You are on page 1of 28

Nilai-nilai murni

1. PENDAHULUAN

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana

Menteri Malaysia, Yang Amat Berrhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

pada 11 Januari 2005 di Istana Budaya Kuala Lumpur. Kempen ini merupakan

anjuran Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan dengan kerjasama

beberapa jabatan,institut, sektor korporat dan swasta.Kempen tersebut bertujuan

menerap dan menanam nilai-nilai murni dalam fikiran, hati budi, dan perilaku

warganegara Malaysia.

Adalah diharapkan melalui kempen tersebut dapat meneguhkan jati diri

masyarakat, Budi bahasa dan nilai-nilai murni yang kian terhakis dalam arus

paca modenisasi.. Penekanan diberi terhadap institusi keluarga, masyarakat,

pembelajaran,perkhidmatan dan organisasi. Pelbagai agensi kerajaan, sektor

korporat, swasta dan badan sukarela turut bersama menjayakan kempen

tersebut.

Fenomena krisis sosial dan budaya yang di bawa oleh barat di eksport ke

Negara-negara lain amnya dan Malaysia khasnya melalui gaya hidup universal,

kehidupan moden dan pasca-modenisasi mempengaruhi pelbagai aspek

kehidupan masyarakat. Budi bahasa, nilai-nilai murni dan semangat patriotik

semakin luntur. Pengaruh-pengaruh baru seperti globalisasi, universalisme dan

internasionalisme kerap melupakan kita kepada kepentingan agama, bangsa dan

Negara.
PTK Kohort 3 2005
2

Menyedari hakikat ini Malaysia haruslah berhati-hati dan lebih memilih

nilai-nilai barat yang ingin diamalkan. Tanpa mekanisme pemilihan nilai yang

berkesan, kita akan terdedah kepada penjajahan gaya hidup barat, pengaruh

globalisasi, dunia tanpa sempadan dan perkampungan dunia. Sebagai rakyat

Malaysia khususnya penjawat awam perlu hadapi fenomena ini dengan matang

dan berani berasaskan kekuatan nilai-nilai murni dalam budaya kita dan

kekuatan agama sebagai teras (Prosiding Pendidikan Negara Abad Ke-21,1998).

Sejak berzaman –zaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adab

sopan,. mereka menitikberatkan nilai-nilai budi bahasa dalam setiap perbuatan,

pergaulan dan kehidupan bermasyarakat. Budi Bahasa dan nilai-nilai murni

mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa

yang dibina. Berdasarkan pantun di bawah jelas menunjukkan masyarakat

Melayu dulu memandang berat tentang perkara tersebut (Siswi, April 2005);

Bintang di timur cuaca baik


Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik
Itulah budi dikenang orang

Tingkap papan kayu bersegi


Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa

Dewasa ini kedapatan di kalangan masyarakat kita mengamalkan hidup

yang kasar, tidak mengendahkan tatasusila kehidupan dan beradab. Layanan

mesra di kaunter agensi kerajaan dan melayani panggilan telefon secara tidak

berbudi bahasa dan kurang cekap seterusnya menimbulkan rasa tidak puashati

PTK Kohort 3 2005


3
di kalangan pelanggan.Justeru itulah penjawat awam perlu perlu melihat kembali

Pekelililing Kemajuan Pentadbiran Awam pada tahun 1991 seperti berikut ;

1. Pekeliling Kemajuan Pentdbiran Awam Bil.1 Tahun 1991 ‘Panduan

Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon.’

2. Pekeliling Kemajuan Awam Bil .7 Tahun 1991 ‘Panduan Mengenai

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja [KMK]’.

3. Pekeliling Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter’.

2. DEFINISI KONSEP

2.1 Budi Bahasa

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib,

akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,

dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan

perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan

masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

2.1 Nilai

Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau

sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berdasarkan nilai-

nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan,

dan iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat.

Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin

rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat dengan

PTK Kohort 3 2005


4
perilaku etikat sosial dan budaya ilmu. (Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan

Awam, 1991)

Nilai juga merupakan konsep asas yang digunakan oleh masyarakat untuk

mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara yang berkaitan

dengan mutu, kualiti dan taraf perilaku seseorang atau sesebuah kelompok

masyarakat (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005)

2.2 Nilai-nilai Murni

Nilai murni adalah tanggapan tentang perkara-perkara yang dihajati dan pada

masa yang sama juga ia menjadi kriteria atau ukuran.Ia merujuk kepada

tanggapan tentang perkara-perkara yang baik, mulia dan tetap. Dari sudut

sosiologi, nilai-nilai murni dimaksudkan sebagai luhur (sacred). Nilai sebaliknya

dimaksudkan sebagai nilai-nilai yang tidak kudus (profane) yang bersifat nisbi,

cair dan berubah-ubah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990).

Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum adalah sejajar dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia bertujuan untuk mendidik individu

secara menyeluruh dan harmonis dari segi kognitif, efektif dan psikomotor (Ee Ah

meng, 2005)

3. KEPENTINGAN KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai

kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi

sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk

PTK Kohort 3 2005


5
menjadikan Malaysia sebuah Negara cemerlang,gemilang dan terbilang perlu

bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkukuh dan dipertingkatkan.

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni bertujuan untuk menerap dan

menanam nilai-nilai murni dalam fikiran, hati budi dan perilaku warganegara

Malaysia. Kempen ini diharapkan dapat meneguhkan kembali kekuatan

keluarga, masyarakat, pembelajaran, perkhidmatan dan organisasi. Pelbagai

agensi kerajaan, sektor korporat, pihak swasta dan badan-badan sukarela turut

bekerjasama menjayakan kempen ini (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005).

Untuk mencapai suatu tahap yang tinggi dalam sistem pentadbiran negara

perlulah mempunyai imej yang bersih serta dapat mendukung pembangunan

negara ke arah peningkatan kualiti kehidupan rakyatnya. Hasrat ini juga adalah

diharapkan oleh Kerajaan Malaysia berasaskan kesedaran bahawa

perkhidmatan awam amat penting dalam membantu usaha kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju berasaskan kepada budi bahasa dan

nilai-nilai murni sejagat. Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran

awam perlu diperkukuhkan dan dikemaskinikan agar keperluan mengikut

perubahan persekitaran dan cabaran-cabaran semasa dapat dihayati.

Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan

kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam

pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi

pembangunan sedemikian ialah peningkatan cara berbudi bahasa,nilai-nilai

murni serta pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya

masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat

dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan.


PTK Kohort 3 2005
6
Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya

gejala yang bertentangan dengan nilai-nilai murni serta prinsip etika dan integriti

seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan

dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam

semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO,

belia, pelajar, dan masyarakat umum.

Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen

terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan

pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada

setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan

tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai

murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa

perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan.

Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi

memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan

awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanpun, usaha yang lebih terfokus

dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada

penghayatan konsep 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam',

'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piagam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

Penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing dan membentuk akhlak

yang mulia yang berfungsi menggerakkan perkhidmatan awam dengan berkesan

bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Nilai-nilai murni merupakan pemangkin

dalam menggerakkan seseorang untuk melaksanakan tugasnya dengan

cemerlang dan gemilang. Justeru itu, perkhidmatan awam memerlukan


PTK Kohort 3 2005
7
pengurusan yang cekap, bersih, adil, amanah dan kesannya ke arah pencapaian

matlamat pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid bekas Ketua

Setiausaha Negara: “Nilai-nilai dan contoh-contoh yang tertera dalam Tonggak

Dua Belas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam

di setiap peringkat, demi untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang berkualiti

dan beretika mulia”.

