Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pembelajaran bm

pembelajaran bm

Ratings: (0)|Views: 1,166|Likes:
Published by Jampong Selat

More info:

categoriesTopics, Art & Design
Published by: Jampong Selat on Jun 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/08/2010

pdf

text

original

 
 Jurnal IPBA
/ Jilid 3 : Bilangan 2
27
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASAMELAYU: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH RENDAHDI DAERAH JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMURSeman Salleh
Jabatan Pengajian Melayu 
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Data kajianini diperoleh secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian tanpa turut sertadan temu bual. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalamkajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat tiga perkara utama iaitu kesediaanguru bahasa Melayu, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SK Cenderawasih. Data kajian kuantitatif diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi, sementara datakualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Dapatan kajian menunjukkanmajoriti guru berminat dan bersedia untuk mengajarkan bahasa Melayu.Mengikut persepsi guru, murid-murid juga bersedia untuk belajar dan guru-guru tidak menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian juga menunjukkan majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalahberkelayakan dan berpengalaman.
PENGENALAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupanmanusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan oranglain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman,buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmupengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran,1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu,guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikanmurid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidangpendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajarandan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru denganmurid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia(Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dankemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatanpelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif 
 
 Jurnal IPBA
/ Jilid 3 : Bilangan 2
28
pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar,bertutur, membaca dan menulis.Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalammenentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasaMelayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997)menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancangpengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran danpembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuksahsiah murid.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu.Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalahuntuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai sertamenghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduandan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan FalsafahPendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuaidalam pelbagai keadaan perhubungan. Sementara dalam Sukatan PelajaranBahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) juga menggariskan 11objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa sebagaimana yangberikut;i.ii.iii.iv.v.vi.vii.viii.mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yangterdapat dalam kehidupan sehari-hari;bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas sertamenggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengankematangan;menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalanbagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikuttajuk dan format yang betul;memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karanganprosa dan puisi;menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagaiilmu;
 
 Jurnal IPBA
/ Jilid 3 : Bilangan 2
29
ix.x.xi.
LATAR BELAKANG MASALAH
Banyak guru yang menganggap mengajarkan bahasa Melayu merupakansuatu tugas yang mudah. Kajian Seman Salleh (2005) menunjukkan semuaguru yang menjadi responden dalam kajiannya berminat dan seronokmengajarkan bahasa Melayu kerana mereka menganggap bahasa Melayusebagai mata pelajaran yang mudah untuk diajar. Tanggapan ini diterima olehpentadbir sekolah dan tindakannya ialah menentukan guru bahasa Melayudalam kalangan guru yang bukan opsyen bahasa Melayu. Amalan ini berlakudisebabkan guru besar menganggap mata pelajaran bahasa Melayu bolehdiajar oleh guru-guru lain selain guru yang beropsyen bahasa Melayu.Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan kebanyakan sekolah khususnyasekolah-sekolah di pedalaman menghadapi masalah kekurangan guru.Kekangan ini mungkin menyebabkan guru-guru yang mempunyai opsyentertentu tidak ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Hal ini menyebabkansekolah menghadapi masalah untuk menentukan guru mata pelajaran yangsesuai. Kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasaMelayu menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan denganmenempatkan guru-guru yang memilki opsyen lain untuk mengajarkanbahasa Melayu. Kajian-kajian terdahulu juga mendapati adanya guru-guruagama, sains, matematik dan sebagainya yang mengajarkan bahasa Melayudi sekolah. Perkara ini mungkin dapat menyelesaikan masalah kekuranganguru tetapi tindakan ini tidak dapat membantu meningkatkan penguasaanberbahasa dalam kalangan murid. Guru-guru ini kebanyakannya kurangmenguasai aspek-aspek bahasa dan ini menimbulkan masalah apabila merekamenyampaikan pengajaran. Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan kebanyakan sekolah khususnyasekolah-sekolah di pedalaman menghadapi masalah kekurangan guru.Kekangan ini mungkin menyebabkan guru-guru yang mempunyai opsyentertentu tidak ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Hal ini menyebabkansekolah menghadapi masalah untuk menentukan guru mata pelajaran yangsesuai. Kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasaMelayu menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan denganmenempatkan guru-guru yang memilki opsyen lain untuk mengajarkan bahasaMelayu.menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan danpenulisan;memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteksyang betul dan sesuai; danmenggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untukberkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilangketurunan.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ayong Andam liked this
Ayong Andam liked this
orazza_jpm8817 liked this
hanturayau liked this
asydt8 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->