Pelbagai Teras (Multi Core)

Rajah 5.2 Stuktur binaan gentian optik.


Merujuk kepada Rajah 5.2 :
E5122/U5/ 5
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

 teras dikelilingi oleh pelindung yang dikenali sebagai salutan (cladding).


Bahagian ini digunakan untuk penghantaran maklumat dalam bentuk
cahaya.

 salutan mempunyai indeks biasan yang lebih rendah daripada teras. Ia


bertujuan untuk memastikan pengantaramukaan yang sesuai dicapai dan
gelombang cahaya kekal melalui teras. Selain itu, pelindung bertujuan
untuk menambahkan ketahanan teras gentian. Lapisan ini diperbuat
daripada plastik yang berfungsi sebagai penebat.

Oleh kerana, struktur binaan gentian adalah bebas daripada bendasing, isyarat
tenaga yang hilang adalah kecil iaitu lebih kurang 0.1 – 0.6 dB per kilometer.
Jika dibandingkan gentian optik dengan kabel logam, gentian optik
mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada kabel logam. Ini jelas dapat
dilihat dalam Jadual 5.1 dan Gambarajah 5.1.

Ciri-Ciri Gentian Optik Kabel Logam

Kehilangan 0.1-0.6 dB/km 18 dB/km

Lebar Jalur Melebihi 1GHz bagi Lebih kurang 600MHz bagi


gentian optik tunggal kabel sepaksi
Diameter 0.125mm 9.5mm

Berat 40 km per 1 kg 0.7 km per 1 kg

Aruhan Gelombang Tidak terdapat Akibatnya ketara


Elektromagnet
Kos Untuk jangka masa Kos pembuatan yang tinggi
panjang, kos menurun.
Bahan Mentah Tak Terhingga Semakin berkurangan

Kualiti maklumat Baik Terdapat gangguan

Jadual 5.1 Perbandingan di antara gentian optik dengan kebel logam

Kabel Sepaksi
Gentian Optik –
Pelbagai Teras
E5122/U5/ 6
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Gambarajah 5.1 Perbandingan rupabentuk fizikal di antara gentian optik dan kabel sepaksi

AKTIVITI 5.A Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

Gentian optik diperbuat daripada __________ atau ______________.


Kelebihan utama gentian optik berbanding dengan kabel logam ialah
____________________________.
Pada jarak yang jauh kabel gentian optik mengalami kehilangan yang
tinggi berbanding dengan kabel logam. (Betul/Salah).
Kabel gentian optik adalah lebih kecil, ringan dan kuat berbanding
dengan kabel logam (Betul/Salah).
Nyatakan dua punca cahaya yang kerap digunakan dalam gentian optik.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 22).
E5122/U5/ 7
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

5.1Sistem Gentian Optik Dan Kendaliannya

denyut
Isyarat Pengkod Penghantar
masukan atau Punca
Penukar Cahaya

Gentian optik

denyut
Maklumat
Pembentuk Penyahkod asal

Pengesan Penguat
Cahaya

Rajah 5.4 Rajah blok asas bagi sistem komunikasi gentian optik

Rajah 5.4 menunjukan sistem gentian optik asas bagi penghantaran maklumat melalui
gentian. Isyarat yang hendak dihantar melalui penghantar boleh terdiri daripada isyarat
suara, video atau data komputer. Kendalian bagi Rajah 5.4 adalah seperti berikut ;

 Isyarat maklumat asal dalam analog akan ditukarkan ke dalam bentuk denyut-
denyut digital. Proses ini dilakukan dengan menggunakan penukar analog ke
digital (Analog Digital Converter, ADC).

 Di bahagian Penghantar Punca Cahaya, denyut-denyut tersebut akan


ditukarkan dari bentuk voltan kepada arus dengan menggunakan penukar
voltan ke arus. Seterusnya, arus ini akan ditukarkan kepada bentuk cahaya
dengan menggunakan punca cahaya seperti LED atau ILD. Keamatan cahaya
bergantung kepada jumlah arus yang mengalir.
E5122/U5/ 8
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

 Penganding digunakan untuk menyambung punca cahaya dengan gentian


optik.
 Kini, sumber cahaya tersebut akan disalurkan ke dalam gentian optik di mana,
cahaya ini akan dipantulkan sepanjang talian.
 Di bahagian penerima, pengganding sekali lagi digunakan sebagai
penyambung antara gentian dan pengesan cahaya. Komponen pengesan cahaya
seperti foto-sel, foto transistor atau APD akan digunakan sebagai pengesan
sumber cahaya dari gentian. Cahaya tersebut akan ditukarkan semula ke bentuk
arus dan seterusnya, ditukarkan ke bentuk voltan.
 Isyarat voltan yang terhasil akan dikuatkan dengan menggunakan penguat.
 Isyarat voltan yang dihasilkan selepas penguat tidak mempunyai bentuk denyut
yang sebenar (rujuk Rajah 5.5). Oleh yang demikian, pembentuk (shaper)
diperlukan untuk membentuk semula denyut tersebut.