TONGGAK DUA BELAS

(THE TWELVE PILLARS)

MENG-
HARGAI KETEKUNAN
NIKMAT MASA MEMBAWA
MENCIPTA KEJAYAAN

PENINGKATAN
BAKAT KESERONOKAN
BEKERJA

TUNGGAK KEMULIAAN
KEUTAMAAN DUA KESEDERHANAAN
KESABARAN BELAS

KETINGGIAN
KEBIJAKSANAA PERIBADI
N BERKHIDMAT

KEKUATAN
KEWAJIPAN SIFAT BAIK
MENJALANKAN HATI
TUGAS PENGARUH
TELADAN
PTK Kohort 3 2005
8

(RAJAH INI DIUBAHSUAI DARIPADA UCAPUTAMA Y.BHG.TAN SRI DATO’ SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL

HAMID.KETUA SETIAUSAHA NEGARA DI UPACARA PERASMIAN SEMINAR NILAI DAN ETIKA,2 MAC 1992)

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah

meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di

negara kita. Berdasarkan pandangan dan maklum balas yang diperolehi mereka

telah menerima dan memuktamadkan 16 nilai yang boleh diajarkan kepada

semua pelajar di negara ini. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah

tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian,

kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,

kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Dalam KBSR dan KBSM

terdapat 17 nilai murni dengan penembahan nilai patriotisme (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2005). Menurut buku edaran dalaman ‘Maklumat’

Jabatan Penerangan Malaysia terdapat 45 nilai-nilai murni untuk amalan rakyat

Malaysia.

4. NILAI-NILAI UNIVERSAL MASYARAKAT MALAYSIA

Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia sama ada di

peringkat individu, keluarga,masyarakat dan negara merupakan nilai-nilai sejagat

yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara

nilai-nilai murni universal tersebut (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005):

a) Amanah

• Tugas merupakan amanah perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya

PTK Kohort 3 2005


9
• Kepentingan terhadap tugas perlu diutamakan daripada diri sendiri

• Tidak melakukan penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa,

kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja

b) Bertanggungjawab

• Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan

• Sentiasa berwaspada dan jujur dalam menjalankan tugas dan sedar

tentang implikasi baik atau buruk tugas yang diberikan

• Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila masa sahaja

• Tidak mengkhianati kepentingan organisasi semasa menjalankan tugas

• Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara

• Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, mencari rezeki yang halal serta

mencari keredaan-Nya

• Mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas

c) Benar

• Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab

• Bercakap benar dan menepati janji

• Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan

• Bertindak berasaskan profesionalisme

• Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas

• Sanggup menerima teguran dan nasihat

d) Sederhana
PTK Kohort 3 2005
10
• Menjamin keseimbangan antara kebolehan diri dan tugasan

• Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku

e) Tekun

• Berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan

• Rajin mempelajari pengetahuan / kemahiran untuk membaiki taraf hidup

• Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga

mencapai tahap cemerlang

f) Bersih

• Bersih hati dalam menjalankan tugas seharian

• Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar

• Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas

• Teliti dan adil dalam membuat sebarang keputusan

• Menjauhi hawa nafsu dan emosi daripada mempengaruhi pekerjaan dan

pemikiran dalam membuat keputusan

g) Berdisiplin

• Mengetahui kepentingan sesuatu perkara utama

• Menepati masa dan janji

• Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang

• Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi

PTK Kohort 3 2005


11
h) Bekerjasama

• Mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan tugas

• Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai

suatu usaha mempertingkatkan semangat kerjasama

• Muafakat dalam semua perkara untuk kepentingan bersama

• Mengelakkan berlaku konflik atau antara kepentingan peribadi dengan

kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara

i) Berperibadi mulia

• Bermanis muka sepanjang masa

• Bertimbang rasa dan bertolak ansur

• Menghormati sesama insane

• Sentiasa memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong

j) Bersyukur

• Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan

hidup

• Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga

menggerakkan untuk lebih berusaha gigih

• Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan

kehendak agama

• Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat

• Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia

PTK Kohort 3 2005


12
• Berkhidmat sebagai ibadah

• Bercita-cita menjadi manusia yang boleh memberi sumbangan kepada

masyarakat, negara dan agama

k) Bermuafakat

• Muafakat membawa berkat, slogan yang perlu dipegang oleh setiap

rakyat Malaysia. Amalan ini akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah

lama terjalin

l) Bertoleransi

• Sikap tolerans sesama kaum merupakan tunjang utama kepada

keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat

m) Bertimbang rasa

• Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji

tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum

n) Bersatupadu

• Amalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa

kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat

o) Beretika

PTK Kohort 3 2005


13
• Semangat beretika akan lahir dalam diri setiap individu jika mempunyai

nilai budi pekerti yang tinggi

p) Tidak mementingkan diri sendiri

• Seseorang yang kaya dengan budi pekerti yang teguh dengan amalan

nilai-nilai murni tidak akan mementingkan diri sendiri

q) Tiada perasaan curiga/ syak wasangka

• Perasaan curiga/ syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap

individu yang mempunyai nilai-nilai murni

5. NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

a) Taat Setia

Salah satu daripada nilai-nilai terpenting yang perlu diamal dan dihayati oleh

setiap Perkhidmatan Awam ialah taat setia kepada Raja, Negara dan Kerajaan.

Perenggan 4, Perintah Am Bab ‘D’ (1980) menghendaki seseorang pegawai

awam “pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tak

berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan”.

b) Amanah, Bersih dan Jujur

Sebagai anggota Perkhidmatan Awam kita dikehendaki melaksanakan tugas dan

tanggungjawab dengan sikap amanah, bersih dan jujur. Maksud bersih meliputi

kebersihan moral dan fizikal. Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran


PTK Kohort 3 2005
14
bersih dalam apa juga tugas yang dipertanggungjawabkan dengan niat yang baik

dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, angkuh atau terlibat

dengan sebarang jenayah atau rasuah. Begitu juga kita hendaklah sentiasa

berpakaian bersih, kemas dan rapi.

c) Bertanggungjawab

Anggota Perkhidmatan Awam tidak boleh membenarkan kepentingan peribadi

melebihi atau bercanggah dengan tanggungjawab awamnya. Ini penting untuk

mempastikan anggota Perkhidmatan Awam benar-benar melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat dan bererti

bahawa seseorang itu tidak akan terlepas dari dipersoal jika gagal atau tidak

melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna.

d) Berkecuali

Anggota Perkhidmatan Awam tidak dibenarkan menyertai secara aktif mana-

mana parti politik. Nilai ini termaktub dalam Perenggan 4, Perintah Am Bab ‘D’

(1980) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 30 Tahun 1974. Ini bermakna kita

dikehendaki melaksanakan tugas tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh

atau tekanan luar berhubung dengan tuntutan yang berkaitan dengan tugas

awamnya.

e) Adil dan Saksama

PTK Kohort 3 2005


15
Seseorang pegawai awam dikehendaki sentiasa bersikap adil dan saksama

terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan-layanan yang teratur dan

memuaskan.(Arahan Perkhidmatan, 1974)

f) Prestasi yang Cemerlang dan Berkualiti

Anggota Perkhidmatan Awam perlu meningkatkan keupayaan mereka menerusi

peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja. Mereka juga perlu

memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya prestasi mereka sentiasa

berada di tahap yang tinggi. Perenggan 50, Perintah Am Bab ‘A’ (1973)

menghendaki hanya anggota Perkhidmatan Awam yang berprestasi cemerlang

dipertimbang untuk kenaikan pangkat sesuai dengan keperluan perkhidmatan.

g) Ketepatan Masa

Perenggan 1, Perintah Am Bab ‘G’ (1974) telah menetapkan waktu bekerja perlu

dipatuhi oleh anggota kerajaan. Penggunaan Kad Perakam Waktu telah

dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 11/1981. Tujuannya ialah untuk

mempastikan pegawai dan kakitangan Kerajaan tiba di pejabat pada masa yang

ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan tekun dan dedikasi.

h) Perkhidmatan Ramah dan Mesra

Untuk menentukan anggota Perkhidmatan Awam sentiasa memberi

perkhidmatan yang ramah dan mesra, beberapa peraturan telah diperkenalkan.

