You are on page 1of 8

2.

1 Produk Kayu Tempatan

Menurut Malaysian Timber Industry Board (M11B) di dalam kertas bertajuk //Specifying Timber for

Building Constructions/ kayu-kayan ternpatan dikelas kepada 4 kumpulan utama iaitu;

(a) Kumpulan kayu keras yang berat (HHW -Heavy Hardwood)

Jenis kayu adalah cengal, balau/selayan barn, kekatong, merbau, tembesu dan resak.

(b) Kumpulan kayu keras yang sederhana berat (MHW - Medium Hardwood)

Jenis kayu adalah kapur, kempas, keruing dan tualang.

(c) Kumpulan kayu keras yang ringan (LHW - Light Hardwood)

Jenis kayu adalah jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah

( d) Kumpulan kayu yang lembut (SW - Softwood)

Jenis kayu adalah damar minyak, geronggang, jelutorig, petai, sesendok, terap dan

terentang.

2.1.1 Ciri-Ciri dan Kegunaan Kayu Tempatan Untuk Perabot

Boleh dikatakan semua kayu di negara ini sesuai untuk digunakan membuat perabot. Tetapi ianya

bergantung kepada sturktur kayu tersebut. Bagi kategori kayu keras dan berat, kesemua jenis boleh

digunakan untuk membuat perabot. Sebagai contohnya ialah merbau dan tembesu boleh dibuat kerja

hiasan, parket dan perabot. Bagi kategori kayu keras dan sederhana berat, hanya kayu tualang sahaja

sesuai untuk dibuat perabot. Seterusnya semua jenis kayu keras dan ringan sesuai dibuat perabot.

Kayu-kayu itu ialah nyatuh, meranti, ramin, sepetir dan kayu getah. Begitu juga dengan kayu lembut

iaitu damar minyak, jelutung, geronggang, petai dan pulai adalah sesuai untuk perabot. Melalui

Jadual di bawah di ceritakan mengenai iri-ciri dan kegunaan kayu tempatan Malaysia. \

1
Jadual : Ciri-Ciri dan Kegunaan Kayu Di Malaysia
Kekuatan
Kumpulan Nama Ketumpatan Kegunaan
Tekanan
1. Cengal 993 kg/m3 Kapal, rangka, ukiran kayu.
Jambatan, cerucuk,gelegar, lantai dan
2. Balau 1027kg/m3 9.98N/mm2
perabot.
Rasuk, rangka pintu/tingkap,
3. Kekatung 11.38N/mm2
(A) pemegang alai lantai parket dan panel.
Keras dan Kerja hiasan, parket, perabot, venier
4. Merbau 847kg/m3 9.17N/mm2
Berat dan pemegang alat
Pembinaan berat,tiang rasuk, cerucuk,
4.9 -
5. Resak lantai, jambatan, kaval, rangka pintu /
11.45N/mm2
tingkap.
Pembinaan berat, lantai parket dan
6. Tembusu 8.00N/mm2
perabot.
Pembinaan berat, tiang gelegar, panel,
1. Kempas 926kg/m3 7.52N/mm2 jambatan, parket, gerobok, cerucuk
dan pemegang alat.
(B)
Keras dan 4.34- Pembinaan umum, tiang, landasan,
2. Keruing 926kg/m3
Sederhana 9.17N/mm2 jambatan dan gerabak lori
Berat
3. Kapur 791kg/m3 Kekuda, rasuk dan tiang.
6.74N/mm2 Tiang, rasuk, parket, lantai dan
4. Tualang 875kg/m3
8.00N/mm2 perabot.
Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai,
1. Nyatuh 758kg/m3
siling dan perabot.
Pembinaan ringan, lantai,venier,
2. Meranti 707kg/m3 3.38N/mm2 perabot, papan lapis, pelapisan pintu,
(C) tingkap dan panel.
Keras dan
Hiasan perabot, dinding dalam dan
Ringan 3. Ramin 657kg/m3
panel.
4. Sepetir 707kg/m3 5.93N/mm2 Gerobok, panel dan perabot.
Perabot, panel, parket dan susur
5. Kayu getah 4.69N/mm2
tangga.
1. Damar
minyak Panel hiasan, vernier, papan lapis dan
(0) 2. Jelutung perabot. Bingkai gambar dan ukiran,
2.65N/mm2
Kayu lembut 3. Geronggang pensel, patung.
4. Petai
5. Pulai

Sumber: Kandar et al. Rekabentuk dan Teknologi 1: Asas Kejuruteraan awam dan Mekanikal 2008.