Isyarat denyut sebelum


memasuki pembentuk

Isyarat denyut selepas 5V


pembentuk
0V

Rajah 5.5 Rupabentuk denyut sebelum dan selepas memasuki pembentuk (shaper).

 Isyarat denyut-denyut berdigit kini ditukarkan ke bentuk analog dengan


menggunakan penyahkod. Hasil keluarannya adalah isyarat maklumat asal.

5.3 Mod Gentian Optik

Cuba….. cuba, ya! Macam mana nak


mengklasifikasikan gentian optik, fikirkan…………
E5122/U5/ 9
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Sebenarnya, terdapat 2 cara untuk mengklasifikasikan jenis-jenis gentian optik iaitu


melalui indeks pembiasan dan melalui mod-mod yang terdapat pada setiap kabel. Di
mana, mod-mod ini boleh dirujuk kepada tindakan yang diambil oleh sesuatu sinaran
cahaya yang dipancar melalui kabel gentian optik. Kedua-dua cara kelasifikasi ini
akan digabungkan untuk membezakan jenis kabel gentian optik. Terdapat dua cara
untuk menerangkan perubahan indeks pembiasan yang melalui sesuatu kabel gentian
optik iaitu Indeks Langkah (Step Index) dan Indeks Gred (Graded Index).

Tahu tak apa itu, indeks lamgkah


dan indek gred !!!!! Kalau ingin
tahu mari kita lihat bersama-sama

5.3.1 Indeks Kabel Gentian

Indeks kabel gentian optik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(i) Indeks Langkah (Step Index)

Indeks Langkah merujuk kepada indeks pembiasan antaramuka bagi


teras dan salutan. Ini bermakna teras mempunyai indeks pembiasan
yang malar, N1. Manakala, pula salutan mempunyai indeks pembiasan
yang malar, N2. Gabungan kedua-dua indeks pembiasan ini (N1 dan N2)
akan menghasilkan perbezaan langkah. Jika anda, plotkan lengkungan
Salutan
Antaramukauntuk menunjukan indeks pembiasan bagi N1 dan N2, maka anda akan
memperolehi suatu keadaan menegak dari kiri ke kanan, lihat Rajah
5.6.
Teras

Indeks
Pembiasan (N) N1

N2
E5122/U5/ 10
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Rajah 5.6 Keratan rentas dan lengkungan indeks pembiasan bagi indeks langkah

Salutan
Indeks pembiasan teras
yang berubah-ubah

Indeks
Pembiasan (N)

Rajah 5.7 Keratan rentas dan lengkungan indeks pembiasan bagi indeks gred

(ii) Indeks Gred

Bagi Indeks Gred, indeks pembiasan bagi teras adalah tidak tetap
manakala, bagi salutan gentian adalah tetap. Indeks pembiasan teras
berubah dengan perlahan-lahan dan berterusan berpandukan kepada
diameter teras gentian optik. Apabila anda menghampiri pada titik
E5122/U5/ 11
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

tengah teras, indeks pembiasannya akan meningkat secara perlahan-


lahan, mencapai tahap maksimum di titik tengah teras dan
kemudiannya mula menurun selepas melalui titik tengah tersebut. Ini
akan membentuk satu separuh bulatan saiz seperti diameter teras. Ini
dapat dilihat seperti dalam Rajah 5.7.

AKTIVITI 5.B Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

Isyarat suara dan video ditukarkan ke bentuk _____________ sebelum


dipancarkan dalam bentuk sinaran cahaya.
Peranti yang berfungsi sebagai penukar denyut cahaya kepada isyarat elektrik
ialah ______________.
Nyatakan dua jenis indeks yang terdapat pada gentian optik

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 22).
E5122/U5/ 12
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

5.3.2 Mod Kabel Gentian

Mod adalah merujuk kepada bilangan saluran bagi pancaran cahaya yang
terdapat pada sesuatu gentian optik. Terdapat 2 kelasifikasi mod iaitu Mod
Tunggal (single mode) dan Mod Pelbagai (multimode). Dalam mod tunggal,
sinaran cahaya hanya mengikut satu laluan tunggal untuk melalui pada teras
gentian manakala bagi mod pelbagai pula, sinaran cahaya dapat melalui
beberapa laluan di dalam teras gentian optik. Setiap jenis kabel gentian optik
dapat dibezakan dengan kadar indeks dan mod. Terdapat 3 jenis kabel gentian
optik yang biasa digunakan iaitu Indeks Langkah Pelbagai-Mod (Multimode
Step Index), Indeks Gred Pelbagai-Mod (Multimode Graded Index) dan Mod
Tunggal (Single Mode).

