Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
23Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ICT

ICT

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,716 |Likes:
Published by roszelan

More info:

Published by: roszelan on Jun 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
 
1.PENGENALAN
Komputer ialah alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan(Kamus Dewan Edisi 3). Kepada generasi sekarang, komputer bukan lagi merupakansuatu barangan mewah kerana penggunaan komputer sudah menjadi satu keperluan.Komputer digunakan di mana-mana sahaja seperti pejabat, pasar raya, lapangan terbang, bank, rumah, sekolah dan sebagainya. Manusia semakin bergantung kepada komputer untuk mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan masing-masing. Tanpa komputer dunia seakan-akan terhenti seketika.Keterampilan penggunaan komputer yang tinggi boleh menjamin peningkatan produktiviti yang tinggi membawa maksud kecekapan atau kemampuan menggunakan peralatan elektronik yang menyeluruh iaitu dari segi teknikal dan membangun sertamenggunakan perisian, pangkalan data, laman web dan lain-lain lagi pada tahapkemahiran yang tinggi, menjanjikan daya pengeluaran yang memberangsangkan. Kertaskerja ini akan membincangkan bagaimana keterampilan penggunaan komputer yangtinggi dalam bidang pendidikan dan beberapa bidang yang terpilih dapatmempertingkatkan produktiviti atau membawa keberhasilan yang membanggakan.
2.PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Kemahiran menggunakan komputer sudah menjadi suatu tuntutan dalam dunia pendidikan sekarang. Menurut Zakaria Kasa (2003), penggunaan komputer dalam pendidikan terbahagi kepada tiga komponen iaitu pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan. Komponen pengurusan meliputi aplikasi dalam belanjawan, simpanan rekod, komunikasi dan mengumpul maklumat di sekolah dan di1
 
dalam bilik darjah. Komponen pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada pengajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Komponen penyelidikan pula meliputi aplikasi dalam menganalisis statistik dan pengumpulanmaklumat yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran.
(a)Dapatan Kajian Berhubung Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan yang positif, mempertingkatkan kualitidan pencapaian :Howell (1971) telah berusaha menentukan keberkesanan pengajaran berbantukankomputer dalam kursus bahasa Perancis di peringkat universiti. Beliau mengharapkanagar bahan berbantukan komputer dapat memberikan maklumat dan rangsangantambahan tentang apa yang telah disampaikan oleh guru di kelas. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa, walaupun terdapat sedikit halangan, sikap pelajar secara umumnyaterhadap bahan berkomputer adalah baik. Ramai pelajar mendapati bahawa bahan berkomputer telah memberikan manfaat kepada mereka. Ada di kalangan mereka yangmempunyai sikap positif terhadap bahan berkomputer sanggup mencadangkan kepadarakan mereka yang lain.Kajian yang dijalankan oleh Daimond, Theimer dan Charp pada tahun 1971 pulamendapati cetusan yang serupa dengan kajian Howell. Pelajar yang mempelajari bahasaInggeris menggunakan bahan berkomputer telah menunjukkan kesan yang lebihmemberangsangkan berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajarantradisional. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer telah lebih berjayamempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bahagian pemahaman dan perbendaharaankata.2
 
Hess dan Tenezakis (1973) telah membuat perbandingan dengan memberikan pengajaran berbantukan komputer kepada seramai 189 pelajar di sekolah menengahrendah dalam pelajaran matematik. Kumpulan yang mengalami pengajaran berbantukankomputer merasakan bahawa komputer mampu menyampaikan maklumat dengan berkesan kerana pengajaran berbantukan komputer lebih adil, jelas dan mudah.Kajian di Kuwait, Al-Hunaiyyan , Hewitt, Jones dan Messer (1997) melaporkan bahawa staf di Kuwaiti Higher Education telah mula membangunkan perisianmultimedia. Sebanyak 89 peratus daripada staf menegaskan bahawa mereka yakin bahan berkomputer mampu mempertingkatkan pengetahuan pelajar mereka. Sebanyak 88 peratus daripada pelajar pula bersetuju bahawa bahan berkomputer mampu membantudalam proses pembelajaran mereka.Di Universiti Teknologi Malaysia, Baharuddin Aris (1999) telah berusahamembangunkan perisian multimedia untuk pelajar yang mengambil jurusan pendidikan.Pakej CERDIK IT, akronim untu
Computer-based Educational Resource and  Development in Information Technology
, dihasilkan dan melalui fasa penilaian formatif dan sumatif untuk mengkaji keberkesanannya. Dalam penilaian sumatif pakej ini,terdapat peningkatan dari segi pengetahuan pelajar pendidikan mengenai komputer danteknologi maklumat serta aplikasinya dalam pendidikan selepas mereka menggunakan pakej tersebut. Antara lain, terdapat sikap yang positif terhadap penggunaan pakejsebagai bahan bantuan pembelajaran kendiri. Data kualitatif yang diperoleh daripada pelajar juga menunjukkan bahawa kebanyakan daripada mereka merasakan kaedah inimudah digunakan, fleksibel, memberangsangkan dan membantu dalam pembelajaransecara autonomi.Becker (1991) telah membuat kajian berbentuk tinjauan di 22 buah negara.Subjek kajian beliau meliputi Pengetua sekolah dan guru-guru yang mempunyai3

Activity (23)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nadiahsabudin liked this
Sue Nur Suraya liked this
Tiong Naga liked this
Lee Yayana liked this
Ong Poh Cheng liked this
arika_djae liked this
ellietoh liked this
onesa2 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->