Bab 1, Arahan Perkhidmatan (1974), Dasar Penerapan Nilai Islam (1985) dan

Pusat Pembayaran Bil Setempat (1982) menghendaki anggota Perkhidmatan

PTK Kohort 3 2005


16
Awam sentiasa memberi layanan yang ramah mesra kepada orang ramai yang

memerlukan perkhidmatan.

i) Sikap Berjimat Cermat

Semasa menguruskan harta dan kepentingan Kerajaan dan Negara, anggota

Perkhidmatan Awam dianjurkan mengamalkan sikap berjimat cermat. Pekeliling

Memajukan Pentadbiran Awam (1991) menghendaki semua anggota

Perkhidmatan Awam mematuhi prosedur-prosedur tertentu bagi menjimatkan

penggunaan harta awam.

6. BAGAIMANA BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI DAPAT

DIAMALKAN OLEH PENJAWAT AWAM?

Budi bahasa dan nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh semua rakyat Malaysia

sebagaimana yang diwar-warkan dalam kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai

Murni. Antara cara yang boleh dilakukan ialah melalui perkara berikut:

a) Penghayatan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni

Penghayatan budi bahsa dan nilai-nilai murni dapat membimbing penjawat awam

membentuk akhlak yang mulia yang berfungsi memberi perkhidmatan yang

berkesan bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup. Nilai-nilai murni ini

adalah satu tenaga penggerak yang boleh mendorong seseorang melaksanakan

tugasnya dengan cemerlang.

PTK Kohort 3 2005


17
Kecemerlangan dalam sektor awam kini mula terhakis kerana kedapatan

dalam masyarakat kini mengamalkan hidup yang kasar, melanggar bahasa, tidak

bertatasusila dan beradab.Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau

orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan

kurang cekap seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai

sehingga lupa akan pentingnya budi bahasa atau tatasusila berhemah yang

perlu diamalkan secara menyeluruh oleh penjawat awam. Pihak kerajaan berasa

terpanggil untuk mewujudkan ‘Kempen Budi Bahasa’ dan ‘Nilai-nilai Murni’ yang

dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 11 Januari 2005 bagi memulihkan

kegawatan sikap, budi bahasa dan nilai-nilai murni kian terhakis. Sewajarnya

generasi kini dan akan datang perlu diberi peringatan betapa pentingnya amalan

berbudi bahasa dan nilai murni agar tidak terjerumus dalam kegiatan yang

bertentangan dengan budaya murni masyarakat Malaysia.

b) Penghayatan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Prinsip kelima Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan jelas

menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila dan tidak

menyinggung perasaan golongan orang lain. Tingkahlaku merupakan darjah

kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat umumnya.

Kempen tersebut juga secara tidak langsung menggambarkan kebimbingan

kerajaan bahawa seolah-olah kebejatan ini suatu hari nanti akan menggagalkan

misi membina ketamadunan bangsa Malaysia.

Dalam institusi perkhidmatan, sebagai penjawat awam seseorang ketua

perlu memberi layanan baik berbudi bahasa terhadap kakitangan bawahan.

Sikap murah hati, sentiasa menunjuk ajar dan melayan orang bawahan sebagai
PTK Kohort 3 2005
18
insan adalah budi yang tinggi dan boleh merangsang kerjasama erat dalam

membina matlamat organisasi. Sebagai seorang ketua, ketinggian budi bahasa

dan nilai-nilai murni akan menjadi contoh dan teladan kepada anggota yang

dipimpin.Pandangan-pandangan orang bawahan seharusnya diberikan

pertimbangan sewajarnya.Teguran secara berhemah, tertib belandaskan

undang-undang akan memberikan impak mesra rakyat, adil dalam membuat

pertimbangan dan keputusan.