(i) Indeks Langkah Pelbagai-Mod (Multimode Step Index)

Indeks Langkah Pelbagai-Mod merupakan jenis gentian optik yang


mempunyai satu teras berdiameter daripada 50 m hingga 100 m.
Saiz diameter yang besar ini menjadi pendorong kepada penumpuan
cahaya dan memancarkannya dengan berkesan. Ini bermakna punca
cahaya yang murah seperti LED boleh digunakan untuk menghasilkan
denyut-denyut cahaya. Cahaya boleh bergerak dalam teras dengan
melalui beribu-ribu laluan, seperti di Rajah 5.8.

Dispersion
Jaket
Pelindung
Teras

C
Punca A
Cahaya
B

Salutan

Rajah 5.8 Laluan cahaya dalam Indeks Langkah Pelbagai-Mod

Perhatikan Rajah 5.8, apa yang anda nampak


E5122/U5/ 13
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Anda dapat lihat bahawa sinaran cahaya bergerak dalam bentuk zigzag.
Disebabkan cahaya bergerak dalam laluan yang pelbagai maka setiap
laluan mempunyai jarak yang berbeza. Ini jelas dilihat pada, cahaya A,
B dan C. Dalam jenis gentian optik ini, pelbagai maklumat dapat
dihantar dalam bentuk cahaya pada masa yag sama tetapi denyut-
denyut cahaya tersebut akan sampai ke penghujung kabel pada masa
yang berlainan bagi setiap laluan. Dari Rajah 5.8, Cahaya A akan
sampai ke penghujung gentian dahulu, diikuti oleh cahaya B dan C.
Keadaan ini dinamakan Modal Dispersion, dimana denyut yang sampai
ke penghujung gentian mempunyai amplitud yang rendah. Ini
disebabkan oleh pelemahan (attenuation) di sepanjang talian gentian
dan kenaikkan dalam tempoh, akibat daripada denyut cahaya yang
sampai pada masa yang berlainan. Oleh yang demikian, kabel gentian
ini hanya sesuai digunakan untuk jarak dekat dan sederhana.

(ii) Indeks Gred Pelbagai-Mod (Multimode Graded Index)

Gentian Indeks Gred Pelbagai-Mod mempunyai banyak mod, atau


laluan bagi penghantaran denyut cahaya melalui kabel gentian. Rajah
5.9 menunjukan pergerakan cahaya di dalam kabel gentian ini. Gentian
ini mempunyai indeks pembiasan yang berubah-ubah secara berterusan
di sepanjang teras maka, sinaran cahaya dengan perlahan-lahan akan
naik membengkok dan menurun semula hingga menumpu di suatu titik,
proses ini akan berulang di sepanjang kabel gentian. Cahaya yang
berada di pinggir teras akan mengambil laluan yang lebih jauh tetapi
bergerak dengan kelajuan yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh indeks
pembiasan pada pinggir teras adalah rendah. Kesemua mod atau laluan
cahaya cuba untuk sampai ke satu titik secara serentak. Ini akan
menyebabkan kurangnya berlaku modal dispersion. Oleh sebab itu,
gentian ini boleh digunakan pada kadar denyutan yang sangat tinggi
maka, lebih banyak maklumat boleh dihantar. Gentian in berdiameter
teras antara 50 -85 m.

Salutan

Teras

Pergerakan
cahaya
E5122/U5/ 14
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Rajah 5.9 Laluan cahaya dalam Indeks Gred Pelbagai-Mod

(iii) Mod Tunggal (Single-Mode)

Mod Tunggal ialah satu gentian kaca tunggal yang mempunyai hanya
satu mod untuk pancaran cahaya dengan diameter teras dari 7 - 10 m.
Cahaya hanya bergerak melalui laluan tengah teras, seperti di Rajah
5.10. Gentian ini mengalami pembiasan yang kecil. Denyut keluaran
mempunyai tempoh yanng sama dengan denyut masukan. Jadi, kadar
ulangan denyut tersebut boleh ditinggikan. Hasilnya, lebih banyak
maklumat dapat dibawa pada jarak yang lebih jauh.

