You are on page 1of 30

-EBOOK-

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN


PERTUKARAN
M A T A W A N G A S IN G
( FOREX )

Rahsia ForeX 1
PERHATIAN!

E-book ini dilindungi di bawah akta Hakcipta Terpelihara ©.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan

isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,

sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat izin bertulis daripada saya sendiri. Tanggungjawab hak

cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam e-

book ini. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan

ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga

sudah diambil. Pihak saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang

maklumat yang disalahgunakan.

Penerbitan e-book ini bertujuan membantu dan menyediakan

maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. Pihak saya tidak akan

bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang

ditanggung oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat

daripada penggunaan mana-mana kandungan buku ini sama ada secara

langsung ataupun tidak langsung.

Rahsia ForeX 2
1.0 PENGENALAN

Di dalam e-book ini saya akan menggunakan platform Marketiva

sebagai tapak pelaburan anda. Ini kerana Marketiva adalah platfom

dagangan forex yang mudah & senang dikendalikan, sesuai bagi mereka

yang baru menjinakkan diri dalam dunia forex. Malah anda akan diberi

$5usd percuma apabila mendaftar dengan Marketiva. Anda juga boleh

memulakan jual/beli sebenar dari serendah $1usd, tidak seperti platfom

lain yang memerlukan sekurang-kurangnya $100usd atau lebih. Setelah

anda dah faham perjalanannya dan cara-caranya bolehlah bertukar ke

platform lain sekiranya berminat.

2.0 APA ITU FOREX?

Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange iaitu

perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX.

Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi

melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita

membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang

ini ditransaksikan melalui broker dan dalam bentuk pair (pasangan)

sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

Rahsia ForeX 3
Perdagangan Tukaran Wang

Waktu Pasaran bermula Jam 12.00 Tengah Malam Waktu Mesir hari
Isnin dan di tutup jam 12.00 Tengah Malam hari Ahad. Waktu [ Mesir ini
adalah waktu musim panas kalau waktu musim sejuk di Mesir lewat 1
Jam.Bermakna akan buka jam 11.00 Malam hari Ahad dan tutup jam 11.00
Malam hari sabtu]

Pergerakan pasaran Forex dibuka dengan pasaran New Zealand &


Australia yang bermula Jam 05.00–14.00 Waktu Malaysia [12.00 Tgh Malam
Sehingga Jam 9.00 Pagi-Waktu Mesir],

Terus ke pasaran Asia iaitu Jepun, Singapura & Hongkong yang bermula
Jam 07.00–16.00 Waktu Malaysia [2.00 Pagi Hingga 11.00 Pagi-Waktu Mesir],

Kemudian diikuti dengan pasaran Eropah iaitu Jerman & UK yang


bermula pada pukul 13.00–22.00 Waktu Malaysia [8.00 Pagi hingga 5.00 Pagi -
Waktu Mesir]

Disusuli dengan pasaran Amerika yang berlangsung pada pukul 20.30–


10.30 Waktu Malaysia [3.30 Petang Hingga 5.00 Pagi.]. Di Malaysia kita boleh
masuk pasaran dari 5.00a.m hari Isnin - 5.00 a.m hari Sabtu.

Dalam perkembangan sejarahnya, bank pusat yang dimiliki oleh negara-negara


matawang asing yang terbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan
pasaran forex yang bebas.

Menurut survey BIS (Bank International for Settlement – bank pusat dunia),
yang dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasaran forex mencapai
lebih dari USD$1.4 Trillion sehari. Dengan demikian, prospek pelaburan forex
adalah sangat bagus.

Berdasarkan kepada kecairan dan keaktifan pergerakan harga yang tinggi


tersebut, FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular kerana ROI
(Return On Investment atau kembalinya nilai pelaburan yang telah kita tanam)
Rahsia ForeX 4
serta profit yang akan diperolehi melebihi dari nilai perdagangan pada
umumnya (secara purata pulangan berkisar lebih dari 5% - 10% sebulan, malah
boleh mencapai lebih dari 100% sebulan untuk professional trader). Akibat
pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga berisiko tinggi apabila anda
tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengaturan dan pengurusan
kewangan dengan baik dan bijak.

Matawang yang banyak diperdagangkan adalah Dollar Amerika, Poundsterling,


Euro, Yen, Franc Swiss, Dollar Australia, Dollar Canada, dan Dollar New
Zealand.

Simbol Mata Wang Keterangan

UR / USD Euro terhadap US Dollar


GBP / USD Poundsterling terhadap US Dollar
USD / JPY US Dollar terhadap Yen
USD / CHF US Dollar terhadap Franc Swiss
USD / CAD US Dollar terhadap Dollar Kanada
AUD / USD Australia Dollar terhadap US Dollar
NZD / USD New Zealand Dollar terhadap US Dollar

Rahsia ForeX 5
BAGAIMANA PERDAGANGAN FOREX DIJALANKAN MELALUI
INTERNET?

Untuk perdagangan Forex melalui internet, anda perlu mendaftar dengan


sesebuah syarikat sebagai Broker di Amerika melalui internet. Kemudian anda
akan muat-turun perisian perdagangan Forex ke dalam komputer anda yang
dibekalkan oleh Broker tersebut.

Melalui perisian tersebutlah anda akan melakukan penjualan dan pembelian


beberapa pasangan gandingan matawang asing. Segala proses penjualan dan
pembelian gandingan matawang asing berpandukan carta di dalam perisian
tersebut.

Sebagai contoh katakan anda memilih gandingan matawang Euro dan USD iaitu
EUR/USD. Jika pasaran matawang EUR/USD sedang menurun berpandukan
carta tersebut, anda akan melakukan penjualan. Untuk melakukan penjualan
anda hanya klik pada nilai harga dalam bahagian BID. Jika pasaran melalui
carta tersebut semakin menurun, anda akan mendapat keuntungan semakin
banyak.

