1
MENUJU KE ARAH NEGARA MAJU
UCAPAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasamembentangkan usul tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) diDewan Rakyat pada 10 Jun 2010, pukul 11.30 pagi.
Najib Tun Razak membentangkan RancanganMalaysia ke-10 di Dewan Rakyat, semalam.
Tuan Yang di-Pertua,Dengan sukacita, saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakansatu usul seperti berikut:
“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta
pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan RMK-9 dalam menghadapipersekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha kerajaan untuk terusmelaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagairangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskanRMK-10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program danperuntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawanegara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelangtahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010.
Bahawa dalam meluluskan RMK-10, Dewan yang mulia ini menyeruseluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu denga
n semangat “
1Malaysia:
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang
teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelantransformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahandan berdaya saing, demi untuk meningkatk
an kesejahteraan rakyat Malaysia.”