Salutan

Teras

Pergerakan
cahaya

Rajah 5.10 Laluan cahaya dalam Mod Tunggal

5.4 Perbandingan Antara Ketiga-Tiga Mod

Inginkah anda tahu perbezaan


ketiga-tiga mod tersebut?
Sila rujuk Jadual 5.2 dan
telitikanya
E5122/U5/ 15
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Pelbagai-Mod
Ciri-Ciri Mod Tunggal
Indeks Langkah Indeks Gred
Saiz teras 50 - 100 m 50 -85 m 7 - 10 m
lebih kurang sama
Sudut pantulan linear dan kurang
Lebih tajam. seperti bentuk
cahaya pemantulan
gelombang.
Kecil (15 MHz/km 500 MHz/km – 1500 Luas dan lebar sehingga
Lebar jalur
– 50 MHz/km.) MHz/km. beberapa ribu MHz/km.
Jarak Jarak dekat dan sederhana (lebihkurang 50 jarak jauh ( lebihkurang
Penghantaran km) 500 km)
Penghantaran
300 M bit per saat 1 G bit per saat
isyarat
Panjang
850 nm dan 1300 nm. 1300 nm dan 1550 nm.
gelombang ()
cahaya berkuasa tinggi
Menggunakan ultraviolet sebagai pembawa
seperti cahaya laser
Sumber cahaya maklumat, kerana ia berkemampuan
untuk penghantaran jarak
membawa lebih banyak data.
yang jauh.
Penyenggaraan
penyambungan adalah
rumit, kerana gentian
Penyambungan
yang halus serta
dan murah, serta mudah diperbaiki.
memerlukan mikroskop
penyenggaraan
untuk memudahkan
penglihatan semasa
menjalankan kerja.
Jarang digunakan, sesuai
Banyak digunakan untuk penghantaran
Aplikasi untuk kegunaan komersil
jarak dekat seperti bangunan, pejabat,LAN.
Agak-agak macam mana seperti Syarikat Telefoni.
nak sambungkan gentian
Jadual 5.2 Perbandingan
optik, haa!!di antara mod gentian optik
Mesir

USA Australia
E5122/U5/ 16
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

5.5 Penyambungan Dan Penggandingan

Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan teknik penyambungan dan


penggandingan. Apabila kabel gentian yang panjang diperlukan, dua atau lebih
gentian perlu disambungkan. Proses penyambungan ini didahului dengan teknik
splicing, kemudian kedua-dua penghujung gentian dicantumkan sejajar dihujung
gentian dan dilakurkan (fusion) dengan menggunakan kepanasan. Terdapat pelbagai
jenis penyambung yang boleh digunakan bagi memudahkan proses splicing dan
seterusnya, mencantumkannya kepada gentian lain, pemancar, penerima dan
pengulang (repeaters)

Terdapat pelbagai jenis penyambungan yang digunakan bagi kegunaan yang berlainan
tetapi yang biasa digunakan ialah

i. Sejajaran lurah V (V grove allignment)


- Empat rod bulat mengelilingi gentian membentuk empat lurah dan empat titik
sentuhan untuk memegang gentian agar tetap di kedudukannya, rujuk Rajah
5.11.
Lengan
ii. Pengisian menggunakan bahan-bahan anjal mengelilingi gentian, rujuk
Pin penentu
Rajah 5.12. Melalui rajah tersebut, kita dapat melihat gentian berada di antara
logam anjal. Logam ini terletakkedudukan
di dalam taper bush
Rajahdi5.11
kedua-dua hujung.
Sejajar lurah V
Taper akan menekan logam anjal supaya ia dapat masuk kedalam bushnya.
Daya tekanan ini akan menyebabkan penyambung bercantum sejajar pada
satah anjal
Logam yang sama. Gentian

Taper bushing
Logam anjal

Rajah 5.12 Pengisian


menggunakan logam anjal

Logam
dimampatkan
kedalam bush
E5122/U5/ 17
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Gambarajah 5.13 Jenis-


jenis penyambung

Dari Gambarajah 5.13, dapat dilihat beberapa jenis penyambung dan pengganding
yang sering digunakan dalam gentian optik, antaranya Penyambung SMA, SC, ST dan
FC.
E5122/U5/ 18
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

(i) Penyambung SMA, merupakan penyambung yang digunakan pada


peringkat awal, bermulanya era gentian optik. Kini, ianya kurang
popular.