Jika pasaran matawang EUR/USD sedang meningkat berpandukan carta


tersebut, anda akan melakukan pembelian pula. Untuk melakukan pembelian
anda hanya klik pada nilai harga dalam bahagian OFFER. Jika pasaran melalui
carta tersebut semakin meningkat, semakin banyak anda akan memperolehi
keuntungan.

Ini bermakna walaupun pasaran sesuatu gandingan matawang meningkat atau


menurun, anda masih memperolehi keuntungan. Ini tidak seperti pasaran saham,
yang mana anda akan memperolehi keuntungan semasa pasaran meningkat
sahaja.

Rahsia ForeX 6
BAGAIMANA SESEORANG PEDAGANG FOREX MEMPEROLEHI
KEUNTUNGAN BERIBU RINGGIT DALAM MASA BEBERAPA JAM
SAHAJA MELALUI INTERNET?

Keuntungan di dalam perdagangan Forex berdasarkan perubahan angka yang


terakhir sekali pada nilai sesuatu gandingan matawang. Pergerakan angka
tersebut di panggil PIP.

Sebagai contoh katakan anda ingin berdagang matawang EUR/USD. Harga


jualan ialah 1.2035. Katakan harga tersebut meningkat kepada 1.2065 dalam
masa 30 minit. Maka anda akan mendapat keuntungan sebanyak 30 PIP atau
point.

Satu PIP anda boleh mendapat keuntungan sebanyak US$10 bergantung kepada
modal yang dilaburkan. Oleh itu jika anda memperolehi keuntungan sebanyak
30 PIP, ini bermakna anda telah memperolehi keuntungan sebanyak US$300
dalam masa 30 minit. Jika ditukar dengan matawang Ringgit, anda akan
mendapat keuntungan lebih kurang RM1,200 dalam masa 30 minit sahaja.

Sekiranya berminat untuk berdagang FOREX di Marketiva. Klik Di Sini Untuk


Pendaftaran Percuma : www.marketiva.com/?gid=6033

Adakah dengan mendaftar secara percuma ni anda sudah boleh terus melabur
dalam FOREX? Jawapannya adalah Tidak. Disinilah masalah yang saya hadapi
masa mula-mula Daftar dengan Marketiva ni. Lepas daftar dah tak tahu nak buat
apa. Tentu anda tak puas hati bukan. Jangan risau, silalah lihat langkah yang
seterusnya.

Rahsia ForeX 7
3.0 BAGAIMANA NAK MULAKAN?

• ADA 3 AKAUN YANG PERLU ANDA REGISTER

1. AKAUN MARKETIVA
2. AKAUN E-GOLD
3. AKAN WANNAGOLD

• KENAPA ANDA PERLU BUKA AKAUN INI?

1. Akaun Marketiva
- sebagai tapak anda menjalankan urusniaga FOREX.

2. Akaun Egold
- egold dalam nilai usd digunakan dalam menjalankan urusniaga
FOREX (matawang antarabangsa). Setelah anda daftar pastikan
anda diberikan nombor akaun tersebut. Nombor akaun ni
penting. JANGAN HILANGKAN!!. Selepas register, dalam
akaun anda takde apa-apa lagi egold. Kena beli dulu egold dekat
Wannagold.

3. Akaun Wannagold
- adalah tempat anda beli egold. Kalau takde egold macam mana
nak mulakan pelaburan. Anda transfer duit anda dekat Akaun dia
orang bagi tu dan dia akan tukarkan dalam bentuk egold(usd) dan
terus masukkan dalam akaun egold anda. Pastikan bagi nombor
akaun Egold yang tepat.
** $1usd egold = RM 3.80 (bergantung pada keadaan semasa).

• SELEPAS anda dah ada egold dalam akaun Egold, baru boleh transfer
masuk dalam Akaun Marketiva anda. Sekarang anda sudah ada modal
dalam akaun Marketiva. Bolehla melakukan proses jual/beli sekarang.

Rahsia ForeX 8
3.1 BUKA AKAUN MARKETIVA

1. Untuk register akaun Marketiva sila ke www.marketiva.com/?gid=6033

2. Klik ke ‘Open an Account’

3. Selepas anda register, pihak Marketiva akan minta anda scan

maklumat diri anda seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan

Bil sebagai pengesahan maklumat pengenalan diri anda yang telah

anda isikan tadi. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul

semasa pendaftaran.

4. Selepas mendaftar, anda bolehlah Download Streamster di sebelah

kanan atas di website tersebut. Disini tempat anda melakukan urusniaga

jual/beli. http://www.marketiva.com/index.ncre?page=downloads

SYARAT & TERMA - OPEN ACCOUNT


IDENTITI SEBENAR ANDA DIPERLUKAN

• Anda perlu mengunakan nama dan alamat sebenar seperti yang tercatat
pada MyKad atau Lesen Memandu anda.
Ini bagi memudahkan proses Identify Yourself
• Anda hanya dibenarkan memiliki satu akaun sahaja.
• Simpan semua butiran semasa mengisi borang untuk tujuan yang
mungkin diperlukan nanti.

COUPON CODES Semasa mengisi borang OPEN ACCOUNT anda akan


diminta memasukkan COUPON CODES (bahagian 2). Isi salah satu coupon ni.
R9WRGE773S, C26T980EU1, 5R8RPT81IJ, P969SWH9TC,
2V35SL189Y, PI2TOSRV4R, XCCHK7B753, SBL3SBJZ3N,
XRZNYBR1HG, LTYA7RHIOP, BNWQTRH90T, XWLI8BJQOW,
VPDC7VZBCY, 0CFHTZ8056, ABQICEZXS4, BOPUAWZSQG

Rahsia ForeX 9
4.2 BUKA AKAUN E-GOLD

Untuk register akaun Marketiva sila ke http://www.e-gold.com/


Langkah-langkah untuk membuka akaun egold serta panduannya ada
saya sertakan bersama e-book ini sekali. Atau anda boleh download di
http://www.sureheboh.com/downloads/eBook-eGold.exe.
Diharap sila ikuti langkah-langkah tersebut.