Antara rakan sekerja penjawat awam seharusnya mengamalkan sikap

saling menghormati, bantu membantu antara satu dengan lain untuk membina

setiakawan yang erat dan teguh. Sebagai penjawat awam kita seharusnya

mengamalkan budi pekerti mulia, bahasa yang halus, bertimbang rasa,

bermaufakat menjaga kebersihan diri serta berpakaian kemas dan terurus.

Selain daripada itu penjawat awam seharusnya menerima nasihat, teguran

secara pemikiran terbuka.

c) Perkhidmatan Kaunter

Perkhidmatan kaunter merupakan aplikasi dominan perhubungan perkhidmatan

awam dengan pelanggan. Ia menjadi barisan depan antara organisasi dengan

pelanggan dan merupakan lambang keperibadian sesebuah organisasi kepada

masyarakat awam. Justeru, perkhidmatan kaunter perlu dititipkan dengan nilai-

nilai berkualiti dari apa segi sekalipun.

Penjawat Awam boleh memainkan peranan khususnya dalam

perkhidmatan kaunter, antaranya seperti saranan berikut:

PTK Kohort 3 2005


19
a) menerima pelanggan dengan penuh kemesraan dan mengucapkan salam

atau selamat pagi atau petang dengan nada suara lembut dan menarik.

b) tunjukkan sikap peramah,ceria,mudah mesra dan disenangi pelanggan.

c) secara sopan Tanya pelanggan jenis urusan diperlukan.

d) tatap wajah pelanggan dengan penuh perhatian dan mendengar dengan

teliti tujuan atau maksud urusan pelanggan.

e) urusan perkhidmatan perlu cekap, dan mengambil masa yang singkat.

f) pelanggan haruslah dilayan mengikut giliran secara adil dan saksama..

g) penjawat awam perlu bijaksana melayani karenah pelanggan misalnya

berlaku kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.

h) berikan sebab-sebab munasabah seandainya berlaku kelewatan dan

tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan.Kebijakasanaan penjawat

awam sangat penting dalam mejaga hati budi pelanggan.

i) menyalurkan permohonan kepada pihak atasan jika tidak dapat

diselesaikan

j) melafazkan ucapan ‘terima kasih’ dan ‘jumpa lagi’ setelah selesai urusan

kaunter, dapat memberikan kepuasan dan dihargai.

k) menunjukkan arah kepada pelanggan apabila beredar (tunjukkan dengan

ibu jari di atas genggaman tangan)

PTK Kohort 3 2005


20
Dalam urusan seharian penjawat awam sering mendapat aduan tentang

ketidakcekapan dalam pengurusan kaunter.Justeru itu penghayatan nilai-nilai

murni di kalangan anggota perkhidmatan awam boleh dilaksanakan melalui

kesedaran mereka sendiri, tetapi ia akan lebih berkesan lagi sekiranya dihayati

melalui kesedaran keagamaan.Selain daripada itu pengurusan kaunter perlulah

ceria, selesa dan meletakkan peraturan-peraturan, tanda-tanda larangan, bahan-

bahan bacaan di kaunter.Kelengkapan kerusi meja adalah mencukupi dilengkapi

TV dan penghawa dingin. Suasana kaunter yang kondusif memberikan

ketenangan tambahan kepada pelanggan disampin layanan mesra penjawat

awam di pejabat-pejabat agensi kerajaan.

d) Perkhidmatan Mesra Pelanggan (Telefon)

Dalam urusan tugas melayani pelanggan melalui telefon, sering kita dengar

ketidakpuasan hati pelanggan terhadap penjawat awam kerana tidak mesra

pelanggan, bahasa kesat dan tidak menunjukkan cara berhemah. Justeru itu

pihak kerajaan mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran Aawam Bil.1 1991

‘Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon.’