(ii) Penyambung SC (Snap-in Single-Fibre Connectors), digunakan untuk


penyambungan gentian optik Mod Tunggal. Kosnya murah, berkualiti
sederhana dan mempunyai daya ketahanan yang baik. Ia memberikan
kedudukan yang tepat dengan pemegang logam (ferrule), Rajah 5.14
(a) menunjukan contoh penyambung SC dan Gambarajah 5.15 (d)
menunjukan pengganding SC.

(a) Penyambung SC (b) Penyambung ST (c) Penyambung FC/PC

Rajah 5.14 Contoh-contoh penganding gentian optik

(iii) Penyambung dan pengganding ST (Twist on Single) seperti di Rajah


5.14 (b) dan Gambarajah 5.15 (a) dan (b), menyerupai pengganding
BNC (Banana Jack Connector). Ia digunakan pada gentian optik Mod
Tunggal dan Mod-Pelbagai. Pengganding ini menggunakan spring dan
kekunci untuk disambungkan dengan baik.

(iv) Pengganding FC (Fiber Connector) seperti di Gambarajah 5.16, juga


dikenali sebagai pengganding PC. Binaan asas bagi penyambung ini
hampir sama dengan ST tetapi tidak mempuyai kekunci. Malah
digantikan dengan bebenang skru. Pengganding FC digunakan pada
(a) Penyambung SC sahaja.
Mod Tunggal (b) Pengganding FC

(c) Pengganding terus (d) Pengganding Double- SC


E5122/U5/ 19
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

Gambarajah 5.15 Penyambung dan Pengganding gentian optik

AKTIVITI 5.C Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

1. Indeks pembiasan adalah tinggi di bahagian


(a). teras
salutan
2. Nyatakan tiga jenis kabel gentian optik.
3. Pemanjangan denyut cahaya dipanggil _____________
4. Senaraikan dua jenis gentian di mana wujudnya
pemanjangan denyut cahaya.
5. Denyut berfrekuensi tinggi boleh dihantar melalui kabel
gentian optik bermod _____________________.
6. Teras Mod Tunggal mempunyai julat diameter
100 – 1000 mikrometer
50 - 100 mikrometer
2 – 15 mikrometer

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 22).
E5122/U5/ 20
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

PENILAIAN Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.


KENDIRI

1. Berikan empat perbezaan antara gentian optik dan kabel logam.


2. Lukiskan gambarajah blok bagi sistem gentian optik dan terangkan
fungsi blok tersebut.
3. Terangkan cara pergerakan cahaya bagi kabel gentian optik
dalam Indeks Langkah Pelbagai-Mod.
4. Nyatakan perbezaan bagi ketiga-tiga mod gentian optik dari
aspek panjang gelombang dan lebar jalur.
5. Bagaimanakah penghujung gentian optik dan penyambung
(connector) dapat disambungkan ?

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


mukasurat akhir bagi unit ini (mukasurat 23).
E5122/U5/ 21
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

RESPON Sila semak jawpan anda dengan jawapan


5.A dibawah.

kaca, plastik
lebar jalur yang luas
Salah
Betul
LED, Laser
E5122/U5/ 22
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


5.B dibawah.

1. digital
2. fotosel atau pengesan cahaya
3. indeks langkah, indeks pelbagai

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


5.C dibawah.

RESPON Semak jawapan anda.


1. (a)
KENDIRI
2. Indeks Langkah Pelbagai-Mod, Indeks Gred Pelbagai-Mod,
Mod Tunggal.
3. Modal dispersion
4.1. Indeks
RujukLangkah Pelbagai-Mod, Indeks Gred Pelbagai-Mod
Jadual 5.1
5.2. Mod Tunggal
Rujuk nota 5.3. Gambarajah Blok Sistem Gentian Optik dan
6. (c)
Kendalian
3. Rujuk nota 5.4.2.1. Indeks Langkah Pelbagai-Mod
4.
PerbezaanIndeks LangkahIndeks GredMod TunggalLebar jalur15 MHz/km
– 50 MHz/km.500 MHz/km – 1500 MHz/km.Luas dan lebar sehingga
beberapa ribu MHz/km.Panjang gelombang ()850 nm dan 1300 nm.1300
nm dan 1550 nm.
5. Proses penyambungan ini didahului dengan teknik splicing,
kemudian kedua-dua penghujung gentian dicantumkan sejajar
dihujung gentian dan dilakurkan (fusion) dengan menggunakan
kepanasan.
E5122/U5/ 23
SISTEM KOMUNIKASI GENTIAN OPTIK

You might also like