4.3 BUKA AKAUN WANNAGOLD

Untuk register akaun Marketiva sila ke www.wannagold.com.


Kemudian register seperti biasa. Kemudian check email kalau ada
maklumat yang dia beritahu. Untuk beli egold sila Login id anda dan
klik di butang BUY Egold. Isi maklumat yang dikehendaki dan anda
akan menerima egold dalam masa 24jam. Untuk proses yang lebih
cepat. Anda boleh menghantarkan sms ke 019-3102210. Anda perlu
menyatakan jumlah egold yang anda inginkan dan tanya harga semasa
yang ditawarkan. (1usd = RM3.80++) Sekiranya setuju. Bolehlah
transfer ke akaun Maybank 5140 1177 8163 ( Mohd Khairi ).Sila
berikan no akaun egold anda berserta nama anda selepas anda
transfer duit tersebut.

TAHNIAH!! Anda telah berjaya memulakan langkah yang paling


penting dalam memulakan urusniaga FOREX ini. Tanpa langkah ini
tentu anda tidak akan tahu langkah seterusnya. Langkah di atas inilah
yang saya terpaksa bayar beratus-ratus untuk mendapatkannya.

INI BARU PERMULAAN ANDA………….

Rahsia ForeX 10
5.0 TINDAKAN YANG PERLU ANDA TAHU

• Setelah anda berjaya membuka ketiga-tiga akaun ini. Dan anda telah
download ‘Streamster’ di website Marketiva tadi. Sekarang bolehlah
Login di Streamster tersebut dan bolehlah mulakan urusniaga jual/beli
sekarang. Sebelum itu, anda hendaklah transfer semula duit dalam akaun
egold anda ke platform Marketiva. Caranya seperti berikut :
- Pergi ke Acount Center –> Deposit Funds -> Deposit by Egold -
> Masukkan jumlah yang anda ingin laburkan (minimum $1usd)
- Kemudia klik Deposit Funds
- Selepas itu anda akan diminta memasukkan password akaun egold
anda. Dan egold juga akan meminta no pin dimasukkan. No pin
tersebut akan dihantar ke email anda. Sila periksa email anda.
- Setelah anda masukkan pin, maka anda telah berjaya memindahkan
duit anda ke ‘Default Desk’ platform Marketiva untuk dilaburkan.
- Satu lagi langkah terakhir sebelum proses jual/beli dilakukan
ialah memindahkan duit anda dari ‘Default Desk’ ke ‘Life Forex
Desk’. Caranya; pergi ke Acount Center -> dan Klik Transfer
Funds Masukkan amaun yang ingin ditransfer kemudian klik
Transfer. Maka anda telah Berjaya untuk memulakan pelaburan.
Sekarang anda dah boleh memulakan proses jual / beli.

• Sila ke website ini untuk mengetahui panduan yang penting dalam


melakukan proses jual/beli ini :
http://www.sureheboh.com/trading_guide.html
http://www.sureheboh.com/info2.html
http://www.sureheboh.com/pending_order.html
http://www.sureheboh.com/indicator.html

• Saya menyarankan anda untuk membaca lagi maklumat asas berkenaan

Forex di http://www.sureheboh.com/info.html . Pelbagai maklumat

Rahsia ForeX 11
yang anda boleh fahami di sini. Selain itu, anda juga boleh lawati

website ini. http://www.babypips.com/

• Selain itu, anda hendaklah rajin buat rujukan-rujukan lain untuk

pembelajaran anda. Ebook ini tidak lengkap sepenuhnya kerana ianya

cuma langkah-langkah permulaan sahaja.

Rajin-rajinlah berbincang di forum-forum bagi mendapatkan maklumat yang


lebih dan teknik-teknik yang baru. Antara forum yang saya syorkan ialah
http://www.malaysiaforexgroup.com
http://www.cakapgold.com
http://www.jutawan.org
http://www.nogold.com
www.jomforex.com
http://suremasyuq.com/

• Ini baru permulaan anda yang ingin berjaya dalam Forex. Saya sendiri

pun masih dalam belajar. Makin lama main Forex makin banyak yang

saya tak tahu. Dan macam-macam kesilapan yang pernah saya lakukan.

Dari situ saya belajar. Tak selalu kita akan untung. Jadi, bersedialah

untuk rugi sebelum anda untung. Jangan fobia bila dah rugi. Displin itu

penting. Dan jangan TAMAK. Sesekali tamak takpe.. tapi jangan selalu..

Rahsia ForeX 12
6.0 GUIDELINES UMUM - FOREX TRADING
Hampir sebahagian besar trader profesional adalah trader yang
BERDISIPLIN.

1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.


- Bila anda akan masuk/keluar pasaran
- Bila anda akan menjual kerugian
- Dimana had maximum keuntungan anda
2. Trend pasaran adalah teman
Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa
trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend
pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak
melawan trend pasti anda tidak akan rugi.
3. Fokuskan perhatian pada modal
Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa
mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total
modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda
tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan
lebih dari itu dan habis ditelan margin sahaja.
4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan
kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini
berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar
berlaku. Pastikan posisi stop loss dan bila anda harus merelakan wang
anda hilang.
5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang
ingin anda capai, ketika target tercapai segera close. Biarkanlah harga itu
bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin
menguntungkan.

Rahsia ForeX 13
6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang
boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!
7. Buat catatan trading
Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau
gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari
apa yang telah dilalui.
8. Ketika was-was jangan masuk pasaran
Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri
saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam
adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.
9. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari
itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak
dapat memberi perhatian dan loss control.
10. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi
kaya.
Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg
sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam
tempuh yang singkat.
Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit
11. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan
(complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.
12. Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
Meskipun system forex ini didasarkan pada analisa ‘chart’, kita harus
juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga.
Mengetahui apa itu 'pivot', ‘support’ dan apa itu ‘resistant’ serta
perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah
support atau resistant.
13. Gunakan salah satu ‘teknik’ yang betul-betul anda kuasai.
Biasakan untuk menggunakan salah satu method (cara, kaedah) yang

Rahsia ForeX 14
anda mampu kuasai untuk bermain forex. Anda boleh menggunakan
indikator mudah seperti BGX, Vegas atau Sidus bersama RSI dan
MACD.
14. Mula dengan Virtual Trading
Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3
bulan untuk memahami pergerakan forex!

Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan
apa yang anda fikir!
Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan
disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.

90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup!


Money management sangat penting dalam bermain forex!

** Rujukan Tambahan / Tips


Anda boleh dapatkan pelbagai bahan rujukan disini. Semuanya anda
boleh download secara percuma. Rajin-rajinlah membaca.
http://my.hn8868.com/forex/CompleteGuide.htm

Lain-lain website Forex menarik yang boleh anda lawati ialah :


1. http://www.forexbasic.com/
2. http://www.piptrader.com/forex_education/
3. http://belajarforex.com/

Kalau tak cukup lagi maklumat atau masih lagi tak faham, anda
boleh belajar secara online dengan saya. Sekiranya Berminat sila
email ke jutawanmaybank2u@yahoo.com untuk membuat
temujanji. Atau anda terus bertanyakan melalui email. Kata
orang belajar berguru ni lagi senang kan. Saya hanya tawarkan
pada mereka yang baru mendaftar mengikut arahan yang diberi.

Rahsia ForeX 15
Dibawah ni ade lagi satu ebook Panduan AsaS FOREX untuk
bacaan anda. Lagi banyak membaca lagi banyak yang anda
faham….. Saya ambil diinternet…

7.0 PENUTUP

Sebelum saya mengakhiri ebook saya ini. Saya ingin memberitahu


dengan tegasnya bahawa ebook ini bukan ebook yang lengkap mencakupi
segalanya. Pembelajaran mengenai Forex memerlukan masa. Orang yang
berpuluh tahun main Forex pun sentiasa belajar dan memperbaharui teknik baru.
Di dalam ebook ini mungkin saya tidak ajar menggunakan teknik-teknik dalam
urusniaga jual/beli. Ini kerana terdapat pelbagai teknik yang boleh anda gunakan
dan ia boleh didapati secara percuma di dalam internet. Mungkin juga anda
telah download sebelum ini. Bergantunglah pada anda untuk guna yang mana
satu. Apa yang penting sekarang anda kena kuasai perkara yang paling Basic
yang saya telah nyatakan tadi. Kemudian baru mulakah langkah yang lebih
Advance. Janganlah terburu-buru kerana ia memerlukan masa. Belajar dulu
menggunakan akaun Virtual sebelum guna akaun yang sebenar. Bila dah anda
mula buat untung dalam akaun Virtual barulah anda guna akaun yang sebenar.

Apa yang penting sesuatu yang hendak kita dimulakan atau ceburi
adalah dengan ILMU dan panduan , kaedah atau teknik..itu paling utama..hatta
pencuri pun perlukan ILMU untuk MENCURI tau..!jangan tak percaya saya
katakan dia orang pun bermula dari pra sekolah…seterusnya universiti secara
sulit .. dan mereka mempunyai beberapa pangkat di alam mencuri ni..kalau
tidak masakan mereka mengetahui “lautan dalam panjang sejengkal” so,
fikir2kan..kalau tak pro silap2 kena tangkap…sepandai2 tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua kan..so,begitu jugalah alam berbisnes ni..semakin
kecil bisnes semakin rendah risikonya..semakin besar bisnesnya semakin tinggi
risikonya..terpulang mana2 individu lah..mana satu pilihannya..kebiasaan risiko

Rahsia ForeX 16
kecil untungnya lambat dan memakan masa..risiko besar pula untungnya cepat
dan singkat masanya untuk mendapatkannya.

Akhir kata..sebelum menceburi tentang pelaburan atau urusniaga


FOREX kita mesti mempunya wang atau modal..dari mana kita nak dapatkan
wang semestinya kita sudah bekerja di alam pribumi atau nyata..kita nampak
berdagang disini macam orang tak ada kerja..tapi tanggapan itu
salah..sememangnya mereka sudah bekerja bersungguh masa dulu di alam nyata
dan tiba masanya untuk melabur atau mengembangkan lagi wang yang tersedia
ada..beginilah alam bisnes..tak semestinya bila dah ada peluang disini kita rasa
sudah sampai masa untuk berhenti kerja yang sedia ada..kerja tetap kerja..di
FOREX pun kena kerja bersungguh2 juga..hakikatnya tak der perkara mudah
nak kaya..kalau angan2 itu memang leerr…naik ke bulan pun sampai..apapun
boleh dapat kalau kita di alam khayalan..

Adakah berbaloi menghabiskan ribuan RM atau USD untuk dptkan maklumat


atau ilmu ? YA..Insyallah kalau kita bersungguh2..Kerana memang berdagang
FOREX untungnya adalah tinggi..sama tinggi dengan risiko..tapi semakin tinggi
deposit/margin/jaminan kita insyallah kita tak akan rugi..misalnya MARGIN
kita $1000 kita hanya buka 2%-10% dari Margin/deposit itu kalau dapat untung
10 point atau 10 pips pun sudah memadai..dalam sekelip mata..Ingatlah
buangkan sikap tamak dalam hal ini dan banyakkan sabar.. Sabar.. Sabar…

Sekian dulu..jadi fikir2kan…“Orang yang bijak adalah orang yang pandai


membuat dan mencari ilmu duit dan menguruskannya”.Petikan Team
DebtFreedomFx.

Sekian Terima Kasih…….