Penjawat awam khususnya telefonis atau pegawai bertugas seharusnya

bercakap dengan nada suara yang lembut atau berbudi bahasa, terang, jelas,

sederhana dan mesra. Elakkan daripada kedengaran nada suara yang bosan

dan keletihan semasa melayan panggillan. Jangan sesekali membiarkan emosi

mempengaruhi tugasan. Elak sikap melengahkan menjawab telefon, sebaiknya

tidak membiarkan pemanggil menunggu lebih daripada 30 saat dan bersedia

memohon maaf seandainya pemanggil menunggu lebih lama. Penjawat awam

sepatutnya sentiasa membantu tanpa diminta.


PTK Kohort 3 2005
21

7. PENUTUP

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni merupakan kempen anjuran

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama beberapa

kementerian dan Jabatan lain. Antaranya Kementerian; Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat, Pelajaran Malaysia, Belia dan Sukan, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Penerangan, Jabatan

Perkhidmatan Awam, Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Kemajuan Islam

Malaysia, Institut Kefahaman Islam, Sektor korporat, swasta, badan sukarela,

institusi masjid dan rumah ibadat.

Kempen ini merupakan kempen jangka panjang selama lima tahun

dengan peruntukan RM 5 juta, bertujuan memupuk dan menghayati budi bahasa

dan nilai-nilai murni di segenap lapisan masyarakat. Pelan tindakan penerapan

budi bahasa dan nilai-nilai murni dilaksanakan secara sepadu melibatkan semua

pihak. Atas dasar pemaufakatan ,kerjasama dan setiakawan yang tinggi kerja-

kerja amal dan penyampai maklumat, mempromosi kempen dapat dilaksanakan

secara efisyen dan berkesan.

Aktiviti-aktiviti kempen ini dirancang secara berterusan dan memberi

impak berpanjangan di kalangan masyarakat dan juga kesan psikologi kepada

generasi muda betapa perlunya mengamalkan budi bahasa dan nilai -nilai

murni. Sebagai penjawat awam, perlu peka tentang tanggungjawab yang harus

dipikul untuk menjayakan kempen murni ini kerana ia memberi pendedahan dan

pemahaman tentang budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merangkumi,

PTK Kohort 3 2005


22
keluarga, kemasyarakatan, pembelajaran dan perkhidmatan. Melalui kempen ini

juga dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat

perpaduan, toleransi, saling faham memahami,cintakan negara, menghayati dan

mengamalkan budi bahasa dan nilai murni dalam masyarakat pelbagai kaum;

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

PTK Kohort 3 2005


23

Tanggungjawab kita sebagai penjawat awam adalah memahami

dan menyedari tentang tanggungjawab dan amanah dalam rumahtangga.

Wujudkan kasih sayang dan sikap hormat-menghormati antara satu dengan lain.

Nilai-nilai murni boleh kita amalkan dalam keluarga misalnya memupuk kasih

dengan nasihat-menasihati, pengorbanan dan tolak ansur.Menyemarakkan cinta

kepada maha Esa serta cinta kepada keluarga, jiran dan masyarakat amnya

.Bekerjasama, sifat sabar, amanah dan bertanggungjawab dapat membina

sebuah keluarga yang harmonis. Sebagai penjawat awam kita seharusnya

mengamalkan kebebasan terkawal, mengamalkan kesederhanaan serta

berusaha ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

a) Adil Dalam Perlantikan

Dalam Perkhidmatan Awam, penghayatan prinsip keadilan amat penting kerana

melaluinya akan wujud beberapa ciri seperti berikut:

i) Hanya individu yang benar-benar layak dan berkebolehan sahaja

dilantik ke dalam satu-satu jawatan

ii) Hanya pekerja yang benar-benar memenuhi syarat dan dinilai dari

perspektif yang adil sahaja disahkan dalam jawatan

iii) Hanya pekerja yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja

dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dan diberi insentif-insentif

PTK Kohort 3 2005


24
lain dalam Perkhidmatan Awam seperti hadiah latihan dan Sijil

Khidmat Cemerlang.

