You are on page 1of 1

Tarikh PMR, UPSR dianjak

TARIKH peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2008 dianjak ke depan, masing-masing 13 dan enam hari berbanding penjadualan tahun lalu.

Berdasarkan takwim peperiksaan 2008 dalam portal rasmi Kementerian Pelajaran, peperiksaan PMR
dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 20 Oktober berbanding 1 hingga 5 Oktober tahun lalu.

Anjakan jadual berkenaan secara tidak langsung mengelakkan pertembungan tarikh peperiksaan itu dengan sambutan Aidilfitri
tahun ini pada awal bulan berkenaan.

Murid Tahun Enam akan menduduki peperiksaan UPSR mulai 9 hingga 11 September berbanding 3 hingga 5 September tahun
lalu.

Perubahan jadual berkenaan selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran untuk menge

Malah, Hishammuddin menjelaskan, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah mengambil kira pelbagai aspek berkaitan
pelaksanaan itu, termasuk dari segi penggunaan bilik kebal.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, juga pernah dilaporkan sebagai berkata cadangan menganjakkan tarikh
peperiksaan awam terbabit ke minggu terakhir sebelum cuti akhir tahun, timbul berikutan masalah ponteng sekolah di kalangan
calon selepas menduduki PMR dan UPSR.

Walaupun pihak sekolah sudah diberi garis panduan untuk mengadakan pelbagai program mengisi waktu senggang calon, beliau
berkata, ada kala pelaksanaannya kurang berkesan.

Sementara itu, jadual ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 kekal pada 12 November depan seperti tahun lalu, *****a
tempoh tahun ini singkat sehari berakhir 4 Disember berbanding 5 Disember sebelumnya.

Bagaimanapun, jadual ujian amalinya dianjakkan kepada 13 hingga 15 Oktober, lewat kira-kira setengah bulan berbanding 24
hingga 26 September tahun lalu.

Keadaan sebaliknya berlaku bagi ujian bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diawalkan kepada 14 hingga 16 Oktober.

lakkan calon kedua-dua peperiksaan awam itu menghadapi waktu senggang terlalu lama sebelum cuti akhir tahun persekolahan
bermula.

Laporan akhbar 14 Disember lalu memetik Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebagai berkata keputusan
menganjakkan jadual itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Penggal Persekolahan 2008 yang dipengerusikannya
selepas mengambil kira permintaan orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Bahan ini disalin dari laman web Berita Harian, 19/1/2008.Harap maklum.

You might also like