Rahsia ForeX 17
E-book Panduan Asas Forex

1.1) Kenapa anda memilih forex?


a) Pasaran dua hala.Anda buleh mendapat untung ketika harge pasaran
sedang naik mahupun turun.
b) Pasaran 24jam sehari.Jadual Forex bermula pada hari Isnin jam
00:00GMT dan tutup lewat hari Jumaat.Sabtu dan ahad tiada dagangan Forex.
c) Pasaran yang sentiasa aktif dan bergerak cergas setiap hari. Nilai
dagangan mencecah USD $1.5 Trillions sehari.
d) Pasaran Forex tidak tidak dikawal oleh mana-mana individu,badan
persatuan atau pun negara.(Global)
e) Bagi mereka yang Muslim,Forex adalah halal.Ini disahkan sendiri oleh
Mufti Perak.Anda buleh rujuk berkenaan kenyataan forex di website Mufti
Perak :- http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm
*Masih ramai lagi yang meragui Hukum Forex.Secara amnya terdapat dua jenis
akaun yang ditawarkan oleh setiap Broker Forex,satu swap akaun satu lagi
swapfree akaun.Swap disini bermaksud cas yang dikenakan jika trading kita
melepasi satu hari(GMT00:00).Jika ini berlaku maka kita dikenakan bayaran
overnight charge.
Konsepnya berupa riba yang mana akaun jenis ini sememangnya melanggar
hukum syarak.Tetapi kebanyakan broker juga ada menyediakan swapfree
ataupun Islamic akaun bagi orang Muslim.Akaun ini biasenya hanya dikenekan
cas trading/bayaran komisyen sekali sahaja iaitu semasa memasuki trading,
jenis akaun inilah yang dibulehkan Islam.

Rahsia ForeX 18
1.2) Persediaan sebelum terjun ke alam Forex.

1.Belajar dan usaha memahami asas forex terlebih dahulu sebelum memulakan
forex trading sebenar.
-Ada banyak sumber percuma di internet yang padat dengan pembacaan asas
forex antaranya http://www.babypips.com dan http://www.fxstreet.com .
Turut serta dalam perbincangan forex dalam forum.Anda buleh dapatkan
beberapa contoh laman dan forum forex di http://jomforex.blogspot.com
2.Sebaik-baiknya latih trading forex dengan akaun demo dahulu(guna wang
maya).
3. Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan
mahupun kerugian dalam Forex.
-Beringat yang 90 ke 95% pedagang forex selalunya gagal.
-Sasaran anda adalah untuk berada dalam kelompok 5% tu dengan memastikan
kadar keuntungan anda lebih banyak dari kadar kerugian.
4.Berdisiplin dan cuba memahirkan diri dengan satu system/teknik forex
terlebih dahulu sebelum mencuba dengan teknik yang lain.
-Tidak ade system forex yang 100% untung.Tetapi anda buleh mencari teknik
yang baik dengan 70% keuntungan ataupun lebih.
5.Target keuntungan berdasarkan kemampuan dan hendaklah realistik.
-Mula dengan target yang rendah seperti 5pips ke 10 pips sehari.

1.3) Penggerak Pasaran Forex.


Walaupun tiada siapa yang mempunyai kawalan mutlak keatas pasaran Forex,
namun ade beberapa faktor dan kumpulan besar yang mampu menggerakkan
pasaran.
Kumpulan pertama ialah dari Kompeni atau Syarikat Koprat/Multinasional,yang
mana mereka ini secara kerap berdagang merentas negara.
Kumpulan kedua ialah Broker.Ia bertindak sebagai platform atau perantara
diantara diantara individu profesional ,broker-broker lain mahupun bank.

Rahsia ForeX 19
Kumpulan ketiga ialah Syarikat Kewangan atau Bank.Terutamanya bank besar
seperti Central Bank yang mana setiap kali kerajaan atau bank itu mengubah
polisi dalaman,seringkali pasaran Forex turut berubah.

2) Komponen dan Terma Asas Forex :-


Setiap kali kita berdagang di Forex,kita sebenarnya membeli atau menjual
antara dua matawang asing. Setiap Broker Forex ada menawarkan
pasangan(pair) matawang asing ini untuk didagangkan dan kita buleh
mencapainya di Pelantar(Platform) yang disediakan oleh setiap broker.
-contoh broker Forex = Marketiva,Northfinance,CMSFX dan Oanda.
-contoh pasangan matawang asing = USD/JPY , EUR/USD dan GBP/USD.
-contoh Pelantar = Marketiva streamer,Metatrader,Vtrader dam eSignal.

2.1) Matawang Forex (Currency)


Matawang forex diwakili oleh simbol(singkatan) yang telah ditetapkan.
Contoh :- US Dollar=USD,Jepun Yen=JPY,German Pound
Sterling=GBP,EURO=EUR dan Swiss France=CHF.
Matawang Forex didagangkan berpasangan dan unit yang mewakili pasangan
ini adalah kadar harga(rate) bagi kedua-dua matawang tersebut.
Contoh pasangan :- EUR/USD,GBP/USD,USD,JPY,GBP/JPY,USD/CHF dan
lainlain.
2.1.1) Matawang Forex terbahagi kepada dua kelas yang utama iaitu Direct
currency dan Indirect currency.
1)Direct currency merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US
Dollar.
-contoh seperti matawang Euro(EUR),Great Britain Pound(GBP)
2)Indirect currency pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding
US Dollar.