b) Amanah Dalam Menjalankan Tugas

Ciri-ciri amanah boleh dilihat, antaranya melalui tindakan seperti berikut:

i) Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

ii) Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditentukan

dan jauh sekali daripada melakukan rasuah dan pembaziran

iii) Menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan

c) Bertanggungjawab Dalam Perkhidmatan Awam

Ciri-ciri yang dapat dilihat melalui sikap bertanggungjawab ini adalah:

i) Melakukan kerja dengan sempurna

ii) Tidak mengharapkan orang lain menyempurnakan tugasnya

iii) Rasa bersalah jika tugas yang dipikulnya itu tidak disempurnakan

mengikut apa yang telah ditetapkan

e) Ikhlas Dalam Perkhidmatan Awam

Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas dalam perkhidmatan ialah:

i) Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-

pegawai atasannya

PTK Kohort 3 2005


25
ii) Tidak memilih satu-satu tugas tertentu untuk dilaksanakan,

umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan

dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang

kurang berhubung dengan kenaikan pangkat

iii) Melaksanakan tugas tanpa mengira waktu kerana matlamatnya

ialah untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna

f) Dedikasi Dalam Perkhidmatan Awam

Seorang pekerja yang baik ialah yang melaksanakan tugas dengan penuh

dedikasi dan sentiasa berusaha mengatasi masalah dan halangan dengan

penuh hikmah. Antara ciri-ciri dedikasi ialah:

i) Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan

tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya

ii) Tidak brputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa

mengharapkan kejayaan

iii) Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan

semasa demi meningkatkan maruah agama, bangsa dan negara

g) Tekun Dalam Perkhidmatan Awam

Ketekunan akan wujud pada pekerja yang memberi penumpuan terhadap

tugasnya dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Antara ciri-ciri ketekunan

dalam Perkhidmatan Awam ialah:


PTK Kohort 3 2005
26
i) Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri

supaya hasil kerjanya benar-benar sempurna

ii) Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan

perkhidmatan untuk kemajuan negara

iii) Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap

yang cemerlang

h) Berdisiplin

Nilai ini merupakan nilai utama dalam mana-mana organisasi. Seseorang

pekerja yang berdisiplin sentiasa mematuhi arahan dan peraturan dengan rela

hati dan ikhlas. Antara ciri ciri pekerja yang berdisiplin ialah:

i) Kerja yang membudayakan peraturan-peraturan dalam hidupnya

seperti patuh dan taat kepada arahan jabatan

ii) Mempunyai pegangan yang kuat kepada ajaran agama

iii) Sentiasa menjaga imej dan maruah diri serta rasa terhina jika ia

terlibat dengan kecuaian dan perbuatan keji

i) Bekerjasama

Setiap pekerja mestilah mempunyai semangat bekerjasama sesama mereka

dalam melaksanakan tugas. Antara ciri-cirinya ialah:

i) Menjalankan tugas yang diamanahkan secara kolektif

ii) Menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara berkumpulan

adalah lebih mantap dan jitu ke arah mencapai kejayaan sesebuah

organisasi

PTK Kohort 3 2005


27
iii) Selalu merujuk perkara-perkara yang rumit untuk mendapat

pandangan orang lain

j) Berbudi Mulia

Semua penjawat awam mestilah sentiasa berbudi mulia seperti peramah,

memberi layanan yang baik, suka membantu, berkomunikasi dengan berkesan

dan sebagainya. Berbudi mulia selalunya dapat dilihat melalui ciri-ciri berikut:

i) Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas

ii) Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun

iii) Bersedia membantu orang lain dengan tangan terbuka

k) Bersyukur

Kesyukuran boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu syukur seorang hamba kepada

Tuhannya dan syukur makhluk sesama makhluk. Antara ciri-ciri penjawat awam

yang mempunyai sifat bersyukur ialah:

i) Bekerja dengan penuh tekun tanpa mengeluarkan sebarang

rungutan

ii) Patuh dan sabar menerima semua arahan

iii) Sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan

tugasnya demi kepentingan bangsa, agama dan Negara

PTK Kohort 3 2005


28

PTK Kohort 3 2005

You might also like