2
Gambar 1: Kabinet Dapor Perabot Kayu

Gambar 2: Set Meja Makan

3
2.2 Proses Rawatan Air Untuk Air Bersih Bagi Kegunaan Awam

Syarikat pengeluar air di sesebuah negeri menjalankan proses rawatan air ketat dan mengikut

piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia danm membekalkan air kepada pengguna. Syarikat itu

mematuhi proses piawai ditetapkan dalam setiap langkah dan peringkat dalam rawatan air sebelum

diagihkan kepada orang ramai. Berikut adalah proses rawatan air yang dijalankan di loji kendalian

Loji Pembersihan Air Sungai.

A) Muka Sauk.

Sebuah empangan limpah mengandungi beberapa unit pintu air yang dibina merentangi sungai. Pintu

itu mengawal paras air sungai dan menghalakan air ke jejaring yang menghalang kemasukan sampah

sarap kasar seperti daun dan ranting kayu. Air kemudiannya mengalir menerusi jejaring halus dan

masuk ke ruang yang dilengkapi pendesak pasir bagi membuang pasir yang mendap sebelum

mengalir ke lubang air mentah.

B) Pam Air Mentah

Dari lubang itu, air mentah dipamkan dengan pam elektrik melalui paip ke loji pembersihan air.

Lazimnya dua set pam dipasang iaitu satu set bertugas dan satu lagi dalam keadaan bersiap sedia.

Selepas jangka masa ditetapkan, pam yang bertugas itu dihentikan dan pam bersiap sedia

dihidupkan. Dengan cara ini, ada masa bertugas dan ada masa rehat untuk setiap pam.

C. Pengudaraan

Di loji pembersihan, air mentah yang mula-mulanya tiba distruktur pengudaraan bagi menambahkan

kandungan oksigen ke dalam air dan membuang gas terlarut. Kapur ditambah untuk meningkatkan

4
alkaliniti air ke tahap sesuai bagi memudahkan proses rawatan selanjutnya. Klorin juga didoskan

untuk membunuh bakteria dan mengoksidasikan besi dan mangan (batu kiwi)

D. Ruang Pencampuran

Selepas proses pengudaraan, air mentah dialirkan ke ruang pencampuran. Dalam proses ini, tawas

didoskan bagi membolehkan pembukuan jisim halus dan membentuk gumpalan. Polyeletrolit

kemudiannya didoskan bagi membantu proses pengentalan yang akan menguat dan membesarkan

lagi gumpalan itu supaya bercantum dan mengelakkan daripada pecah. Melalui cara ini, ia senang

dienapkan ke dasar tangki enapan.

E. Tangki Enapan

Tangki enapan berfungsi memisahkan air yang akan berkelompok akan mendap melalui graviti atau

kaedah lain. Air yang dipisahkan daripada mendapan kelihatan jernih dan akan dialirkan ke ruang

penapis

F. Penapis

Air jernih ditapiskan melalui lapisan pasir bagi memastikan tiada bahan terampal dalam air. Selepas

penapisan, tahap warna air dan kekeruhan akan mencapai piawaian ditetapkan oleh Kementerian.

G. Pemfluoridaan

Air yang ditapis akan mengalir ke tangki air bersih. Kandungan fluorida yang sesuai didoskan untuk

mencegah kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak.

5
H. Pembetulan PH

Klorin dicampur untuk mengekalkan baki klorin sehingga air dibekalkan kepada pengguna. Baki

klorin itu membasmi semua kuman jika ada. Kapur terhidrat dicampurkan untuk memastikan air

yang akan dibekalkan mempunyai nilai PH yang sempurna akan mencegah air daripada mengaratkan

bahan paip besi yang bersentuhan dengan air.

I. Stesen Pam Air Bersih dan Kolam Imbangan

Air bersih perlu dipamkan melalui paip utama ke dalam imbangan yang lazimnyta dibina di atas

bukit. Seperti stesen pam air mentah, lazimnya dua set pam dipasang iaitu satu set bertugas dan satu

labi dalam keadaan bersiap sedia.

J. Kolam Servis dan Kawasan Agihan

Dari kolam imbnagan, air dialirkan secara graviti ke kolam servis di kawasan berhampiran

pengguna. Kolam ini seterusnya mengagihkan air ke kawasan pengguna.

K. Pembuangan Sisa Enapcemar

Bagi memelihara alam sekitar, segala sisa enapcemar disalurkan ke tangki simpanan enapcemar dan

seterusnya diproses di tangki penebalan enapcemat. Proses ini dapat megurangkan kandungan cecair

dalam sisa enapcemar supaya mudah disimpan dalam danau enapcemar. Di danau enapcemar sisa itu

dapat dikeringkan ke tahap lebih tinggi. Sisa yang kering itu kemudiannya diangkut dan dilupuskan

di tapoak pelupusan sisa. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk kepada rajah di bawah.

6
Rajah: Proses Rawatan Air

7
8

You might also like