Rahsia ForeX 20
-contoh seperti Japan Yen(JPY),Swiss France(CHF) dan Australian
Dollar(AUS).Ada juga Trader yang mengkelaskan pasangan matawang kepada
Major dan Cross currency.
1) Major disini adalah pasangan matawang utama yang didagangkan bersama
Dollar US. Contoh : GBP/USD,EUR/USD,AUD,USD,USD/JPY,USD/CAD &
USD/CHF.
2) Cross pula ialah pasangan matawang utama yang tidak didagangkan bersama
matawang Dollar US.Contoh :
EUR/GBP,EUR/CHF,EUR/JPY,GBP/JPY,GBP/CHF & AUD/CAD.
2.1.2) Forex Quote.
Standet untuk setiap pasangan matawang dicatatkan dengan dua harga
pasaran semasa.
Satu ialah harga belian(bid/buy) dan satu harga jualan(offer/sell).
Contoh:- harge pasaran semasa pasangan EUR/USD dicatatkan dengan kadar
1.2810/1.2812, dari pada harga semasa itu,nilai dihadapan(1.2810) adalah harga
belian(bid).
Apabila kita membuat arahan belian(buy @ long) pada masa itu kita akan
dapat harga 1.2810. 1.2812(nilai harga dibelakang) pula ialah harga
jualan(offer),harga yang akan kita dapat apabila kita membuat arahan jual(sell
@ short).
Perbezaan antara harga jualan(bid) dan belian (offer) ini di panggil
'spreads'.Spread berbeza-beza antara pasangan matawang,dari contoh diatas kita
buleh dapatkan 'spread' utk EUR/USD = 1.2812-1.2810=2pips.

2.2) Jenis-jenis arahan(Order).


Bagi mendapat keuntungan dalam Forex,kita perlu melaksanakan arahan
Belian(BUY) ketika harga pasaran hendak naik dan menutup arahan tadi ketika
market sudah tepu atau hendak bertukar arah.
Jika keadaan sebaliknya(harege hendak jatuh) arahan Jualan(SELL) perlu
dilakukan. Arahan Jual(Sell) dan Beli(Buy) pula ade lagi beberapa keadaan :-
2.2.1)Market Order
Membeli(Buy New) atau menjual(Sell New) matawang pada harga semasa.

Rahsia ForeX 21
Contoh arahan : Jika kita ingin Membeli ,arahan Buy New perlu dilakukan dan
arahan untuk menutup pesanan tadi ialah Sell Close.
Manakala jika kita ingin menjual,arahan Sell New digunakan dengan arahan
Buy Close sebagai penutup.
contoh:-
2.2.2)Stop Order
Menempah Belian(Buy New Stop) atau Jualan(Sell New Stop) matawang
dengan lebih awal mengikut arah(trend) pasaran.
Contoh arahan : Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan ia akan
kekal naik,arahan yang betul adalah dengan menempah Belian(Buy New Stop
Order) pada point tersebut .

2.2.3)Limit Order
Menempah Belian(Buy New Limit) atau Jualan(Sell New Limit) matawang
dengan lebih awal berlawanan dengan arah(trend) pasaran.
Contoh arahan : Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan ia akan
bertukar(reverse) arah turun dari point tersebut,arahan yang betul adalah dengan
Menempah Jualan (Sell New Limit Order) pada point tersebut.

2.2.4) Arahan Stop Loss(SL) dan Target Point(TP)


i)StopLoss (Tahap menentukan Kerugian) adalah arahan yang bertindak
menutup posisi 'trading' semasa secara automatik apabila posisi semasa
mengalami kerugian dan mencapai sasaran StopLoss yang telah kita tetapkan.
ii) TargetPoint/TakeProfit (TP) pula arahan yang bertindak menutup posisi
trading semasa secara automatik apabila posisi semasa mendapat
keuntungandan mencapai sasaran (TargetPoint) yang telah ditetapkan.
*adalah penting untuk menetapkan arahan SL dan TP untuk setiap posisi
trading kita.Ini adalah salah satu funsi yang membolehkan kita mengawal
kerugian dan memaksimakan keuntungan.

2.3) Pips
Pips atau point ialah satu unit bagi mewakili perbezaan terkecil antara dua

Rahsia ForeX 22
pasangan matawang yang didagangkan.
-contoh,ketika kita memesan arahan Beli(BUY) pada pasangan matawang Euro
berbanding US Dollar (EUR/USD) ia berada pada kedudukan 1.2500.Beberapa
minit kemudian harege EURO/USD naik ke paras 1.2510.Pada ketika ini nilai
Pips= 1.2510-1.2500=+10pips.Nilai positif(+) mewakili situasi untung(in profit)
dimana kita pesan Beli(BUY) dan harege naik.Tetapi jika keadaan sebaliknya
iaitu harege pasaran turun ke paras 1.2490,nilai pips = 1.2490-1.2500= -
10pips(negatif = rugi).
2.3.1) Pengiraan Untung Rugi:
Contoh pengiraan untung/rugi dalam Marketiva:-
-Marketiva menggunakan unit Quantiti(Qty) sebagai nilai/modal/securiti untuk
kita membuka posisi.
-Tiada had minima dikenakan bagi satu-satu posisi.
-Nilai 1 Qty = 0.01usd.Ini bermakna jika ingin membuka satu posisi dengan
nilai 100usd,nilai dalam Qty bersamaan ~ 100/0.01=10,000 Qty.
Formula mendapatkan nilai usd dari jumlah pips yang kita dapat:-
Kadar untung@rugi(dlm usd)= [ (Nilai Pips) X (nilai terkecil pasangan) X
(Quantiti yang digunakan) ] / (kadar harga pasaran semasa=harga posisi
ditutup)
contoh:- kita dapat untung +30pips hasil dari posisi belian(1.2800) yang kita
tutup pada 1.2830 dengan modal 10,000qty(100usd).
kiraan untung(dalam usd) = [30x0.0001x10,000]/1.2830=$233.83usd.
2.3.2)Empat senario Untung Rugi:-
*Mereka yang sudah mempunyai pengetahuan asas forex buleh langkau topic
ini.
Senario1 :
-Harga pasaran EUR/USD=1.2800/1.2798
-Kita buka satu posisi belian (Buy Market Order).buy price=1.2800.
-Kemudian harga pasaran naik ke point 1.2810.
-Posisi semasa = untung positif +10pips
Senario2:
-Harga pasaran EUR/USD=1.2800/1.2798

Rahsia ForeX 23
-Buka posisi belian (Buy Market) pada 1.2800.
-Harga turun ke point 1.2780
-posisi semasa = rugi negatif -20pips
Senario3:
-Harga pasaran EUR/USD=1.2800/1.2798
-Kita buka posisi jualan (Sell market order) pada 1.2798.
-Harga naik ke point 1.2810
-posisi semasa = rugi -10pips
Senario4:
-Harga pasaran EUR/USD=1.2800/1.2798
-Buka posisi jualan (sell market order) pada 1.2798
-Harga turun ke point 1.2780
-Posisi semasa= untung +20pips.
*Apa yang kita mahukan adalah tersenarai dalam contoh senario 1 & 4 dan
mengelak senario 2 & 3.

3)Zon Masa Utama Forex


Dagangan matawang asing forex mengaktif mengikut pembukaan kaunter oleh
negara masing.
Contohnya pasangan matawang yang mempunyai matawang Yen Jepun akan
kuat mengaktif ketika kaunter jepun dibuka.Begitu juga Australia dengan AUD.
Great Britain dengan Pound ,E-12 dengan EUR dan US dengan USD.
Zon masa US adalah zon paling aktif unjuran dominasi US Dollar dalam
dagangan antarabangsa.
Zon Euro adalah yang kedua aktif diikuti dengan zon Jepun dan Australia.
Bagi melihat zon-zon masa forex dari pembukaan market Australia ,kemudian
Jepun,Euro dan akhir skali US,anda buleh lihat sumber dari website Oanda
disini :
http://fxtrade.oanda.com/resources/fxmarkethours/
*(pilih time zon = GMT +8 untuk merujuk pada masa Malaysia)

4) Trend Pasaran Forex

Rahsia ForeX 24
4.1)Tiga jenis Carta Forex
Ada 3 jenis carta utama dalam forex :-
i)Candle stick jepun
ii)Line chart.
iii)Bar chart.
Contoh tiga jenis carta :-
4.2)Major & Minor Trend
Secara umumnya terdapat dua jenis trend market iaitu tren utama(major ) dan
tren sementara(minor).
Ade ketikanya pasaran hanya mendatar(Trading range).
Mengenal pasti major & minor trend adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh
setiap trader.
4.3)Kondisi/corak Pasaran
Mewakili corak/mood pasaran semasa.
Secara umumnya terdapat 4 kondisi/Mood Market.
a)Trending Market
-Paling disukai ramai trader kerana trending market selalunya mempunyai arah
samada keatas-Uptrend/North/Bull(lembu) ataupun kebawah –
Downtrend/South/Bear(beruang).
Contoh:-
Kita buleh lihat pergerakan pasaran didalam channel uptrend.

b)Ranging Market
Ranging Market mempunyai kadar pergerakan yang sederhana dengan had
atas(top) dan bawah(bottom) yang lebih kurang sekata.
Market masih bergerak aktif tetapi masih duduk didalam kawasan antara top &
bottom.
c)Flat Market
Flat market merujuk pada kondisi market yg mendatar dan mempunyai kadar
pergerakan market yang sangat sedikit(lebih kurang 10-15pips.
Salah satu kondisi market yang kurang digemari oleh trader.
d)Choppy Market

Rahsia ForeX 25
Choppy Market merujuk pada kondisi market yang kucar kacir dan tidak
mempunyai arah.Pasa ini market tercari-cari arah,ada juga yang menggelarnya
reaksi “panic”.Kurang sesuai untuk trading pada masa ini.Juga salah satu
kondisi market yang kurang digemari.
5) Analisa Teknikal.
Menganalisa harga pasaran secara teknikal adalah satu cara untuk kita
mengetahui dan meramal trend yang akan terbentuk dengan membandingkan
corak(patern) trend sekarang dengan patern market yang lepaslepas. Walaupun
kita tidak mengetaui apa yang akan berlaku pada market akan datang,tetapi ada
masenya sesuatu pergerakan market itu berulang seperti tren yang lepas-lepas.
Ada banyak kes studi ,teori dan teknik kira-kira yang digunakan dalam analisa
teknikal.Antaranya ialah Fibonacci,Elliotwave,teori
Dow,Gann,MedianLine,MurrayMath Line,analisa berdasarkan market
volume,Moving average,channel/tunnel,BollingerBand, ParabolicSAR,
pivotPoint,Breakout strategy dan Candlestick patern.

Semua Teknik dan teori teknikal analisis ini boleh didapati secara percuma
di internet. Anda Cuma Search dekat engine carian.

5.2) Indicator
merujuk kepada analisa matematik keatas pergerakan harga market
semasa.Ianya diprogramkan supaya memaparkan satu corak(patern) diatas carta.
Terdapat dua jenis indicators iaitu leading indicator(mendahului) dan lagging
indicators(mengekori).
5.2.1)Leading Indicators :-
- CCI,Relative Strength Index(RSI) dan Stochastic
-Menganggar harage pasaran mencapai paras jualan tepu (oversold) dan belian
tepu(overbought).
contoh leading indicator:-
i)RSI
-mengukur peratusan jual/beli dengan mentafsir nilai overbought(cenderung
menurun) jika RSI >80 dan oversold(cenderung menaik) jika RSI <20.

Rahsia ForeX 26
5.2.2)Lagging Indicators :-
i)MA - Moving Average adalah salah satu indicator yang popular.Ia digunakan
untuk menggambarkan trend jika harga semasa melepasi satu-satu unjuran
MA.Antara setting MA yang pupolar =
5EMA,20EMA,100EMA,200SMA,60SMA,50EMA dan banyak lagi.
ii)MACD Moving Average Convergence-
Divergence,mengukur pergerakan dua Line Moving Average(slow &
fast).Biasanya digunakan untuk melihat divergence iaitu ia
memperlihatkan corak pergerakan yang berlawanan dengan corak harege
pasaran.

5.4)Teknik1: Pendekatan Support & Resistance.


a)Support(had sokongan) juga dipanggil valley(lembah) adalah tempat atau
zon terendah dimana berlakunya pertukaran arah dari menurun(downtrend)
kepada menaik(uptrend).
b)Resistance(had rintangan) juga dipaggil peak(puncak) adalah tempat atau zon
tertinggi dimana berlakunya pertukaran arah dari menaik (uptrend) kepada
menurun(downtrend).
Pedagang Forex menggunakan zon-zon Support dan Resistance sebagai
panduan menentukan point Entry (masuk) dan Exit(keluar -TP@SL)
Teknik support & resistance ini buleh diaplikasikan pada Daily Pivot Point.
Contoh adalah seperti berikut:-
Daripada rajah kita dapat lihat carta pair 4H EUR/USD dengan Pivot harian
serta zon support & resistance.Zon-zon ini lah yang perlu kita ambil perhatian.
Anak panah mewakili kemungkinan pergerakan market bergantung pada
momentum dari FA ataupun market volume.

5.5)Teknik2 : Strategi Breakout High & Low


Teknik Breakout biasenya digunakan dalam trading harian bagi mengenal pasti
sama ada satu-satu trend market itu masih sama seperti hari sebelumnya (berada
dalam range) ataupun berubah(breakout).
Terbahagi kepada dua jenis :-

Rahsia ForeX 27
a)Breakout High
-satu point tertinggi dicapai melepasi point tertinggi hari-hari sebelumnya.
a)Breakout Low
-satu point terendah dicapai melepasi point terendah hari-hari sebelumnya.
Teknik dan konsep Breakout ini juga fleksibel dan buleh digabungkan dengan
mana-mana teknik atau kaedah analisis teknikal lain seperti Fibo dan pivot
support&resistance.

5.6)Teknik3 : Kaedah Fibonacci.


Kaedah Fibonacci diasaskan oleh tokoh Matematik terkenal Leonardo Fibonacci
de Pisa yang terkenal dengan buku berjudul Book of Calculation.
Beliau telah menemukan banyak formula matematik dan salah satu yang
popular dan digunakan sehingga kini ialah Konsep Fibonacci lebih ringkasnya =
Fibo.
Banyak rujukan percuma yang memberi penerangan asal usul dan pengiraan
komples Fibo,tetapi dalam pembelajaran asas saya ini cuma menerangkan
penggunaan nombor-nombor atau zon-zon penting Fibo sahaja.
Nombor yang biasa digunakan ~ 0.382(38.2%),0.50(50%) dan
0.618(61.8%),ini adalah beberapa nombor 'Magic' dalam analisa teknikal Forex.
Apa faedah nya Fibo pada Forex?
Oleh kerana popularnya pendekatan Fibo dikalangan Pedagang-pedagang awal,
ramai munggunakan ia sebagai salah satu kaedah menentukan zon-zon Support
dan Resistance.

5.7)Teknik4 :Simple Trendline Trading.


Teknik ini adalah antara teknik paling asas,tetapi ianya buleh menjadi teknik
yang baik bila kita gabungkan dengan teknik-teknik sebelum ini.
Melukis/mejajarkan trendline tidaklah sesukar mana,tetapi mendapatkan
trendline yang betul agak mencabar.
Trendline buleh dibentuk dengan menjajarkan satu garis lurus pada dua atau
lebih titik tertentu.

Rahsia ForeX 28
6) Analisis Fundemental
Masih ada satu lagi bab yang masih saya belum cover iaitu analisa
fundimental(Fundemental analisys - FA).
Kenapa FA sangat penting?Ia penting kerana ada selalunya trader mentafsirkan
FA sebagai leading indicator dalam pasaran forex.Kebiasaannya kita hanya
guna TA untuk mengekor/memimpin hala tuju market.
Ada juga orang cakap FA ialah pemandu dan TA punya adalah sebagai
tokolmeter kepada pemandu tadi.
Fundemental Analisys mempunyai banyak elemen,antaranya ialah keadaan
politik dan ekonomi semasa sesuatu negara.
Salah satu elemen yang selalu menjadi rujukan trader ialah Market
events.Setiap negara mempunyai polisi dan benchmark ekonomi masingmasing.
Dari mase ke semasa polisi dan data banchmark ini akan dikeluarkan bagi
mengukur tahap pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.Setiap dari padanya
akan diletakkan pada kalender forex.

Secara ringkasnya kita akan perhatikan Major pair dan Major News pada
kalender Forex.
Salah satu website yang menyediakan kalender forex ialah di
www.forexfactory.com .Pergi laman ini dan tukar kan set time zone kepada
GMT+8 untuk waktu Malaysia.
Perhatikan pada masa news keluar,pada zon/negara mana dan brape nilai
untuk forecast(ramalan).

7. Tips ber-Forex
Sedikit tips dari Forex Trader yang terdahulu :-
~Guna 10-20% sahaja dari margin/modal untuk trading dalam satu-satu masa.
~tentukan risiko kerugian dengan meletakkan Stoploss bagi setiap posisi yang
kita buka.
~tetapkan sasaran dan elakkan sikap terlalu optimistic/greddy.Ambil profit
apabila sasaran mengena(disiplin) atau sekurang-kurangnya alihkan stoploss
pada kedudukan in-profit(trailing stop).

Rahsia ForeX 29
~Jika anda ragu-ragu jangan masuk market.Ada kalanya tidak berbuat apa-apa
adalah jalan yang terbaik.
~Trading berdasarkan apa yang anda lihat bukan apa yang anda fikir.
~Jika gaya trading anda lebih kepada jangka pendek,tutup sebarang open
trade sejurus sebelum berita ekonomi utama (news/market event).
~Seelok-eloknya ambil satu atau dua pasang matawang dahulu untuk anda
kuasai.
~Jangan lupa tutup trading pada lewat hari Jumaat.Seeloknya jangan ada open
trade pada hari cuti forex.
~Forex can make you win fast but it also can make you loss faster!
Sentiasa belajar,sabar dan berdisiplin dalam Forex.

Rahsia ForeX 30

You might also like